Thursday, May 31, 2012

Cara Ukur/Timbang Berat Blog

Assalamualaikum..


Mesti ramai yang dah tahu cara ukur/timbang blog kan.? Rasanya aku jer kot yang baru tahu. Dalam keghairahan kita untuk mencantikkan blog kita lupa bahawa kepantasan bagi loading sesuatu blog/web adalah juga penting. Ia juga mempengaruhi pembaca untuk singgah ke blog kita. Cuba bayangkan kalau banyak benda yang kita letak kat blog contohnya widget-widget tambahan, jenuh nak tunggu loading semua widget tu kan. Malas la nak buka blog ni terus reader(s) tu pangkah blog kita. Jangan la macamtu, sampainya hati terus pangkah..:( Tapi kalau follower setia tak kot camtu..Tunggu je la lambat pon..:)

Ok la bagi sesiapa yang belum tahu boleh la cuba cara ni . Senang je korang klik link web ni dan kemudian masukkan url blog korang.


Kalau ukuran blog korang lebih 100kb maknanya dah overdose tu. Aku punya blog 181.86kb. Memang terlebih berat ni. (Tapi aku buka blog ni laju jer loading, tak tau la kalau korang bukak kan:). Mungkin kalau kurang dari 100kb lagi laju kot. So, ringan-ringankan la blog anda yer,jangan sampai overweight nanti obesiti..hahaa..x lawak pon intan..!dushhh..

psttt..berat korang berapa..?



Notaintan:Nanti bila ada free time kena re!engineer blog ni la. Lagi pon macam dah bosan dengan design sekarang ni.hehee 


Monday, May 28, 2012

Petua Pulihkan Rabun Mata

Assalamualaikum..


Bagi sesiapa yang berusaha untuk memulihkan rabun mata boleh la mencuba petua ini. Kita perlu berusaha, berdoa hanya Allah s.w.t yang mampu menyembuhkan. Insyaallah.

[PETUA 1]

Doa Dan Cara Penyembuh Rabun Mata
1. Sediakan 21 lobak merah. Adalah sebaik-baiknya lobak merah yang kecil (Baby Carrots).
2. Basuh kesemua lobak berikut dengan air.
3. Kemudian bacakan ayat (seperti di bawah) pada lobak tersebut sebanyak 14 kali.


فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬ 
Lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat. {Surah Qaf, ayat 22.}

4. Apabila selesai, anda bolehlah makan lobak tersebut dengan cara makan begitu sahaja (dimakan mentah) tanpa memasak lobak tersebut. Makan pada tiap hari dan niat di dalam hati bahawa Allah sahaja yang boleh menyembuhkan.

 
[PETUA 2]

1. Sediakan 7 batang lobak yang muda dan diblend. 
2. Baca doa ini sebanyak 7 kali pada jus lobak yang telah diblend tersebut. 

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬
Lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat. {Surah Qaf, ayat 22.}

3. Lakukan selama 3 hari berturut-turut. Jus lobak mengandungi "beta carotene" baik untuk perbaiki penglihatan, mencegah penglihatan yang lemah, dan mata-kering. 

Kita hanya berusaha, berdoa dan menyerahkan semuanya kepada Allah. Sesungguhnya Allah sahaja yang berkuasa menyembuhkan. Insyaallah..




"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan.



Nota Intan : Selamat mencuba dan selamat beramal.ツ


Saturday, May 26, 2012

Join Giveaway Pertama Bersama PapanKekunci.com

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sempat jugak hari ni curi masa update blog. Ok la, tadi saya singgah blog seseorang so saya ternampak giveaway oleh blog PAPANKEKUNCI.COM bertajuk "pengalaman anda sebagai penulis blog". Wahh menarik ni...Nak join boleh...?:) Actually ni pengalaman pertama saya join giveaway tau. Sebelum ni macam malu-malu meowww jer nak join giveaway dari blog lain.Sebab apa malu intan..?? Sebab giveaway lain mesti syarat yang dorang letak kena tag 3-5 rakan blogger yang lain. Tengok la follower saya berapa kerat rakyat jelata jer..(blog x fames kot..!eh x de kot..memang tak fames pon!ehee)

Tarikh tutup penyertaan giveaway  27 Mei 2012. Rileks la lambat lagi..Ehh!jap jap..Hari ni berapa hari bulan erk..??Terus tengok kalendar lappy..Intan.!hari ni 26 la...Terus klik "New Post" create entri untuk giveaway...Mesti kena join gak..Tak menang pon takpe..ececehhh..Tapi yang buat aku tertarik nak join sebab hadiah no 4 tu..Alaaa header yang ada sekarang tak kreatif la..nak yang baru..Ye la, tuan punya blog pon tangan tak berseni sangat kan..[macam dapat jer ko kan tan..!]hahaa.


Pengalaman sebagai penulis blog..??
Nak mulakan dari mana yer..? Ok..fikir jap..Ermm sebab apa tulis blog..? Sebenarnya aku dah tulis dalam entri yang INI dan INI bermulanya kisah aku sebagai penulis blog 'bawah tanah'. Pada mulanya sekadar mengisi masa lapang selain nak mengurangkan aktiviti berFB. Rasanya pada masa tu aku fikir, FB ini agak 'melaghakan'. Aku jadi sedikit lalai dengan tanggungjawab dan atas sebab-sebab lain la.Alhamdulillah i'm free from FB addicted already..Tapi aku still layan juga FB tapi tak seaktif dulu la..Status pon jarang update..JUST usha gitu-gitu jer..

salam ukhuwah..tunjuk ajar ku sifu..:)

Dulu aku tulis blog hanya sekadar untuk aku sorang jer baca. Syok sendiri la orang cakap kan. Aku tak publish blog pon sampai ada satu hari tu my cousin ROS OJA ajak sama-sama tulis blog. Actually dah lama dia ajak cuma aku tak berminat dengan blog time tu. So, kami pon bertukar la link blog masing-masing and she is my 1st follower..Thanx cousin for support me and i will always support you too... Aku start tulis blog since Jun 2011 dan aku start reveal my blog pada Mei 2012.Baru je la kan. Tiba-tiba dapat 'hidayah' nak aktif blog kot. Blog aku ni kebanyakan entri pasal life, sedikit tips, and random. Update blog bila ada masa jer..Tapi masa tu kena cari jugak kan..:)

Aku ada jugak refer tutorial blog masa mula-mula blogging. Banyak jugak tutorial bina blog kat alam maya ni kan..cuma rajin tak rajin jer nak cari. Mula la aktiviti blogwalking. Dari situ aku mula jadi minat dengan blog bila tengok banyaknya blog yang cantik-cantik, comel bagai dan dari masa semasa aku mula kenal blogger-blogger di alam maya ni. Ramai jugak blogger yang fames ni kan macam Fatin Liyana, Cik Epal, Lyssa Faizureen, Hanis Zalikha, RusydeeArt, Fatimah Syarha dan banyak lagi la. Kenal melalui blog jer la sebab aku rajin jugak singgah blog dorang.


Melalui blog juga, aku mula 'familiar' dengan nuffnang, innity,adverlets, hearbeat, churp-churp sebab kebanyakkan blogger mesti letak iklan tersebut kat blog dorang. So aku try la register nuffnang dan hearbeat. Adverlets aku dah pangkah sebab hari tu penah keluar iklan yang agak 'tak comel' so better aku remove la. Kalau boleh biarlah iklan yang comel-comel jer dalam blog ni sebab aku risau kalau income yang aku terima dari iklan tersebut 'meragukan'. Tapi ini just my personal opinion. Terpulang pandangan masing-masing. So far, aku still dengan Nuffnang dan HeartBeat. Tak de income pon. Tapi kalau anda bermurah hati boleh la KLIK SINI yer..As a return i bagi ♥ kat korang..eheee.

I hope in future, aku akan kenal lebih ramai blogger dan sekurang-kurangnya boleh jadi kawan untuk berkongsi cerita, pendapat atau anything yang bermanfaat. Niat aku menulis blog bukan lah sebagai medium untuk mengumpat,menghentam atau melampiaskan kemarahan ke kan..just untuk suka-suka, benda-benda yang comel dan baik-baik belaka je aku tulis..ececehhh perasaan tetiba..eheee.:) Ye la untuk anak cucu aku di masa depan baca mesti la kena tulis baik-baik kan..hahaa..(mata bersinar tersenyum sambil memikirkan masa depan.:.).
source:google


.............................................SALAM UKHUWAH BLOGGER[S]ツ.............................................


Entri ni khas untuk : "GIVEAWAY PAPAN KEKUNCI DOT COM 2012". Masih sempat lagi kalau ada yang nak join.Ok la..happy blogging blogger[s]. We support each other OK!Insyaallah.:)




Nota intan: Pengalaman pertama join giveaway blog..syarat semua dah complete..:)
Entri Ringkas.. (rasanya lebih 360 kot..!sorry ehh..teruja.:), Dah Like FB, Link and email Done..


Friday, May 18, 2012

Sepetang Bersama Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie

Assalamualaikum..

Sebelum tu, aku nak bagitahu kat sini entri ni adalah entri edisi khas..ececehhhh..

Sebenarnya aku saja jer nak menghebohkan kat dunia yang hari ni aku jumpa "Dr Sheikh Muszaphar.. heee..Actually aku bukan la kipas susah nak mati  atau omputih cakap die hard fan Dr Sheikh  (i prefer panggil Dr Sheikh rather than Dato' Sheikh becoz he said "saya rasa tua pulak bila orang panggil Dato').  Hari ni ada program "Sepetang Bersama Dato Dr Sheikh Muszaphar kat IPPTAR..IPPTAR..??mula la tu nak tanya kat mana..?kat Angkasapuri la..Tak nak cerita pasal IPPTAR la sebab aku tersangat teruja nak cerita pasal Dr Sheikh lagi.hehe. korang google la sendiri erk..!

Mula-mula tu macam malas la nak pergi..malas la naik bukit IPPTAR tu. (IPPTAR dengan RTM dekat je bena ehh..jalan kaki pon bole..cuma kemalasan terlampau jer..) Tapi disebabkan ada member offer naik kereta so apa lagi..on je la..Lagipon program ni boleh dikira 1 hari kursus. Korang tau kan kalau kerja gov pegawai kena genapkan 7 hari kursus setahun.  Redah je lah tulis dalam buku log kursus..

Tiba-tiba diumumkan kedatangan Dato' Dr Sheikh Muszaphar..Wahhh tingginya beliau. Time tu tengok takdela feeling terlebih.Pandang macam-macam tu jer. So Dr Sheikh start ceramah beliau. Sebelum start ceramah, pihak organizer pasang video semasa Dr Sheikh Muszaphar kat angkasa tu..Which is semasa kat ISS la..korang tau kan ISS stand for what rite..?So Dont need to explain...:) Time tu rasa semangat nya..Dah la pasang lagu Ella "Standing in the eye of the world"..terbuai rasa..Tiba-tiba keluar pulak lagu Faizal Tahir
"Gemuruh"..lagi la owhhhh faizal tahir...:)


mata yang tersenyum..:)

Korang tahu bumi terletak di galaksi mana..??

Haaaa jawab sekarang...Sape tak dapat jawab sila la pindah ke planet Marikh..hahaaa..joking..!:) Ok la, mehh sini aku story sikit..Planet Bumi kita yang tercinta ni terletak di Galaksi BIMA SAKTI yer kawan-kawan..  Dr Sheikh telah berada di ISS selama 12 hari bermula 10.10.2007. Beliau berada di angkasa lepas menaiki kapal angkasa Soyuz. Argggg tak payah la cerita perkara yang korang dah tahu..

Kalau korang nak tahu antara syarat-syarat utama untuk menyertai program angkasawan tersebut antaranya calon tidak boleh merokok, tahap penglihatan 6/6, pendengaran dalam keadaan baik,tiada parut pembedahan diseluruh badan dan tiada sebarang tampalan di gigi ..Sape yang gigi ada tampal-tampal tu tolong la lupakan hasrat nak jadi angkasawan Ok..Anda tak layak. So, anak-anak sume jagalah la gigi anda sejak dari kecil kalau ada yang bercita-cita nak jadi angkasawan tu yer.:)

Agak kusyuk jugak aku dengar ceramah beliau..Tertarik la tengok the way he react,the way he talk lagi-lagi bila dengar dia speaking English.. So omputihhhh...hehe..Bahasa dia pon bagus..sopan dan teratur jer dengar. Alaaa sweetnya..(tadi x de feeling.makin lama tersuka la pulak..ehee). Eh dia datang dekat line kitaorang la..Dah dekat dah..dekat dan makin dekat...Dia dah ada depan mata...Ensemnyer bila dekat-dekat tengok dia..ahahaa..Sangat la sweet...Mula la tu ko intan kan!!wink wink wink...Ye la dari jauh tengok macam dah tua, bila dekat aku hilang kawalan jap..terpesona..hahaaa..


Sepatutnya aku duduk kat tempat kosong tengah tu ha..wkwkwk
 
Lupakan tahap keenseman beliau jap, serius aku kagum dengan semangat beliau. Bayangkan betapa kritikal dan kerasnya latihan semasa sessi pemilihan untuk menyertai program ini. Kena melepasi ujian mental dan fizikal. Wajib mengikuti ujian di Lumut, Kazakhtan, dilepaskan di Lautan hitam, bertahan tak makan selama 3 hari, termasuk latihan dari segi psikologi dan akhirnya Dr Sheikh dan Mejar Faiz Khaleed telah berjaya terpilih meneruskan latihan di Rusia.Mengikut cerita beliau,orang Rusia sangat mengutamakan bahasa mereka. Maka beliau perlu belajar bahasa Rusia.


Ok now sessi soal jawab bersama Dr Sheikh Muszaphar..


Bagaimana cara solat di angkasa lepas..?
OK,Kalau nak ikut kan kat angkasa tu kena solat 80 kali sehari becoz sunrise and sunset selang 30minit. Tapi mampu ke korang 80 kali sehari. 5 kali sehari pon ada yang ter'miss. So para ulama telah bersepakat solat 5 kali sahaja mengikut waktu Kazakhtan tempat kapal berlepas.

Kat angkasa kita menjalankan proses pembuangan air kecil@menyahtinja ke..?
Ofcoz la..Dah masuk mestilah kena keluarkan kan..?barulah sihat...:)
Kat ISS angkasawan dibekalkan kain/tisu antibakteria untuk tujuan itu. Air amat berharga kata Dr Sheikh Muszaphar.

Mandi ke kat angkasa..?
Disebabkan air terlalu berharga maka dorang cuma membersihkan badan menggunakan kain lap khas. Tapi kata Dr Sheikh even tak mandi, badan tidak berbau..kenapa tak berbau..???sebab kat angkasa tiada bakteria.:)kalau nak gosok gigi guna colgate atau sebagainya, sisa-sisa tu kena telan. Tak boleh buang sewenang-wenangnya disebabkan sisa-sisa itu akan terapung di ISS. Seperti yang korang tahu, tiada graviti diangkasa lepas thats way segalanya terapung.

Ada alien ke kat angkasa.?
Actually, saintis dan astronout yang pergi membuat kajian di bulan mendapati tiada hidupan di bulan. Beliau merasakan alien tak wujud sama sekali..Wallahualam

Kejadian aneh..?
Beliau mendengar suara azan yang merdu semasa berada di ISS. Dan banyak lagi keagungan Allah yang dapat dirasakan. Dari ISS beliau dapat melihat Pulau Pinang menggunakan peralatan khas. Sorry, KLCC tak dapat dikesan..:)

Adakah program angkasawan ini satu pembaziran.?
Rusia telah memberi satu tempat khas kepada Malaysia untuk program angkasawan ini kerana Malaysia telah membeli kapal terbang Sukhoi bernilai billion dollar dari Rusia. Kira orang cakap, sebagai balasan kerana telah membeli dari Rusia la..So terpulang pendapat masing-masing.. i no comment..! 


Banyak lagi soalan.......bla bla bla..(malas nak taip..:)

Menurut Dr Sheikh lagi, bila kita berada diangkasa segalanya berubah. Maksud kat sini, perubahan dari segi perasaan, deria rasa dan sebagainya. Kalau kat bumi kita suka makan rendang, kat angkasa kita jadi tak suka. Mungkin betul la orang cakap "Bumi dijadikan untuk manusia,manusia dan bumi tak boleh dipisahkan.

Semasa beliau menaiki Soyuz berlepas ke ISS dan pulang ke bumi kekuatan mental dan fizikal, minda perlu kuat. Kepantasan Soyuz tersangat laju. Beliau merasakan dada seperti di pam-pam, dan seolah-olah dipijak oleh seekor gajah semasa menaiki Soyuz berlepas ke angkasa dan pulang ke Bumi. Semasa menaiki Soyuz beliau perlu mengecilkan/ melipat badan kerana saiz Soyuz yang kecil. Nak jadi angkasawan, seseorang yang rendah atau ketinggian sederhana adalah lagi bagus. Di Angkasa ketinggian kita bertambah 10cm. Sapa yang nak tinggi, boleh la tinggal di angkasa tu..Aku dah hari-hari pergi Angkasa so i tak heran la..hahaa..angkasapuri je pon..:)


Kapal angkasa Soyuz

Penat dah bercerita..So aku buat kesimpulan yang dr. Sheikh ni seorang yang very passionate, i'm very impress with him,full of determination and cool too..Since he was small he like stars, aerospace, moon, starwars, startrek,and anything about space..He's so inspired ok...:) Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata nya.."If you want to succeed you have overcome your fearness. You must..! kalau takut lipas..cuba pegang lipas tu..takut cicak,pegang tangkap cicak tu..thats the way to overcome your fearness..Hmmm..lipas..??owhhh..no way..!!(aku takut lipas..?memang x la..geli je kot..hahaa..)


Memang best la ceramah petang tu..Mata aku tak lepas pandang tengok beliau.:) Sempat la bergambar bersama-sama. Tapi biarlah gambar tu jadi simpanan peribadi aku...Ala sebab gambar beramai-ramai memang la ko tak publish..Cuba kalau gambar berdua besar-besar ko letak kan tan kan..!haha..no la..gurau.malu ahhh tangkap gambar berdua..i kan pemalu orangnyer..ececeeeehh..uwekkk...:!


Ok la..sudah-sudah la tu cerita pasal Dr Sheikh Muszaphar. Korang pon mesti dah naik juling baca entri ni kan .Tunggu next entry ok..:)

                                                     journey to space..♥ Malaysia..

Selingan!!!..like father like daughter:)



Nota Intan: Al-Quran itu lengkap dan merangkami semua perkara. Kaji lah Al-Quran nescaya kamu akan menemui jawapan.."sekiranya ulama dunia dan para saintis bergabung saya amat yakin lebih banyak penemuan akan ditemui..merujuk kepada Al-Quran"- Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor.


Tuesday, May 15, 2012

Dulu facebook sekarang faceblog..haha

Assalamualaikum.. 


Kenapa tiba-tiba aku rajin nak publish blog aku yang ntah apa-apa ni..?? Ada orang nak baca ke..? Selama ni  aku jer syok sendiri baca sorang2..! Lantak la..blog aku..ikut suka la nak publish ke ,private ke kan..eheeee..Tak paksa pon korang baca...kan kan (Ehemmm..ehemm kalau  sudi singgah la usha sini..: nak jugak ko kan tan!.haha)Sebenarnya dulu aku saja-saja tulis blog ni..pastu baca sorang-sorang..Gila tak ..??hahaa.. Hari ni rasa nak publish blog aku ni la..Tiba-tiba jer kan..??Hormon tak stabil kot. Lepas dari demam ni terasa macam 'something' jer mind aku ni ha..hmmm kena re !format minda ni.. 


By the way,aku bukan la penulis blog tegar..Tak selalu update pon.Unless kalau ada cerita yang aku nak share atau tengah boring tahap gaban@tension tahap tinggi..FYI, aku  terfikir nak tulis blog ni sebab dah mula boring dengan FB. Alaaa hari-hari layan FB boring la..Aku agak pelik la orang yang 24 jam asyik dengan FB je..Tak juling ke biji mata korang asyik  scroll news feed sume tu bagai..Lagipon aku rasa dah sampai masa aku stop kejap dari layan FB. Bukan la maksudnya aku tak bukak langsung cuma buat masa ni aku tak aktif pon. Status pon lama dah tak update ni.. Ni la baru rasa nak tampal sesuatu kat dinding FB.
Baru pasan.. Aku dah lama tak on <chat> la!!..Dulu bukan main ko kan tan..sengih-sengih  macam orang tengah angau bagai layan chat kan.!! Sekarang aku dah insafff kot...malassss lak nak on chat..takut sejarah berulang..:)


Pasni aku nak buang masa dengan blog je la kot..Pagi-pagi datang opis, layan blog dulu.. Tak kisah la tak ramai follower pon. yang penting ada la benda aku nak buat kan. Kenapa aku ni cepat sangat rasa bosan dengan sesuatu..??Adakah aku ni seorang yang membosankan..??. Ada masa tu bosan dengan kerja,bosan buat benda yang sama, bosan bukak almari tengok baju,tudung yang sama. "Intan, agak2 kalau ko ada laki ko bosan tak dengan laki ko..hahhaaa...tak bloleh bla...no komestos amigosss...sebab aku tak berlaki lagi kan..(titik)!!!joking..:). Tapi  aku rasa memang tak patut kalau selalu fikir macam tu..Tak boleh biarkan aura negatif menguasai diri ....(time ni la ayat Dr Fadzilah Kamsah tiba2 menjelma). Intan cepat-cepatlah insafff...!!


..................................Ok la, stop jadi tukang karut..................................


Kalau korang ada blog bagi la url add kat sini..Kita kongsi-kongsi cerita jom..:) Just nak bagitau, blog aku ni tak de la aku jadikan medium untuk mengumpat,menghentam atau melampiaskan kemarahan ke kan..just untuk suka-suka, benda-benda yang comel n baik-baik belaka je aku tulis..ececeeehhh perasaaan tetiba..eheee.:) Ye la untuk cucu-cucu aku di masa depan baca mesti la kena tulis baik-baik kan..hahaa..(mata bersinar tersenyum sambil memikirkan masa depan.:.). 
Ok la, jumpa di entri akan datang..salam ukhuwah..:)


"Tidaklah (sempurna) iman seseorang diantara kalian hingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri" - Bukhari & Muslim


mmg di 'blur' kan..cover eyebags.."i wish i could erase that 'dark circle' using photoshop..!hmm..
x pe..tanda orang kuat bekerja..!!!hahaa..


Sunday, May 13, 2012

5 Dont's When You are Sleeping!!


Assalamualaikum.. 


.............................................................


I got these from my friend. I think I should share with you guys because seems like even a small things we do, may cause harm to our body. Take note !


comelness terlampau.!!!:)

1 - DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.


2 - DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.


3 - DON'T SLEEP WITH PHONE
 Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mo! bile phone near you, switch it off first.


4 - DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.


Lastly.....


5 - DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND
You may never wake up again. : )






Nota Intan : Have you ever slept with your earphone while sleeping? "Trust me don't do it because it does do damage, I know !!!" :)


Saturday, May 12, 2012

Cara Daftar Dan Letak Iklan Heartbeat

Assalamualaikum..
.............................................................

Aku pasti ramai blogger[s] dah tahu pasal iklan Heartbeat. Kebanyakkan blog-blog yang aku lawati mesti ada iklan ini tak kira la sama ada diletak pada sidebar, content, header blog atau kawasan seangkatan dengannya. Nampaknya aku jugak la yang paling ketinggalan pasal Heartbeat ni..:) Tak pe la, apapon aku nak kongsi tutorial ni bagi blogger - blogger baru nak aktif macam aku membuat side income bersama Heartbeat.




1. First klik banner/ iklan Heartbeat di atas

2. Then korang ikut step seperti gambar di bawah ni Ok..!
Klik ikon Heartbeat

Klik Create Account 

Lepas klik create account, korang kena isi semua maklumat yang diperlukan, Then tick "I agree Dan terus klik Submit

Lastly, just to test whether you are a human, please fill in the answer below. ^_^
2+3=?
:

I agree to HeartBeat's terms of service.
 If u are human, just answer the question, then klik " I agree..understand..!!:)

Klik Join HB Affiliate


Scroll ke bawah, cari Online Application dan Klik disitu 


Lepas korang klik tu, akan keluar satu borang pilihan pembayaran melalui apa. Lengkapkan kesemuanya,Korang tick "I agree dan terus Submit.

Then klik My HB Affiliate 

Klik Get A Code


Akhir sekali pilih la mana satu banner yang korang suka. Ada horizontal,vertical,square and text link. Setiap code berbeza bagi setiap member HB yer..!



CARA LETAK HEARTBEAT PADA BLOG

1.  Log in > Dashboard > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

2.  Paste Code Heartbeat tadi , di ruangan Html/JavaScipt tu.

3. Letak Code tadi di bahagian yang korang suka. sidebar, header, content dll.(ikut kreativiti korang)

4. Dah siap. Save. Dan lihat hasilnya.:)


Top of F

Senang jer kan..?So apa lagi. cepat-cepat la daftar. Atleast nampak la hasil dari penat lelah korang blogging.Tapi memang kena rajin promote and banyak bersabar la kan..Usaha tangga kejayaan ok..Gambate..!:)


** Mesej penting..!sudi-sudi la korang klik Heartbeat saya tu yer..
Pastu bila dah klik bagitahu kat komen/chatbox. Automatic saya akan pergi klik Heartbeart
kat blog korang pulak..TQ.hehee..








Nota Intan : Penat jugak buat tutorial ni.. Selamat mencuba. Klik..Klik..Klik jangan tak Klik tau...:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved