Suri Raudhah

Sunday, February 25, 2018

Alhamdulillah 2017.. Bismillah 2018

Assalamualaikum 

Lama tak update blog..about a year..

Busy dengan life

Malas nak update pon yer jugak


Apapon..Here i'm back

Image result for start new year 2018

Pejam celik dah 2018..Time flies so fast


Let's celebrate the new year by having all the positive vibes..💪😊🌹




Thank you for reading :)

Wednesday, June 22, 2016

Mee rebus simple tapi sedap


سْــــــــــــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog ada yang rindu ke..hahaa..?

Anyway thank you pada yang sudi singgah or for those yang dalam diam2 stalk blog suriraudhah ni..hee. (perasaan;)

Hari ni sempat la kita menjengah ke dapur untuk asah cooking skill biar jangan sampai berkarat.. hehee

Disebabkan kat rumah ada pes mee rebus yang beli tahun lepas tapi tak sempat masak lagi, jadinya sebelum pes tu expired baik la kita masak.

Kita pakai instant jer..Pes adami..




Resepi mudah jer..Semudah 123 ;)

1 paket mee kuning(saya guna spaggeti)
Pes mee rebus adami ( 1 paket cukup 8 -10 orang makan)
Kubis/sawi/tomato
Ubi keledek direbus dan dilecek
Daging/ayam/udang dll (aku guna daging rebus, air rebusan jangan dibuang)

Cara memasak
Ikut je resepi macam kat plastik pes mee rebus tu je kalau korag nak senang..

Tapi sebabkan aku rajin so aku tambah dan sesuaikan ikut citarasa tekak sendiri..hee

Tumis cili, masukkan pes sampai naik minyak
Letak air rebusan daging + air kosong dalam periuk, masukkan daging yang telah direbus dan keledek yang telah dilenyek tunggu dalam 25-30 minit pastu masukkan tomato,dan tambah garam dan gula( sesuaikan ikut rasa tekak sendiri ;)

Tutup api...tadaaaa siap...

Untuk hiasan mudah jer..telur rebus, tauhu goreng, daun bawang/sup, cili merah/hijau, limau kasturi. Biasa kalau mee rebus tak sah kalau tak ada cucur kan? Aku tak rajin nak buat and google resepi bagai. So, ini je lah yang ada.





Ermm..Not bad..Kira lulus la nih..hahaa..


Senyum pueh ati..:)

Thank you for reading.

Tuesday, September 8, 2015

Dari mat bangla cuci kereta kita belajar


سْــــــــــــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

Assalamualaikum.

Ada satu pagi tu, aku menemani kakak ke kedai car wash. Kedai tu berdekatan je dengan area rumah kami. Biasanya kat situlah la tempat nak cuci kereta pon. Sambil menunggu kereta di vacum, mata memandang ke satu sudut..Kelihatan seorang pekerja bangla sedang tekun mencuci kereta..Entah kenapa mata tak lepas untuk terus melihat beliau bekerja..Body kereta disabun, kemudian dicuci dengan air sambil sesekali tangan menggosok bahagian yang mungkin kotoran degil barangkali lalu dibilas lagi dengan air..Hmm..sangat tekun dan cermat sekali..

Kakak bersuara..'Tengok die tu..bagus la kerja die..kereta orang tu betul2 die cuci..tengok cara die lap kereta tu..wahh tak sangka kakak pon perasan perkara yg sama..that means bukan saya sorang je la kat sini yang dok perhati mat bangla tu..Secara peribadi saya mudah 'jatuh cinta' apabila melihat kebaikan..keikhlasan..dan akhlak seseorang..
Yerr..akhlak...:)

Tambah kakak..ada jugak mat bangla yang kuat pegangan agamanya..
Wohaa..kali ni tak mampu nak tundukan pandangan sebab situasi kali ni sangat 'rare'..Tak boleh lepaskan momen ni macam tu jer..so kamera dicapai... heeee.. krek..krek..





Jangan salah faham..ini hanya sekadar perasaan kagum..;)

Apa yang aku nak sampaikan adalah berkenaan budaya kerja itqan..Menggerakkan tangan bekerja hanya untuk Allah..melakukan sesuatu dengan penuh komitmen dan iltizam yang sudah pasti jika semuanya adalah kerana Allah otomatik hati berbunga-bunga riang untuk menyempurnakan kerja dan sanggup pula memberi khidmat yang lebih walaupon habuan atau gaji yang diterima tidak berubah sama sekali.

Itu yang terlintas bila memandang mat bangla tu..Dari situasi ini ada sesuatu yang boleh dipelajari bagi yang mengerti..

Senyum. 

Lepas car wash, jenjalan cari makan di heaven's park gombak..highly recommend to all..



Thank you for reading..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved