سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum..
Bila dah ada blog ni dah semestinya kena bagi ucapan sikit yer dak? So menyambut bulan yang mulia ni, aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan to my readers..Alhamdulillah berpeluang lagi menyambut Ramadan kali ini. Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada ramadan yang sebelumnya. Aamin.
Ramadan adalah bulan penuh rahmat. Alangkah ruginya jika kita mensia-siakan peluang terindah ini. Semoga di dalam bulan Ramadan ini kita dapat memperindahkan dengan alunan al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu telah diturunkan pada bulan Ramadan, memperbaiki diri dari godaan dan hawa nafsu,memperkuatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Insyaallah marilah kita sama-sama akan cuba ke arah itu.. Ya Allah berikan lah hambamu ini kekuatan,bantu lah hambaMu dalam mencari keredaanMu.
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAN
• Segala amalan akan dilipatgandakan pahalanya
• Pada setiap malam bulan Ramadan berpuluh ribu malaikat akan turun ke bumi serta memohon keampunan bagi mereka yang memanfaatkan malamnya dengan bersujud,berzikir dan beribadat kepada Allah swt.
• Bulan penuh rahmat serta pengampunan dosa
• Doa akan dimakbulkan bagi mereka yang sentiasa memohon kepada Allah swt
• Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari aroma kasturi disisi Allah swt
• Syaitan akan diikat sehingga tidak mampu bergerak dari mengganggu manusia.
• Di dalamnya terdapat malam yang dipanggil Lailatul Qadar.
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan [Surah Al-Qadr : Ayat ke 3]
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh berkah dan kebajikan. Rasulullah S.A.W. Bersabda : “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan yang penuh berkah, Allah memfardhukan agar kamu berpuasa di dalamnya, dimana disitu dibuka segala pintu syurga, dikunci didalamnya segala syaitan. Di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa yang tidak memberikan kebajikan malam itu, sungguh tidak diberikan kebajikan di dalamnya.” (H.R. Ahmad, Nasai dan Baihaqi dari Abu Hurairah).
KEISTIMEWAAN ORANG YANG BERPUASA
Rasulullah S.A.W., juga pernah menyebutkan tentang keistimewaan orang yang berpuasa :
"Sesungguhnya di syurga ada satu pintu bernama Al-Rayyan,dari pintu ini akan masuk
orang-orang yang berpuasa. Pada hari kiamat,tidak ada sesiapa pun selain mereka yang akan memasuki pintu ini,dikatakan mana orang-orang yang berpuasa..? Lalu mereka semua berdiri,tidak ada satu pun yang memasuki pintu ini,jika orang-orang yang berpuasa telah masuk,maka pintu itu ditutup,sehingga tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya"
“Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. iaitu berbahagia dikala berbuka dan dikala bertemu Allah.” (riwayat imam Muslim).
MUHASABAH RAMADHAN
Oleh itu,marilah kita sama-sama merenungkan berbagai keistimewaan dan kemuliaan di sepanjang bulan suci Ramadan ini dengan membuka lembaran baru kehidupan yang bersih. Penuhi bulan ramadan dengan ibadah-ibadah bagi mendekatkan diri kita kepada Allah swt serta bagi mendapatkan keredhaanNya.
Ramadhan Kareem..
Wassalam..