Suri Raudhah: July 2012

Wednesday, July 25, 2012

Bonus Raya Penjawat Awam

Assalamualaikum.. ツ

Pasti semua penjawat awam dah dengar pengumuman bonus raya kan.? Nak tahu lebih lanjut rujuk pekeliling di bawah.


Alhamdulillah. Harapnya tidak menjadi satu isu perdebatan di antara penjawat swasta dan awam.


Giveaway Kedua Dari Blog Cik Tom

Assalamualaikum.. ツ

Alhamdulillah, berkesempatan juga join GA dari blog Cik Tom. Memang tertunggu-tunggu juga GA dari Cik Tom sebab entri cik tom yang lepas ada bagitau yang cik tom nak buat GA . Jom join GA kedua Cik Tom ni.



********************Alkisahnya********************


Perkenalan Intanluvly dengan Cik Tom.?

Sebenarnya, aku kenal blog cik tom masa di awal pembabitan aku dalam dunia blog ni. Yela, budak baru belajar blogging, so kena banyak refer tutorial. Secara jujurnya, dalam banyak-banyak tutorial yang aku rujuk, aku rasa tutorial cik tom antara yang paling mudah aku faham dan aku terus follow blog cik tom.  Kalau nak tau, aku paling suka tutorial blog cik tom yang ini. Kod Warna Html dan kemudiannya aku beralih arah dengan yang ni Warna Kod Html 2. Nak tahu kenapa tak..? Sebabnya, setiap kali aku nak tukar-tukar warna untuk blog, perkara yang paling mudah aku buat just google dan taip jer "kod warna html cik tom" dan keluar link cik tom. Tutorial warna kod HTML blog lain ada juga aku tengok, tapi rasanya dah terbiasa refer tutorial warna kod html blog cik tom kot. Mesti Cik Tom tak percaya kan..?Memang betul la tak tipu, ni bukan ayat ambil hati tapi jujur sejujurnya dari hati..ececehhh..

Pssttt CIK TOM...Rasanya masa tu blog cik tom warna merah kan..? Saya suka tengok blog Cik Tom yang warna merah ala-ala tomato tu lagi kot ..Pastu tak lama kemudian Cik Tom tukar citarasa warna purple pulak. Purple pon ok jugak. sejuk mata memandang but red hot kan..ehee. Blog Cik Tom simple jer, tapi ada tarikan tersendiri yang menarik pembaca untuk terus membaca. Serius aku kagum..

Opss..baru teringat. Aku suka entri Cik Tom yang ini jugak Tuhan Berikanlah Aku Cinta. Serius rasa syahdu jer time baca tu, touching..lagi-lagi masa tu aku tengah 'mencari damai di hati'. Aku siap emailkan and forward artikel tu kat my cousin lagi. Kebetulan dia pon tengah 'patah hati' pastu dia baca email aku tu and replies back to say thanks dan tenang katanya lepas baca apa yang aku email kat dia tu. Sorry Cik Tom, tak minta izin share dulu sebab masa tu segan nak tegur cik tom.:).
Tak lama kemudian Cik Tom buat entri ni. Jodoh Itu Rahsia Allah masa tu la permulaan aku komen di blog Cik Tom sampai la sekarang aku still support blog Cik Tom dan aku akui Cik Tom ni peramah juga orangnya, tak sombong. Sekali-sekala Cik Tom ada jugak singgah blog picisan aku ni. Masa mula-mula Cik Tom komen kat blog tu terharu tau..:)

Komen pertama di blog Cik Tom. (masih mencari tutorial tukar gambar display picture tu dengan gambar real. Pengomen yang guna blogspot komen ke blog Wordpress. Cik Tom x nak buat tutorial tu ke..???:)

********************Cerita Intanluvly********************

Artikel terbaik dari blog Intanluvly?

Aku tak nak klasifikasikan artikel terbaik, cukuplah sekadar entri yang paling aku suka dan aku tak pasti samaada orang lain suka atau tak. Artikel ini Join Giveaway Pertama Bersama PapanKekunci.com agak memberi impak yang positif kat blog intanluvly dan inilah pengalaman pertama aku join GA dari blog lain. Tak menang hadiah utama pon. Tapi dapat la jugak cabutan saguhati. Apapon, best sangat sebab dapat hadiah buku nota conteng-conteng dari penganjur Papan Kekunci. Nak tahu siapa pemenang utama tak..? CIK TOM la orangnya..dapat RM 50 kalau tak silap. Memang bertuah la Cik Tom ni..:)

Aku tak pasti mana artikel yang terbaik, cuma aku berharap semua entri yang aku tulis bermanfaat untuk pembaca. Aku sekadar ingin berkongsi cerita, ilmu,pandangan dan anything yang baik-baik jer kat blog intanluvly ni and at the same times dapat menambahkan kenalan dikalangan blogger. Perkara yang baik apa salahnya untuk dikongsi kan..? Aku memegang kata - kata ini " Sampaikan la walau sepatah ayat" dan walaupun aku bukan la terbaik sangat, tapi tak salahkan kalau aku menyebarkan benda yang baik. " I care  so I share".Terpulang kepada pembaca yang menilai.

Tapi kan, aku rasa entri ni paling ramai orang view (macam la ramai yg view sangat kan..dush..!). Hari Ini Bersama Dindong Dantessebab mungkin masa tu tengah hot cerita endless love dan kebetulan watak utamanya, Dindong Dantes datang kat Malaysia. Kemudian orang search and googling so tertujulah ke blog picisan aku ni. Apapon, terima kasih singgah..:)


********************Penaja Yang Baik Hati********************

“Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak Mahh, Dania Eryati, Onlajer, Nazri, Hatiputera, Eiela, Rina Avail, Akhiyy, Hafizul, Puanbee, dan KeretaHitam”Berminat nak tahu syarat penyertaan dan hadiah yang menanti pemenang yang bertuah boleh tengok di sini Syarat dan Hadiah GA. Kepada semua peserta aku ucapkan Good Luck dan Selamat Berusaha..:)

Sunday, July 22, 2012

Tips Kejutkan Orang Bangun Sahur

Assalamualaikum.. ツ


 


 TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR 

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan-lahan.
2. Sentuh bahu orang yang tidur dan goyangkan perlahan-lahan sambil memanggil
    nama dia.
3. Renjis air kat muka dia.
4. Tampar tampar manja pipi dia.
5. Tutup kipas/air cond.

Tapi kalau still tak ada effect;
1. Jerit nama dia sekuat hati.
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit.
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang.
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.
5. Goyang badan dia kuat-kuat dan jerit "tsunami! tsunami!".

Tapi kalau still tak ada effect jugak;
1. Pergi kat telinga dia, then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak-banyak
    kali.
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect jugak, ni je la cara terakhir;
1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan dia kerana Tuhan lebih
     menyayanginya. *Innalillahi wa inna ilaihi roji un....

“Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para malaikatNya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Friday, July 20, 2012

Ramadhan kali ini lebih bermakna..

Assalamualaikum.. ツ

Dikesempatan ini aku nak ucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan"dan selamat menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambutnya pada tahun ni. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. (Tiba-tiba teringat lagu Raihan)..hee

Cepat betul masa berlalu kan. Esok dah puasa..Aku harap dapat la tebus apa yang aku tak dapat buat ramadhan yang lepas. Azam mesti kuat..!:)  Ramadhan bulan ibadat, so marilah kita sama-sama memeriahkan ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini. Aku bukan la baik sangat bab ni, tapi aku ingin jadi lebih baik dari hari sebelum. Bulan Ramadhan ni, syaitan semua kena ikat kan.! So jangan nak malas-malas ok..!Semoga dipermudahan.

Rasanya dah lama aku tinggalkan tafsir Al-Quran. Nak kata sibuk bekerja tak la sangat kan. Kadang-kadang ada jugak rasa bersalah. Novel yang tebal pon ko cepat jer habis baca kan. Novel itu ini bertukar-tukar tapi tafsir tu tak penah ko nak khatam kan..dush..dush..dush..Harap-harap bila Syaitan dah kena ikat ni, rajin la ko khatamkan al-quran+tafsir tu yer..( ayat untuk motivate diri, kot bila baca entri ni semula aku dapat kembalikan nur-nur memancar ke hati..huhu.) Sepupu aku cakap, kalau nak khatam al-Quran kena ada matlamat..Set kan niat bila nak khatam, so that kita akan lebih berusaha untuk capai apa yang kita sasarkan. Mula-mula tu, malu jugak nak mengaku kat dia tapi dengan dia entah nape laju jer mulut nak cakap. Tapi ok la, atleast membakar semangat jugak bila dengar short tazkirah dia..

Lastly, Aku doakan yang baik-baik untuk semua. Selamat bangun sahur semua...:)





Notaintan:Surau kat rumah dah pasang aircond la..Alhamdulillah...kusyuk sikit la tahun ni kot..hahaaa..opsss..!

Wednesday, July 18, 2012

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum.. ツ



Jom cuba permainan ini !!

1. Perhatikan gambar di atas, letak arrow mouse di atas gambar.
2. pejam mata anda
3. gerakkan mouse dalam pelbagai arah ( agak2 jangan keluar dari gambar )
4. lepaskan tangan anda dari mouse, buka mata.
5. cari cursor mouse anda sekarang. kalau jumpa anda hebat.!!

Saturday, July 14, 2012

Kursus@Klana Resort, Seremban

Assalamualaikum.. ツ

Alkisahnya
**********************************************
Kursus tiga hari yang best.Penat berkursus, balik kena la mencuci baju-baju yang tak basuh tu..Ada masa, apa lagi update blog la..Rasanya aku nak cerita kat sini, sebab kursus tu best jugak..Tak la stress sangat..
Kursus ini bertujuan untuk memberi latihan kepada semua kakitangan RTM untuk menggunakan sistem HRMIS bagi claim OT dan TnT secara online. Tak silap aku, JPA dah start guna HRMIS untuk pembayaran gaji, OT dan TnT. Of course la, JPA kan pioneer..Nak tak nak kena jalankan juga HRMIS bagi mencapai KPI jabatan.
Serius cakap, biliknya tersangat la selesa dan cantik. Satu bilik dua orang. Ada 2 buah/bijik[?] katil yang agak luas. Huwaa tersangat selesa kalau nak buat kuak lentang pon..hehe..Bilik pon ala romantik jer lampunya. Tapi aku prefer lampu putih dari lampu oren malap tu.. Sakit mata wehh.. Pihak urus setia dah bagi pasangan bilik. Pilih secara random kot. Pasangan aku indian girl..( She's very soft spoken &quite beautiful ok!). Aku ok jer...As long tak tidur sorang..Aku bukan la penakut sangat, tapi kalau tempat baru ofcoz la ada rasa something lagi-lagi kalau duduk sorang kan. Tapi aku nak minta pendapat korang yang arif lagi bijaksana......

Aurat kita dengan orang yang bukan islam macammana..?? Kalau tersentuh batal tak wudhuk..

Setahu aku aurat kita dengan bukan muslim sama dengan aurat dengan lelaki bukan muhrim. Aku pon tak berapa pasti perkara ni. Any explanation..? Share la kat aku, so that next time aku akan lebih alert tentang perkara ni.

Kelas/Seminar
**********************************************
Bagi pendapat aku, OT dan Tnt menggunakan HRMIS tersangat la bagus. Rasanya orang kewangan mesti suka dengan sistem ni. Tersangat la membantu. Tak perlu la pening-pening mengira. Sistem yang tolong kira jam, kadar dan sebagainya. Bahagian Kewangan just checking dan tunggu je sistem generate payment. Mungkin akan ada masalah pada awal perlaksanaannya. Tapi alah bisa tegal biasa kan. Nak tak nak kena buat juga. Kalau tak, tak dapat la claim.  
Selain kelas, ada juga aktiviti riadah. Mungkin tujuannya untuk mengeratkan sillaturrahim di kalangan peserta kot. Sebenarnya tak kenal semua pon, ada yang datang dari negeri, kerja RTM tapi bahagian lain-lain. Selain tu, saja nak seronok-seronok sambil menghilangkan stress kursus kot.. Ok la ada aktiviti macamni. Hari kedua ada X-PLORACE..Penat tapi berbaloi sebab juara..hehee..

Aktiviti Riadah- Explorace
**********************************************
Peserta X-PLORACE
THAILAND

 SPAIN
INDONESIA
JEPUN
 X-PLORACE TIME.....CHECKPOINT.!!!
  
  
 


Dah penat-penat berlari ke checkpoint.. Dan finally keputusannya...
Zooom..hahaaa..[saja suka2 jer ni..] Yeahh..!Juara X-Plorace..:)
Masa untuk pulang..Dah sampai dah pon..Semoga lebih semangat untuk bekerja..Akhir sekali, majulah HRMIS untuk dapat claim cepat. hahaa. Hopefully dengan perlaksanaan ini, sistem HRMIS bertambah baik dan lajuuuu..Nak dekat hujung tahun ni, jangan asyik down jer..:)


Notaintan: Sorry loading lambat sebab banyak gambat entri kali ni.. Jangan putus asa tuk scroll down tau..tq:)

Laksamana Sunan

Assalamualaikum.. ツ

Sabarlah Wahai Hati.
**********************************************
Kadangkala aku rimas dengan pertanyaan itu. Jika ditanya, memang aku tak dapat jawapan yang pasti. Intan ko ni terlalu memilih sangat la.!(kata mereka). Bukan ke kita memang berhak memilih untuk dapat yang terbaik. Bukan mencari kesempurnaan, tapi cukup lah sekadar yang dapat memberi ketenangan jiwa, bila kita memandang kita akan merasa tenang, cintanya akan menguatkan cinta kita kepada- Nya.
Perlu ke aku terus mencari.?
 Jodoh itu rahsia Allah SWT. Sekuat mana kita setia. Sehebat mana kita merancang. Selama mana kita bersabar. Sejujur mana kita menerima kekasih kita. Percayalah. Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita. Kita tetap tidak akan bersama dia. Fikir positif dan terimalah takdirNya. Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah bertukar dan nescaya akan bertemu juga pada saatnya. InsyaAllah
 
Kalau tak usaha mana nak jumpa kan..?Betul..Tapi usaha yang macammana..?
"Kalau kita nak dapat yang baik, kita kena pon kena baik jugak"- Ros Oja
Setuju..! Itu pon satu usaha juga kan..mungkin ada pandangan sinis.."Kalau macamtu sampai ke tua la ko..!!Arggggh ada aku kisah..? Apa yang penting. Bila kita rasa kita keseorangan yakinlah Allah sentiasa ada..Pasti perasaan tu lebih tenang. Insyaallah..
is the key.........
Tak payah la nak cari kesempurnaan sangat..Nobody's perfect..! Memang la..Aku pon tak sempurna, sebab aku manusia biasa..


Tiba-tiba ter'emo pulak nih..Hmm..Tak nak fikir sangat la.Hidup perlu diteruskan. Banyak lagi urusan yang belum selesai. Semoga dipermudahlah hari-hari mendatang.Amin Ya Rabb..
 
 
Lastly...Kalaulah.......
 
alkisahnya..biarlah ia menceritakan..
 
 
Wassalam

Friday, July 6, 2012

Doa Elak Kena Santau Makanan

Assalamualaikum.. ツ

Entri kali saya nak share bacaan untuk mengelakkan dari terkena santau melalui makanan. Insyaallah boleh menjadi pendinding diri dengan mengamal doa di bawah ini. Doanya mudah untuk hafal, so amalkan la setiap kali hendak makan.

Ramai yg kena santau makanan melalui Kedai-kedai makan yg meletak santau pelaris...
baca 7x "bismillah allazi la yadhurru"
ketika hendak makan,,
boleh pecah bekas makanan yang ada santau tu.

by :Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
-------------------------------------------------------------

p/s : SEELOKNYA BACA YG ARAB :

 
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Bismillahil Lazi La Yadhurru Ma'as Mihi Shai Un Fil Ardhi Wala Fis Sama I Wahuwas Sami Ul Alim)

Ertinya: Dengan Nama Allah yang tidak akan memberi mudarat bersama namaNya sesuatu apa pun di langit dan di bumi , dan dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Sesiapa yang membaca doa ini apa-apa pun tidak akan dapat memberi mudarat padanya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, IBn Majah dan Musnad Ahmad




 
Langkah berjaga-jaga:-
 
1. Pilih la restoran atau kedai makan yang korang yakin tidak mengamalkan perkara terlarang itu. Ambil langkah berjaga-jaga sebelum terkena.
 
2. Sentiasa peka terhadap makanan yang ada. Sekiranya terjumpa rambut, kuku atau benda-benda asing lagi meragukan, lebih baik korang tinggalkan makanan tu terus. Terpulang la kat korang samaada nak tinggalkan terus atau berjumpa dengan tuan kedai minta gantirugi atau sebagainya.
 
3. Jangan senang-senang makan makanan orang yang tak dikenali bagi. Saya yakin mesti kita akan rasa tak sedap hati kan kalau ada orang berniat tak elok pada kita kan.
 
4. Amalkan la doa di atas, sekurang-kurangnya jangan la lupa baca Bismillah.
 
 
 
 
Notaintan:minta dijauhkan la dari perkara pelik-pelik ni. Masih ingat lagi seorang kawan nasihatkan saya kalau si Polan tu bagi makan atau apa-apa jangan amik tau mungkin dia ada niat tak baik. Tak berniat nak buruk sangka tapi lebih baik berhati-hati dari terkena. 

Wednesday, July 4, 2012

Hukum Pelaburan ASB/ASN

Assalamualaikum.. ツ

Terjumpa artikel berkenaan tajuk di atas. Sebelum ni masih dalam keraguan apa hukumnya ASB.Boleh ke kita melabur dalam ASB..?Saya mengakui saya pon ada akaun ASB, tapi dah setahun akaun tak aktif apabila terdengar ura-ura ASB dari sumber meragukan. Saya dah keluarkan semua pelaburan dalam ASB dan transfer ke akaun Tabung Haji.Tapi malangnya belum sempat tutup akaun terus sebab kena pergi ASB sendiri kalau nak tutup akaun. So, akaun tu masih tergantung macam tu je, sampai sekarang saya tak tahu status dividen dll.

Ini adalah artikel yang saya jumpa berkenaan status pelaburan ASB mengikut syariah. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. I care I share..


Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
  1. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
  2. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
[sumber:islamituindah.my]


Nabi dah pesan supaya jauhkan yang syubhah dan yang haram. Orang beriman bila dengar benda haram datang rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah-marah dan mencari jalan untuk melepaskan diri dari kelihatan bersalah –Ustaz Azhar Idrus
    Wassalam..

Tuesday, July 3, 2012

Air Tasik Berwarna Pink Di Senegal

Assalamualaikum.. ツ
[Harian Metro]
Tasik Pink atau dikenali sebagai Tasik Retba terletak di utara semenanjung Bab Vert Senegal iaitu di utara timur Dakar.Ia dinamakan sedemikian kerana airnya yang berwarna merah jambu.Fenomena ini disebabkan oleh kombinasi sejenis bakteria iaitu Cyanobacteria yang terdapat di dalam air dengan kepekatan kristal garam yang tinggi.Warna ini jelas kelihatan semasa musim kering. Kandungan garam yang tinggi, seperti Laut Mati, membolehkan orang ramai untuk terapung dengan mudah.



Subhanallah...





Sekali pandang suasana di sana, seperti macam laut pula. Tapi menurut sumber ia adalah sebuah kawasan tasik yang dikenali sebagai Tasik Retba yang terletak di Senegal, Afrika Barat. Satu fenomena seperti ada peristiwa berdarah yang sedang berlaku di sana.





Notaintan: Nampak cantik selagi ianya tidak memudaratkan.. Tasik Malaysia warna apa pulak..?:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved