Suri Raudhah: October 2012

Wednesday, October 17, 2012

Shahir - OST Adam&Hawa


OST Adam&Hawa
Dia Yang Kau Pilih – Shahir
 



OST Adam&Hawa
Aku Yang Berdosa – Shahir

 
 
 
OST Adam&Hawa
Cerita Kita – Shahir
 
 
 
 
nota : Kesemua lagu Shahir ni memang sedap didengar.Lirik yang sungguh menyentuh.  Pilihan saya mestilah "Aku Yang Berdosa".Tapi rasanya macam semua best dan sedap belaka.:)


Tuesday, October 16, 2012

OST Drama Adam & Hawa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lagu yang dipetik dari Drama Adam & Hawa. Memang pilihan lagu yang terbaik. Semestinya lagu Muara Hati nyanyian Siti Nurhaliza & Hafiz pilihan saya. Lagi-lagi bila ada slow motion or flashback drama tu then lagu itu dipasang.. Tersangat tersentuh.:)

OST Adam & Hawa - Muara Hati /Siti Nurhaliza & Hafiz
OST Adam & Hawa - Inilah Cinta (Akustik) / Akim Af
OST Adam & Hawa - Pendam / Shahir
OST Adam & Hawa - Dia Yang Kau Pilih /Shahir
OST Adam & Hawa - Aku Yang Berdosa /Shahir
OST Adam & Hawa - Cerita Kita / Shahir
OST Adam & Hawa - Cahaya Hati / Opick
OST Adam & Hawa - Asmaul Husna / Opick
OST Adam & Hawa - Rapuh / Opick
OST Adam & Hawa - Ratu Di Hatiku / TRIAD
OST Adam & Hawa - Remuk Jantungku/ Geisha
OST Adam & Hawa - Yang Lalu Biarlah Berlalu / Bunga Citra Lestari
OST Adam & Hawa - Ingkar / Bunga Citra Lestari



*** upload in progress..





Inilah Cinta (Akustik) - Akim

 


Lirik Inilah Cinta (Akustik) – Akim

Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata
Oh oooo oooo
Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia
Woo wooo ooooo
Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima ooo ooo
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasakan cinta ooo ooo
Ulang Chorus

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia ooo ooo
Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta

Drama Adam Hawa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah beberapa hari tak update blog. Lately sibuk dengan kerja, kalau tak sibuk dengan kerja, asyik melayan drama Adam Hawa. Tengok online jer. Best drama ni dengan barisan pelakon yang hebat bawa watak. Nampak natural.

Bila cerita pasal drama Adam Hawa ni kan, aku ada join forum/blog peminat drama popular tu. Ramai yang mempertikaikan pemilihan Nadiya Nisa sebagai Ain Hawani watak utama dalam drama yang diadaptasi dari novel ini. Pendapat aku, Nadiya Nisa membawakan watak dengan bagus,nampak natural. Actually aku memang minat lakonan Nadiya Nisa since dia mula berlakon lagi. Bagi aku dia ada gaya tersendiri.



Ada peminat tegar AA(Aaron Aziz) siap mengkritik dan menghentam Nadiya Nisa lagi tu. Nadiya Nisa tak sesuai pegang watak Ain Hawani sebab dia tak cantik so tak setanding berlakon dengan Aaron Aziz la. Macam-macam. Banyak-banyak la bersabar Nadiya Nisa yer. Pendapat aku ikhlas sebagai seorang perempuan, Nadiya Nisa ni manis orangnya, comel lesung pipit dia dan dia ada gaya lakonan tersendiri. Memang sesuai la watak Ain Hawani seorang gadis kampung yang becita-cita tinggi. Sesuai jer dia berlakon dengan Aaron Aziz. Sweet aku tengok.

Nak tanya peminat tegar AA. Kalau Nadiya Nisa tak sesuai pegang watak Ain Hawani tu so sape yang sesuai. Takkan Neelofa, Ayu Raudhah? ke Siti Saleha oo Izara Aisyah..

Bila aku fikir balik, rasanya aku tak nampak calon yang paling sesuai selain Nadiya Nisa. Tak perlu la nak mengutuk dia sampai macam tu sekali. Jangan la jeles atas nama korang ni peminat tegar Aaron Aziz tu. Aku pernah terbaca hampir setahun tau penulis novel Aisya Sofea nak cari pelakon yang sesuai untuk watak Ain Hawani. So yang bertuah adalah Nadiya Nisa dan itu adalah pemilihan yang tepat aku rasa.
 
Tak sabar nak tengok kesudahan cerita Adam Hawa ni. Memang pernah baca novel tu tapi dah bertahun lama dah sampai lupa jalan cerita dia. Next entri aku, aku buat ulasan lagi cerita ni yer. Actually, tersangat teruja dengan cerita Adam Hawa ni. Banyak lagi aku nak cerita especially part kat Mekah dan Madinah tu.


Ok la. thanks sudi luangkan masa membaca. So apa pendapat korang tentang cerita ni.?:)

Friday, October 5, 2012

Cara mudah cari jodoh

Semalam kat ofis,ada dak laki ni merangkap ofismate aku tunjuk satu kertas kat aku. Then, terkebil-kebil mata aku nak baca tulisan tu. Aku kan rabun pastu datang dekat dia..


SALAM PERKENALAN..
SAYA INGIN MENCARI SEORANG GADIS YANG BAIK HATI, COMEL & MINAT K-POP.
BERMINAT BOLEH HUBUNGI
NO TEL : 012-XXXXXXX


hahaaaaa.. Memang tak ada keje la korang nih!! Ko nak tampal kat bustop ke.?
Jap..apesal nak tunjuk kat aku pulak??(monolong jer)

hishhhh..macam-macam la korang nih!

"Bukan aku tulis la, kawan aku yang tulis"..
Haaa..serius?


nota:tak jadi keje kalau layan dorang ni. Tapi kadang-kadang terhibur jugak lagi bila tengah stress.

Dah la.Thanks for reading.assalamualaikum..
psttt..berminat..any girls here..?heheee..

Wednesday, October 3, 2012

Lepat

Hari tu ada orang offer aku lepat. Lepat pisang tau. Aku memang suka lepat pon, tak kisah la lepat pisang ke lepat labu ke tapi yang paling suka ofcoz la lepat yang mak aku buat. Best in the world yo!

Kak Z: awak nak lepat pisang? (lepat tu orang bagi kat dia, ada lebih dia bagi la kitorang ni.) Iklan jap. Kak Z pandai masak tau. Aku suka kalau kawan-kawan pandai masak ni boleh tumpang setangan sekaki..ehee.Kak Z jiran aku kat opis.

aku : Boleh jugak. So aku nikmati la that lepat pisang. Ok ok jer.

Bila petang after lunch...

Kak Z: Ni ada lepat lagi. nak?

aku : Tak apa la kak, thanks.Lepat tu ada kelapa tak suka sangat.

Kak Z : Dah nama pon lepat memang la ada kelapa.

aku : Kak, ada kelapa tak sedap. Ehh kak, bukan lepat tu yang tak sedap, kelapa dia banyak sangat la. Kalau chef wan yang bagi sekalipon saya tak nak.

*mak dah lama tak buat lepat. Lepat mak tak bubuh kelapa sebab anak-anak ea tak suka kelapa*

memang la aku tau yang lepat tu memang dah ditakdirkan kena ada inti kelapa kat tengah. Tapi apakan daya, tekak aku tak boleh masuk kuih yang ada kelapa ni. Kuih lopeh pon aku buang kelapa kat atas tu. rajin tak den?hahaa..membazir je kan..

Bila nak membazir ni mula la ada yang nak tenyeh perasaan aku!
Ni kalau kat Somalia ni tak dapat ko nak merasa semua ni. bla bla blaa..
insaf la jugak kadang-kadang tu. Tapi biasa la manusia mudah lupa.

ermm.hari ni aku bawak bekal nasi lemak kat opis. Mak masak. Alahaiiii mak nape la sodap bona nasi lomak mak den ni ha. Best in the world again.!Kalau mak masak ikan goreng pon aku akan cakap ikan goreng paling sodap di dunia.ehee..
 
Masa dah time(bahasa ko memang out tahu tak!)Thanks for reading. assalamualaikum.:)

Semanis Gula

Korang puas hati ke dengan bajet 2013 hari tu?
Arggghh..jangan jawab sini. Penat dah aku berdiskusi dengan kakak aku pasal ni.

aku: nape la korang swasta ni nak jeles sangat dengan kitorang ni. Kami ni pon bayar cukai tau. Bonus tu taxable ok!sebulan jer pon, setengah lagi dah bayar masa raya. Ingat intan duk goyang kaki. Stress tau buat kira-kira ni.. bla bla blaaa..

kakak: bukannya apa..bla bla bla...

aku: bla blaa lagi. Sebelum dia bla bla blaaa 1000x baik aku blah je. Pastu aku buat-buat sambung baca novel.tapi memang aku baca pon.Semanis Tart Ceri.hee

*****

Kat ofis. Isnin 2 hari selepas bajet..

Banyak duit kerajaan ni erk.Br1m la, Tr1m la, Fr1m bagai. Pasni orang bujang boleh la amik RM250.00 kot ada yang berhajat nak cari jodoh masa amik borang BrIM tu tak ada hal la..I memang tak la you. Aku rasa lawak pon ada jugak bajet ni. erk??aku silap tulis ke..dushhh!

Pasni barang semua naik harga. Gula dah mahal sekarang. Donat pasni tak payah tabur gula la. Saiz pon confirm kecik sikit.

Ada satu hari tu kan.kat opis..

Kak Shila: tawarnyer air nescafe ni..Tak sedap la mamak ni buat.
aku: gula mahal sekarang kak. redhooo jer..
Kak Shila: kenapa gula jer mahal. Garam maintain je bape sen tak naik-naik dari dulu.
aku: ye la kak, sedangkan gajah pon makan gula kak. But then aku rasa macam entah-apa-apa-punya- jawapan daaa.

K la.Kla sambung buat keje. Tadi pening tengok 1.9786008*/+-22 kuasa 2..Bos dah lalu lalang dah bape kali sini.Nak intai le tewww..(pehal nak gedikswww nih..dushhhhhhh.)
Thanks for reading. assalamualaikum. sopan tak den?.hahaaa..:)

nota: ingatkan nak wordless ..hampehh 360!

Tuesday, October 2, 2012

Konon macam artis la

Entah nape tiba-tiba aku terfikir pasal ni pulak..Agaknya sebab aku tak ada keje kot hari ni. Tak ada keje ke sebab ko malas nak buat keje intan oiii..!
 
Ni bukan nak perasaan tau..
Aku masih ingat lagi kata-kata mereka. Tak tau la ikhlas ke apakan. Tapi dulu aku kisah dengan apa yang dorang cakap tu. Memang tak boleh terima statement tu. Sebab aku aku tak nak..tak suka.tak minat..
 
Kat sekolah time tu aku sebagai naib setiausaha kelab ****** (tak nak mention sebab nanti kawan opis aku terjumpa blog ni confirm dorang gelak guling-guling) kena kutip derma kat kelas ke kelas. Malu tak malu kena tebalkan muka la jugak kan. Aku ni kan dah memang semulajadi pemalu..hehee(pemalu ke pemalas?). Pastu bila dah sampai kat meja sorang dak laki ni. Tetiba.."ehhh macam lisdawati la". Aku tak nak pandang dua kali. Pastu aku terus blah tempat lain.
 
 
Kat kelas aku..
Dulu masa sekolah aku macam innocent jer. ala-ala skema la kot.Tak pames pon. Ada satu hari tu aku kena pass kertas pekse kat meja dak-dak laki kat belakang tu. My classmate tapi tak rapat sangat la sebab kan aku dah cakap time sekolah aku pemalu(haha). Muka ko ni macam lisdawati la. Aku ingat lagi time tu lisdawati heroin KL menjerit tak silap aku. Filem pertama dia dengan Rosyam nor.
Ada jugak la classmate aku yang lain cakap benda sama.Siyess..aku tak suka..betul tak tipu..
 
 
Pernah jugak sekali tu aku pergi CM(central market) singgah kedai jamu. Kakak tu dok promote krim banana kat aku pastu terselit "adik ni muka cam lisdawati la...Dah pulak dah.."Lisdawati..??Pleaseeees!!(monolog jer pon). Tak sampai hati nak nafikan..hahahaa..Dulu zaman sekolah selalu lepak situ pas balik tusyen then sementara tunggu result sambung study aku keje kat area situ jugak. Tapi lepas kenal KLCC dan jarang pergi sana dah. Masa dia cakap tu oja raudhah pon ada. Confirm la dia gelak tenggiling punyer.
 
Zaman study kat Shah Alam..
Ada la tiga empat orang cakap pasal tu lagi.. Aku tak suka lagi!Tak sama la wehhh..
 
Ada sekali tu aku pergi Jusco Wangsamaju dengan kakak aku. Kakak aku terjumpa la kawan dia kat situ dan dorang sembang-sembang tanpa menghiraukan aku kat situ kan. Dah balik rumah dia cakap "Intan tadi kawan Ida cakap adik ko muka macam Lisdawati la". Aku.?Lisdawati..Again..No way..
tapi ko rasa ada macam ke??hahahaa..
 
Pastu lagi..officemate kakak aku datang umah beraya. (raya beberapa tahun yang lepas) Ternampak la aku tengah senduk apa entah aku lupa. Kakak aku balik dari keje . Intan ko nampak tak kawan Ida yang sekian sekian masa open house tu..Dorang cakap muka ko macam Lisdawati.! Tak la, Lisdawati yang macam Intan.. Tak sama ok.!
 
Aku memang tak boleh terima orang cakap macam tu!Serius tak tipu. Tipu dosa..
 
Beberapa tahun dah berlalu..Hari ni tiba-tiba aku rasa dah lama tak dengar statement tak kelakar tu..Kenapa eh..?Why.Why?. Then baru aku sedar masa tengok muka kat cermin masa balik keje tadi petang..Owhhh Lisdawati tak babam(means tembam)..Ok Ok aku terima..
 
 
Tak apa la aku ok jer.Aku kan tak minat Lisdawati.chill yo!. Tapi tiba-tiba tadi time aku tengah melahap dengan penuh ketatasusilaan adik laki aku " Intan ko ni gemok la macam Doremon".Aihhh gurau kasar nampak!!Statement derhaka dengan kakak ni.! Arghhh malas nak layan..Sekarang dia tengah cuti sem.So banyak masa la nak cari pasal dengan kakak dia ni ha.
 
Entri perasaan betul la nih. Mula la tu ada yang nak muntah hijau wek wek wek..Nak menjeles kek den ler teww!Yarkk!hahaa..
 
psssttttt  korang...
 
 
 
Agak-agak ea muko ni macam sapo.? Agak-agak eh..Ado orang cakap la, bukan den cakap muko dia ada iras-iras...eheemmm..malaih nak koba kang ada yang menjeles lagi..hahhaaa.Kalau ni den suko..mula la nak malu meow meow ni..wink wink*
 
 
K la..Kla. malas nak berperasaan dah. Kurang pahala nanti..Sorry.
Thanks for reading.assalamualaikum..:)


nota: Perlu ke nak bold perkataan tu?aku tak nak jawab...hehe

Monday, October 1, 2012

Calon Idaman Suri

As- Salam


" aku tak sabar nak tengok bakal suami ko caner"?
" agak-agak suami ko nanti caner ehh?

aku : caner camne tu..?cam orang la..

Korang pon mesti ada ciri-ciri yang korang nak kan.? Aku pon sama sebab aku manusia biasa. Sentiasa mengharap yang terbaik untuk diri dan masa depan. Tapi kalau dah tertulis sebaliknya hmmm aku hmmm..skip la part ni..


Kalau boleh la kan..kalau boleh la..

1. Aku tak suka rokok
Rokok tu sama la dengan perokok, asap rokok dan semua yang berkaitan dengan rokok. Aku tak suka sebab aku ada gastrik. Dulu separuh kronik lagi-lagi masa zaman study, pastu dah keje ni ok dah suam- suam kuku jer. Sakit pon ala-ala manja jer. Tak pasti apa kaitan tapi yang pasti bila aku kena gastrik atau tak sihat ke aku memang tak tahan asap rokok. Rasa sakit tu lagi menjadi-jadi kot. So kalau suami aku perokok caner kan.?Serius aku tak boleh hidup dengan dorang spesis ni. Banyak songeh kan aku ni.!

nota:Kalau tak merokok cool pe.Lagi nampak smart kot. Jimat pon jimat.
persoalan: Ada ke yang tak merokok.?susah jumpa.hehee..


2. Aku malas nak dating & hello hello lama-lama.
Aku selalu dating dengan oja raudhah. So kalau nak ajak dating-dating aku kena ajak oja raudhah sekali la. Kalau awak tak kisah la, kalau kisah ok byee..sekian wassalam.titik.

Aku tak reti nak bergayut-gayut lama-lama dengan spesis berlawanan aku. Tak reti nak cakap apa. Kadang-kadang aku speechless. Dengan member kaum sejenis aku boleh la aku sembang pasal si polan ni si polan tu, gosip-gosip, huhahuha ke kan.

nota : awak sihat?tengah watpe tu?dah makan..?hmm bosan!
persoalan: kalau bercinta semua tu wajib kena buat ehh.?


3.  Ilmu
Ilmu dunia dan akhirat penting. Aku ni bukan la jenis baik sangat. that why i need someone yang boleh ingatkan aku time aku lupa, boleh ajar aku, tegur-tegur aku kalau aku salah. tapi bukan maksud yang jenis mengongkong tau. memang tak la. Kalau dua-dua hanyut camne anak-anak nanti. Kalau dah kawin aku still macam sebelum kawin jugak no use la kan.
 
nota: tiada lagi persoalan.!

 
4. Tak nak jenis ni
Macam tak suka jer jenis yang slamber sangat dengan pompuan, maksudnya slamber jer main tepuk tampar, suka like gambar pompuan-pompuan cantik+hot sambil buat duck face kat facebook tu. Sifat malu tu perlu tau..oja raudhah cakap malu tu separuh daripada iman.
 
nota: Aku penah minat somone. Tapi bila tengok kat FB dia selalu sangat like gambar gugurls sesangat. So aku dah jadi tak minat dah. Jangan salahkan aku.
persoalan: kolot sangat ke kalau camtu..tu kan normal..erk?

 
5. Just Nice
Kalau boleh biar seorang yang bila aku pandang dia aku rasa tenang. Tak nak la ensem sangat. Disebabkan aku pon tak cuns sangat so aku just nak orang yang biasa-biasa. Just nice. Kalau ensem sangat ofcoz la rasa tergugat. Pastu mula la self confident aku jatuh merudum. Tapi aku rasa la pompuan memang tak kisah pasal rupa ni, laki lain la nak macam Neelofa jer, sedangkan dia..faham-faham la.
 
nota: Aku tak minat Neelofa!.ni bukan statement nak jeles ke apa ehh. Aku lebih suka Fasha Sandha or Izara Aishah..(in acting) tetiba pulak pasal nih pehal pulak.
persoalan: Bilo agak eh si dio berwajah sejuk nak muncul depan mato den  ni ha.?hehee..

 
Jangan nak macam-macam la intan oiit.. Nobody is perfect.!Bese dongar dah ayat tu. Memang la, aku pon bukannya perfect sangat pon. Thats why aku nak seseorang yang boleh menyempurnakan hidup aku. Saling melengkapi. Aku nak someone yang boleh buat aku tenang actually. Seseorang yang boleh sama-sama belajar memperbaiki diri. Tu jer pon..
 
Kalau la dapat yang pandai masak...bahagio den ni ha...ado.?anyone..?hehee..

 
 
 
Dah la..Sekian Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved