Suri Raudhah: February 2013

Sunday, February 24, 2013

5 Fakta untuk anda percaya atau tidak

 
1. Jika makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen itu? (Ianya suatu keadaan yang menyebabkan barah).Timun pula adalah anti-karsinogen.
 
2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C! Yang mana anda akan mati keracunan arsenik dalam beberapa jam sahaja.
 
3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sukfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukan jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah VO5,Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah , "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, pasta Colgate dan Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.
 
4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi,koayteow dsb). Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil pakat yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.  salutan wax ke atas makanan ini yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui seorang aktor dari SBC (sekarang ini dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah dengan mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menhidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dalam sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai ' makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang berwarna dan tidak berwarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak berwarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.


nota: Terpulang samaada nak percaya tak tidak. Info ni i copied from fb.
Sharing is caring T____T

 
you are what you eat ?

Sunday, February 17, 2013

Andai itu takdirnya

 
Abang..

Semua mata menoleh pada Puan Ramlah yang muncul tiba-tiba dari bilik. Wajahnya pucat, matanya bengkak mungkin terlalu banyak menangis.

" Dah la bang, saya sebagai ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan dan melahirkannya dengan segala azab kesakitan melepaskan dia pergi. Saya redha jika Allah ingin menjemput dia kembali. Saya redha Ya Allah biarlah anak saya aman disisi-Mu.

Jika telah tersirat dia tidak dapat mengecap kebahagiaan di dunia ini, biarlah dia bahagia disisi-Mu. Saya redha Ya Allah. Leya, ibu lepaskan kau pergi, pergilah nak. Ibu ampunkan segala dosa kau dan ibu halalkan setiap titis air susu yang ibu berikan. Pergilah sayang."ujar Puan Ramlah dengan suara yang teresak-esak.

Syed Aizril yang mendengar kata-kata ibu mentuanya itu terus menerpa ke arah Puan Ramlah. Kaki wanita itu dipeluk erat.
"Jangan bu, jangan lepaskan Leya pergi. Berikanlah peluang untuk Zril menebus segala dosa Zril padanya. Zril janji, Zril akan bahagiakan dia. Bagaimana Zril nak teruskan hidup ini jika Leya pergi. Dia bagaikan nyawa Zril. Jangan doa macam tu bu. Kesiankan Dania. Dia masih perlukan mamanya. Tolong bu, Zril yang bersalah. Maafkan Zril bu. Marilah kita pergi ke hospital bu. Leya nak sangat jumpa ibu. Zril yakin kehadiran ibu akan memberikan semangatnya untuk sedar kembali. Tolonglah Leya bu. Esak Syed Aizril di kaki ibu mentuanya.

Puan Ramlah masih lagi tak bergerak. Hatinya cukup keras.

"Dah la Encik Aizril, pergilah balik ke tempat encik. Rumah ini tak layak dipijak untuk orang sehebat dan sekaya Encik Aizril. Kembalikan anak saya. Dia bukan pasangan yang sesuai untuk encik. Jika sehari dunia ini Leya kembali pada pencintaNya, izinkanlah jasadnya dikebumikan disini.
Orang tua ini terlalu rindu kat dia. Jika masa hidupnya, orang tua ini tidak berpeluang untuk berjumpa dan menciumnya, cukuplah jika saya berpeluang memeluk batu nisannya. Ibu rindu Leya, ibu rindu sangat.

Syed Aizril meraung dengan esakan yang makin kuat. Semua yang berada di rumah waktu itu basah dengan air mata. Azhar menghampiri abang iparnya. Tubuh abang iparnya dipeluk erat. Dia tahu abang iparnya pernah melakukan kesalahan yang cukup besar pada kakaknya. Tapi itu dulu, sekarang dia percaya abang iparnya telah insaf. Benar-benar insaf. Tidak salah dia diberikan peluang untuk menebus dosanya.

" Ibu kesiankan kat kak Leya. Dia nak sangat jumpa ibu. Tunaikanlah  hajatnya yang terakhir tu bu. Abang Zril telah insaf. Dia benar-banar telah berubah. Berilah dia peluang menebus segala dosanya. Berilah Kak Leya peluang mengecapi bahagia.

Kesiankanlah mereka bu. Kesiankan Dania. Ibu tak nak jumpa dia ke?. Bagaimana nasib dia kalau mamanya pergi bu. Kesiankanlah cucu ibu yang sekarang ini masih lagi berada  dalam rahim mamanya. Tak ingin ke ibu melihat dia lahir ke dunia ini. Jika apa-apa terjadi pada Kak Leya, dia jugak akan pergi meninggalkan kita bu.

Air mata Azhar tumpah jua. Sudah puas dia memujuk Encik Idris dan Puan Ramlah tetap berdegil apa lagi yang boleh dikatakannya.

Syed Aizril sudah tersandar di dinding rumah. Dia juga tak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Paksu Idham disebelahnya mengusap-ngusap lembut bahu Syed Aizril.

"Biarlah Zril. Biarlah mereka teruskan dengan kedegilan mereka. Biar mereka ikutkan kata hati. Mereka lebih rela menanti jasad kaku Leya kembali ke rumah ini. Biarkanlah......
 
****************************************************
 
Air mata berjurai-jurai baca novel ni. Ingatkan jiwa kental, cair jugak rupanya..:'(. Ramai yang cakap novel ni sedih, meleleh air mata dorang baca. Then aku fikir ala biasalah la tu novel sedih. Actually aku tak suka baca novel sedih n tengok drama sedih.Then bila sendiri baca baru tahu feel tu. Just nak advice kat korang. Jangan baca novel ni semasa korang di dalam train atau dikhalayak ramai. Tolong jangan memalukan diri sendiri..sob sob sob...
 
Aku baca part Danish meninggal tu dalam train...:'( dan aku percaya orang di depan aku tu mesti tengah mengata aku.! Start dari part tu la air mata berjurai-jurai.. sambung baca kat rumah..aku rasa macam ada air suam jatuh melekat kat bantal. Then baru aku sedar betapa tak kentalnya jiwa ini..:)
 
Karya yang bagus dari penulis yang aku tak familiar sebelum ni. Siti Rosmizah, seorang peguam dan masa yang sama adalah seorang penulis yang hebat menyentap emosi pembaca dengan karya yang berat dan penuh emosi..ececeh...(sentimental pulak..:)
 
 
nota: Novel ni lebih kurang macam drama terlanjur cinta.
 

Sunday, February 10, 2013

Signature berubah-rubah

Assalamualaikum
 
Biasa dengar tak orang cakap kalau signature berubah-rubah maknanya tak tetap pendirian? Betul jugak sebab aku memang tak tetap pendirian pon.! Tak tahu la kenapa susah benar nak stick dengan  signature yang sama. Tapi aku rasa mungkin sebab kejelesan(!) bila tengok signature orang lain yang cantik lagi kreatif berbanding dengan diri sendiri yang tak kreatif lagi tak berseni ni. (i don't like art subject at school!)
 
Bila dikenang balik, sejak aku belajar erti sign memang signature aku tak tetap dan ianya akan berubah mengikut mood, perubahan tahun,dan perubahan hormon...T____T. Sempena tahun baru 2013 ni my signature berubah lagi. heee. Teringat time aku nak submit form or etc kat pegawai aku, ehh sign dah berubah ke.?Sebelum ni cantik je tulisan jawi lagi. Opsss tahun 2012 aku pakai signature jawi, and during that time ramai yang mempersoalkan sign aku tu but that not a big issue for me! Setakat ni tak la sampai menyusahkan diri, ok ok jer unless kalau satu hari nanti bila nak keluarkan duit kat kaunter bank pastu signature tak sama tu baru la namo ea menyusahkan diri dan barulah padan muka ko kan!.hohooo.

Selain signature, tulisan aku jugak berubah-rubah. Memang dah terbukti ko ni memang tak tetap pendirian (dush sebijik!). Kadang-kadang tulisan aku besar dan lurus dan ada masa boleh jadi sengit dan boleh berubah jadi kurus dan kadang-kadang serta merta jadi gemuk. See, korang boleh tak clarify apa masalah aku sebenarnya ni.? Tapi tak salahkan tulisan berubah-rubah for good kan? but yet still tak cantik jugak. (admit my writings so bad to see but it's ok as long it's readable!.:) Tapi satu yang aku notice, even tulisan aku gemuk,kurus,senget,lurus but i still guna black ball pen. Aku dah biasa guna pen mata bulat dan dakwat hitam sebabnya kalau guna mata tajam n dakwat biru tulisan aku tersangat hodoh!

Biasalah kalau tak berubah-rubah bukan manusia namanya.hahaa.(tak boleh pakai sangat teori aku ni!).  Ini je la serba sedikit cerita pasal aku. Thanks sudi baca.:)



nota: Aku suka tengok orang yang guna signature jawi. Teringat statement ni "Fida jatuh cinta dengan tandatangan jawi mamat sepah. Meh bagi i tengok sikit sign u en mamat oi.jatuh cinta tak?ahaks.!

Saturday, February 9, 2013

Kek Hokkaido Memang Sedap

Assalamualaikum.

Nampak tak cantik, tapi rasanya serius sedap, aku tak tipu. Tapi kalau korang tengok depan-depan confirm akan tergoda pandangan kali pertama. muahaaaa.


Ni namanya kek hokkaido yang nama ea ala-ala jepun giteww. Aku pon tak tau asal usul mana dorang dapat nama hokkaido ni tapi aku memang suka kek ni, so aku bagi 10 bintang..hehe..

Nak resepi?

Jangan tanya aku. Aku tau makan jer...

Monday, February 4, 2013

Pavlova sedap ke?


amik ko letak strawberi berbijik2.ni memang spesis tak kedekut lansung.muahaha.

Aku belum sempat rasa si pavlova el dealova ni. Sekarang kan satu dunia dok heboh pasal crepe durian la & pavlova bagai. Crepe durian aku dah selalu makan. Pavlova belum lagi. Ofcouse la kena cuba, malu lah tinggal kat Malaysia yang kaya dengan makanan kalau tak penah makan pavlova ni lagi-lagi i kan suka kek.huahuaa.

Kawan aku cakap sedap, makan satu tak cukup, 3 pon tak cukup kalau akak makan sepuluh baru cukup tu pon kalau baca bismillah kalau tak baca hmmm..kena lebih lebih la. (jauhi la syaitonnirrojim yer!)..Aku cakap pasal mini pavlova la bukan yang besar punya. Kalau yang besar makan 10 pon tak cukup tu sah memang spesis tamak haloba tu..hahaa..gurau!:)

cop 4+4 = 4x2 yang lain boleh amik..hohoo

Rasanya macam aiskrim, cair dimulut bak mashmallow n nampak macam manis pastu ada crispy sikit kot. Tahun bila agaknya aku nak bikin pavlova sendiri ni.hahaa. Entah kenapa bila sebut pavlova, memang otomatik teringat lagu dealova. aura lovalova kot..:)

Kat ofis ada orang jual kek, aku tanya la pavlova takde jual ke hari tu nampak macam ada jual. Hari tu aku tak pandang pavlova, aku lebih tertarik dengan kek hokkaido. Tu la kan dah menyesal tak beli. Pakcik tu cakap takde, buah kiwi habis susah nak dapat buah kiwi sekarang..aiii pelik aku pakcik ni. alaa anggap je la dia tak sempat nak petik kiwi kat new zealand.

Agak-agak kat midvalley ada jual tak?huaaaa..

Nyumnyummmy...nikmat dunia..:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved