Suri Raudhah: April 2013

Sunday, April 28, 2013

Don`t despair and never loose hope

Assalamualaikum:)
 
Ada orang dikurniakan harta melimpah ruah, lahir dalam keluarga yang berada dah tak payah susah payah pikir pasal duit. Nak beli apa pon boleh, pergi shopping complex boleh grab je apa yang berkenan. Tiap tahun melancong luar negara dua tiga kali..Tapi tak mustahil orang yang tak dilahirkan dalam keluarga berada tak boleh jadi kaya kan?
 
Ada orang dilahirkan jadi seorang yang genius. Belajar sambil tengok tv pon boleh dapat straight A's semua subjek.  Tak payah nak study sampai kena migrain, Belajar sekali je dah boleh dapat cemerlang. Kita ni kena usaha berganda-ganda tu pon susah nak dapat straight A lagi. Hmm. Janganlah asyik mengeluh, memang kita tak genius macam mereka, tapi kita pon boleh berjaya. Kalau bukan dari segi kepandaian maybe dari segi lain. Tidak genius bukan kita ni bodoh, kita yang menentukan kita nak jadi bodoh atau bijak dengan cara kita sendiri. Tak salahkan kita cemburu dengan kepandaian orang lain for good.? Kita tak mungkin jadi genius tapi kita boleh jadi smart kan.

Ada orang lepas je grad terus dapat kerja bagus bagus, hebat belaka. Gaji pertama dah boleh dah pakai kereta baru. Tapi ada orang kena mula bertapak dari bawah, kerja kerani pon rembat je asalkan tiap bulan dapat bagi duit kat mak ayah, dapat bayar hutang PTPTN. Tak kisahlah asalkan rezeki tu berkat, kita dapat bagi duit kat mak ayah tiap bulan pon dah rasa cukup bahagia. Tak perlu la terlalu memilih kerja sebab kita ni belajar tinggi , nak jaga standard sampai tanam anggur berbulan bulan . Haa tunggu je la surat PTPTN collect hutang tu. Lain la kalau kalau korang ni anak orang kaya kan.?
 
Ada orang dilahirkan semulajadi cantik/hensem, body tough/ slim, kulit putih melepak macam zizie ezette . Takde masalah kulit, jerawat, blackhead/whitehead sume tu. Dah tak payah pakai pencuci muka pun kulit dah memang asal gebu halus mulus. Tak payah susah susah nak makan kolagen +vitamin C, tak payah habiskan duit pergi facial kulit memang orang kata dah clean&clear. Untung la mereka ni. Kita yang biasa-biasa ni tak perlulah terlalu rasa malu dengan rupa kurniaan Allah ni. Tak perlu la nak suntik sana sini, buat surgery sume. Belajar terima dan sayang diri kita. Walaupon kita tak cantik macam mereka tapi kita bahagia. Hati kita tenang, kita terpelihara dari perasaan riak dan bangga diri, kurang godaan. Ingat Allah tak suka orang yang riak:) Beauty is effort. Kalau kita jaga penampilan, kita pon boleh jadi cantik. Tapi cantik di mata suami itu kan lebih baik.(pinjam ayat adam mukhriz.muahahaa). Biarlah rupa tak cantik asalkan hati mau cantik. Jangan hanya cantik tapi hati busuk!
 
Ada orang bebas makan apa yang dorang suka. Makan banyak mana pon body maintain. Makan seafood banyak banyak pon takde hal. Bebas dari alergik sana sini. Makan pedas tahap gaban pon perut masih boleh tahan.Tersangat jeles dengan golongan ni. Just take thing positively, Maybe Allah nak bagi kita peringatan. Jaga pemakanan, jaga kesihatan. Allah tarik nikmat itu untuk kebaikan.

nikmat duniawi.

Belajar jadi positif. Sayangi diri kita dulu baru la kemudian orang sayang kita. U love me n i love u too tak gitu?meowww.hehe. Suka dengar Celik Hati Prof Muhaya, otomatik jadi positif..:)
  
you should love yourself sometimes..


nota:
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side..

 

Tuesday, April 23, 2013

Sensitiviti warna

Assalamualaikum:)

Sekarang ni kan musim mengundi, Bila suka warna hijau cakap orang PAS, baju biru ni mesti orang BN ni, baju biru cair PKR pulak. Pelik aku dengan mentaliti manusia jenis ni maybe mereka just bergurau tapi kalau silap haribulan ni boleh jadi gaduh lagi-lagi tengah bahang pilihanraya ni kan. Ada pulak yang bertumbuk kang, pastu keluar kat RTM & TV3 pengikut parti ni bertumbuk /bergaduh. Ha kan dah jadi isu besar pulak.

Nak dijadikan cerita last friday aku pakai t-shirt warna hijau /biru turqoise kat ofis sebab ada aktiviti 5s. Kira satu floor semua kena pakai t-shirt tu. Masa turun lif, ada la kak Joyah dok menegur. Pakai t-shirt ke hari ni.?Biru lagi..ni mesti PKR.Dah pulak.. Pastu blablablaaa..aku tak campur hal dorang..Biarlah asalkan jangan gaduh dalam lif dah la.

Kalau nak diikutkan ni 1st time aku nak pergi mengundi..Tapi apakan daya takde rezeki nak mengundi tahun ni sebab time tu aku takde kat sini, pergi membawa diri mencari damai di hati..muahaaa. So, dari jauh aku titipkan doa semoga pemimpin yang betul2 layak berjaya mendapat tempat di hati Malaysian. :)

bena eh nak tunjuk bendera tu jer..
By the way, aku suka lagu ni..Rasa teruja nak pergi mengundi ni.

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi

Jom kita keluar mengundi
Jalan tanggungjawab negara demokrasi
Jangan kata tiada masa
Atau politik bukan untuk kita


Jom kita keluar mengundi
Tentukan siapa pemimpin kita
Pangkahlah calon berjiwa waja
Supaya negara bebas berdikari

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi

Jom kita keluar mengundi
Kalau tidak kita yang rugi
Mandat diberi kepada yang berwibawa
Memacu negara kearah jaya

Oh.. Jom kita keluar mengundi
Generasi muda ayuhlah pergi
Masa depan ditangan kita
Peluang ini jangan disia

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
 
Sebagai rakyat Malaysia, jalankan lah tanggungjawab masing-masing keluar mengundi pada 5 Mei ni.. Ni la masanya nak merasa mengundi. Berdebar caner kan! Choices in your hand. Anda yang menentukan pemimpin anda. Pilih la pemimpin yang layak selayaknya. Pilihlah pemimpin yang sentiasa bersama rakyat even bukan masa berkempen pilihanraya jer. Pemimpin yang boleh makan semeja dengan rakyat, pemimpin yang turun padang tak kira time sukan ke, kenduri ke, gotong royong ke dan pemimpin yang ada masa untuk mendengar masalah rakyat. But sometimes, kita tak ada pilihan, bukan senang nak jumpa pemimpin macam tu kot..huhu Ada orang tanya saya, awak mengundi parti mana? Mana boleh bagitau..undi rahsia..heee. Tapi sayang, parti tu dah rugi banyak undi, sebab KAMI mungkin tak dapat mengundi masa tu..T___T.
 
Kami sayang Malaysia dan kami pilih mengundi..:)

Entri kempen mengundi tak berbayor!! Thank you for reading.

Saturday, April 20, 2013

Cool ke ada bf/gf??

Assalamualaikum:)
 
Dear sisters and brothers.. 
 
Malu ke korang kalau korang takde boyfriend/girlfriend sedangkan kekawan seangkatan semua dok berkepit dengan couple masing-masing.  Frankly speaking masa dulu-dulu aku ada jugak rasa bestnya kalau ada bf ni. Then, i change my mind, mula aku rasa susah gak kalau berkapel-kapel ni, jap jap nak message tanya awak kat mana, pastu malam-malam bergayut kat tepon berjam-jam, berayang berabang bagai pastu siap berpapamama (?)  lagi. Dating? biasalah lumrah orang bercinta kan. Bila birthday, sanggup tunggu tepat jam 12 konon nak jadi orang pertama wish birthday kat bf/gf. Oh no no.. aku jenis malas nak layan semua tu that why i tak pernah ada bf walau dah tua bangka ni..(poor me.huhuu)

Cool ke ade bf/gf? For me bercinta or having a bf/gf terlalu awal sangat-sangat melagho kan...this is not based on my experience, but only my personal opinion. Aku rimas kalau baca status kat fb 'love u so muchhhh..muah..muahhhhhhhhhh..argggghh. Hey! I'm not a being jealous at all ok..

Aku rasa berkapel-kapel ni banyak membawa kepada kelalaian. Kalau tersalah langkah diri sendiri yang merana. Tu belum lagi bab putus cinta, sampai tak lalu makan, menangis siang malam, dah tu mula la diserang insomnia sebab terkenang ex bf/gf,T___________T. Kan menyeksa diri namo ea tu. Mesti ada yang cakap tak salah pon berkapel ni, tak effect pelajaran or kerja pon, lagi bertambah bersemangat adalah sebab ada bf/gf tu sebagai sumber inspirasi. Tak best la hidup kalau takde bf/gf ni mmm..Baguslah kalau macamtu. Hopefully sampai ke jannah la  relationship u all tu yer.:)

Kalau tak tahu sejauhmana relationship tu boleh pergi, i advice better tak payah la, unless kita dah ready nak bagi full komitmen sebagai husband/wife n father  mother to be. Kalau bercinta sekadar suka suka memang ianya sangat2 melaghokan, rugi tenaga, masa duit n also bazir perasaan jugak.

Orang cakap, sweet kalau bercinta selepas kawin. Ye ke? :) but certain people said, kalau tak bercinta macammana nak kenal bf/gf kita tu jenis camne. Nanti bila dah kawin baru nyesal sebab tak kenal pasangan kita tu. Aku yakin kalau niat kita baik, jalan yang dipilih pon betul insyaallah kesudahannya pon baik. Berdoa je mudah-mudahan dipertemukan dengan orang yang baik juga :)

So, terpulang la u all rasa caner..lain orang lain pendapat kan. Deep inside in my bottom heart says, my husband would be my 1st love..hopefully  (^.^). Untung la dia kan..muahahaaa.

 dorang dah kawin n dah ada anak yang comels..:)
n me...
 Sometimes, senyuman tak menggambarkan apa yang kita rasa but believe me..I'm happy with my family around me, kawan2, BFF yang selalu ada beri semangat, kerja kat opis yang stressfull tapi bila pikir balik tak la stress sangat, masih boleh handle kot.. :)
 
Tapi saya juga manusia biasa..feeling ups n downs biasa la tu..But, i believe God always beside me..my strenght when i lost hope.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved