Suri Raudhah: June 2013

Wednesday, June 26, 2013

Mencari Hati

Assalamualaikum..
 
"Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama, sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak ditemui, carilah ketika kamu mengerjakan solat. Jika tidak ditemui juga, carilah ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak ditemui juga, maka berdoalah kepada Allah dan pintalah hati yang baru. Kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak mempunyai hati.” Imam Al-Ghazali
 
 

Saturday, June 22, 2013

Ziarah Luar : Ladang Kurma Bani Hashim

Assalamualaikum

Madinah memang terkenal dengan pokok tamar. Tamar yang terkenal adalah tamar nabi atau tamar 'ajwah'

Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa makan tujuh biji tamar 'Ajwah pada waktu pagi, nescaya racun dan sihir tidak akan memudaratkannya pada hari itu". 

Kami dibawa oleh mutawif yang berasal dari Acheh ke Ladang Bani Hashim. Dari hotel ke Ladang Bani Hasyim tidak begitu jauh. Apa yang seronoknya, semasa di Ladang, ustaz dan juga merangkap mutawif memberi tazkirah yang panjang lebar tapi best berkenaan sejarah ladang bani hashim, sejarah kurma ajwa, dan random sampai kami boleh gelak gelak sakan. Memang sempoi la ustaz ni.





Macam-macam jenis kurma dijual disini. Memang rambang mata la bila tengok kurma-kurma yang sihat sihat belaka tu. Sebelum beli wajib la rasa dulu, before ngap tu mintak izin la dulu dari penjual. Kalau dia senyum cakap halal so dipersilakanlah makan dengan penuh sopan santun yer.Ingat kita orang Malayzia, budi bahasa budaya kita ye dak?:)
 
kurma, buah zaitun.kismis,kacang pon ada dijual disini.

terus makan tu..
  
just nak tunjuk pokok kurma jer..heee

Sebenarnya nak share apa yang ustaz sampaikan tapi aku tak reti nak susun ayat. Apa yang aku boleh share kat sini, jom lah sama-sama kita belajar mencontohi cara hidup nabi muhammad saw contohnya cara nabi makan, minum. Bila ustaz cakap baru tersedar, selama ni kalau makan nasi guna tangan, bila nak cedok lauk lain aku guna tangan kiri sebab taknak sudu lauk tu jadi kotor nanti orang tak selesa pulak nak guna. Actually ada cara lain, boleh guna tangan kiri pegang sudu tu, tapi perlu dialas dengan tangan kanan jugak. Kedudukan tangan kanan dibawah tangan kiri. Takde gambar, korang just imagine je la erk.

Bulan ramadhan nak dekat ni, nak beli Yusopp taiyoobb.muaheee. Bestnya bulan puasa di Mekah/ Madinah memang kat masjid tu kenduri kurma la jawabnya.
 
Terima kasih sudi baca.:)
 

Monday, June 3, 2013

Pengalaman pertama niat ihram di Bir Ali



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Selepas 5 hari di madinah kami bertolak ke Mekah..

Dari Madinah dah bersiap-sedia dengan pakaian ihram.. Bas dan van coaster meninggalkan kota bercahaya Madinah menuju ke tempat miqat Bir Ali.


Bir Ali tak berapa jauh dari Madinah.Tak sampai sejam perjalanan pon. Masa nak turun dari van dah rasa berdebar-debar.. ye la first time nak niat ihram..bila dah niat ihram kita dah terikat dengan perkara yang dilarang semasa ihram.

Kami ambil wuduk kemudian terus menuju ke masjid..jemaah tak la terlalu ramai sebab masih ada ruang kosong untuk kami solat tahiyattul masjid dan niat ihram..

Niat ihram..
Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya. Sekiranya aku terhalang oleh sesuatu halangan syarak yang tidak berupaya meneruskannya, maka aku bertahalullah ketika itu kerana Allah Ta`ala.”
Ya Allah..bayangkan nak niat pon rasa berdebar..Kami yang perempuan ni berkumpul dan niat ihram bersama.. Selepas semua rombongan selesai  niat ihram bermula perjalanan menuju ke tanah haram..

Memandangkan dalam van tu hanya ada keluarga kami termasuk driver iaitu seramai 12 orang, kami sepakat bertalbiah sepanjang perjalanan. Yang perempuan tak boleh la nak baca kuat-kuat sebab jaga aurat suara katanya..:)


Berbeza benar highway Malaysia dengan Arab..Sepanjang jalan padang pasir..gurun , tanah gersang..Supaya tak buang masa dengan tidur kami berkongsi cerita pasal sejarah mekah,kisah nabi ibrahim, siti sarah dan siti hajar.. Dengan highway padang pasir , bukit,gunung everything serba hitam and coklat mula la terbayang kehidupan zaman nabi nabi..pengorbanan dan penghijrahan.:, (



Bila dah takde modal nak bercerita sambung balik bertalbiah..Mata curi-curi tidur sebab sape yang tidur confirm kena candid camera tapi mana tahan 6 -7jam dalam van dengan highway yang sunyi ofcourse terlelap jugak.. Aku salute dengan dorang yang lain sebab mampu bertahan tak putus bertalbiah..Bayangkan lah dalam keadaan teramat mengantuk dengan mata terpejam tetap teruskan bertalbiah walaupon volumenya makin lama makin ciputttt.;)


Dalam van sempat bersembang pasal driver pak arab tu..Lantak la kalau dia dengar bukannya dia faham pon..hahaa..bawa van macam nak terbalik van pastu cakap dalam telefon punyalah lama..sepupu cakap dia sembang dengan girlfren la tu..Memang rock la dia bawak van. Sampai kaki naik atas dashboard. Haa! cer bayangkan rock tak rock.Nampak jer kasar tapi sebenarnya dia baik jugak orangnya..Kadang tu dia membebel sebab dia tak suka menunggu lama.. Kami ni kan tak faham bahasa arab so layan  jer dia membebel..Kitorang apalagi pecah gelak la..

Berhenti di R&R untuk untuk berehat..Tempat dia tak la mewah macam kita sebab tu kan padang pasir.. kat situ memang ramai jemaah berkumpul.. Ada nampak jemaah yang hisap rokok.. Aikk..pokcik merokok tak termasuk perkara dilarang dalam ihram ke?????..





Ni sempadan tanah haram dan tanah halal..Bila kakak sepupu bagitau jer kita dah masuk kawasan tanah haram jantung berdegup makin kencang..hati berdebar..dupdapdupdap..


Baca doa memasuki Kota Mekah.. 
"Ya Allah sesungguhnya Tanah Haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya semuanya kepunyaanMu, hambaMu ini telah datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk, daku pohonkan kepadaMu sebagai permohonan orang yang sangat berhajat kepadaMu dan takut kepada azabMu supaya Engkau terima daku dengan limpahan kemaafanMu dan masukkanlah daku ke dalam kawasan syurgaMu, Jannatun Naim,  

Ya Allah sesungguhnya ini adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulangku dari api neraka.  

Ya Allah amankan daku dari azab Engkau di hari Engkau membangkitkan hamba Engkau. Aku memohon dengan Engkau kerana Engkaulah Allah yang tiada tuhan melainkan Engkau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, kerana Engkau berselawat dan mengucapkan selamat sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda sebanyak-banyak, selama-lamanya.

Tercari cari masjidilharam..Dari jauh dah nampak menara jam itu tandanya dah dekat dengan Masjidil Haram..Jantung bergetar lagi..


Pukul 10 pm sampai hotel..check in hotel dan menunggu rombongan bas yang belum sampai lagi untuk buat umrah bersama..


Perjalanan yang panjang penuh dengan debaran.. Akhirnya sampai juga Mekah al Mukarramah..

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Sunday, June 2, 2013

Kedai jualan barang murah sekitar Madinah


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Memang betul tujuan utama ke tanah suci adalah untuk beribadah bukan untuk bersiar siar atau membeli-belah sakan.

Yer..betul..memang itu tujuannya..

Tapi ingat tak hari-hari sebelum kita berangkat ke tanah suci mereka yang kita tinggalkan, family,sedara-mara, dan ofismate yang take over kerja sepanjang bercuti...Teringat lagi adik-adik yang bangun pagi-pagi buta untuk angkat beg dan bersalam dengan kami, sedara mara yang menghantar dan menjemput kami di KLIA yang sanggup menunggu lama bersama kami di airport. Ada yang berlinang air mata saat nak berpisah,

Dan aku masih ingat hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti, bersalaman dengan ofismate sambil mereka sisipkan sampul berisi wang. Memang sangat terkejut dan terharu time tu sebab aku tak expect apapon dari dorang. Saya ni nak pergi umrah jer, selalu bagi duit bila orang nak pergi haji.. Segannya nak amik.. Aku tahu dorang ikhlas..Ikhlas mendoakan kami semua selamat pergi pulang dengan mendapat umrah yang mabrur.

So sebagai tanda ingatan, tak salahkan nak beli buah tangan untuk mereka..? Makanya kena lah curi masa sikit nak berjalan sekitar Madinah untuk cari barang..Haaa dah nampak kan apa motif sebenar aku bagi mukadimah di atas tu..:)

Terpaksalah shopping barang jugak kan...


Jujurnya, aku tak la shopping sakan..just beli jam tangan yang pada mulanya aku nak pakai tapi akhirnya jadi milik hak adik aku sepenuhnya atas dasar nak pinjam pada awalnya,pastu beli sehelai jubah, kismis,kurma,aprikot coklat, dan perfume..




Ini gambar pemandangan sekitar Masjid Nabawi. Dari hotel sampai la ke pintu gate memang ada jualan. Harga pon berpatutan..Macam-macam gelagat peniaga nak tarik customer singgah membeli. Ashar riyal!Ashrar riyal..memang akan biasa dengar la..Maksudnya 10 riyal. Tak payah nak takut sebab tak pandai bahasa arab bcoz majoriti peniaga sini pandai cakap bahasa melayu.. Siap boleh buat loyar buruk lagi tu ha.. So senang la nak tawar-menawar..Kan orang Malaysia sukar tawar-menawar ye dak?hee


Bin Dawood mall memang terkenal kat sini sebab lokasinya yang stategik jadi tumpuan dunia. Shopping Mall biasa macam kat Malaysia tapi yang berbezanya shopping mall kat sini tak nampak budak remaja melepak-lepak tepi tangga, couple berdating sakan sampai kami ni naik segan pulak nak masuk kedai bila peniaganya lelaki..Tapi dorang peramah..Yes, ofcoz la kan sebab nak tarik customer..





Kalau sesat jalan pulang dan lupa nama hotel, first yang kena ingat ialah rumah makan indonesia. Hotel kami memang kat sini. Pasti orang Indonesia bangga bila datang sini. Aku pon kalau ada kedai makan Malaysia confirm hari-hari aku datang singgah..Dah cuba nak jadi orang arab dengan indon tapi tak menjadi.. Maklumlah tekak melayu..Tapi kat Mekah Madinah tak boleh nak kompen-komplen. Makan je la untuk alas perut..Kalau tak boleh masuk sangat makan je la roti nak kumpul tenaga untuk berjuang kat Raudhah:)

Hari-hari aku beli roti kat kedai pakcik tu..


Bila aku balik malaysia menyesal pulak tak beli 5 6 helai jubah kat sana, menyesal tak beli perfume raudhah banyak-banyak..Bila bau jer perfume raudhah otomatik teringat haruman raudhah Madinah, teringat kenangan di raudhah, teringat semua...

Betapa rindu.....-_-



Sebelum ni fikir tak nak beli jubah kat Mekah atau Madinah sebab mesti saiz kat sana besar-besar belaka.,malas nak alter.Tapi sebenarnya ada je saiz yang tak payah alter pon..Just kena rajin cari jer.


Kebanyakan jubah yang dijual  sekitar laluan ke Masjid Nabawi biasa berharga Sr 40. Tapi kalau nak kain yang berkualiti cari di kedai atau shopping kompleks dengan harga sekitar Sr 150 ke atas.. Boleh minta kurang lagi tau..:)


Tak kena extra baggage charge masa nak balik Malaysia, that means kitorang tak la shopping sakan yer:)


#Terimakasihsudibaca#

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved