Assalamualaikum wbt
Aku suka bila dengar orang cakap omputih, dari situ kita boleh improve English kita. Kalau nak ikutkan, aku ni bukan la dalam kategori master English setakat moderate jer. Masa sekolah menengah selalu dapat C for English subject then after further study baru la hidayah tu datang untuk aku belajar English dengan gigih lagi. Dari situ mula datang minat dengan bahasa omputih ni. Then, that time I realize English is very cool yo! (OME sangat!). Finally, setiap kali exam n kuiz aku dapat A or A-. :)
Aku bukan nak berkempen English is important or apa kan..Meh sini aku cerita..
Hari tu aku balik kampung, singgah jap umah mak sedara, biasa la bila time raya semua ada kat kampung. Ni la masanya pakteh makteh paklong maklong, maksu paksu dan anak berbuah buah berkumpul. Actually, aku tak berapa rapat sangat dengan makcik aku yang sorang ni. Bila jumpa agak rasa kekok la sikit. Nama jer kitorang duk KL tapi tak pernah pon singgah menyinggah umah. Tak tau la sebab apa..Maybe sebab mak memang tak rapat dengan adik dia tu sejak kecik lagi kot. Ye la jarak umur jauh kot.
Aku duk main la dengan anak makcik aku ni. Puas duk ajak sembang sembang alolooooo abang main apa tu, main game lawan lawan yer. Meh akak nak pinjam boleh? (Dak zaman sekarang iPad x hinggat!) Dan otomatik time ni teringat iklan raya Maxis.
Anak makcik tu duduk diam sambil main iPad tanpa menghiraukan kakak kakak ni yang jenuh ajak beramah mesra di hari raya yang mulia ni. Kalau kitorang buat #do know je apa kata makcik aku ye dak? tak tau la memang dia pemalu ke dengan orang baru kenal kan, cuma adik dia si kecik tu yang terlebih aktif, so kitorang main dengan dak kecik tu jer la. Orang sombong dengan kita, kita pon sombong la dengan dia.huhu.(dengan budak 4 tahun pon ko nak emo kan!.huhhh)
Actually, saja nak singgap kejap tapi makcik aku yang lagi sorang tu ajak tunggu makan tengahari dulu sebelum balik KL. So, lepas makan semua bersalam-salam, hulur duit raya terus balik. Dalam kereta, mula la bukak cerita.. Mak cakap anak makcik aku yang umur 4 tahun tu tak paham cakap Melayu, mama n baba dia ajar cakap omputih sejak kecik lagi. Aihhhh kakak aku mula la bersuara takkan tak tahu lansung cakap melayu, mustahil lah! Ko duk kat M'sia ok. Blablablaa. Then aku cakap, biar la anak dorang. Tapi aku setuju jugak dengan kakak aku.
Rugila duduk Malaysia tapi tak pandai cakap Melayu. Walaupon aku minat English, suka dengar orang cakap English tak bermakna aku sokong kalau orang melayu sendiri tak tau cakap Melayu. Nampak tak kat sini betapa nasionalis nya aku..muaheee ^.^ Bukan ke, satu kelebihan kalau kita pandai cakap pelbagai bahasa lagi lagi bahasa ibunda.
Psttttt makcik aku yang sorang lagi tu cakap "belagak orang kampung nak cakap omputih". Ni makcik yang rapat dengan aku yang cakap bukan aku yer.hehe.Tapi aku paham nape dia cakap macamtu, Ye lah, ni kan kat kampung tak payah la nak tunjuk sangat omputih bagai. Tak kisah nak speaking dengan anak pon.Tapi campur campur la BM BI.Tak la orang kampung terasa sangat.Ingat ko pon asal dari kampung jugak. Tak salah nak didik anak cakap omputih tapi biarlah seiring dengan bahasa kita. Kita orang Melayu wehhh. Jangan jadi melayu mudah lupa! Huwaaa nasionalis nyer awak..eheem..ehem.
Nasib den ni seorang kakak yang baik ati tau.. Awak tak nak cakap dengan kita, awak tak layan kita sembang tapi kita hulur jugak duit raya. Ikut ati nak tolak singgitttttt....
So moral of the story bahasa jiwa bangsa, tak rugi kalau tahu banyak bahasa pon. Korang rasa, adakah entri ni macam mengumpat jer. Maap zahir batin mokcik pokcik oiiii, tak berniat pon.just wanna share how important malay language to new generation nowdays.
Nak tau tak kenapa aku minat Faizal Tahir...?
Sebab bahasa Melayu n English dia tersangat fasih..hehe..Aihhhh sebab tu je ke???heeeee;)
Nak tau tak kenapa aku minat Faizal Tahir...?
Sebab bahasa Melayu n English dia tersangat fasih..hehe..Aihhhh sebab tu je ke???heeeee;)
Terima kasih sudi baca. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.:)xoxox