Suri Raudhah: March 2014

Monday, March 31, 2014

suriraudhah..bila bercerita pasal perempuan

 
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


assalamualaikum.:)

Kenapa perempuan biasanya suka benda yang comel-comel? dah comel mestilah tak lari dengan warna pink kan? Tengok la blog blogger perempuan kebanyakannya warna pink. Blogger laki tak pernah pulak aku tengok ada yang berani buat theme pink.. Kalau ada meh la share link. Nak juga tengok camne rupanya blog pink seorang lelaki. Alaaa dah namanya perempuan kan  normal la tu suka yang cantik dan comel-comel. Tak salah pon kan?:)

Bila bercerita pasal perempuan mesti nak kaitkan dengan shopping. Perempuan..shopping.. shopping..perempuan..! Biasa la tu perempuan ni ada 9 nafsu.. Itu dah takdir bukan kebetulan..Tapi tak semua yang shopaholic type tau. Aku TAK!!Sebab aku tak kayo..hahaa.

Yer..aku juga seorang perempuan yang suka tengok benda-benda cantik contohnya tengok perempuan yang cantik lagi ayu..wait waittt.. tak bermakna aku  lesbo yer..no no no..Tapi ini lah kenyataan manusia suka tengok sesuatu yang cantik..yeupp setuju!pengertian cantik atau comel tu subjektif..Cantik dimata aku mungkin tak sama dengan mata orang lain kan.

Tapi aku hanyalah aku..mungkin sama mungkin berbeza..

Aku perempuan yang suka kepada alam semulajadi. Suka dengan warna-warna alam buktinya aku lebih suka produk-produk berunsurkan alam semulajadi compare dengan produk chemical walaupon orang cakap produk semulajadi ni kesannya lambat..Ermm tak pe lah biar lambat asal selamat ye dak?


Sabun Marine Essence -  RM30.00
Syampoo Marine Essence -  RM25.00 (harga promotion)
Ubat gigi Mukmin -  (suci dan halal tanpa flourida) 
Ubat gigi Tinnergy -  (beli kat masjid RM5.00)
 
Dan pula, aku juga seperti perempuan yang lain di luar sana.. Mencari alternatif lain untuk menjaga kesihatan dalaman memandangkan kehidupan di bandar ini penuh dengan pancaroba. Huhh!Terasa lama dah tak buat aktiviti luar..Badan pon dah lemau..-_- 

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee  (RM121.00)
Vitamin E Shaklee - (RM119.00)
Chewable Vitamin C - RM90 (jenis hisap sebab tak suka telan pil vit C yang besar)

Memang aku perempuan, tapi ini harus aku akui.. aku bukan typical woman yang perlu nak dikaitkan dengan alat-alat solek yer. I'm very simple person in the world..Sayang rasanya masa nak kena habiskan semata-mata nak bersolek-molek ni.. Elehhhh.. sebenarnya dia tu tak pandai makeup memang la tak cukup masa..hahaa..

Lipstik D'Herbs - RM25.00
Celak Arab D'Herbs - RM22.00 (pujuk-pujuk sampai dapat harga special:)
Bedak RonaSutra (lupa harga sebab tak selalu beli ni pon bedak tahun lepas tak habis lagi..hehe)
 
 
Entah apa la motif entri ni..Yang pasti ini bukan tujuan promosi ok! Aku seorang blogger bukan peniaga:)
 
 
Terima kasih sudi baca.:)
 

Sunday, March 30, 2014

Petua nak jimat minyak kereta

Assalamualaikum :)

Cara nak jimat minyak kereta cara aku..

1. Parking kereta ke pam minyak.
2. Keluar dari kereta dan silalah ke kaunter bayaran
3. Masa pegang pam baca bismillah dan niatkan dalam hati

"Ya Allah aku guna kereta ini untuk mencari ilmu Ya Allah. Berkatkanlah ia Ya Allah..Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal Alamin". 

Ok. di sebalik cerita....

Actually, aku tak bawa kereta bila nak pergi ofis. Aku naik bas or train jer. Kereta hanya aku bawa masa nak pergi kelas. Selasa dan Khamis lepas balik kerja dalam pukul 7 pm  aku and kakak terus gerak ke Masjid Negara untuk kelas bahasa arab. Sabtu dan Ahad kami belajar mengaji di Kampong Baru. So, tak la pakai minyak sangat. So far, aku tak terasa terbeban sangat pasal minyak ni...Maybe aku tak drive ke ofis hari-hari kot..

Harapnya dengan niat yang baik dapat la berjimat-cermat.. 

Kalau suatu hari nanti aku ditakdirkan nak bawa kereta hari-hari ke ofis pon aku still guna petua yang sama kot.. Tak salah kan??

senyum. :)



Yer..adakala aku mengeluh dengan kehidupan sampai terlupa.. terlupa untuk bersyukur..:'(


اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“ Yaa Allah..Bantulah hamba untuk (senantiasa ) mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu, serta memperbaiki  ibadahku kepada-Mu.”

*sob..sob..sob..selsema lagi..

Saturday, March 29, 2014

awak..apa itu fitnah dajjal?


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Di saat kepala tengah tingtong, badan dah menampakkan tanda-tanda nak demam tiba-tiba dapat message dari kawan..awak,apa itu fitnah dajal?

Edehhh!!kepala berdenyut.
Sayang awak penah baca atau dengar pasal dajal tak? Adohaiii!! Aku beranggapan semua orang especially muslim atleast mesti tahu sikit pasal dajal kan. kan?

"Masyaallah klau org tahu betapa bahaya fitnah dajal..dajal yg akn muncul akhir zaman.yg ditangannya ada syurga n neraka..yg menghidupkn dan mematikn.klau kt trpedaya dgn fitnah dajjal, org tu akn mati dlm keadaan kufur. Betapa dasyatnya dajal..baca la kisah dajjal..hati mesti brgetar..takut..takut mninggal dlm keadaan kt jauh dr rahmat allah..nauzubillah.. k la..  nk tido jap.. headache..selsema n demam".
** bila kepala tengah tingtong ini jela jawapan yang mampu fikir..

Wahai sayangku sekalian, bacalah bacalah bacalah!

**Nangess..selesema..

Secara jujurnya aku mula baca pasal dajjal tak silap masa sekolah menengah. Walaupon aku bukanlah top student budak budak pandai sekalian tapi itu la minat aku yang satu. Aku suka baca buku cerita especially kisah misteri. Buku kisah tanda-tanda kiamat, yakjuj makjuj , dajal tapi yang sadisnya buku pelajaran malas pulak nak baca. Huhu.sedih. Tapi bila aku dapat further study aku dah insaf. Mula kembali ke jalan yang benar..Alhamdulillah hari ni aku dah menjadi seseorang.

Wait a minute..
seseorang = somebody erk?
Bukan seseorang yang seperti korang fikir..bukan..bukan.. aku bukan seorang akauntan bukan juga arkitek, engineer, lawyer macam nurul badiah lai tu, jauh sekali seorang doktor macam fatin liyana, dan bukan juga seorang selebriti yang bijak macam hanis zalikha meow meow tu..

I means aku kini menjadi seorang manusia.. manusia yang ingin berbakti kepada mak dan ayahnya yang dah bersusah payah membesarkan anak anaknya yang 6 orang ni..Seseorang yang tengah berusaha melalui kehidupan yang ada naik dan turunnya..Seseorang yang berusaha untuk faham apa itu matlamat hidup dan bagaimana kesudahannya.. yerr..itulah. aku.

Ok.ok..patah balik cerita pasal dajjal tadi.
korang tak perasan ke sekarang ni kat fb ramai ustaz yang dok sebut-sebut pasal dajal? Whatsapp group pesan dok pakat ramai-ramai baca surah al kahfi.Tu belum lagi ceramah kat surau dan masjid dok peringat fitnah dajjal..fitnah dajjal.. apakah maknanya itu semua?? Tak terfikirkah??

Sayangku sekalian,

Bergetar jantong bila dengar di saat munculnya dajal para suami , para ayah disuruh mengikat isteri  dan anak perempuannya dari keluar dari rumah. Sampai macam tu sekali hebatnya fitnah dajjal..mintak dijauhkanlah. Naudzubillah. .

Di zaman rasulullah, sahabat bertanya apakah makanan pada saat dan ketika itu? Maka jawab rasulullah saw makanan bagi orang beriman pada ketika itu adalah zikir..

Masyaallah takut nak bayangkan..

Adakah di saat itu zikir akan mengenyangkan? Cuba kita test satu hari kita hanya berzikir tanpa makan. Agaknya berapa jam sangat kita mampu bertahan. Mungkin yang dimaksudkan zikir pada ketika itu adalah dengan berzikir kepada allah hati kita akan sabar.. sabar.. sabar dengan ujian. Allah bersama orang-orang yang sabar. Hati akan terpujuk dengan janji allah syurga bagi orang-orang yang beriman.

Ok! Tarik nafas..hembus perlahan..

Seingat aku, aku tak pernah baca surah al kahfi..Bila orang dok post kat fb surah al kahfi especially hari jumaat, aku hanya tengok sepintas lalu jer.. yer, just buka surah tu tapi tak baca atau menghayati maknanya. Menghafal jauh sekali. huhh alahai!!

Tiba tiba, hati tergerak nak baca..kena baca..mesti.. Keadaan cuaca panas berbulan-bulan, jerebu dan tragedi MH370 dan keadaan dunia sekarang ni..Kezaliman, gambar-gambar penderitaan di Syria, Palestin dan Mesir yang menyedihkan menampar-nampar pipi yang tak berapa gebu ini dari terus terbuai dengan keselesaan hidup. Huhhh betapa dunia!

Yeupp..peringatan untuk diri sendiri dan sayangku sekalian meh la kita jenguh-jenguh dan baca surah al kahfi dan mulalah dari hari ini berpuasa isnin atau khamis atau hari yang kita mampu.. jom lah jomlah latih diri..

Wahai sayang..
percayalah..kita tak mampu nak bayangkan saat itu.

Yeupp lagi..surah al-kahfi memang panjang. !Untuk permulaan bacalah 10 ayat pertama.


Nak tahu apa itu fitnah dajal boleh refer video tazkirah oleh Habib Ali Zainal Abidin. Kuliah Maghrib ni dibuat di Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang..Hadirin yang datang time tu memang luar biasa ramainya..Err..Ternampak la beberapa orang artis yang turut datang time tu..Maybe teruja dengan tajuk tazkirah atau penangan aura seorang yang bernama Habib Ali Zainal Abidin kah?..:) Rata-rata hadirin tak berganjak dan kusyuk mendengar setiap butir patah perkataan yang disampaikan Habib Ali. Terasa meremang bila dengar kata-kata dari Habib tentang bahayanya fitnah Dajjal.   


Errr..Lepas tazkirah tu ada makan-makan..


Makan dalam dulang..Satu dulang 4 orang..Actually aku ada pengalaman yang tak berapa suwett masa kecik-kecik tentang makan dulang ni tapi kali ni pengalaman dia berbeza..Terasa eratnya mahabbah bila kita makan sedulang even dengan orang yang kita baru kenal.. Yang buat tersenyum tu, bila nasi tinggal sesuap masing-masing malu-malu meowww sape nak habiskan..Siap lat tali lat tam plom lagi..hahaaa..

So lepas ni aku dah takde hal la kalau kena makan dalam dulang lagi...(^_^)
Sehingga itu, renung renungkan dan selamat beramal! :)

Thursday, March 27, 2014

Puding Triffle 3 layer special from suri raudhah

Assalamualaikum

Meh,nak kongsi resepi puding triffle 3 layer yang sangat mudah dimasak sedap dimakan ni. Hmm leceh la ada layer layer ni. Jangan nak macam-macam. Cuba dulu baru tahu ok!hehee. Aku yang tak pakar bab masak memasak ni pon boleh buat ni kan pulak korang yang hebat belaka ni kan. JUST TRY 1st:)

LAYER 1
Bahan-bahan
Kek span

Susun kek span cantik-cantik dalam bekas.
Lembapkan kek span dengan air nata de coco, fruitcocktail dan dengan seangkatan dengannya.

LAYER 2
Bahan-bahan
3 sudu tepung kastard
Setin susu cair
Gula secukup rasa
Fruit cocktail atau nata de coco

Masakkan 3 sudu tepung kastard dalam kuali. Kemudian campurkan setin susu cair. Sentiasa kacau sehingga kastard berkilat dan tak berketul-ketul.Boleh tambah gula sesedap rasa. Ada orang suka cair meleleh. Tapi aku lebih suka kastard pekat sikit plus manis manis giteww.

**Aku tak pandai sangat buat kastard. Tak pasti cara ni menepati standard piawai chef ke idok.. Tapi ok la..

Pastu tuangkan perlahan-lahan adunan kastard ke atas kek span span tadi tu. Then, ratakan.. Ketebalan kastard ikut suka hati. Tunggu sekejap dalam 4 atau 5 minit.

Then, boleh la letak fruit cocktail atau nata de coco atau buah buahan yang bersesuaian. Tekan dan ratakan ke dalam sikit supaya bila letak kristal jelly nanti tekstur kastard atau buah tak terapung apung di awangan.

LAYER 3
Bahan-Bahan
1 paket Kristal jelly brand Nona perisa ikut kesukaan masing-masing.
(i prefer rasberry flavour bcoz warna merah dia cantik)
400ml air

Masak ikut arahan belakang kotak jer. Panaskan air kemudian letak serbuk jelly. Kacau dan ratakan. Sekejap je dah masak.
Kaut jelly mengunakan senduk then curah perlahan-lahan pada layer 2 tadi. Biarkan sejuk letak dalam fridge.

Puding Triffle 3 layer done!yeah..Alhamdulillah









Ready to eat. Selamat mencuba.. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved