Suri Raudhah: 2015

Tuesday, September 8, 2015

Dari mat bangla cuci kereta kita belajar


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Ada satu pagi tu, aku menemani kakak ke kedai car wash. Kedai tu berdekatan je dengan area rumah kami. Biasanya kat situlah la tempat nak cuci kereta pon. Sambil menunggu kereta di vacum, mata memandang ke satu sudut..Kelihatan seorang pekerja bangla sedang tekun mencuci kereta..Entah kenapa mata tak lepas untuk terus melihat beliau bekerja..Body kereta disabun, kemudian dicuci dengan air sambil sesekali tangan menggosok bahagian yang mungkin kotoran degil barangkali lalu dibilas lagi dengan air..Hmm..sangat tekun dan cermat sekali..

Kakak bersuara..'Tengok die tu..bagus la kerja die..kereta orang tu betul2 die cuci..tengok cara die lap kereta tu..wahh tak sangka kakak pon perasan perkara yg sama..that means bukan saya sorang je la kat sini yang dok perhati mat bangla tu..Secara peribadi saya mudah 'jatuh cinta' apabila melihat kebaikan..keikhlasan..dan akhlak seseorang..
Yerr..akhlak...:)

Tambah kakak..ada jugak mat bangla yang kuat pegangan agamanya..
Wohaa..kali ni tak mampu nak tundukan pandangan sebab situasi kali ni sangat 'rare'..Tak boleh lepaskan momen ni macam tu jer..so kamera dicapai... heeee.. krek..krek..





Jangan salah faham..ini hanya sekadar perasaan kagum..;)

Apa yang aku nak sampaikan adalah berkenaan budaya kerja itqan..Menggerakkan tangan bekerja hanya untuk Allah..melakukan sesuatu dengan penuh komitmen dan iltizam yang sudah pasti jika semuanya adalah kerana Allah otomatik hati berbunga-bunga riang untuk menyempurnakan kerja dan sanggup pula memberi khidmat yang lebih walaupon habuan atau gaji yang diterima tidak berubah sama sekali.

Itu yang terlintas bila memandang mat bangla tu..Dari situasi ini ada sesuatu yang boleh dipelajari bagi yang mengerti..

Senyum. 

Lepas car wash, jenjalan cari makan di heaven's park gombak..highly recommend to all..



Thank you for reading..

Friday, June 19, 2015

Aku tanya apa khabar semua :D


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog rasa dah macam bertahun-tahun..Entah kenapa hari jumaat yang mulia ni baru tergerak nak menulis semula..Sekarang ni busy menulis benda lain sebenarnya but it's more related to my work la..

Owhh ya..Ramadhan Mubarak to all muslims.. 

Alhamdulillah dah masuk awal ramadhan.. So how ur day? Hope uolls menjalani bulan ramadhan ini dengan penuh kesyukuran bcoz diberi peluang memasuki ramadhan kali ini. Dan semoga kita semua dapat sampai kepenghujung untuk meraikan hari kemenangan bagi umat Islam seluruh dunia. Insyaallah dengan izinNya jua.

Dalam beberapa bulan ni macam-macam yang terjadi dalam hidup..Pasang surut kehidupan adakala sampai rasa dah tak kuat..Tapi hidup perlu diteruskan right? Adalagi insan kat dunia yang menerima ujian lagi berat dari kau..So jangan nak mengaduh nasib sangat lah..Ok fine.

Allah always there..senyum.. ;)

Sekarang ni dah tak kerja kat Angkasapuri dah.. Alhamdulillah rezeki ditempat baru..Sejak dari hujung tahun lepas sebenarnya..Nak pergi kat tempat baru ni pon pada mulanya rasa berat untuk buat keputusan bcoz Angkasapuri is meaning a lot for me.. Mana taknya dah 4 tahun pulun rezeki kat sana..But, perancangan yang Maha Kuasa akhirnya ke tempat baru jugak kiter..




X payah la mention kat mana atas sebab-sebab yang dirahsiakan..haha.. Pada mulanya agak kekok di tempat baru..Ofcoz la dengan suasana berbeza, kawan-kawan yang berbeza, tanggungjawab yang dipikul rasa macam nak patah balik tempat lama..Tapi tabahkan jugak la hati..Lantak redah je la jangan toleh ke belakang lagi.. Akhirnya dah hampir 7 bulan aku di sini..

But still memory kat tempat lama susah nak lupa..Mungkin ada ikatan yang kuat di sana sehingga hati sayu nak lepaskan.. Ukhuwah persahabatan yang indah..Rasa nak buat kerja kewangan macam dulu-dulu..Dulu asyik mengeluh pening mengadap kalkulator muntah hijau tengok nombor-nombor ni.. Sekarang baru menyesal..:(

Tapi reason yang paling kuat sebab kat sana lah aku belajar untuk berubah..Yeup..changing for good.. Kat situ la aku diberikan rezeki untuk sampai ke rumahNya yang sampai sekarang aku macam tak percaya aku dah jejak ke situ..Nah..rindu pulak nak berbulatan gembira berkejaran riang masa time dulu-dulu..

I knew.. LIFE GOES ON..

tempat baru ni ada swimming pool..Kalau stress bole jump sini..hahaa
Atleast masih kerja kat kl..Kalau dihantar ke putrajaya, sabah, sarawak giler nangis hentak kaki takmau..So haruslah bersyukur..hmm..Banyak nak share sebenarnya tapi nantilah..Today's friday ok..toksah nak melagha sangat aih..hahaa..

oxoxox

Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan.. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved