Suri Raudhah

Saturday, January 14, 2012

Moving Forward..2012

Alhamdulillah...pejam celik dah melangkah tahun 2012..Sekejapnya 2011 berlalu..Yang pasti kita semakin tua..(normal la tu kan..:). Banyak kenangan 2011,biarlah ia berlalu..tetapi tetap akan ku kenang walau pahit atau manis..Cehhh..
Azam tahun baru..hurmm..apa yer..?





"Aku nak forward azam 2011 yang belum terlaksana"..Boleh kan..hehe..Apa pon,i wish u all best of luck on 2012..

Manfaatkan 5 perkara sebelum 5 perkara 
Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu
Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu
Masa kayamu sebelum datang waktu miskinmu
Masa lapangmu sebelum datang masa  sibukmu
Hidupmu sebelum datang kematianmu

Friday, September 30, 2011

Ramlee Awang Murshid novelis thriller!!


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Kenalkah korang dengan penulis genre thriller yang hebat kat Malaysia ni??
Dia adalah RAM
RAM??
Ramlee Awang Murshid..
Haaa baru nak feeling thrilled hampeh tak thrill langsung kot!

Actually aku baru je berjinak-jinak dengan karya beliau..ni sebab pengaruh dari my sis la..Dia ada cakap" intan cuba baca novel Ramlee Awang Murshid (RAM)..Best tau..Kalau ko baca mesti kau suka..Punya la banyak dia pinjam novel  dari kawan dia kot..Semua karya RAM..Aku pon sempat la usha sikit-sikitkan..Cover depan novel RAM ni memang cantik belaka. Kalau orang yang giler dengan novel ni mesti kenal dengan Ramlee Awang Murshid aka RAM kan..Novelis thriller terkenal ni..Novel karya RAM yang pertama aku baca UNGU KARMILA..Malas nak cerita novel ni kisah apa..Nak tahu baca sendiri la yer..:)


Sebelum ni aku banyak layan novel cintan-cintun jer..Biasa la karya Hlovate, Damya Hanna,Aisya Sofea,Fauziah Ashaari dan lain-lain yang seangkatan dengannya.Tapi bila dah mula baca novel genre thriller ni,best la pulak..Aku rasa la kan kalau baca nocel RAM ni lebih kurang baca novel John Grisham..Tapi novel RAM bercirikan islam dan budaya orang timur la..Bukan bermaksud RAM ni meniru John Grisham, cuma persamaan dari segi genre thriller yang diselitkan elemen 'love' tu je..But i like OK..


Kebanyakan novel RAM lebih berkisarkan penyiasatan, diselitkan elemen cinta dan kasih sayang dan menonjolkan ciri-ciri masyarakat malaysia. Memandangkan RAM berasal dari Sabah so beliau banyak bercerita tentang keindahan negeri Sabah. Tapi apa yang menarik minat aku lagi membaca disebabkan novel beliau diselitkan juga unsur ajaran islam. Watak yang cuba ditonjolkan terutama watak hero memang boleh buat orang jatuh cinta la..hehe..In my opinion, RAM seorang novelis yang teliti dalam berkarya. Pada page terakhir novel beliau memang akan ada rujukan sumber mana yang diperolehi bagi fakta yang diselitkan dalam novel. Kagum dengan gaya penulisan beliau.U all cuba la baca...Ni antara koleksi novel beliau..:-

novel ramlee awang murshid

Setakat ni aku paling suka cover depan novel Cinta Sang Ratu..Cantikkan....Banyak lagi novel beliau yang aku belum baca ni..Hari tu cari novel RAM kat library office. So sempat pinjam 2 buah je. Cinta Sang Ratu dan ADAM. Yang lain akan menyusul kemudian......(^-^)

Ramlee Awang Murshid

Peminat setia kena tahu background orang yang dia minat tu!! 

RAMLEE AWANG MURSHID lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.(Kami satu kapal@RTM..tapi jarang jumpa..hehe)



 RAM bersama keluarga..

Ok la..Nak gi sambung baca novel..

bye..

Wednesday, August 17, 2011

Ramadan yang pertama i ada blog..:)


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Bila dah ada blog ni dah semestinya kena bagi ucapan sikit yer dak? So menyambut bulan yang mulia ni, aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan to my readers..Alhamdulillah berpeluang lagi menyambut Ramadan kali ini. Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada ramadan yang sebelumnya. Aamin.


Ramadan adalah bulan penuh rahmat. Alangkah ruginya jika kita mensia-siakan peluang terindah ini. Semoga di dalam bulan Ramadan ini kita dapat memperindahkan dengan alunan al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu telah diturunkan pada bulan Ramadan, memperbaiki diri dari godaan dan hawa nafsu,memperkuatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Insyaallah marilah kita sama-sama akan cuba ke arah itu.. Ya Allah berikan lah hambamu ini kekuatan,bantu lah hambaMu dalam mencari keredaanMu.

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAN
• Segala amalan akan dilipatgandakan pahalanya
• Pada setiap malam bulan Ramadan berpuluh ribu malaikat akan turun ke bumi serta  memohon keampunan bagi mereka yang memanfaatkan malamnya dengan bersujud,berzikir dan beribadat kepada Allah swt.
• Bulan penuh rahmat serta pengampunan dosa
• Doa akan dimakbulkan bagi mereka yang sentiasa memohon kepada  Allah swt
• Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari aroma kasturi disisi Allah swt
• Syaitan akan diikat sehingga tidak mampu bergerak dari mengganggu manusia.
• Di dalamnya terdapat malam yang dipanggil Lailatul Qadar.

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan [Surah Al-Qadr : Ayat ke 3]

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh berkah dan kebajikan. Rasulullah S.A.W. Bersabda : “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan yang penuh berkah, Allah memfardhukan agar kamu berpuasa di dalamnya, dimana disitu dibuka segala pintu syurga, dikunci didalamnya segala syaitan. Di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa yang tidak memberikan kebajikan malam itu, sungguh tidak diberikan kebajikan di dalamnya.” (H.R. Ahmad, Nasai dan Baihaqi dari Abu Hurairah).

KEISTIMEWAAN ORANG YANG BERPUASA
Rasulullah S.A.W., juga pernah menyebutkan tentang keistimewaan orang yang berpuasa :
"Sesungguhnya di syurga ada satu pintu bernama Al-Rayyan,dari pintu ini akan masuk
 orang-orang yang berpuasa. Pada hari kiamat,tidak ada sesiapa pun selain mereka yang akan memasuki pintu ini,dikatakan mana orang-orang yang berpuasa..? Lalu mereka semua berdiri,tidak ada satu pun yang memasuki pintu ini,jika orang-orang yang berpuasa telah masuk,maka pintu itu ditutup,sehingga tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya"


“Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. iaitu berbahagia dikala berbuka dan dikala bertemu Allah.” (riwayat imam Muslim).

MUHASABAH RAMADHAN
Oleh itu,marilah kita sama-sama merenungkan berbagai keistimewaan dan kemuliaan di sepanjang bulan suci Ramadan ini dengan membuka lembaran baru kehidupan yang bersih. Penuhi bulan ramadan dengan ibadah-ibadah bagi mendekatkan diri kita kepada Allah swt serta bagi mendapatkan keredhaanNya.

Errr jangan lupa niat puasa!!!






Ramadhan Kareem..
Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by ♥ suriraudhah ♥. 2011-2013© All Rights Reserved