Suri Raudhah

Tuesday, November 13, 2012

Teka teki pasal ikan


1)Banyak-banyak ikan.Ikan apa yang pemalu.?
 





2)Banyak-banyak ikan. Ikan apa yang tak tahan sejuk?







3)Banyak-banyak ikan. Ikan apa yang berkepala dua?











jawapan...
1)ikan sardin
2)ikan jaket
3)ikan masin
4)hehehe..

Sunday, November 11, 2012

Asmaul Husna/ Cahaya Hati - Opick

Assalamualaikum.

Episod Adam&Hawa semasa di Madinah dan Mekah...
 
Episod 24 adalah antara episod yang aku suka tengok. Detik pertemuan antara Adam Mukhriz dan Ain Hawani di pintu masuk Masjidilharam selepas lapan tahun berpisah. Bermula di Kota Madinah yang sesuai dengan tarikannya sebagai bandar Nabi s.a.w.
 
Terdetik dalam hati "alangkah indahnya dapat menziarahi makam Nabi saw,berdoa di Raudhah yang dikatakan tempat mustajab doa, mengunjungi masjid-masjid di Madinah. Masjid Nabawi, Masjid Quba, Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai dua kiblat, di mana dulunya umat islam berkiblatkan Masjidil Aqsa sebelum Allah s.w.t menurunkan perintah supaya umat islam berkiblatkan Kaabah di Masjidilharam.
 
Alangkah bertuahnya menjadi tetamu Allah..(beruntungnya Aaron Aziz dan Nadiya Nissa dapat berlakon kat Mekah/Madinah kan.?:)
 
Dapat melihat Kaabah di depan mata sendiri, berdoa dengan rasa rendah diri atas nikmat dan kekuasaannya,  mengucup hajratulaswad,merasa dinginnya air zam-zam di Mekah itu sendiri.
 
Memang tersentuh part ain di dalam masjid sambil berdoa dan kemudian dendangan lagu Cahaya Hati dan  Asmaul Husna oleh Opick dimainkan diselang selikan dengan keindahan Masjidilharam. Alunan dia seolah-olah memanggil..
 

Sorotan Adam&Hawa episod 24
 
preview jer..full episod kena download sendiri la yer..:) 
 
 
 asmaul husna.
 
cahaya hati
 
Lagu opick memang best. Terbuai dengan alunan Asmaul Husna dendangan Opick.
 
 
Episod ni ramai peminat  Adam&Hawa mempertikaikan kelakuan ain yang kasar dan selalu meninggikan suara dengan suami dia lagi-lagi mereka berada di Tanah suci. Bagi aku, ain tu masih marah dengan apa yang dah berlaku. Lagipon tiba-tiba jer dia jumpa Am kat situ tanpa disangka. Ofcourse terkejut. Banyak komen peminat di forum tak dapat kawal emosi sampai tempiasnya kena kat pelakon tu sendiri. Sedangkan Nadiya Nissa tu hanya melakonkan watak. Mungkin dari novel yang dipersembahkan  dalam bentuk drama nampak lebih real kot babak tu.
 
 
 
nota1: Lagu Opick banyak yang best. Kalau perasaan cerita drama melayu selalu pasang lagu Opick. Biasanya  bila drama kisah pasal keinsafan or islamik.
 
nota2: Suka dengar instrumen Doaku oleh Hadad Alwi. Jumpa istrumen ni masa blogwalking satu blog yang comel:).
 
  

Saturday, November 3, 2012

Berqurbanlah!

Assalamualaikum.

Masa Raya Haji lepas aku datang rumah oja raudhah sebab keluarga dia merangkap saudara aku buat qurban masa tu. So kami sekeluarga datang la untuk menolong apa yang patut. Biasa la, buat qurban ni mesti banyak guna tenaga kerja kan.


lembu,hati,paru,limpa semuanya ada mak!..ingat lagi iklan tu:)

Ikut hati memang nak datang awal nak tengok saat lembu di 'tumbangkan'. tapi bila aku sampai hanya sempat tengok orang melapah lembu jer. Frankly speaking, aku tak sanggup tengok lembu kena sembelih.:)


“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Petang tu aku balik rumah dengan berplastik-plastik daging segar dan sup daging yang sedap . Maka minggu tu, menu kami semua adalah berasaskan daging.:)


Bila jumpa oja raudhah memang banyak la benda yang kita sembang. Actually aku nak tunjuk kat dia pasal promosi umrah sebab dia nampak sangat berminat. Pastu kami bincang bla blaa.Alhamdulillah baru - baru ni dah ada keputusan yang positif:)

kami ingin menyahut seruanmu Ya-Allah..permudahkan dan tunjukkanlah jalannya...amin

Bila bersembang terbuka la cerita, kata oja raudhah dia ada kenal sorang sahabat masa majlis selawat kat KLCC baru-baru ni. Budak tu berniqab dalam erti kata lain berpurdah la..Seronok sangat malam tu sebab dapat kenal dan habiskan masa bersama masa majlis ilmu itu. Sesungguhnya 'ukhuwah kerana Allah itu indah kan'.:) Memang seronok aku dengar dia bercerita pasal perkenalan tu dan sejak hari tu aku tengok ramai kenalan fb dia di dikalangan gadis-gadis berniqab. Alhamdulillah jika ukhwah itu dapat memberikan sesuatu yang positif.

oja raudhah :intan,"Bdk2 tu sangat membahagiakan. Kat home fb kite dah tak semak dengan masalah orang, tapi banyak tarbiah dari budak2 ni. Kite cuba jdkan fb sebagai medium ilmiah. Banyak peringatan kite dpt dr situ. Home kt dah bersih".
 
Kebetulan dia ada tunjuk gambar full faced sahabat dia yang berniqab tu . Oja raudhah dan pesan jangan tunjuk gambar tu kat orang lain especially lelaki. So aku berpegang kepada amanah tu. Subhanaallah..cantiknya dia. Serius cantik sangat sangat sangat!. Terbit rasa kagum yang teramat. Kagum sebab dia kuat menahan diri dari memperlihatkan kecantikan dia. Sesungguhnya itu juga pengorbanan kan?. Berkorban ke jalan Allah. Aku yang perempuan ni pon terpesona melihat senyuman dan kelembutan wajah dia inikan pulak lelaki. Kata oja raudhah sebab itu jugak la sahabat dia amik keputusan berniqab. Dia risau jika pujian yang berlebihan ke atas diri dia akan mengundang fitnah.




Secara jujur, aku suka tengok orang berpurdah or berniqab ni especially orang kita. Bila naik LRT nampak orang pakai purdah aku akan curi-curi pandang. Tak baik kan curi-curi ni..ehee..tapi aku suka tengok pastu aku akan tengok mata dan membayangkan muka mereka without covering. Tak ape ke kalau buat macam tu erk?.Tak pe kot sebab aku tak mengutuk dorang pon atau buat pandangan sinis pon cuma saja nak cuci mata masa boring duduk dalam train lama-lama:)

ermmm..bila mendengar cerita yang positif dari orang lain, kita pon jadi  positif kan..?hopefully.:)

Lama tak update blog..banyak pulak nak cerita ni... 

Ehh nak sampaikan pesanan ustazah..katanya:

"Sekarang mungkin kita tak mampu buat ibadah qurban, maka niat la dari sekarang, usaha dan doa satu hari nanti kita mampu dan bersempatan memberi sumbangan dalam melakukan ibadah ini". Sesungguhnya Allah swt maha mendengar doa hambanya yang ikhlas kerana-Nya.


Thank you for reading.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved