Suri Raudhah

Sunday, December 2, 2012

Selamat Ulang Tahun

Assalamualaikum..

02.12.2012
 
Alhamdulillah!. Bertambah satu angka lagi pada usia saya hari ini. Ya Allah!Syukur kepada-Mu kerana masih memberi peluang untuk hamba-Mu ini bernafas di atas muka bumi-Mu ini. Aku mohon diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus melaksanakan segala amanah dan tanggungjawabku. Permudahkanlah segala urusanku dan berkatilah keluargaku juga Ya Allah!
Amin...

Masa berlalu dengan pantas.~ Disember
 
image google..


Durian!Motif??
Birthday girl menaip sambil makan durian..hahaaa..Jangan percaya!hee
Tersangat sedap durian itu!!Hadiah hari jadi kot... Demam-demam makan durian sedap jugak.dush sebijik!
 
Sekarang banyak orang post pasal crepe durian.Sedap ke weh..? Aku tak jumpa lagi orang jual kat KL ni. Nampak sangat sepertinya kamu katak bawah tempurung kan.kan!Aku google resepi macam senang jer buatnyer. Macam buat lempeng pastu letak durian letak krim, lipat-lipat sampai gebu pastu siap sedia untuk mencekik.hehe..
 
 
Mimpi yang indah sambil mengcrepe durian..Nyumnyum..sedap..tersangat heaven!
Pleaseeeeeeeeee la!!Dush sebijik kang.
 
 
Bonne nuit et salute~


Bahaya botol plastik

Assalamualaikum.
 
Sekarang ni dah jarang update blog. Rasa macam bnyak benda nak tulis, tapi bila buka blog terasa malas pulak nak create entri. Memang harapan tak boleh harap la nak jadi blogger yang berjaya nih.hee
 
Actually, aku nak share info pasal botol plastik dengan korang. Info ni aku dapat dari officemate, sebelum ni aku tak alert sangat pasal ni. Pastu bila kawan cakap benda ni boleh menyebabkan kanser so kena la prihatin lepas ni.
 
Korang cuba tengok kat bawah botol mineral or apa-apa botol plastik yang ada la. Nampak tak ada simbol segitiga n nombor kat bawah botol tu.  Tu bukan simbol recyle tau. Nombor tu mewakili bahan kimia yang digunakan untuk proses botol plastik tu.
 
tengok no kat bawah botol tu! 

 
Kod No.1- Polyethylene Terephthalate
Kod No 2 - High Density Polyethylene
Kod No 3 - Polyvinyl Chloride
Kod No 4 - Low Density Polyethylene
Kod No 5- Polypropylene
Kod No 6 - Polystyrene
Kod No 7 - Other :SAN,ABS,Polycarbonate
(korang google sendiri la apa maksud bendalah ni yer.)


No yang paling bahaya digunakan  adalah 3,6,7. Mesti korang tertanya, kalau merbahaya kenapa guna.? Sebab bahan tu jer yang boleh proses dan botol tahan lama.
 
Biasanya botol air mineral yang kita selalu beli tu kod 1. Kod no 1-3 hanya boleh guna sekali jer. Maksudnya lepas korang habis minum air kena terus buang botol tu. Jangan simpan dan guna semula. Bahaya! Boleh menyebabkan kanser. Bagi perempuan boleh effect pada saluran peranakan. Ini apa yang member aku cakapla kan.
 
Bahan kimia pada botol sangat berbahaya pada badan kita. Guna sekali pastu BUANG jer.!
 
Korang terfikir tak, zaman sekarang ni banyak sangat penyakit pelik-pelik kan.? Mungkin faktor pemakanan,persekitaraan dan bahan kimia macam ni la kot penyebabnya.. Zaman dulu dorang pakai alas daun pisang dengan batang buluh betung jer isi air..That's y kurang penyakit.hehee.
 
Sekadar mengingatkan.Sharing is caring:)

Thank you for reading.!

Monday, November 19, 2012

Doa untuk Palestin

Salam buat sahabat dan saudaraku..


Doakan saudara-saudara kita di Gaza agar dikurniakan kesabaran dan kecekalan.
Cuma dalam 1 minit, mari kita berdoa untuk mereka. Mereka adalah saudara kita. Mereka memerlukan kita.

Sekurang-kurangnya, suatu hari jika kita berada dalam situasi mereka (nauzubillah), mereka membuat perkara yang sama untuk kita. Pada masa itu, kita akan mula menghargai makna PERSAUDARAAN.

Pada ketika ini, Gaza dibasahi dengan darah dan airmata, dihujani dengan peluru dari Zionis laknatullah,tanah air mereka terus dirampas, ramai pejuang terkorban. Sayu apabila melihat gambar kanak-kanak tidak berdosa terkorban dengan keadaan darah membasahi tubuh mereka. Bukan sahaja disekat bantuan ekonomi,malah bantuan kemanusiaan turut disekat. Tetapi pendirian mereka untuk terus mempertahankan martabat dan maruah ISLAM di bumi Palestin tidak pernah pudar, Bahkan semakin kuat tekanan, semakin getir penderitaan, semakin kental semangat perjuangan mereka.

Wahai, pejuang-pejuang Islam. Bergembiralah, Sesungguhnya syurga adalah tempatmu.

Inilah masanya kita tunjukkan sokongan atas perjuangan mereka. Bantulah mereka, sesungguhnya mereka memerlukan bantuan,sokongan,suara masyarakat dunia pada saat ini. Bantulah mereka atas nama kemanusian. Kita mungkin tak mampu untuk berjuang ke jalan syahid bersama mereka, Tapi percayalah dengan doa dan sedikit bantuan, In Shaa Allah kita dapat mengurangkan sedikit kesakitan dan keperitan mereka. Kita wajib bantu saudara kita disaat mereka diberi ujian pada ketika ini. Allah bukan sahaja menguji mereka, tapi saya percaya Allah juga sedang menguji kita. Disaat Gaza dibasahi dengan darah, diiringi dengan tangisan, setiap hari ada jasad yang terkorban, bangunan dan tempat kediaman  musnah, kekurangan makanan dan ubat-ubatan, dimanakah KITA?

"Ya Allah. Kau selamatkanlah saudara kami di Gaza. Jauhilah mereka daripada kekejaman puak Zionis. Kami yakin mereka(zionis) juga milik-Mu. kami mohon jauhkan mereka dari mencederakan saudara kami di Gaza. Hanya kepada-Mu kami bermohon. makbulkan doa-doa kami. Ya Allah"

 

Sumbangan Kemanusian Islamic Relief Malaysia
Sasaran - RM1 juta. Boleh ke kita dapatkan 20,000 orang insan yang pemurah untuk menderma hanya RM50/ - Like, Share & Derma.

BIMB (Bank Islam) 12029010065643
MBB (Maybank) 562142708704
CIMB (Cimb) 12590000804058



Aman Palestin
Untuk menderma melalui SMS kepada rakyat Palestin,
Taip PALESTIN  nilai derma(rm10/5/3/1)dan hantar ke 39111(Aman Palestin)
contoh PALESTIN 10 (hantar ke 39111)


Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam : 12029010047880
Maybank : 562263010787
Bank Muamalat : 12070005133717
RHB Islamic Bank : 21245760004907
Bank Rakyat : 22-080-619592-2
Tabung Wanita&Kanak-Kanak Palestin|Bank Islam (M) Berhad : 1202-9010-0598-95


Kalau ada keraguan berkenaan no akaun dan nak tahu info lanjut boleh layari web di bawah:
1.Like FB Islamic Relief Malaysia
2. Aman Palestin


nota: Isu Palestin isu awak,isu saya, isu kita semua. Mudah-mudahan dengan keikhlasan dalam kita memohon kepadaNya doa kita akan dimakbulkan.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved