Suri Raudhah

Sunday, January 27, 2013

Kenduri


Hari ni pergi kenduri kawin anak ofismate aku kat taman koperasi polis. Mulanya tak rasa nak pergi sebab tak rapat sangat n tak penah bertegur pon. Atlast aku pergi jugak la.

Makaiiihh..tercapai jugak hajat aku nak makan nasi kenduri yang sedap. Ayam masak merah memang faveret aku sejak azali lagi hehee. Ayam masak merah+daging masak hitam+sambal sotong+pajeri nenas+acar buah + ulam n bubur kacang hitam sebagai dessert memang marvelousss..


Aku memang tak lepaskan peluang dah rezeki depan mata jangan mengada-ngada nak tolak. Makan kenduri dengan penuh nikmat plus dewan yang selesa rasa macam nak tambah lagi nasik..hahaa.

Nak pecah rahsia sikit..

Aku kalau kawin nanti nak buat biasa2 jer. Taknak la bersanding merenjis bagai. I kan pemalu orangnya..huahuaaa uwekzzz. Tapi yang penting makanan mesti sedap, so that orang puas hati. Aku perasan setiap kali ada wedding yang aku tak dapat join. First yang aku tanya, makanan dia sedap tak?dari situ aku tahu kesedapan makanan tu penting bagi kenduri kawin.

Kesimpulan kalau wedding i, perkara yang perlu highlight..

1. Makanan yang sedap yang akan jadi ingatan. Ayam masak merah wajib especially kat lauk pengantin.

2. Makanan pengantin tak kisah simple yang penting senang dimakan. Jangan la nak buat dajal hidang ketam goreng crispy.

3. Mekap natural but nice to see. Sebab nak gambar yang cantik sebagai kenangan buat anak cucu cicit.:)

4. No karok ok!

5. Simple simple jer but full of blessing..

Tu je buat masa ni kot..


nota: pic bukan gambaran sebenar..muahaaaa

Tuesday, January 22, 2013

Novel Sweet Sour - Nasz


AYang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘coplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10, 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

Dah 3x aku baca novel ni..cerita ni serius best n bahasa pon sempoi..3x baca pon aku still sawan senyum sorang2.hehee..

Joe ni memang sengal!! tp sweet kot..hahaa..

Lia:Kenapa la dah banyak kali jumpa, tapi Lia tak pernah ingat abang..owhhh lupa Lia ingat orang yang hensem jer..hehee..
Joe: ramai kawan abang cakap abang hensem..
Lia: Sape la yang patut kena operate kornea tu..hahaaa..
 
Sempoi la dorang ni..Ye la berkawan dengan adik tup-tup kena kawin dengan abang yang sengal tu. Agaknya playboy tahap gaban ni kalau dah betul2 jatuh cinta memang setia separuh nyawa kot.
 
Lia: (Aku tengok Joe makan tapi tak sentuh langsung sambal tu.Aku rasa Joe ni spesies tak makan pedas2. Ye la dia kan jenis makan makanan kesihatan.)
"Nasi lemak tu memang dah ditakdirkan makan dengan sambil. Kalau tak, tak payah la susah2 makcik tu bangun pagi nak masak sambal tu..hahaa..
Joe senyum jer bila aku kutuk dia..



Try la baca novel ni..Cover depan nampak simple jer tapi cerita ni memang best sangat. i like sejuta kali ok!.

nota:aku pon tak makan pedas..hmm rasa macam ada persamaan pulak dengan joe jambul tu..hahaa..

Sunday, December 30, 2012

Travel Agensi Umrah Terbaik?

Assalamualaikum.

Nak minta pendapat korang yang ada pengalaman menunaikan haji atau umrah travel agensi mana yang terbaik dan memuaskan. Bagi yang ada pengalaman tu share la sikit kat sini. Tengah pusing, runsing, confused..hmmm..

Dengan harapan yang menggunung
⇨Harga yang berpatutan la. bajetttt..jangan la kata den kodikutt..sentap.huhu. Bajet RM5,000 jer.
⇨Hotel dekat dengan Masjid senang nak berulang alik. So kalau jalan sorang2 pon tak takut la sangat especially time malam atau subuh. Ingat tujuan utama kat sana:)
⇨Tak ada transit! Penting.
⇨Service memuaskan.

Mana satu?
Andalusia
Gemilang
Rayhar
Tiram

Sekarang sekitar Mekah banyak nak buat pembangunan. Terbaca kat blog n forum banyak hotel yang berdekatan dah kena roboh. Insyaallah perancangan nak pergi tahun ni itupun sekiranya semua berjalan lancar dan ada rezeki nak jejak kaki kat sana.




tetiba je mood adam&hawa..heee. bila hati mula berdetik.seolah memanggil.:)

Sekadar perancangan dan aku pasti korang pon mesti ada impian jejak kaki kat sana kan.?


nota:Ikhlas hanya minta pendapat, tak ada niat lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved