Suri Raudhah

Wednesday, August 14, 2013

Bila budak 4 tahun tak paham cakap Melayu

Assalamualaikum wbt
 
Aku suka bila dengar orang cakap omputih, dari situ kita boleh improve English kita. Kalau nak ikutkan, aku ni bukan la dalam kategori master English setakat moderate jer.  Masa sekolah menengah selalu dapat C for English subject then after further study baru la  hidayah tu datang untuk aku belajar English dengan gigih lagi. Dari situ mula datang minat dengan bahasa omputih ni. Then, that time I realize English is very cool yo! (OME sangat!). Finally, setiap kali exam n kuiz aku dapat A or A-. :)
 
Aku bukan nak berkempen English is important or apa kan..Meh sini aku cerita..
 
Hari tu aku balik kampung, singgah jap umah mak sedara, biasa la bila time raya semua ada kat kampung. Ni la masanya pakteh makteh paklong maklong, maksu paksu dan anak berbuah buah berkumpul. Actually, aku tak berapa rapat sangat dengan makcik aku yang sorang ni. Bila jumpa agak rasa kekok la sikit. Nama jer kitorang duk KL tapi tak pernah pon singgah menyinggah umah. Tak tau la sebab apa..Maybe sebab mak memang tak rapat dengan adik dia tu sejak kecik lagi kot. Ye la jarak umur jauh kot.  
 
Aku duk main la dengan anak makcik aku ni. Puas duk ajak sembang sembang alolooooo abang main apa tu, main game lawan lawan yer. Meh akak nak pinjam boleh? (Dak zaman sekarang iPad x hinggat!) Dan otomatik time ni teringat iklan raya Maxis.
 
 
Anak makcik tu duduk diam sambil main iPad tanpa menghiraukan kakak kakak ni yang jenuh ajak beramah  mesra di hari raya yang mulia ni. Kalau kitorang buat #do know je apa kata makcik aku ye dak? tak tau la memang dia pemalu ke dengan orang baru kenal kan, cuma adik dia si kecik tu yang terlebih aktif, so kitorang main dengan dak kecik tu jer la. Orang sombong dengan kita, kita pon sombong la dengan dia.huhu.(dengan budak 4 tahun pon ko nak emo kan!.huhhh)
 
Actually, saja nak singgap kejap tapi makcik aku yang lagi sorang tu ajak tunggu makan tengahari dulu sebelum balik KL. So, lepas makan semua bersalam-salam, hulur duit raya terus balik. Dalam kereta, mula la bukak cerita.. Mak cakap anak makcik aku yang umur 4 tahun tu tak paham cakap Melayu, mama n baba dia ajar cakap omputih sejak kecik lagi. Aihhhh kakak aku mula la bersuara takkan tak tahu lansung cakap melayu, mustahil lah! Ko duk kat M'sia ok. Blablablaa. Then aku cakap, biar la anak dorang. Tapi aku setuju jugak dengan kakak aku.
 
Rugila duduk Malaysia tapi tak pandai cakap Melayu. Walaupon aku minat English, suka dengar orang cakap English tak bermakna aku sokong kalau orang melayu sendiri tak tau cakap Melayu. Nampak tak kat sini betapa nasionalis nya aku..muaheee ^.^ Bukan ke, satu kelebihan kalau kita pandai cakap pelbagai bahasa lagi lagi bahasa ibunda.
 
Psttttt makcik aku yang sorang lagi tu cakap "belagak orang kampung nak cakap omputih". Ni makcik yang rapat dengan aku yang cakap bukan aku yer.hehe.Tapi aku paham nape dia cakap macamtu, Ye lah, ni kan kat kampung tak payah la nak tunjuk sangat omputih bagai. Tak kisah nak speaking dengan anak pon.Tapi campur campur la BM BI.Tak la orang kampung terasa sangat.Ingat ko pon asal dari kampung jugak. Tak salah nak didik anak cakap omputih tapi biarlah seiring dengan bahasa kita. Kita orang Melayu wehhh. Jangan jadi melayu mudah lupa! Huwaaa nasionalis nyer awak..eheem..ehem.
 
Nasib den ni seorang kakak yang baik ati tau.. Awak tak nak cakap dengan kita, awak tak layan kita sembang tapi kita hulur jugak duit raya.  Ikut ati nak tolak singgitttttt....
 
So moral of the story bahasa jiwa bangsa, tak rugi kalau tahu banyak bahasa pon. Korang rasa, adakah entri ni macam mengumpat jer. Maap zahir batin mokcik pokcik oiiii, tak berniat pon.just wanna share how important malay language to new generation nowdays.

Nak tau tak kenapa aku minat Faizal Tahir...?

Sebab bahasa Melayu  n English dia tersangat fasih..hehe..Aihhhh sebab tu je ke???heeeee;)
 
 
Terima kasih sudi baca. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.:)xoxox
 

Friday, July 19, 2013

Bila hati merindu...Mekah Madinah

Assalamualaikum
 
Sekarang ni, sangat teruja jika ada  cerita atau perkara berkaitan Mekah n Madinah. Lagi-lagi setiap petang ada jejak Rasul TV3 episod Ramadan di Tiga Tanah Suci (Mekah, Madinah, Masjidil Aqsa). Balik dari kerja, tengok kakak dah standby depan TV. Sambil tengok jejak rasul kenangan di Mekah dan Madinah terimbas di fikiran.
"Eh kita penah pergi sini"
"Ni tempat kita beli aiskrim tu kan?"

Ya Allah, kadang-kadang rasa sayu, mengalir air mata. Pastu buat-buat cover konon selsema. Sebab aku ni bukan jenis yang mudah nak nangis, rasa segan bila orang nampak kita menangis. Saya jenis tak mudah menangis tapi cepat tersentuh..ececehh..
 

 
Dalam keadaan suasana malap, jam 12.30 malam suasana yang tenang dan sunyi, tengok video ni seorang diri terasa air mata mengalir perlahan. Cerita ustaz ni sangat sangat menyentuh perasaan.
 
Jabal rahmah tempat mustajab doa - Ya Allah aku ada titipkan doa di situ, menadah tangan sambil mengadap kiblat berdoa untuk kawan-kawan, keluarga dan diri sendiri.
Ya Allah jika doaku tidak dimakbulkan, aku takkan meraguiMu, kerana aku percaya itu adalah dari kekhilafan diriku.
 
Rukun Yamani/ Lampu Hijau -  Tempat mulanya tawaf berdekatan Hajaratul Aswad tempat mustajab doa. Ya Allah aku hanya mampu buat tawaf 3x kali itupon masa buat Umrah..Aku tak berkesempatan buat tawaf sunat, bukan tak berkesempatan tapi sebab aku terlalu memanjakan diri. Penat bukanlah alasan Percayalah sampai sekarang masih rasa menyesal sebab melepaskan peluang mendekati Kaabah. Aku datang dari jauh, menyahut panggilan Mu,tapi kenapa aku tak berusaha memegang Kaabah itu sedangkan Kaabah itu depan mata. Kenapa aku tak berusaha ke arah itu sedangkan kakak dan sepupu dapat peluang mencium Hajaratul Aswad. Ya Allah betapa beruntungnya mereka dan betapa ruginya aku:(
 
Kat Mekah namanya Multazam kat Madinah namanya Raudhah.. Ya Allah aku kerap ke Raudhah tempat mustajab doa. Dekat dengan Rasulullah saw dan para sahabat. Terlalu berharga pengalaman di Raudhah dan aku tersangat merindui Raudhah. Ya Allah aku tak berpeluang solat di Multazam dan sehingga kini ada rasa kesal kerana aku tak tahu dimana dan merasai di mana kedudukan Multazam itu.

Air zam-zam - Ya Allah , sesungguhnya daku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit. Yer, aku masih ingat doa itu sebab air zam-zam penguat semangat, memberi kekuatan dengan menyalur tenaga untuk aku terus berada di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Usai tawaf, nikmat air zam zam terasa tersangat enak yang susah aku nak ceritakan disini.

"Ya Allah, sedapnya air zam zam..tersangat sangat sedap..Aku masih ingat ayat itu aku luahkan kepada keluarga semasa mahu menuju ke kawasan Saie selepas Tawaf".. Kesedapannya memberiku kekuatan untukku meneruskan Saie menyelesaikan salah satu lagi rukun Umrah. Bagi kamu yang pernah menunaikan Umrah, saya pasti kamu tahu saat itu, kekuatan rohani dan fizikal penting untuk mendapatkan 1 umrah.

Safa dan Marwah. - Bermula di Safa dan berakhir di Marwah. - Pelbagai gelagat manusia sepanjang perjalanan dari Safa ke Marwah. Masih ingat lagi, masa umrah ku yang ketiga, sungguh badan terasa lemah tanda tanda demam mula dirasa, Aku menghitung bilangan pusingan dari Safa ke Marwah tapi kalimah mu memberi aku kekuatan untuk meneruskan ibadah itu. "Ya Allah, jadikanlah Saie ku saie yang bermakna supaya aku dapt umrah yang sempurna. Ya Allah betapa kuatnya Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah mencari air untuk anaknya Ismail. Hati mula berbisik.

Tahalul - "Kalau kita berpisah lepas Saie nanti kita jumpa kat tempat Tahalul. Yer, walaupon dipenuhi ribuan manusia, tapi kami pasti berjumpa di tempat terakhir bagi melengkapkan 1 lagi umrah. Bercukur.

"Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! segala puji-pujian yang banyak tertentu bagi Allah. Ya Allah, ya Tuhanku! Ubun-ubun kepala ini didalam kekuasaanMu. Maka jadikanlah tiap-tiap sehelai rambut itu cahaya bagiku di hari kiamat dan ampunkan dosaku wahai Tuhan yang amat luas pengampunan. Amin.

Lantas helaian buku panduan umrah bab tahalul aku selak maka terlahirlah doa ini..

"Segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadat-ibadatku, kurniakanlah satu kebajikan dengan tiap-tiap sehelai rambutku. Hapuskanlah dengannya satu kejahatan, angkatlah aku dengannya darjat, ampunilah aku serta orang yang bercukur, bergunting dan sekalian orang-orang Islam.
Ya Allah, ya Tuhanku! Tambahkanlah keimanan, keyakinan, berilah taufik dan pertolongan kepadaku dan ampunilah kami serta ibubapa kami, isteri dan anak-anak kami. Selawat dan salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian. Amin".


Alhamdulillah selesai 1 Umrah..Allahu Akbar!


nota :
 
"Aku tak mampu pergi ke Mekah dan Madinah dalam masa terdekat ni Ya Allah. Aku bukanlah dari kalangan orang berada yang mampu untuk berulang alik ke rumah mu. Ya Allah berikanlah sedikit ihsan pada hambamu ini supaya dapat kembali ke Tanah suci itu. Sesungguhnya aku amat merindui bumi Madinah, Masjid Nabawi yang tersergam indah di dalamnya ada jasad seorang Rasul dan 2 sahabat yang dijamin syurgaMu, Raudhah taman syurga, Mekah Tanah haram, Baitullah tempat tawaf yang mulia. Safa dan Marwah memberi kekuatan, bukit-bukit  dan padang pasir di Tanah Haram dan segala isinya . Jemputlah kami Ya Allah..Berilah aku sekali lagi peluang memperbaiki Umrah ku yang lalu.Aku ingin menyentuh Kaabah itu dan aku mengenali dan mengingati setiap posisi Kaabah itu . Aku ingin merasa pengalaman mendaki Gua Hira seperti saudaraku yang lain.   Aku tak mahu lalai lagi, akan ku cuba tidak memanjakan diri, Tidak akan lagi buang masa dengan perkara yang sia-sia sedangkan aku tahu masa di sana terlalu suntuk. -_-
Ya Allah..perkenankanlah.. Amin..
 
 
 
 
Entri panjangkan? Terima Kasih sudi baca:)

Sunday, July 14, 2013

Masjid Quba > Bukit al rumah > Jabal Uhud

Assalamualaikum

Hari kedua di Madinah kami dibawa ziarah masjid Quba iaitu masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah swt dimana rasulullah sendiri turut serta membina masjid Quba dengan mengangkat batu batu dan pasir bersama para sahabat.

Al-Syimus binti al-Nu’man r.ha menceritakan:
“Aku melihat Rasulullah SAW ketika membina masjid ini (Masjid Quba). Baginda memikul batu bata di atas belakang sehingga bongkok tubuhnya. Debu-debu dan pasir-pasir penuh di tubuh dan bajunya. Apabila salah seorang sahabat meminta untuk mengambil bebanan itu daripadanya, baginda enggan. Sebaliknya menyuruh mereka membawa bebanan lain sepertinya.”

Betapa mulianya hati seorang nabi Allah. Rasa terharu kerana diberi peluang untuk solat di dalamnya. Kami diberi masa oleh mutawif untuk solat tahiyatul masjid di masjid ini.
masjid Quba

mutawif dari uni Madinah..Makteh macam berkenan nak buek menantu..hehe..

stylista n unic.Jemaah dari Indon kot:)

luar masjid..


Masa mula masuk ke ruang solat wanita, pengawal wanita di pintu masuk menyuruh kami solat di tingkat atas. Aku berdua dengan sepupu solat dibahagian atas manakala saudara yang lain solat di bawah. Ingatkan kat atas jemaahnya ramai, tak sangka pulak suasana kat atas memang tersangat tenang, so kami mengambil kesempatan untuk buat solat tahiyyatul masjid, solat sunat dhuha dan solat sunat taubat. Sebaik keluar dari masjid, mereka yang lain memang tengah menunggu kami. Then sebelum menuju ke bas, sempat la kami merakam beberapa gambar untuk kenangan.  
"Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya,ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah Umrah"

tak ramai orang kat bahagian atas.


Kemudian kami di bawa ke beberapa buah masjid lain antaranya masjid Qiblatain, Masjid Tujuh,Masjid al-Jumuah, Masjid al-Musalla dan Masjid al-Syajarah. Itu pon sekadar melihat dari dalam bas sahaja. Setiap masjid ada sejarah tersendiri.

Sejarah Masjid Qiblatain menurut Ibn Saad meriwayatkan:
Apabila tiba waktu solat Zuhur Rasulullah saw bersolat di masjid di sebuah perkampungan, Sedang baginda berada di rakaat kedua solatnya, turun wahyu daripada Allah swt memerintahkannya agar menukar arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidilharam. Baginda terus berpaling mengadap ke arah Kaabah. Maka masjid itu diberi nama Masjid Qiblatain (2 kiblat) berdasarkan peristiwa tersebut.

PERANG UHUD

Mesti ramai yang dah tahu sejarah perang uhud kan? Terus terang aku cakap, aku pernah dengar kisah perang uhud tu pon belajar masa kat sekolah agama bab sirah pastu lupa akibat dimamah usia. huhu..Manusia memang mudah lupa. (aku la manusia tu.) Bila balik Malaysia aku cari buku sejarah Mekah dan Madinah. Ya Allah menitis air mata mengenang pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dalam memperjuangkan islam. Nasihat aku yang tak seberapa ni untuk kawan kawan sekalian, carilah masa untuk baca buku  sejarah Islam bagi mengenang dan menghayati pengorbanan Rasulullah , para nabi terdahulu dan para pejuang Islam. Aku yakin korang pasti merasai sesuatu. Bacalah!:(

Bukit Al-Rumah (bukit pemanah). Gambar Bukit Uhud takda sebab tak panjat..

Bukit al-Rumah ini terletak berdekatan dengan Bukit Uhud, di celah-celah di antara kedua-duanya terletak perkuburan syuhada dalam peperangan Uhud di mana mayat Saidina Hamzah r.a dan pejuang pejuang Uhud yang lain disemadikan. Ya Allah mengalir air mata bila baca sejarah peperangan uhud.
Rasulullah mengalami kecederaan di kepala dan muka di samping gigi depannya patah dan bibirnya luka. Darah membasahi wajah dan mengaburi pandangannya menyebabkan Baginda terjatuh ke dalam lubang lalu rebah dan luka di lututnya. Baginda juga jatuh pengsan beberapa kali. Namun tidak sedikit pon melemahkan semangat Baginda.

Pertempuran pertama tentera Muslimin dapat mengalahkan tentera Musyrikin yang jauh lebih ramai jumlahnya. Tetapi pada pertempuran kedua berlaku kesilapan dan kekalahan tentera Muslimin.Sedih bila baca sejarah perang Uhud ni.

Allah SWT berfirman:
"Janganlah kamu menyangka bahawa mereka yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki daripadaNya" - (Surah Ali-Imran 3:69)
perkuburan syuhada Uhud
"Salam sejahtera ke atas kamu di atas kesabaran kamu dan nikmatilah sebaik-baik tempat tinggal (syurga).

" Jika kamu melihat kami beroleh kemenangan, jangan sekali-kali turun kepada kami dan jika kamu melihat kami dibunuh pun, jangan cuba turun untuk menolong kami,. Jangan tinggalkan tempat kamu itu sekalipun kamu melihat tentera Islam dipatuk (dimakan mayatnya) oleh burung-burung."

cool tak?macam2 ada sini..





Kemudian kami singgah di satu tempat tapi tak pasti apa nama tempat ni yang lebih kurang macam pasar. Di luar ada jual pelbagai jenis perfume arab. Bila masuk dalam jer, masyaallah meriahnya suasana. Ada macam-macam jenis kurma yang boleh rasa kat situ jugak dan lambakan coklat di jual dengan harga yang murah belaka. Nampak jer coklat yang murah terus amik plastik kaut coklat dengan penuh rakus Tak silap aku beli 2 kilo dalam SR60 kot. Beli untuk family &kawan-kawan di Malaysia juga. :)

minum teh di pintu masuk.. Nak tau tak rasa teh arab tu caner?

bukan gambaran sebenar..

agaknya ni teh herba kot?

Alhamdulillah..ziarah yang penuh bermakna:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved