Suri Raudhah

Thursday, March 27, 2014

Puding Triffle 3 layer special from suri raudhah

Assalamualaikum

Meh,nak kongsi resepi puding triffle 3 layer yang sangat mudah dimasak sedap dimakan ni. Hmm leceh la ada layer layer ni. Jangan nak macam-macam. Cuba dulu baru tahu ok!hehee. Aku yang tak pakar bab masak memasak ni pon boleh buat ni kan pulak korang yang hebat belaka ni kan. JUST TRY 1st:)

LAYER 1
Bahan-bahan
Kek span

Susun kek span cantik-cantik dalam bekas.
Lembapkan kek span dengan air nata de coco, fruitcocktail dan dengan seangkatan dengannya.

LAYER 2
Bahan-bahan
3 sudu tepung kastard
Setin susu cair
Gula secukup rasa
Fruit cocktail atau nata de coco

Masakkan 3 sudu tepung kastard dalam kuali. Kemudian campurkan setin susu cair. Sentiasa kacau sehingga kastard berkilat dan tak berketul-ketul.Boleh tambah gula sesedap rasa. Ada orang suka cair meleleh. Tapi aku lebih suka kastard pekat sikit plus manis manis giteww.

**Aku tak pandai sangat buat kastard. Tak pasti cara ni menepati standard piawai chef ke idok.. Tapi ok la..

Pastu tuangkan perlahan-lahan adunan kastard ke atas kek span span tadi tu. Then, ratakan.. Ketebalan kastard ikut suka hati. Tunggu sekejap dalam 4 atau 5 minit.

Then, boleh la letak fruit cocktail atau nata de coco atau buah buahan yang bersesuaian. Tekan dan ratakan ke dalam sikit supaya bila letak kristal jelly nanti tekstur kastard atau buah tak terapung apung di awangan.

LAYER 3
Bahan-Bahan
1 paket Kristal jelly brand Nona perisa ikut kesukaan masing-masing.
(i prefer rasberry flavour bcoz warna merah dia cantik)
400ml air

Masak ikut arahan belakang kotak jer. Panaskan air kemudian letak serbuk jelly. Kacau dan ratakan. Sekejap je dah masak.
Kaut jelly mengunakan senduk then curah perlahan-lahan pada layer 2 tadi. Biarkan sejuk letak dalam fridge.

Puding Triffle 3 layer done!yeah..Alhamdulillah









Ready to eat. Selamat mencuba.. :)


Monday, January 20, 2014

Pejam celik setahun dah berlalu..Hello 2014;)

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di bumi Allah. Usia dah meningkat 1 angka. Dah pertengahan januari 2014 baru ada mood nak blogging. Agak lama tak ade entri baru, actuaally banyak draf tapi belum masanya nak publish.:)

Opss..tagline wajib..bye 2013 hello 2014..

2013 banyak meninggalkan kenangan manis. Paling aku takkan lupa mestilah peluang dapat menunaikan umrah bersama keluarga..Tarikh 1.5.2013 hingga 13.5.3013 sangat2 istimewa. Aku bersyukur ya allah atas jemputan mu. Tak pernah terfikir aku dapat peluang seawal ni. Dari zaman sekolah time famous autumn in my heart tu aku memang bertekad tempat pertama yg aku nak pergi melancong luar negara haruslah korea.Ye la zaman sekolah memang angau dengan won bin. hehe. Aku ni bukan la orang kaya boleh melancong oversea anytime. So simpan angan-angan je la mampu -_- .Tapi Allah sebaik baik perancang Dia menjemput kami sekeluarga ke tempat yang istimewa. Ur guys know what? Keinginan aku nak ke korea yang lama aku pendam tu hilang serta merta..

Aku tak pernah cerita kat sesiapa pasal ni. Sebenarnya sebelum decide nak buat umrah , Puspanita anjuran jabatan aku buat trip ke korea. Korea negara yang aku nak sangat pergi. Lagi lagi Nami Island. feeling2 winter sonata gituww.Ofismate ajak join. RM3k +++ jer. Kira ok la bila tengok tentatif.Then mula la dipersimpangan dilema umrah korea, korea umrah. Then finally ur guys knew the answer right?;)

My officemate ber'winter di korea aku menghitung hari ke tanah suci. Lepas dorang balik korea dalam beberapa hari lepas tu aku pulak bertolak ke tanah suci.


Frankly speaking, perasaan nak melancong ke korea tu memang dah hilang. Selagi aku tak dapat hilangkan kerinduan aku terhadap tanah suci mekah madinah. Hari hari aku kenang saat di sana lagi lagi bila time malam nak lelapkan mata mesti teringat saat saat disana. Rindu raudhah, rindu kubah hijau, rindu nabawi, rindu air zam zam, rindu baitullah, rindu masjidil haram..rindu semuanya. Andai entri ini korang rasa macam nak 'show off' atau sebaliknya aku mohon mohon ampun. Sesungguhnya pengalaman dan perasaan yang aku nak kongsikan ni moga dapat jadi peransang untuk orang lain berusaha untuk jejak ke sana. Korang pergi dan korang kena rasa sendiri.


Maybe orang lain pencapaian dan kenangan 2013 lagi best & superb. Apapon pencapaian korang tahniah aku ucapkan. :)  Bagi pengalaman yang tak berapa manis just tinggalkan di belakang, maybe hard to forget but trust Allah. Segalanya pasti ada hikmah disebalik sesuatu. I just try to think positive.

Alhamdulillah..
Aku rasa 2014 akan jadi tahun yang busy. 2014 ni aku dah tahu azam aku. Tahun sebelum-sebelum ni sama jer azam dia carry setiap tahun.

Ermm 2014..
Nak banyak pergi majlis ilmu.
Baru nak berjinak jinak. Alhamdulillah setiap jumaat malam ada pengisian ilmu bersama Habib Ali zainal abidin di masjid muadz bin jabal setiawangsa. Berminat? Jom join..;)
Setiap awal bulan ada mawlid tau. hmm..saya baru belajar memesrakan halwa telinga dengan qasidah..



Insyaallah sabtu ahad nak belajar mengaji. Nak belajar al-quran tajwid kena betul..

Malam selasa dan khamis ada kelas bahasa Arab di Masjid Negara start 28/01/14.

Nak sambung belajar course IT not business, finance or accounting. Dah survey maybe uitm kot.

Nak ringankan kaki ke masjid. Alhamdulillah dapat kawan yang menggerakkan hati ke arah itu.

Majlis ilmu mengingatkan aku dengan raudhah Madinah.Raudhah..Rasulullah s.a.w

Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya: "Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut?Rasulullah berkata :Majlis-majlis ilmu. (Hadis riwayat at- Tarmizi)
See.. macam pack je rutin harian kan.? Pagi ke petang kerja.Weekend ada kelas tu belum dapat sambung belajar lagi. Bila masa nak pikir pasal kawen ni. hehee. radio dah start berbunyik tu. hahaaa. Tabah je la...

Opsss.. lagi satu aku teringin nak pergi conference Twins Of Faith. Teringin sangat2. Tahun ni agak agak ada lagi ke?

So far tu jer perancangan aku yang selainnya i just go with the flows. Allah sebaik-baik perancang. Moga ada pelangi selepas hujan.ecewahhh..

Alhamdulillah 2013 has been filled up with many good memories and useful lessons. Welcome 2014. I'm more matured.

 
Thank you for reading :)
 

Thursday, November 7, 2013

Hari terakhir Di Madinah :Ziarah Wida'

Assalamualaikum wbt
Balik dari solat Subuh di Masjid Nabawi,balik ke hotel untuk bersarapan. Hari yang terasa berlainan dari hari sebelumnya. Maybe masing-masing menyedari ini hari yang terakhir kami berada di Madinah. Beg dan barang barang telah siap dikemaskan.
Kami telah diberitahu bahawa akan bertolak ke Bir Ali menuju ke Makkah selepas solat zuhur. Masa yang ada aku, kakak, dan sepupu mengambil keputusan untuk berada di masjid. Kakak terlebih dahulu pergi ke masjid berseorangan, kemudian  barulah aku dan sepupu turut serta. Kami berjanji dengan keluarga yang lain, akan balik ke hotel semula sebelum pukul 11.00.

Setelah berada di dalam masjid masing-masing mencari sudut bersendirian. Mencari ketenangan dengan cara sendiri. Mengalir air mata tatkala meluahkan perasaan kepada yang Maha Kuasa. Rasa syukur atas nikmat peluang yang diberi beserta rasa sayu meninggalkan bumi barakah Madinah.  Puas dan tenang, bila dapat meluahkan segala kepada-Nya. Di saat itu juga, aku berpeluang melihat bumbung masjid terbuka luas bagi tujuan pencahayaan ke dalam masjid . Nampak langit membiru . Subhanallah. aku kagum. Kagum dengan senibina Masjid Nabawi.

Kembali ke hotel, kami tak berjumpa seorang pon ahli keluarga. Tak lama lepas tu, barulah mereka kembali ke hotel. Rupanya mereka yang lain pergi buat Ziarah Wida'. Ya Allah aku tak tahu pasal ziarah wida ni. Aku hanya biasa dengar tawaf Wida'. Kesal jugak tak dapat pergi sekali.  Time tu rasa, Ya Allah aku nak buat juga berilah sedikit masa untuk kami melakukan ziarah wida' (ziarah selamat tinggal) sebagai menghormati kunjungan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Kakak sepupu, menyuruh kami buat ziarah wida' selepas selesai buat solat jamak zuhur/asar di Masjid Nabawi. Rasa lega sebab masih ada peluang. Selepas solat aku dan sepupu bergegas keluar menuju ke kawasan kubah hijau. Adalah lebih afdal melakukan ziarah wida' di Raudhah, tapi memandangkan masa yang dah suntuk maka kami hanya berdoa di hadapan kubah hijau masjid berhampiran perkarangan perkuburan Baqi. Walaupon cuaca panas terik, hati masing masing sayu, sepupu tidak dapat menahan sebak mengalir air mata. Aku tenang berdoa mengucapkan salam dan selamat tinggal kepada Nabi Muhammad saw. Lama kubah hijau itu ditenung dengan perasaan yang tak dapat aku luahkan, Ya Rasulullah, kami sedang  berada dekat dengan jasadmu.Dekat dengan makammu. Semoga kita bertemu lagi Ya Rasulullah.. Insyaallah..

Doa Ziarah Wida'

"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir. Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam kebajikan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, Insya Allah aku datang lagi. Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada hari itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya. Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul) dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Kembali ke hotel untuk makan tengahari, kemudian berkumpul di lobi dan bersedia dengan pakai ihram. Sebelum keluar ke Masjid Nabawi pada pagi  lagi kami telah bersiap mandi sunat ihram. Kemudian kesemua jemaah memasukkan beg yang dah beranak pinak berbatu bata ke dalam bas dan coaster. Alhamdulillah, Allah swt permudahkan perjalanan dimana kami sekeluarga seramai 12 orang menaiki coaster  bertolak meninggalkan hotel dan kota Madinah untuk menuju ke Mekah.  Hati merasa sayu, Semua menyepi melayan perasaan dan juga terselit perasaan berdebar untuk sampai ke Tanah Haram Mekah..

Selamat tinggal Rasullullah SAW,Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, dan keluarga Rasulullah SAW. Selamat tinggal kota Madinah Al Munawwarah. Insyaallah..Kami akan datang lagi.

*Sayu..







rindu tu anugerah...
Thank you for reading.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by ♥ suriraudhah ♥. 2011-2013© All Rights Reserved