Suri Raudhah

Sunday, June 8, 2014

Bila mata bertentang mata..kita malu..(^_^)


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Pernah dengar orang cakap kalau seseorang tu, bila bercakap mata dia tak pandang dengan mata orang di depannya maknanya orang tu lack of self confidence erk? Tapi biasa dengarkan jagalah mata dari pandangan dunia..

Ok!Aku mengaku yang aku tak boleh bertentang mata lama-lama dengan orang bila bercakap. Entah la ianya macam otomatik bila tengah bercakap dengan sesiapa dengan mata memandang straight kat mata dia then dengan secara tiba-tiba dia pon membalas pandangan tu aku terus cepat-cepat nak lari dari situasi tu.. Mula la nak pandang ke tempat lain,tak pon pandang bawah konon konon tengah berfikir tak pon pandang pemandangan alam yang terbentang luas ni ha. Benda ni otomatik tau. Nak kata malu tak jugak. Sometimes dengan perempuan aku camtu gak. Tapi kalau dengan perempuan biasanya bila bercakap dengan orang yang aku tak rapat, or dia ni 'somebody' so mula la simptom tu datang tanpa diundang. Benda ni susah nak cakap la..orang yang macam aku jer memahami. Tapi aku sendiri pon tak tahu nape boleh jadi camtu. Malu?hmmm aku ni bukan la jenis pemalu sangat orangnyer..sekadar malu-malu meow jer..hehe.. Malu tu separuh dari iman uolls..


Kalau dengan lelaki perkara biasa la tu kan. Bila bercakap pandang mata dorang means aku beri perhatian and nak dengar apa yang dorang nak cakap. Then bila dorang balas balik pandangan tu aku tahan lagi tapi bila agak berapa saat mata dia tak kalih-kalih aku mula la menggelabah. Mula la mata ni otomatik pandang bawah kiri kanan luar dalam...ishhh dalam memang tak la kan..hehe.


Tapi aku tak rasa ni satu kelemahan pon.. aku curious camne orang lain handle jika berada situasi aku ni ha.. Korang penah rasa tak apa yang aku rasa..?


#Terimakasihsudibaca#

Tuesday, May 27, 2014

Susunan sijil temuduga kerajaan


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Sebenarnya nampak je mudah hal nak susun fail temuduga ni tapi sebenarnya cara susun fail pun mempengaruhi penilaian panel temuduga.

Meh nak cerita..
Masa first time saya pergi temuduga SPA beberapa tahun yang lepas masa tu tak tau lagi asam garam rempah ratus temuduga kerajaan ni.. Main susun je la segala sijil-sijil padahal dalam surat tawaran dah tulis susunan sijil..Bila pergi meja pendaftaran isi borang dan urusetia periksa ic dan segala sijil-sijil yang berkenaan.

Kemudian bila urusetia bagi borang checklist kita pon cari tempat duduk yang strategik sebab nak susun sijil-sijil tu..Haaa menggelabah lagi-lagi nombor giliran dah nak dekat..

susunan sijil temuduga
Ini folder saya warna grey..Bertahun dah pakai since graduate..Banyak berjasa ni ;)

Ok! ni susunan fail original dan salinan yang paling depan sampai helaian belakang folder.

1. Salinan ic (standby ic asal)
2. Sijil kelahiran
3. Sijil berhenti sekolah
4. Sijil PMR/SPM
5. Diploma
6.Transkrip diploma
7. Sijil kepujian dekan
8. Degree
9. Transkrip ijazah
10. Sijil kepujian dekan
11. Sijil akademik yang berkaitan
12. Sijil aktiviti luar/koko
13. Dokumen lain yang berkaitan
14. Bagi calon awam atau kpsl perlu bawak surat pengesahan majikan dan laporan prestasi.

cara susun sijil temuduga
Surat tawaran temuduga..Masih simpan buat kenangan.. (print online)

So dah nampak cara nak susun ikut turutan kan..Dah nampak beza temuduga kerajaan dan swasta? Kalau swasta susunannya dari sijil akademik tinggi  seterusnya baru SPM ke bawah.

Amik perhatian!!!Ni penting..
1. Mesti bawa ic asal
2. Wajib bawa sijil asal dan salinan
3. Dokumen asal mesti susun dalam folder. Jangan hanya sumbat dalam envelop sahaja!
4.Dokumen salinan boleh selit dalam folder.. Letak dalam envolep saiz A4.
5. Dokumen sokongan (fotostat) mesti disahkan.
6. Resume boleh diselitkan dibahagian belakang sekali. (Resume dengan gambar berwarna)

Buat persediaan awal..First impression kena jaga..;)




Nak lebih tips rahsia lulus kerajaan?


#Terimakasihsudibaca#

Monday, May 26, 2014

Mak ayah sayangkan korang sama jer


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum. .

Aku anak ketiga dalam enam beradik..Masa kecik-kecik dulu aku selalu rasa mak dan ayah lebih sayangkan kakak-kakak compared than me.Biasa la perasaan kanak-kanak yang nak membesar..Aku dah biasa pakai barang or pakaian yang kakak tak boleh guna dan tak selalu dapat yang baru. Kena kongsi dengan kakak katanya..Tapi kakak kan kakak..Takkan nak selalu mengalah dengan adik..Lagi-lagi bila sang adik jenis  baik hati..hahaa.


Ye lah masa tu aku rasa mak ayah sayangkan kakak sebab dorang lagi cantik..dorang lebih menonjol, dorang pandai amik hati sedangkan aku comot..

Tapi sejak dah ada 3 orang adik laki aku dah tak kisah kalau mak dan ayah lebihkan adik-adik..Kami yang kakak ni pon akan defend adik-adik if dorang kena marah..Frankly speaking, takde rasa mak dan ayah pilih kasih pon kalau dorang lebih bagi perhatian dekat adik-adik.Mak ayah memang manjakan adik-adik especially yang bongsu and second last..

Aku bukan dari keluarga senang..sekadar sederhana jer..Compare dengan zaman adik-adik hidup dorang lagi senang sebab kakak dah besar.Mak and ayah pon dah keje stabil. Tu la kadang kadang bila aku marah adik-adik mesti cakap korang ni untung..nak apa sume dapat tak pernah rasa susah..Betul lah kesusahan itu mengajar kita menghargai hidup..jika aku tak merasai kesusahan dulu mungkin aku tak faham apa rasanya menjadi orang susah..Tu la aku cepat tersentuh tengok orang susah  aku cepat kesian sampaikan bila aku tengok kanak-kanak sekolah berlari-lari nak balik rumah time waktu nak hujan aku tersangat kesian sebab aku pernah rasa tu semua..Ayah kadang-kadang tak dapat jemput kami balik sekolah sebab kerja..Sekolah jauh..nak naik bas sekolah tak mampu..Sekadar pandang je la kawan melambai-lambai masa bas sekolah melalui kami.


Sekarang bila dah dewasa mak ayah semakin tua hati cepat tersentuh bilamana tengok dorang especially ayah..Ayah dah banyak melalui kesusahan hidup di zaman mudanya sampaikan bila ayah bercerita tentang hidup dia yang dulu hati aku menangis..tapi aku tak mampu tunjuk kat ayah betapa kesiannya aku dengan ayah.

Memang aku yakin mak ayah memang sayangkan anak anaknya..Tersangat sayang..tapi ada kala juga terdetik rasa yang perasaan sayang antara kami adik-beradik ni mungkin berbeza..Tapi sekarang aku dah tak kisah itu semua..Sekarang masanya aku balas jasa mereka, senangkan mereka, buat mereka tersenyum selepas bersusah payah membesarkan kami..

Dulu masa aku nak rawat hati sebab aku rasa keseorangan aku tanam dalam diri "allah ada allah ada allah ada" lama kelamaan hati terubat..dah tak kisah dah dengan perasaan dipinggirkan.

"Mak ayah sayang korang adik beradik sama jer, takde nak pilih pilih kasih". Aku hanya sekadar mendengar sedangkan hati menafikan..

Seorang penceramah pernah bagitau..
Mestilah kasih sayang mak dan ayah tu berbeza..sebab anak-anak tu berbeza..contohnya kalau kak long kak ngah dah besar mesti la mak ayah kena bagi perhatian dengan si adik bongsu.Lagi-lagi si adik jenis manja pandai amik hati takkan nak belai kak long and kak ngah yang dah tua bangko tu. Hahhh..

tapi aku anak ketiga..-__-

Mungkin aku tak dapat nak selami "mak ayah sayang korang adik beradik sama jer" sebab aku belum jadi seorang ibu..Menangis kalau dengar nanti anak-anak cakap mak ni pilih kasih time tu baru padan muka kot..Itu la mak rasa bila korang cakap kat mak camtu dulu..

:'(

To parents out there..
Teringin benar nak tahu betulkah kasih sayang kamu dengan semua anak-anak sama jer..tak de lebih atau kurang?? Jawab lah dengan hati yang jujur..

**senyum

Maka beginilah hidup...yang pasti biarlah kasih mereka berbelah bagi tapi sebagai anak wajib berbakti pada mereka...Mak ayah dah banyak bersusah payah untuk kami..Bila kenang balik dari zaman dulu sehingga kami dah besar terlalu banyak pengorbanan mak ayah..memang terlalu banyak.. Mak..ayah...dorang sangat tabah...tabah dan kuat untuk kami anak-anak...

Mata pedihhh..selsema.


#Terimakasihsudibaca#

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved