Suri Raudhah

Monday, November 19, 2012

Doa untuk Palestin

Salam buat sahabat dan saudaraku..


Doakan saudara-saudara kita di Gaza agar dikurniakan kesabaran dan kecekalan.
Cuma dalam 1 minit, mari kita berdoa untuk mereka. Mereka adalah saudara kita. Mereka memerlukan kita.

Sekurang-kurangnya, suatu hari jika kita berada dalam situasi mereka (nauzubillah), mereka membuat perkara yang sama untuk kita. Pada masa itu, kita akan mula menghargai makna PERSAUDARAAN.

Pada ketika ini, Gaza dibasahi dengan darah dan airmata, dihujani dengan peluru dari Zionis laknatullah,tanah air mereka terus dirampas, ramai pejuang terkorban. Sayu apabila melihat gambar kanak-kanak tidak berdosa terkorban dengan keadaan darah membasahi tubuh mereka. Bukan sahaja disekat bantuan ekonomi,malah bantuan kemanusiaan turut disekat. Tetapi pendirian mereka untuk terus mempertahankan martabat dan maruah ISLAM di bumi Palestin tidak pernah pudar, Bahkan semakin kuat tekanan, semakin getir penderitaan, semakin kental semangat perjuangan mereka.

Wahai, pejuang-pejuang Islam. Bergembiralah, Sesungguhnya syurga adalah tempatmu.

Inilah masanya kita tunjukkan sokongan atas perjuangan mereka. Bantulah mereka, sesungguhnya mereka memerlukan bantuan,sokongan,suara masyarakat dunia pada saat ini. Bantulah mereka atas nama kemanusian. Kita mungkin tak mampu untuk berjuang ke jalan syahid bersama mereka, Tapi percayalah dengan doa dan sedikit bantuan, In Shaa Allah kita dapat mengurangkan sedikit kesakitan dan keperitan mereka. Kita wajib bantu saudara kita disaat mereka diberi ujian pada ketika ini. Allah bukan sahaja menguji mereka, tapi saya percaya Allah juga sedang menguji kita. Disaat Gaza dibasahi dengan darah, diiringi dengan tangisan, setiap hari ada jasad yang terkorban, bangunan dan tempat kediaman  musnah, kekurangan makanan dan ubat-ubatan, dimanakah KITA?

"Ya Allah. Kau selamatkanlah saudara kami di Gaza. Jauhilah mereka daripada kekejaman puak Zionis. Kami yakin mereka(zionis) juga milik-Mu. kami mohon jauhkan mereka dari mencederakan saudara kami di Gaza. Hanya kepada-Mu kami bermohon. makbulkan doa-doa kami. Ya Allah"

 

Sumbangan Kemanusian Islamic Relief Malaysia
Sasaran - RM1 juta. Boleh ke kita dapatkan 20,000 orang insan yang pemurah untuk menderma hanya RM50/ - Like, Share & Derma.

BIMB (Bank Islam) 12029010065643
MBB (Maybank) 562142708704
CIMB (Cimb) 12590000804058



Aman Palestin
Untuk menderma melalui SMS kepada rakyat Palestin,
Taip PALESTIN  nilai derma(rm10/5/3/1)dan hantar ke 39111(Aman Palestin)
contoh PALESTIN 10 (hantar ke 39111)


Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam : 12029010047880
Maybank : 562263010787
Bank Muamalat : 12070005133717
RHB Islamic Bank : 21245760004907
Bank Rakyat : 22-080-619592-2
Tabung Wanita&Kanak-Kanak Palestin|Bank Islam (M) Berhad : 1202-9010-0598-95


Kalau ada keraguan berkenaan no akaun dan nak tahu info lanjut boleh layari web di bawah:
1.Like FB Islamic Relief Malaysia
2. Aman Palestin


nota: Isu Palestin isu awak,isu saya, isu kita semua. Mudah-mudahan dengan keikhlasan dalam kita memohon kepadaNya doa kita akan dimakbulkan.
 

Tuesday, November 13, 2012

Teka teki pasal ikan


1)Banyak-banyak ikan.Ikan apa yang pemalu.?
 





2)Banyak-banyak ikan. Ikan apa yang tak tahan sejuk?







3)Banyak-banyak ikan. Ikan apa yang berkepala dua?











jawapan...
1)ikan sardin
2)ikan jaket
3)ikan masin
4)hehehe..

Sunday, November 11, 2012

Asmaul Husna/ Cahaya Hati - Opick

Assalamualaikum.

Episod Adam&Hawa semasa di Madinah dan Mekah...
 
Episod 24 adalah antara episod yang aku suka tengok. Detik pertemuan antara Adam Mukhriz dan Ain Hawani di pintu masuk Masjidilharam selepas lapan tahun berpisah. Bermula di Kota Madinah yang sesuai dengan tarikannya sebagai bandar Nabi s.a.w.
 
Terdetik dalam hati "alangkah indahnya dapat menziarahi makam Nabi saw,berdoa di Raudhah yang dikatakan tempat mustajab doa, mengunjungi masjid-masjid di Madinah. Masjid Nabawi, Masjid Quba, Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai dua kiblat, di mana dulunya umat islam berkiblatkan Masjidil Aqsa sebelum Allah s.w.t menurunkan perintah supaya umat islam berkiblatkan Kaabah di Masjidilharam.
 
Alangkah bertuahnya menjadi tetamu Allah..(beruntungnya Aaron Aziz dan Nadiya Nissa dapat berlakon kat Mekah/Madinah kan.?:)
 
Dapat melihat Kaabah di depan mata sendiri, berdoa dengan rasa rendah diri atas nikmat dan kekuasaannya,  mengucup hajratulaswad,merasa dinginnya air zam-zam di Mekah itu sendiri.
 
Memang tersentuh part ain di dalam masjid sambil berdoa dan kemudian dendangan lagu Cahaya Hati dan  Asmaul Husna oleh Opick dimainkan diselang selikan dengan keindahan Masjidilharam. Alunan dia seolah-olah memanggil..
 

Sorotan Adam&Hawa episod 24
 
preview jer..full episod kena download sendiri la yer..:) 
 
 
 asmaul husna.
 
cahaya hati
 
Lagu opick memang best. Terbuai dengan alunan Asmaul Husna dendangan Opick.
 
 
Episod ni ramai peminat  Adam&Hawa mempertikaikan kelakuan ain yang kasar dan selalu meninggikan suara dengan suami dia lagi-lagi mereka berada di Tanah suci. Bagi aku, ain tu masih marah dengan apa yang dah berlaku. Lagipon tiba-tiba jer dia jumpa Am kat situ tanpa disangka. Ofcourse terkejut. Banyak komen peminat di forum tak dapat kawal emosi sampai tempiasnya kena kat pelakon tu sendiri. Sedangkan Nadiya Nissa tu hanya melakonkan watak. Mungkin dari novel yang dipersembahkan  dalam bentuk drama nampak lebih real kot babak tu.
 
 
 
nota1: Lagu Opick banyak yang best. Kalau perasaan cerita drama melayu selalu pasang lagu Opick. Biasanya  bila drama kisah pasal keinsafan or islamik.
 
nota2: Suka dengar instrumen Doaku oleh Hadad Alwi. Jumpa istrumen ni masa blogwalking satu blog yang comel:).
 
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved