Suri Raudhah

Monday, July 28, 2014

Bukan mahram yang tak boleh salam masa raya


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..hari ni hari kemenangan setelah sebulan kita berpuasa menahan lapar dahaga dan hawa nafsu yang meronta-ronta (cehh!). Bila hari raya ofcoz kita tak lepas dari menziarahi sedara-mara,rakan taulan dan jiran sekampung betul kan?. I would like to share stories based my experience. Okey!Bila balik kampung semua sanak sedara adik beradik berkumpul kat kampung . Mak ayah dua-dua asal perak. Since tok belah emak meninggal bila balik kampung especially time raya kitorang satu keluarga akan stay kat rumah Mak Lang kat Bukit Merah.

Then, sehari dua hari kat Bukit Merah, turn balik kampung ayah pulak. Sejak Tok belah ayah dah tak de selalunya kitorang akan stay kat rumah Mak Ngah di Batu Kurau. Kat rumah Mak Ngah ni memang meriah maklumlah adik-beradik ayah ramai. So,makanya berkumpul la sepupu sepapat, mak sedara pak sedara, ipar duai and so forth. So time ni la akan adanya dilema di hari raya yang mulia.




Dilema?

Time ni la nak kena jaga batas-batas even kitorang ni sedara-mara pon. I mean dari segi aurat, batas pergaulan pastu nak bersalam tu kena tahu jugak dengan sape kita boleh or tak boleh salam. Sejujurnya, dulu kami tak alert benda ni sebab kita anggap macam dah adik beradik jer especially bab salam dengan sepupu or bapak sedara tapi sejak beberapa tahun raya mula dah ada kesedaran. So dalam rumah pon kena biasakan pakai tudung sampaikan bila tidur bangun esok pagi pon still lagi tersarung tudung yang dah konyot-monyot! Maklumlah bila dah ramai-ramai ni jangan harap la nak dapat bilik sorang sebijik.Mulanya memang tak selesa tapi bila kesedaran tu datang dengan sendirinya pasti kita akan lebih rasa tak selesa bila kita terdedah even mereka sedara kita tapi bukan semua mahram kita betul tak? Bila bulan Ramadhan kita jaga ibadah kita, kita selalu doa Allah ampunkan dosa kita tapi bila menjelang raya kita buat perkara yang dilarang-Nya.. So apa erti DOA kita tu?

Sama-sama la kita ingat-mengingati..Korang yang cakap sharing is caring kan...kan..:)

********

Bukan mahram yang tak boleh salam masa raya:-

Lelaki :
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4.Adik beradik perempuan emak mertua
5.Anak perempuan adik beradik isteri
6.Kakak ipar
7.Adik ipar perempuan
8.Sepupu perempuan
9.Sepupu Ayah (perempuan)
10.Sepupu Emak (perempuan)

Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik-beradik lelaki bapa mertua
4.Adik-beradik lelaki emak mertua
5.Anak lelaki adik beradik suami
6.Abang Ipar
7.Adik ipar lelaki
8.Sepupu lelaki
9.Sepupu ayah (lelaki)
10.Sepupu Emak

Kadang-kadang kita terlupa. Nampak macam boleh tapi sebenarnya tak boleh. Bukan raya je tau tapi sepanjang masa..:)

#Self-reminder#
#Kosong-kosong#

p/s : Pilu hati bila mengetahui angka yang terkorban di Gaza mencecah lebih dari 1000 orang..Teruskan berdoa untuk kemenangan Islam..:'(

Friday, July 25, 2014

Doa lailatulqadar senang nak hafal sebenarnya..


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Doa ni pendek jer..mesti korang pon dah hafal kan?


Sebelum ni aku tak hafal..Pastu ada satu hari ni ada pengajian muslimah setiap jumaat kat surau ofis kebetulan minggu tu turn ustazah Normala. Aku selalu cakap kat member  yang lain ustazah ni rock ar..!hahaa..Tapi aku suka join pengajian ustazah ni.. Even sempoi tapi pendekatan berkesan..

Nak jadik cerita hari tu pengajian bertajuk "Puasa Ramadhan" sampai la ke doa ni..Ustazah baca then kitorang follow beramai-ramai tapi tak semena-mena ustazah suruh baca sorang-sorang..Aku dah menggelabah..Terkejut weh..!Yang tak tahan tu ustazah cakap "Saya dapat rasa degupan jantung dup dap dup dap.Sape la agaknya tu! Hahaa..salah sorangnya aku la..Beb, normal la kan kalau kena soal spontan tiba-tiba rasa hati tu dup dap dup dap..(wait..wait..aku konfius jantung ke hati yang dup dap dup dap?).. Whateva..

Sampai turn aku..Alhamdulillah lulus...Lega..!

So sejak hari tu aku kerap baca doa lailatulqadar ni sampai la boleh hafal sekarang..Selama ni selalu dengar orang baca masa solat terawih tapi time tu takde keinsafan lagi..Sekali bila kena soal dengan ustazah baru la menyesal tak hafal dulu..My advice, dipenghujung ramadhan ni banyakkan la baca doa ni..Semoga Allah perkenankan doa kita..

Errrr...Actually dalam buku yang aku baca,  doanya lain sikit.. 

Allahumma innaka 'afuwwun karim, tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna, 

Tapi bila google banyak pulak versi.. So terjumpa link SINI..(Pencerahan kekeliruan doa lailatulqadar). 
Errr..mana betul ni..

Tak salah kan terus baca doa versi atas ni??
Any explanation??

#Terimakasihsudibaca#

Wednesday, July 23, 2014

10 malam terakhir ramadhan dan lailatul qadar


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Sekarang dah masuk fasa sepuluh malam terakhir..Tak ke korang rasa ramadhan kali ni berlalu dengan cepat..Secara jujur entah kenapa tahun ni aku rasa masa sangat-sangat cepat berjalan, sekarang dah ramadan,pastu syawal...pastu last sekali Zulhijjah..huhh..!Tanda-tanda penuaan sedang berlaku >.<

lailatul qadar lebih baik dari seribu bulan

10 malam terakhir adalah masanya kita sama-sama marathon tingkatkan ibadah..Rasulullah saw sendiri sentiasa lebih bersemangat untuk melakukan ibadah di malam - malam akhir Ramadhan. Lailatul Qadar terjadi pada 10 malam terakhir Ramadhan, sebagaimana sabda Rasulullah  saw:

“Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” 
(HR. Bukhari  dan Muslim

Terjadinya Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil itu lebih memungkinkan daripada malam-malam genap, sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Carilah Lailatul Qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” 
(HR. Bukhari ) 

Allah swt merahsiakannya kerana sebagai ujian dalam mengetahui siapa hambanya yang bersungguh-sungguh untuk mencarinya. 

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika memasuki 10 Ramadhan terakhir, beliau bersungguh-sungguh dalam ibadah (dengan meninggalkan isteri-isterinya), menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah, dan membangunkan isteri-isterinya untuk beribadah.” 
(HR. Bukhari  dan Muslim)

Nah!.Bukankah itu romantik bilamana si suami kejutkan isterinya untuk beribadat sujud di hamparan sejadah bersama-sama mencari malam yang penuh rahsia Allah. Itu sungguh syahdu ok..:)

“Semoga Allah merahmati seorang laki-laki yang di malam hari melakukan solat malam, lalu ia membangunkan isterinya. Jika isterinya enggan, maka ia memercik air pada wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang wanita yang di malam hari melakukan solat malam lalu ia membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan, maka isterinya pun memercik air pada wajahnya.” (HR. Abu Daud)

(suwettt:)




Tanda-tanda Lailatul-Qadar

1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairah radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah solallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,
“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.”(HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang .
Sebagaimana sebuah hadit, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:
“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.
source:www.cahayapurnama.com

*****
Sebenarnya agak malu nak post entri ni. Sejak akhir-akhir banyak benda yang berlaku..Stress tak payah cakap..Sedih,sayu dan sesal adakah tarbiyah yang diterima selama ini tak benar-benar meresap ke dalam hati.Kadangkala tertanya hipokritkah aku? Bila mana munajat yang dipanjatkan amat sukar untuk mata ini mengalirkan air mata..Kenapa amat sukar untuk istiqamah?

Penat..putus asa??

Mohon keampunanMu Ya Rabb..

:'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved