Suri Raudhah: March 2012

Tuesday, March 27, 2012

Lambaian Kaabah

Assalamualaikum...

Entri kali ni aku nak share gambar yang banyak kali jugak la aku ulang tengok dalam minggu ni..Syahdu je bile tengok..Subhanallah...


suasana Mekah di waktu malam.



Lambaian Kaabah


Melakukan ibadah di siang hari


Ni la Jabal Nur, Gua Hiraq tempat turunnya wahyu


Sekawan merpati hitam putih..banyak kan.


Siapa yg solat jenazah, pahala sebesar bukit uhud :)



Actually..nak buat pengakuan kat sini..Ermm..sebenarnya ni bukan gambar personal saya OK..
Saya curik gambar ni dari seseorang..Ye la..sape suruh dia letak gambar yang syahdu kat fb die.. Saya ni dah la teringin benar nak pergi sana.. sO kepada beliau yang berkenaan, izinkan la saya ambil gambar ni yer ..:)

Tapi memang cantik la gambar-gambar beliau..

Ni la membuatkan perasaan memanggil2 nak jejak kaki ke situ..Kena kumpul duit dari sekarang..(Insyaallah dalam proses..). Sebenarnya sini la antara tempat yang aku teringin nak pergi dari dulu..Harapnya berpeluang la jejak kaki ke sana sekali dalam seumur hidup pon aku dah bersyukur. Kalau ada rezeki nak pergi bersama family.


Ok saya bagi tahu sekarang.. Gambar ni saya amik dari fb beliau....>>>>

.
.
.
.
.
.
                                                                                 .
Encik HH 


Kenal tak ni??..Ni la encik HH (Hafiz Hamidun ex U.N.I.C). Minat dengan lagu dan suara beliau . Gambar yang kat atas tu gambar personal HH masa di Mekah. Saya mintak izin share gambar yer..:)








Nota Intan : Check Listing..
                     *Daftar Haji                         ☑
                     *Potongan tabung Haji (melalui Gaji) 

                                                              

Wednesday, March 21, 2012

7 Petala Cinta



                                Best ke movie ni..?? Apa maksud petala cinta tu..?Ermmm..

Jom tengok..!!!:)





Nota Intan : Suka tengok filem Ketika Cinta Bertasbih..Adakah filem ni sehebat filem KCB?:)

Sunday, March 11, 2012

Srikandi Syurga

Mampukah aku menjadi seperti Khadijah.?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama


Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah.?  
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga

                                    
                 Ketika aku marah
                 Ingin kuintip serpihan sabar
                  Dari catatan hidup Siti Sarah
               Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka.?
                 Mati dalam keunggulan iman
                  Bersinar indah, harum tersebar
                     Bagai wanginya pusara Masyitah







Nota Intan : Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah.[ HR Muslim][sumber:kunfayakun]

Saturday, March 10, 2012

Magnet Rezeki Dengan Solat DHUHA

Assalamualaikum..

Hari sabtu yang tenang..

Ternampak buku kat atas katil kakak.."Magnet Rezeki Dengan Solat Dhuha" .Tajuk macam menarik..Terasa ada tarikan magnet untuk belek isinya..
Starting to read..



"Wahai sekalian manusia, makanlah makanan yang halal dan baik daripada apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata" (Surah al-Baqarah, ayat 168)


 "Di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang bernama ad-Dhuha. Apabila hari kiamat tiba, ada seseorang yang menyeru, 'Manakah orang yang sentiasa berterusan mengerjakan solah Dhuha.?
Inilah pintu saudara. Masuklah ke dalam syurga dengan iringan rahmat Allah.'.

"Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang dia kehendaki. Mereka bergembira
dengan kehidupan di dunia padahal kehidupan di dunia itu hanyalah kesenangan yang sedikit apabila dibandingkan dengan kehidupan di akhirat." (Ar- Rad, ayat 26)

 " Ketahuilah sesungguhnya, kehidupan dunia hanya permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-bangga dengan harta yang banyak dan anak yang ramai seperti tanam-tanaman yang mengagumkan para petani. Namun kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menjadi kuning dan seterusnya ia hancur. Di akhirat kelak ada azab yang keras dan keampunan Allah serta keredaannya. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Surah al-Hadid,ayat 20)


Keep on reading...

.
.
.
.
.
.

Apabila kita berasa diri kita berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding orang lain, maka hati kita menjadi pasrah. Seterusnya, kita dapat menerima kesusahan yang menimpa diri kita. Sedangkan orang yang lebih susah daripada kita mampu berasa tenang dan tidak berasa keluh-kesah, mengapa pula kita sentiasa berasa ada sahaja yang kurang dalam kehidupan kita?
Dalam hal ini,perlu ingat jangan sampai sikap yang demikian menggelincirkan kita hingga menjadi sombong, Sebaliknya kita perlu bersyukur kepada Allah. Dengan rasa syukur kita dapat mengendalikan keinginan yang belum dapat direalisasikan.

THE END

Nota Intan : The best word is "istiqamah":)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved