Magnet Rezeki Dengan Solat DHUHA | Suri Raudhah

Saturday, March 10, 2012

Magnet Rezeki Dengan Solat DHUHA

Assalamualaikum..

Hari sabtu yang tenang..

Ternampak buku kat atas katil kakak.."Magnet Rezeki Dengan Solat Dhuha" .Tajuk macam menarik..Terasa ada tarikan magnet untuk belek isinya..
Starting to read..



"Wahai sekalian manusia, makanlah makanan yang halal dan baik daripada apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata" (Surah al-Baqarah, ayat 168)


 "Di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang bernama ad-Dhuha. Apabila hari kiamat tiba, ada seseorang yang menyeru, 'Manakah orang yang sentiasa berterusan mengerjakan solah Dhuha.?
Inilah pintu saudara. Masuklah ke dalam syurga dengan iringan rahmat Allah.'.

"Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang dia kehendaki. Mereka bergembira
dengan kehidupan di dunia padahal kehidupan di dunia itu hanyalah kesenangan yang sedikit apabila dibandingkan dengan kehidupan di akhirat." (Ar- Rad, ayat 26)

 " Ketahuilah sesungguhnya, kehidupan dunia hanya permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-bangga dengan harta yang banyak dan anak yang ramai seperti tanam-tanaman yang mengagumkan para petani. Namun kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menjadi kuning dan seterusnya ia hancur. Di akhirat kelak ada azab yang keras dan keampunan Allah serta keredaannya. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Surah al-Hadid,ayat 20)


Keep on reading...

.
.
.
.
.
.

Apabila kita berasa diri kita berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding orang lain, maka hati kita menjadi pasrah. Seterusnya, kita dapat menerima kesusahan yang menimpa diri kita. Sedangkan orang yang lebih susah daripada kita mampu berasa tenang dan tidak berasa keluh-kesah, mengapa pula kita sentiasa berasa ada sahaja yang kurang dalam kehidupan kita?
Dalam hal ini,perlu ingat jangan sampai sikap yang demikian menggelincirkan kita hingga menjadi sombong, Sebaliknya kita perlu bersyukur kepada Allah. Dengan rasa syukur kita dapat mengendalikan keinginan yang belum dapat direalisasikan.

THE END

Nota Intan : The best word is "istiqamah":)

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved