Suri Raudhah: June 2012

Friday, June 29, 2012

Irma Hasmie Selamat Bernikah

Assalamualaikum.. ツ

Irma Hasmie telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Radzuan. Alhamdulillah mereka bertemu di Tanah Suci Kota Mekah dan akhirnya bersatu dalam ikatan pernikahan yang suci pada petang jumaat yang tenang. Semoga berkekalan hingga ke syurga buat kedua pasangan dan sentiasa diberkati Allah.  

Pasangan sama cantik sama padan. Tapi kelihatannya suami Irma agak 'low profile'. Akhirnya terjawab juga persoalan siapa bakal suami Irma. Selalu di akhbar atau ruangan gosip artis hanya menyiarkan nama pasangan beliau. Boleh tahan juga orangnya, sepadan dengan Irma Hasmie yang manis..

Sekitar majlis pernikahan Irma Hasmi dan Redza Syah.

Notaintan: Ok la, sepertinya Irma Hasmie dapat yang lebih baik dari yang dulu tu kot..:)

Monday, June 25, 2012

Koleksi Novel Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum.. ツ

Saya adalah peminat Ramlee Awang Mushid..Sekian..!!wassalam..hahaa..(poyoss je kan.).
Tak payah nak perkenalkan lah,mesti ramai dah kenal penulis thriller no 1 negara tu kan. Kaki vovel mesti kenal beliau ni. Keterangan lanjut klik << Ramlee Awang Mushid>>. Dengar khabar angin, beliau dah berhenti kerja di RTM, mungkin juga ingin menumpukan  sepenuh perhatian kepada penulisan novel kot.

Disini saya senaraikan novel hit beliau..: 

Bagaikan Puteri

Cinta Sang Ratu

Hijab Sang Pencinta

Sutera Bidadari

Tombiruo

Semangat Hutan

Tombiruo Terakhir


Hatiku Di Harajuku

Rayyan Fantasi

Ungu Karmila


Satu Janji (saya paling suka yang ini)

9 Nyawa

Mikhail

Ranggau

ADAM

Personal Justice (ADAM versi inggeris)

Rahsia Perindu

Igauan Maut

Anugerah Pertama

Pei Pan

Mandatori

Cinta Sufi

Fiksyen 302
Sunan Musafir

Ini antara koleksi RAM yang saya tahu. Rasanya ada lagi rangkaian novel Laksamana Sunan. Korang try la baca. Kalau korang peminat cerita thriller mesti boleh jatuh cinta la dengan karya beliau. Kalau ada novel yang best bagi tahu saya OK..:)




Notaintan: Mencari Laksamana Sunan lelaki berduka dari Tanah Rencong..Jatuh cinta...:)
Adakah wujud di alam nyata.?Intan...tolonglahhh..kembali ke alam nyata..

Sunday, June 24, 2012

Tips Temuduga Kerja Kerajaan

Assalamualaikum.. ツ

Saya nak kongsi tips semasa temuduga kerajaan. Berjaya atau tidak bergantung kepada usaha dan rezeki korang. Tetapi, diharapkan tips temuduga kerajaan ini membantu serba sedikit. Mungkin bagi pelajar lepasan SPM, graduan yang telah tamat pengajian atau sesiapa yang berminat boleh la buat persediaan jika ingin memasuki dunia govdotmai ni.

tips temuduga kerajaan
sumber:google
                                                       
Pada pandangan saya,kelulusan akademik bukan faktor utama untuk berjaya dalam temuduga kerajaan. Itu belum cukup. Banyak kemahiran diambil kira. Ramai yang kecewa sebab tak dapat lulus temuduga kerja kerajaan. Biasalah yang mohonnya ramai, tetapi slotnya sikit. Kena pula pengambilan kakitangan kerajaan sangat ketat. Mengambil kira banyak faktor. Jadi korang perlu jadi individu :
“best among the best”
calon berjaya temuduga
                                                                         sumber:googling..
Okey…straight to the point. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang beberapa kali menghadiri temuduga kerajaan dan Alhamdulillah sekarang saya termasuk dalam 1.4 juta orang kakitangan penjawat awam.

1. Penampilan diri perlu dijaga. Kena la nampak SKEMA sikit hari tu. Penampilan yang kemas, profesional dan menarik dapat mempengaruhi penilaian penemuduga. Boleh klik disini << Etika Pemakaian Temuduga Kerajaan>>

2. Datang dalam keadaan tenang dan jangan kelam-kabut. Kenalpasti dahulu tempat dan lokasi temuduga.. Persiapkan diri dari segi :
•Resume telah pun disiapkan. Pastikan semua dokumen yang diperlukan sudah berada dalam fail holder berdasarkan permintaan dalam surat panggilan temuduga yang anda terima sebelum ini. Susunkannya ikut urutan. (Elakkan buat kerja last minute). Turutan sususan dari gred yang rendah hingga kelulusan tertinggi Contoh:sijil PMR, SPM, DIPLOMA,dan DEGREE pada muka surat akhir.
•Tahu lokasi temuduga
•Tidur awal dan cukup


3. Tahu tugas dan peranan bagi jawatan yang dipohon dan kerja yang anda lakukan sebelumnya. Dalam pada masa yang sama selidik struktur dan organisasi dalam kerajaan. Korang kena la buat kajian mengenai jabatan atau kementerian dulu. Sekurang-kurangnya korang dah bersedia sekiranya disoal soalan seperti ini.
" Selain dari mengawal sistem, apakah tugas lain bagi seorang pegawai teknologi malumat.?
" Apakah peranan JPA.?

Saya pernah ditanya soalan seperti :
"Apakah waran dan apa itu waran peruntukan?
(Jadi sentiasalah bersedia untuk menjawab dengan penuh yakin yer.)


4. Ambil tahu isu semasa dan terkini. Dengan cara membaca Berita Semasa, medium internet dll. Perlu tahu Kementerian, nama Agung,Menteri Kabinet. Saya pernah ditanya "Siapakah menteri kesihatan dan menteri kerja raya. Alhamdulillah dapat jawab. Jenuh menghafal sebenarnya.:)
Antara soalan yang saya masih ingat.:
Soalan 'critical thinking' - Skandal PKFZ
Makna 1 Malaysia.?

5. Korang kena usaha jugak jawab walaupun tidak tahu jawapan. Kebiasaannya, penemuduga ingin menguji tahap keyakinan kita. Sebaiknya korang perlu tahu sedikit, yang lain pandai-pandailah tokok tambah."Goreng sampai rangup" untuk mencantikkan jawapan tu. Ingat.!Jangan buat muka 'BLUR' dan diam tanpa jawapan. Ambil masa beberapa saat untuk fikirkan apa yang nak dijawab. Bacalah apa-apa doa yang boleh mengurangkan nervous korang tu. Insyaallah itu yang aku buat.

Saya masih ingat lagi kena soalan seperti ini..:
Sekiranya dihantar ke Sarawak anda setuju terima tawaran?
(kalau korang jawab apa.??)

Tak perlu malu kalau jawapannya salah. Yang penting adalah kita USAHA juga untuk menjawab. Jangan jawab "maaf saya tak tahu".Alamatnya memang tipis la harapan nak berjaya. Cuba yakinkan penemuduga kebolehan kita menghadapi situasi.

6.Panel penemuduga sangat sukakan calon yang bersemangat dan bercita-cita tinggi. Masa ni la kita kena "show off" tapi jangan terover pulak. Pamer dan suarakan semua kebolehan yang kita dapat sumbangkan kepada kerajaan.

7. Kemahiran komunikasi juga penting. Saya nak menekankan disini, sekiranya dipanggil untuk temuduga penolong pegawai atau pegawai( Gred 27 ke atas) korang perlu bersedia sekiranya panel penemuduga menggunakan bahasa Inggeris dalam sessi temuduga. Sekiranya tak mahir, buat latihan menjawab soalan-soalan lazim dalam bahasa Inggeris. Biasanya berlaku semasa temuduga di SPA Putrajaya atau Kuala Lumpur. Tempat lain saya tak pasti tapi sentiasalah bersedia. Contoh soalan yang pernah ditanya masa saya ditemuduga:
"Tell me about yourself and your experience..?
(haaa.jawab jangan tak jawab..!)

8. Nak berjaya contohnya dalam temuduga kerajaan mesti rajin bertanya. Nak bertanya pun mesti daripada individu yang ada pengalaman dalam temuduga SPA dan yang telah berjaya temuduga kerajaan.

9. Betul ker, orang cakap kalau ada 'kabel' senang dapat? Hmm..Memang tak dinafikan budaya ini ada berlaku dalam gov. Saya rasa dalam sektor swasta pon biasa budaya ni kan. Walaubagaimanapun, diri dan persiapan pemohon itu sendiri juga sangat penting. Kalau “kabel korang” 11 KiloVolt sekalipun, tapi korang 'BLUR' dan pasif semasa ditemuduga, tak jadi juga. Tapi kalau 'kabel' korang tu orang kuat istana saya tak pasti la kan.Tak malu ke korang nanti bila orang cakap "Alaaa dia dapat sebab pakai kabel.huhu.. Ni pendapat saya, kalau korang memang pakai kabel tetapi memang korang berkelayakan dan mampu menjalankan tugas tersebut memang takde salahnya kan memohon. Kalau berjaya, memang dah rezeki korang kan.

10. Tidak kira apa fahaman politik korang sekalipun, tapi korang mesti menyokong dasar dan kerajaan semasa ditemuduga. Itupun kalau nak berjaya. MESTI!!

11. Apa yang perlu dibuat semasa berada dalam bilik temuduga :
•Ketuk pintu, bagi ucapan salam dan berikan senyuman kepada panel.
•Hulurkan fail holder dengan penuh sopan.
•Duduk apabila disuruh duduk oleh panel ditemuduga.
•Jangan menyilang kaki dan juga mengalihkan kerusi.
•Biasa temuduga SPA disediakan 2 buah kerusi bagi calon. Sekiranya korang membawa beg letakkan beg korang di kerusi sebelah atau dibawah sahaja. Ingat..!Jangan pegang beg. Sebenarnya ini mempamerkan keyakinan korang.

12. Buktikan yang korang memang minat tahap serius atau tahap gaban jika diberikan peluang untuk bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Saya pernah disoal "Kenapa nak kerja kerajaan"?. Tunjukkan minat dan kesungguhan kita yang kita memang berkehendak jawatan tersebut.Yakinkan panel temuduga.

13. Apabila pada sessi akhir panel temuduga bertanyakan soalan "Ada apa-apa soalan yang awak nak tanya.?. Masa ini lah korang tunjukkan harapan korang terhadap jawatan tersebut. Contohnya: "saya telah berusaha bersungguh-sungguh dan berminat dengan kerja ini dan saya berharap saya diberi peluang untuk tunjukkan kebolehan saya dan saya berpeluang sumbangkan sesuatu kepada kerajaan dengan kelayakan dan pengalaman yang saya ada. Actually, itu yang saya pernah buat..:)

14. Akhirnya sekali minta restu ibubapa dan minta mereka doakan kejayaan korang. Sentiasalah berdoa dan buat solat hajat(muslim). Doa, Usaha. Tawakal itu penting. Sekiranya nasib kurang baik. Jangan berputus asa. Mungkin bukan rezeki korang pada masa itu. Mungkin pada masa akan datang ada rezeki yang lebih baik buat korang. Ingat. Allah SWT telah tentukan rezeki setiap hambanya. Ada usaha adalah rezeki dimana-mana. Insyaallah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.


Sekiranya korang berjaya masuk gov.my habuan yang korang akan terima .........
1.Elaun Perumahan
2.Cost Of Living Allowance (Cola)
3.Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
4.Kenaikkan Gaji Setiap Tahun
5.Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan
6.Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan
7.Cuti Bersalin 3 bulan
8.Pinjaman Perumahan
9.Caruman KWSP ataupun Pencen
10.Bersara pada umur 58 tahun
11.Peluang Kenaikan Pangkat
12.Peluang Melanjutkan Pelajaran
13.Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa
14.Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga)
15.Lebih mempunyai masa bersama keluarga


Nak lebih tips rahsia lulus kerajaan?


Nota:Masa termuduga ni la,kita akan kenal dengan kenalan baru. Kalau ada peluang, korek dan berkongsi la panduan atau tips yang korang/dorang tahu. Semoga berjaya.!:)


#Terimakasihsudibaca#

Saturday, June 23, 2012

Kehebatan Surah Yassin

Assalamualaikum.. ツ

Mari kita menghayati kehebatan Surah Yassin.
************************************

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan"

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, dia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

3. Jika terpenjara akan dibebaskan.

4. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

5. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

6. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan seksanya.

7. Jika dalam ketakutan boleh hilangkan perasaan takut.

8. Jika orang  yang dahaga membacanya hilang rasa hausnya.

9. Jika dibacakan kepada orang yang sakit,terhindar dari penyakitnya.

10. Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanya 10 kali.

11. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah yasin pada setiap hari,turunlah beberapa Malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya."

12. Malaikat maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

13. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa yang bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini maka dia adalah orang-orang yang munafik.




Notaintan: Cara mudah nak hafal surah Yassin sebelum tidur layan MP3 dengar surah Yassin dan cuba ikut setiap butir ayat. Ketika dalam train,tengah drive, atau masa yang sesuai cucuk earphone layan Surah ini. Insyaallah sekurang-kurang dapat ingat beberapa patah ayat. Kita sama-sama amalkan yer..:)

Mutiara Kata Hari Ini

Assalamualaikum.. ツ

Kerja aku hari ni membaca..membaca dan membaca..Terlebih baca sampai pening..Tapi takpe sebab memang hobi aku.Insyaallah yang baik aku kongsi yer.Ilmu yang baik perlu disampaikan.:)

Jom hayati mutiara ini. Semoga hari-hari anda penuh bersemangat.!!Yeahh.



"Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati,cubaan yang cukup untuk membuatmu manusiawi,pengharapan yang cukup untuk membuat mu bahagia dan wang yang cukup untuk membeli segala keperluanmu".

"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita".

"Pandanglah segala sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hati mu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula".



Wassalam.. 

Petua Hilangkan Sedu

Assalamualaikum.. ツ

Hari ni aku nak kongsi petua hilangkan sedu. Actually malam tadi, masa tengah online tiba-tiba jer "herk!herk!herk.."(@hik!hik!hik!. Dah lama tak kena sedu,sekali kena sakit wooo..





Semua orang pernah mengalami situasi macam ni kan..kan..kan? Apa tu sedu? Sedu atau dalam bahasa omputih english hiccups adalah keadaan dimana diafragma, otot berbentuk kubah yang terletak didasar dada kita terganggu dan apabila ini berlaku, ia akan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap. Udara yang masuk ke dalam akan melanggar kotak suara kita sekaligus mengeluakan bunyi, " Hik! hik hik beberapa kali!".Pernah dengar tak orang cakap kalau sedu tandanya nak besar lagi ler tu..? so teori tu salah sama sekali la kan.





Punca - punca terjadi sedu!
  • Menelan terlalu banyak udara
  • Ketawa yang over
  • Makan dengan gelojoh
  • Berasa bimbang 
  • Rasa Teruja
  • Merokok
  • Mengambil alkohol secara berlebihan
Cara Mengatasi sedu!

1.Tahan Nafas selama 10 saat dalam keadaan bersandar atau baring
Tujuannya adalah supaya kita bertenang dan mengawal pernafasan.



2.Urut bahagian atas atau belakang langit - langit mulut 
Cara ni mungkin nampak pelik sikit tetapi membantu juga. Ini kerana dengan mengurut di bahagian langit - langit, ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindakbalas pada diaphragm. Gunakan kapas cotton - tipped applicator. (tips ni aku google jer. tak penah buat)


3.Minum segelas air putih
Ini adalah cara yang aku buat. Baca bismillah dan selawat sebanyak 3x.Minum air secara perlahan-lahan. Sambil tu, tarik nafas panjang secara perlahan-lahan juga,tahan beberapa saat dan hembuskan dengan tenang. Insyaallah. aku guna cara ni berkesan. Kejap jer sedu tu hilang.






4.Bernafas didalam pelastik untuk 2 ~ 3 minit
Cara ini bertujuan supaya kita bertenang dan mengawal pola pernafasan. Tapi tidak di galakkan dilakukan di tempat awam kerana dikhuatiri korang di anggap mengalami masalah mental. haha. (kopipasta:)





Notaintan:Kalau sedu,korang cuba la buat mana satu kaedah yang senang. Aku suggest no 3.

Friday, June 22, 2012

Wajib Doa Kepada IbuBapa 5 kali Sehari

Assalamualaikum.. ツ

Ayah dan Ibu..
Pada mereka ada syurga buat kita. Jasa mereka tidak terhitung,bakti mereka tidak ternilai. Betapa makbulnya doa ayah ibu hingga kita mampu hidup bahagia. Namun andai terguris hati kecil mereka, maka terbukalah pintu kegagalan dan dosa.
"Kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah tiada terhingga".
*****************************************
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya: Adakah kamu masih mempunyai ibu?
Jahimah menjawab: Ya.
Lalu Rasulullah bersabda:“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
 
Pejamkan mata seketika. Bayangkan wajah ayah dan ibu kita dan tanyakan pada hati.cukupkah amal baktiku terhadap ayah dan ibu kita selama ini. Sekadar peringatan bersama. Fikir-fikirkanlah...



Notaintan:Seorang hamba Allah pernah berpesan kepada saya "kita wajib mendoakan kedua ibubapa sebanyak 5kali sehari. Sudahkan kita mendoakan mereka?.

Wednesday, June 20, 2012

Cara Wardina Didik Anak Solat

Assalamualaikum.. ツ


Ini adalah artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina Saffiyah di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…Saya tertarik dan tergerak untuk menyampaikan. So, yang baik jadikan ilmu dan amalan kita bersama:)

 *****************************************


Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you, because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 tahun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORTANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal-awal subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, i'll ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!!  But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?


ini anak saudara saya.:)apis dan afrina moga menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa,agama dan masyarakat..amin.



Notaintan: Kagum dengan cara Wardina mendidik anak-anaknya. Sesungguhnya betapa hebatnya hidayah Allah bagi mereka yang tidak mensia-siakan.

Sucikan Diri Dengan Berwudhu'

Assalamualaikum.. ツ



 KETIKA AMBIL WUDHU', NIATKAN DALAM HATI :-

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".




wassalam

Saturday, June 16, 2012

Teh 'O' Halia Yang Berkhasiat

Assalamualaikum.. ツ



Bahan
1 sudu teh serbuk teh
6 cawan air putih
7cm halia dihiris halus-halus
Gula secukup rasa

Cara
Masukkan semua bahan dalam cerek, jerang ke atas api yang sederhana sehingga mendidih, dan biarkan seketika. Teh 'O' halia sedap diminum panas-panas,terutama dimusim sejuk atau hujan.
(cara paling mudah buat air teh 'o' panas,kemudian masukkan halia yang telah dihiris kecil-kecil/ditumbuk,tapi kurang la aroma rasa air teh tersebut)

**************************
Khasiat Halia
  • Dapat membantu alat-alat pencernaan menjalankan tugasnya.
  • Dapat menambah kesihatan perut.
  • Dapat menyihatkan hati.
  • Menjadi penawar mata yang rabun.
  • Dapat menguatkan tenaga batin.
  • Dapat menghilangkan lendir dalam tekak.
  • Dapat menambah selera makan.
  • Menghilangkan rasa mengantuk.
"Jika manusia mengetahui banyaknya manfaat yang diperolehi dari halia, pasti mereka membelinya walaupun dengan seharga emas"


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
{  وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا كَانَ مِزَاجُهَا زَنْجَبِيلًا } [ الْإِنْسَانِ 17 ]
"Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari halia".(Surah al-Insan ayat 17)


wassalam

Wednesday, June 13, 2012

Desktop anda bagaimana pulak..??

Assalamualaikum.. ツ


************************FALSE..!!!************************

Wallpaper desktop saya lebih kurang wallpaper window tu.Tapi bezanya ada lebih kurang 10 icon kat desktop sebagai shortcut. Mudah nak klik. Girl...! kalau ada yang desktop macam gambar di atas tu tolong la clear kan. Takpon campak kat recycle bin jer..Seriuss..sepah.Lagipon tak salah kan kalau korang lebih sistematik.:)



 
Notaintan: boys' room memang macamtu ke..takkan..?:)

Sunday, June 10, 2012

Kisah Cinta Agung Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Az-Zahra

Assalamualaikum.. ツ

Entri kali ni aku nak kongsi mengenai kisah percintaan hebat Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Cinta yang disimpan di dalam hati, namun kuasa Allah mereka saling memendam cinta sehingga satu masa yang ditetapkan mereka dinikahkan hanya dengan mahar sepasang baju besi milik Ali. Begitu mulianya Fatimah RA... Semulia-mulia wanita adalah wanita yang paling rendah maharnya.

*******************************************


Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.

Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berdakwah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih mampu membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: 
“Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk menyunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata:“Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda Ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

*********************
Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya.
Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.

Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.





nota:Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Mudah-mudahan hati ini tenang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved