Assalamualaikum.. ツ
Mari kita menghayati kehebatan Surah Yassin.
************************************
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan"
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, dia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
3. Jika terpenjara akan dibebaskan.
4. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
5. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
6. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan seksanya.
7. Jika dalam ketakutan boleh hilangkan perasaan takut.
8. Jika orang yang dahaga membacanya hilang rasa hausnya.
9. Jika dibacakan kepada orang yang sakit,terhindar dari penyakitnya.
10. Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanya 10 kali.
11. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah yasin pada setiap hari,turunlah beberapa Malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya."
12. Malaikat maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
13. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa yang bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini maka dia adalah orang-orang yang munafik.
Notaintan: Cara mudah nak hafal surah Yassin sebelum tidur layan MP3 dengar surah Yassin dan cuba ikut setiap butir ayat. Ketika dalam train,tengah drive, atau masa yang sesuai cucuk earphone layan Surah ini. Insyaallah sekurang-kurang dapat ingat beberapa patah ayat. Kita sama-sama amalkan yer..:)
No comments:
Post a Comment
What's your thoughts...