Petua Pulihkan Senggugut | Suri Raudhah

Friday, August 10, 2012

Petua Pulihkan Senggugut

Assalamualaikum.. ツ

Terbaca satu artikel di FB berkenaan senggugut. Mesti ada dikalangan kita yang biasa mengalami kan dan tahu betapa sakitnya bila diserang senggugut. Agak kesian la bagi mereka yang akan mengalami senggugut setiap bulan. Sakitnya hanya dia dan Allah je yang tahu. Saya nak berkongsi petua nak mengurangkan senggugut. Harapnya membantu atleast dapat mengurangkan kesakitan dan kita berusaha untuk mengubatinya.



Punca Senggugut.?
Dari segi islamik - Senggugut( period pain ) adalah kesan cakaran iblis pada rahim wanita.

Perubatan - Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.   

Kesakitan berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan dan ada yang mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.



PETUA DAN DOA
Bacalah surah An- Nahl ayat 69 pada madu. Minum dan amalkan dengan yakin Allah swt Maha menyembuhkan.
ثُمَّ كُلِي مِنj كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Ada juga sumber yang mengatakan senggugut akan hilang lepas berkahwin dan melahirkan anak. Betul ke.? Tak pasti pulak.Nak kepastian boleh tanya doktor, tak pon  google jer. Kalau betul, kena la kawin cepat-cepat tak la setiap bulan tergolek-golek sakit kan.


 
Notantan:Aku nak advise, Janganlah selalu amalkan makan ponstan or panadol masa senggugut. Takut ada kesan sampingan masa akan datang. Jadi cubalah amalkan petua tu.
 

1 comment:

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved