Suri Raudhah: 2013

Thursday, November 7, 2013

Hari terakhir Di Madinah :Ziarah Wida'

Assalamualaikum wbt
Balik dari solat Subuh di Masjid Nabawi,balik ke hotel untuk bersarapan. Hari yang terasa berlainan dari hari sebelumnya. Maybe masing-masing menyedari ini hari yang terakhir kami berada di Madinah. Beg dan barang barang telah siap dikemaskan.
Kami telah diberitahu bahawa akan bertolak ke Bir Ali menuju ke Makkah selepas solat zuhur. Masa yang ada aku, kakak, dan sepupu mengambil keputusan untuk berada di masjid. Kakak terlebih dahulu pergi ke masjid berseorangan, kemudian  barulah aku dan sepupu turut serta. Kami berjanji dengan keluarga yang lain, akan balik ke hotel semula sebelum pukul 11.00.

Setelah berada di dalam masjid masing-masing mencari sudut bersendirian. Mencari ketenangan dengan cara sendiri. Mengalir air mata tatkala meluahkan perasaan kepada yang Maha Kuasa. Rasa syukur atas nikmat peluang yang diberi beserta rasa sayu meninggalkan bumi barakah Madinah.  Puas dan tenang, bila dapat meluahkan segala kepada-Nya. Di saat itu juga, aku berpeluang melihat bumbung masjid terbuka luas bagi tujuan pencahayaan ke dalam masjid . Nampak langit membiru . Subhanallah. aku kagum. Kagum dengan senibina Masjid Nabawi.

Kembali ke hotel, kami tak berjumpa seorang pon ahli keluarga. Tak lama lepas tu, barulah mereka kembali ke hotel. Rupanya mereka yang lain pergi buat Ziarah Wida'. Ya Allah aku tak tahu pasal ziarah wida ni. Aku hanya biasa dengar tawaf Wida'. Kesal jugak tak dapat pergi sekali.  Time tu rasa, Ya Allah aku nak buat juga berilah sedikit masa untuk kami melakukan ziarah wida' (ziarah selamat tinggal) sebagai menghormati kunjungan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Kakak sepupu, menyuruh kami buat ziarah wida' selepas selesai buat solat jamak zuhur/asar di Masjid Nabawi. Rasa lega sebab masih ada peluang. Selepas solat aku dan sepupu bergegas keluar menuju ke kawasan kubah hijau. Adalah lebih afdal melakukan ziarah wida' di Raudhah, tapi memandangkan masa yang dah suntuk maka kami hanya berdoa di hadapan kubah hijau masjid berhampiran perkarangan perkuburan Baqi. Walaupon cuaca panas terik, hati masing masing sayu, sepupu tidak dapat menahan sebak mengalir air mata. Aku tenang berdoa mengucapkan salam dan selamat tinggal kepada Nabi Muhammad saw. Lama kubah hijau itu ditenung dengan perasaan yang tak dapat aku luahkan, Ya Rasulullah, kami sedang  berada dekat dengan jasadmu.Dekat dengan makammu. Semoga kita bertemu lagi Ya Rasulullah.. Insyaallah..

Doa Ziarah Wida'

"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir. Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam kebajikan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, Insya Allah aku datang lagi. Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada hari itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya. Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul) dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Kembali ke hotel untuk makan tengahari, kemudian berkumpul di lobi dan bersedia dengan pakai ihram. Sebelum keluar ke Masjid Nabawi pada pagi  lagi kami telah bersiap mandi sunat ihram. Kemudian kesemua jemaah memasukkan beg yang dah beranak pinak berbatu bata ke dalam bas dan coaster. Alhamdulillah, Allah swt permudahkan perjalanan dimana kami sekeluarga seramai 12 orang menaiki coaster  bertolak meninggalkan hotel dan kota Madinah untuk menuju ke Mekah.  Hati merasa sayu, Semua menyepi melayan perasaan dan juga terselit perasaan berdebar untuk sampai ke Tanah Haram Mekah..

Selamat tinggal Rasullullah SAW,Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, dan keluarga Rasulullah SAW. Selamat tinggal kota Madinah Al Munawwarah. Insyaallah..Kami akan datang lagi.

*Sayu..







rindu tu anugerah...
Thank you for reading.

Sunday, October 20, 2013

Meatball@jajahan abang burn danau kota

Assalamualaikum wbt

Memandangkan dah lama teringin nak makan meatball Abang Burn makanya dengan gigih aku mencari lokasi jajahan burger bakar abang burn di Danau Kota. Dekat  dengan rumah rupanya, baru tahu. Selama ni lalu lalang kat situ tak nampak pulak jajahan abang burn kat area sini
Kebetulan aku dan kakak sama sama cuti then aku ajak kakak teman pergi KWSP area situ, Tiba-tiba kakak bagi idea lepas pergi KWSP jom cari kedai abang burn. Ye lah dah banyak kali cakap kat dia teringin nak makan meatball abang burn kan. Tapi time tu baru pukul 2 lebih, kedai abang burn buka pukul 5.00 petang - 12.30 malam. Dengan bantuan google and GPS akhirnya jumpa jugak lokasi yang dicari. rupanya tepi jalan jer. Kitorang balik rumah dulu, then tepat jam 6 petang terus pergi ke tempat yang nak dituju. Pelik jugak time tu. Tak ramai orang ke kat sini?Selalu orang cakap ramai sampai kena beratur. Lor, memang la baru pukul 6 petang. Orang pon baru balik keje. Malam baru la ramai orang kot . 

Memandangkan esoknya hari raya korban, sebelum keluar rumah aku ber-fb dengan abang burn dulu. Ye la, kot nanti kedai tutup sempena hari raya mana kita nak tahu kan. Tapi malam baru abang burn reply. Dah terlambat, tapi takpe la sebab dapat jugak hasilnya walau main redah jer. Lama beno nak tunggu Abang burn reply. Nasib kedai bukak. Alhamdulillah dapat la merasa..:)

Choice in your hands. Beef or Chicken.?  Harga mampu beli dan servis kat sini pantas.

Disebabkan aku dah lama teringin nak merasa meatball abang burn ni, So aku order 3 set meatball take away. Ada 10 biji meatball dihidangkan dengan special mushroom brown sauce together with burn wedges with cheesy sauce. Brown source tu banjir ok. Sesiapa yng suka blackpepper ofcoz akan suka punya. (I tak suka sangat blackpepper). But I like the wedges.



Bila dah puas makan meatball sampai habis 10 ketul with cheesy wedges, aku boleh buat kesimpulan disini yang aku lebih suka makan burger ayam abang burn kot. Memang pernah makan burger bakar abang burn sebelum ni, seingat aku tahun lepas. Memang jenuh nak habiskan tapi rasanya puas hati. So sesiapa yang belum pernah rasa, boleh la cuba rasa atleast sekali seumur hidup. Takde la asyik beli Mc'd and KFC je kan. Sokonglah makanan Malaysia..ececehh :)



My cousin ternampak aku ber-fb dengan abang burn then dia post comment "Orang sibuk nak raya ko pulak mengidam nak makan burger ke?hehee.Then time tu jugak aku terpikir nanti kalau dapat daging qurban fresh rasanya macam nak gentel bulat bulat buat meatball. Sebab selalunya, minggu lepas raya mesti menu daging selagi daging tu tak habis. So apa salahnya tahun ni buat meatball pulak. Takde la sama jer tiap tahun daging rendang, daging masak kicap dan kari daging ye dak?

Tiba-tiba terasa persekitaran aku ni mewah dengan daging bila raya qurban ni. Mungkin ada diluar sana jarang sekali nak merasa seperti ni. So, harapnya sempena raya korban kali ni, agihan daging daging qurban sampai kepada mereka yang lebih memerlukan.
"Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia berkorban, akan tetapi tidak mahu berkorban, maka janganlah mendekati tempat solat kami(masjid) ini."- (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Berbalik pasal burger bakar abang burn tadi, So sesiapa yang mengidam atau nak cuba rasa menu abang burn boleh la datang ke jajahan abang burn yang berhampiran dengan lokasi anda.


Burger Bakar Abang Burn
Ini cerita tentang meatball abang burn dan pengorbanan.:)
Thank you for reading.

Monday, October 14, 2013

Kalau ada mini perpustakaan yang comel di rumah

Assalamulaikum wbt
 
Bila tengok deretan buku buku di katil dan loker di dalam bilik terdetik di hati kalau dah ada rumah sendiri nanti aku nak dalam rumah tu mesti ada sebuah bilik yang lebih kurang macam mini perpustakaan. 
kecik pon x pe..yang penting kemas dan comel.. n mesti ada sofa yang empuk:)
Semua buku,majalah dan novel diletakkan di rak mengikut partition masing masing. Contoh rak untuk novel, majalah, buku islamik/ ilmiah/motivasi dan lain lain la. Komik?So far bila tengok buku yang ada sekarang, takde satu komik pon dalam simpanan aku. Ermm nampaknya  masa  telah mendewasakan aku.(^.^). Dulu masa darjah darjah kita suka baca sailormoon. ermm..How time flies quick..

Aku rasa kami ni mewarisi minat ayah. Ayah suka membaca, lagi-lagi bila diusia sekarang ni. Tapi ayah lebih kepada baca kitab kitab, buku agama dan seangkatan dengannya. Sometimes kami adik beradik yang mana suka membaca ni tengok tengok jugak la almari buku ayah kot ada buku yang best. Aku ada 3 orang adik laki, walaupon dorang jenis yang pemalas datang sekolah masa kecik kecik tapi satu jer aku perasan dorang sama macam ayah suka baca buku. Maksud di sini baca buku selain dari buku sekolah yer.

Aku memang suka baca buku..Tapi bukan ulat buku sebab aku jenis tak rajin study.hehee..Aku suka study tapi aku tak rajin study..hmm caner tu..?hard to explain..just let it be..:)

Best kan kalau dapat pasangan yang sama minat membaca buku. Tak pon si dia jenis yang suka beli buku dan kita pulak tukang baca buku. Dah tak payah beli..heee.Kata sayang ye dak?hahaa.. Saya tengah bayangkan kan dalam bilik umpama mini pustakaan tu awak duduk kat sofa sana saya duduk kat sofa sini, pada malam yang tenang, angin bertiup sepoi sepoi bahasa, di tangan masing masing ada sebuah buku..Then..we enjoy the silence..sampai malam melabuhkan tirai..how romantic..kan? do you think that bored?..darling,romantic can be in a many way ok.

So si dia yang tak suka rumah dia ada mini perpustakaan, buku berlambak lambak macam kedai buku, bini yang suka membaca buku ni, boring katanya, makanya janganlah kawen dengan aku..hehee..

psssttt...enjoy the silence...

Sebagai cabang dari bacaan, aku jugak sekarang tengah gigih membaca blog mereka yang osem bergaya ni!


*they're very awesome with their on way..♥ read them..

image:google
Orang yang kuat membaca tak semestinya pandai..Tapi semestinya mereka yang banyak membaca menjadi manusia yang banyak 'tahu'. Hopefully, one day dapat la aku bina sebuah mini perpustakaan dalam rumah..Mini perpustakaan yang yang ringkas,tenang dan comel..muaheee..

Thank you for reading

Monday, September 30, 2013

Letak diri kamu di tempat dia

Assalamualaikum wbt
 
Dear sister and brother,
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakiti hatimu, mungkin juga hal itu menyakiti orang lain pula. Adakala kita tak sedar apa yang kita cakap mungkin akan menyakiti orang lain sedangkan niat kita hanya nak bergurau.

Aku tak kisah, kalau orang nak bergurau camne pon. Tapi please janganlah lawak tu menyakitkan hati atau lawak yang tanpa korang sedari ia seolah olah menghina atau menjatuhkan maruah orang lain and one more thing please mind your word bila korang nak menegur orang. Contohnya..

besarnya jerawat ko!nape muka ko jadi camtu.merahnya..
kau ni asal pendek sangat..kemetot!
Ko ni kuat makan..patutla gemok.
La, muda lagi ko ni, tapi muka nampak macam orang tua!

Tak rasa macam nak kena pelempang ke..!!!
Maybe orang yang terkena tu nampak ok ok jer, tapi dalam hatinya sape yang tahu. ofcoz makan dalam. Terusik jugak hati serba sedikit. Apa korang yang menegur tu perfect sangat ke? Aku paling tak suka orang yang suka merendah rendahkan kekurangan orang lain. Korang hebat sangat ke.? Sehebat-hebat Rasulullah, baginda tak pernah menyakiti hati saudaranya. Adakah mereka yang mengata kekurangan orang lain tu, sempurna sifatnya tanpa ada sedikit kekurangan. Please look back yourself into the mirror.


mulut sendiri boleh ditutup..mulut orang?
Cuba letak diri kamu ditempat dia, apa yang kamu rasa. Bagi aku ada cara berhemah kalau nak tegur atau bergurau sekalipon aslong benda tu tak melukai hati sesiapa. Contoh kalau kawan kita ada jerawat tak payahla nak malukan dia depan orang cakap kuat kuat yang kenapa jerawat dia banyak, besar besar, muka merah bagai kan lebih elok kalau korang bagi sesuatu yang boleh mengembalikan keyakinan diri mereka, tak kisah la samaada korang nak rekemen produk ke apa asalkan sesuatu yang positif dan cara yang berhemah dengan niat untuk membantu.
"Wahai orang yang beriman!  Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim.  "(Surah al- Hujurat ayat 11)
p/s :kepada yang berkenaan sila la terasa!!

opss..aku lupa manusia ni ada macam-macam jenis. Hati lain lain. Tapi itu tak bermakna korang boleh cakap sesuka hati sesedap rasa korang dengan tanpa rasa bersalah. Ingat Allah Maha Adil. Jangan sampai Allah tarik nikmat atau kelebihan yang diberi baru korang nak tersedar.

*tarik nafas dalam dalam..hembus*

Aku suka tengok Prof Dr Muhaya. Kata kata yang keluar dari mulut beliau adalah sesuatu yang positif. Orang sakit boleh rasa ringan sakitnya, orang sedih boleh terubat sedikit kesedihannya, Serius cakap, ayat yang keluar dari mulut beliau semuanya positif belaka secara tak lansung memberi kesan yang positif bagi orang yang mendengarnya. Tak percaya, korang tengok video Prof Muhaya buat operation lasik pada pesakitnya. Tersangat cool.

Manusia ni dikurniakan hati dan perasaan. Jagalah hati mereka, sepertimana kita nak mereka menjaga hati kita. Berkata sesuatu yang positif dan sweet itu kan adalah lebih baik?.Orang tak sakit hati kita pon tak kena sumpah seranah betul tak?.:)


thank you for reading.xoxoxo
 

Sunday, September 22, 2013

Susah nak jumpa laki yang tak merokok

Assalamualaikum wbt

Yes, I knew this is sensitive issue  but I just want to voice out my opinion about this matter. So guy yang terasa I feel so sorry. Actually, ada satu hari tu terkeluar, isu pasal jodoh between me and my colleague. Just mention him as Mr. M. Mr. M cakap aku ni high test..! Haaa.. Laju laju aku cakap mana ada. Siapa la saya ni nak high test high test bagai. Pastu mula la, blablabla.. Mr. M cakap tak de orang yang sempurna dalam dunia ni. No! i'm no looking for perfect guy because i'm not perfect too.



Bukan mengharapkan teman setampan Yusof,
Sebab saya bukan Zulaikha
Bukan mengharapkan teman seteguh Ibrahim
Sebab saya tak sekuat Siti Hajar
Bukan mendambakan teman hidup bak Rasulullah
Sebab diri tak sehebat Siti Khadijah
Tak pernah bermimpi
Malah tak tercapai untuk digapai...
I realize about this..and I really understand it.
Pernah bersembang dengan Mr M (he's married ok) then laju je mulut ni tercakap "saya nak cari yang tak merokok!. Sejak hari tu, ada je Mr. M sakat sakat pasal calon  jodoh ni. Kat ofis dah biasa dah bab sakat menyakat ni. Layan kan jer and anggap dorang nak release tension tu la dorang rajin menyakat and selalu buat lawak sengal.

Berbalik pasal Mr. M. Statement ni keluar sendiri dari mulut dia tau. Katanya sekarang susah nak jumpa laki tak merokok. Memang ada tapi susah la nak jumpa. Dia yang cakap camtu. Dulu dia pon merokok tapi sekarang dah berhenti selagi mampu bertahan dengan godaan sebab pernah sakit dada yang teruk. So aku dengan hampanya dalam hati "Tu la saya tak kawen kawen lagi sebab tak jumpa lagi si dia yang tak merokok. huhuu.alorhhhh..-_-

Bukan aku nak melabelkan orang yang hisap rokok ni tak baik ke apa. Tapi kalau boleh, bila aku serius nak kawen nanti biarlah my husband tu jenis tak merokok sebab aku memang tak tahan bau rokok. Tak kisah la korang nak cakap aku ni kolot ke, tak urban ke hape, tapi ni pasal diri aku. Diri ni yang kena hidup dengan dia. Aku tak sanggup nak jadi isteri yang menyakiti hati suami semata nak suruh dia berhenti rokok. Aku faham nak berhenti merokok tersangat susah. I try to put myself in their shoes. Tabiat yang kita dah buat bertahun tahun pastu nak stop otomatik memang la susah kan.

Takkan hari hari nak membebel dengan laki suruh dia berhenti merokok. Merokok tak elok untuk kesihatan, cepat mati and bla blablabla..
Takkan hari hari nak cakap abang sayang, nak merokok sila merokok kat luar
Penat kot..
Silap cakap boleh jadi gaduh kot.
Pastu hati tak tenang
Relationship jadi tak seronok.
Matlamat perkahwinan yang utama adalah untuk mendapat ketenangan jiwa
Jika hati tak tenang dengan pasangan camna nak jadi rumahku syurgaku

**with serious face..

Bagi aku laki tak merokok itu tersangat cool
Sebab dorang boleh tahan godaan
Biarlah orang cakap dorang skema pon
Tapi skema tu kan unik.
Tak perlu nak nampak macho dengan merokok
Pastu bila orang lalu sebelah korang then dia tutup hidung sebab tak tahan asap korang boleh buat muka betapa annoyying nya this girl. Gedik je lebih nak tutup tutup hidung..bajek bagus la tu.
Tahu tak bau asap rokok tu busuk!

وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (2:195
2:195: And spend [freely] in God's cause, and let not your own hands throw you into destruction; and persevere in doing good: behold, God loves the doers of good.

Tak kisah la korang nak bagi alasan  hisap rokok je pon bukannya hisap dadah.
Tapi aku memang alergik dengan asap rokok
Ayah aku pernah merokok,
Tapi dia berhenti merokok lepas ada anak anak.
So aku tak pernah  tengok ayah merokok
Adik aku perokok
Tapi dia tak pernah merokok dalam rumah
Bila dia nak merokok dia keluar rumah, bila kantoi kat luar dia cepat cepat sorok.
Padahal umur dia tu dah tak kisah dah nak merokok lantak ko la.
Mungkin atas rasa segan and hormat dengan kitorang tu yang dia tak merokok depan kami.
Tapi aku harap, satu hari dia boleh jadi macam ayah.
Ayah punya hati dan semangat yang kuat
Ayah pernah cerita, dia sanggup berjoging tiap pagi kat titiwangsa sebab nak tahan merokok
Tak nak merokok
Even masa muda ayah ni bukan jenis kuat agama
Tapi semangat ayah kuat untuk berubah
Akhirnya, ayah jadi seperti ayah kami hari ini
Ayah yang sentiasa membuat kami tersentuh
Ayah yang bilamana aku teringat pengorbanannya membesarkan kami buat aku menangis
Mengalir air mata bila teringat cerita ayah mengenai pengalaman dan kesusahan masa mudanya
Kadang kadang aku tertanya tanya
Aku sayang ayah lebih ke dari mak?
Dan aku yakin mak akan faham.
Mak beruntung dapat ayah.
Tapi aku...?
Adakah si dia yang macam ayah dijadikan untuk aku
Ishhh.. ayah tetap ayah..dia tetap dia..
Mana boleh dibanding bandingkan.
Doa ku padaMu
Sudilah kiranya Kau menghadiahkan ku si dia yang tidak mendekati perkara sia sia itu
Ya Rabb
Malu sebenarnya nak meminta-_-

Bagi setengah orang maybe this is small matter. No issues here
For me yes, this is a serious issue to talk about.
Tak kisah la apa orang nak cakap
Aku tahu apa yang aku nak dalam hidup
Semua mengharap yang terbaik dalam hidup, So do I
Andai berlaku atau dapat yang sebaliknya itu ujian
Tapi masih ada harapan lagi untuk mengelak kan? (*blinking eyes*)
Yahyaa ibn Mu’aadh said:“The medicine of the heart is five things: reading Qur’aan and pondering the meaning, having an empty stomach, praying at night (qiyaam al-layl), beseeching Allah at the time of suhoor, and keeping company with righteous people.”
Para lelaki yang bijak lagi budiman,
Korang nak tahu tak
Ramai perempuan di luar sana berharap berjumpa lelaki cool yang tak merokok
Ramai isteri isteri yang menyimpan impian supaya suaminya berhenti merokok
Hasrat yang terpendam
Bila diluahkan  pada si suami hanya seperti angin lalu
Tapi percayalah, betapa bangganya seorang isteri apabila memberitahu kawan-kawannya suami dia tak merokok!
That's true. Believe me..:)



Maaf kalau ada yang terasa..and thank you for reading:)

Sunday, September 1, 2013

Time is precious, waste it wisely

Assalamualaikum wbt

Bila yang lelaki pergi solat jumaat, yang perempuan kat opis buat apa yer?
shopping
makan makan
tido
 
or
 
........................................ (fill in the blank)

Ko tak main ke candy crush ke?..Syok ar..!
 
Korang ingat aku tak teringin nak main ke? Lets me explain kenapa aku tak nak main. No, aku bukan tak nak main tapi aku sedaya upaya menahan diri dari main bendalah tu. Sekali kita klik 'play' alamatnya sendiri mahu ingat la kan kalau tak tahan godaan. Bila dah syok,kita akan teruskan teruskan n teruskan until achieve high level rite? Berlumba lumba nak beat orang ni orang ni kan.. Bila dah seronok mula la addicted..(aku la tu.!)


Actually, aku baru nak belajo main CandyCrush ni seh!Mana tahan member member dok tanya ko main tak CandyCrush. Aku selamba jer jawab TAK then they ask WHY and I said blalablaaaa. Rupanya candy crush ni cool yoo!Aku baru je level 5 pastu stop dengan harapan aku tak buka dah di masa hadapan. Ha kan nampak tak kat sini  tarikan magnet candy ni lagi lagi bila orang yang main tu imannya senipis kulit bawang ni ha.-_-.  Nak jugak tahu bebenonya best sangat ke candy candy ni. Dah cuba baru tahu, memang mengujakan. Tu baru layan sikit, kalau layan banyak lupo diri tak ingat anak bini..hehee.

"DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN
MELAINKAN YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH"
 
Cukup la banyak benda 'lagha' yang aku dah buat. Pastu rasa menyesal tapi masih buat lagi. Seriously, bila fikir balik banyak masa yang aku habiskan dengan buat benda benda macam ni.

Aku dok layan FB,scroll up n down paling sekejap 1 jam paling lama sepanjang hari. Tapi compare dengan dulu sekarang better la. Last aku layan FB lama lama masa member member dok pakat upload gambar raya dorang. *Pejamcelikpejamcelikdahsetahunakutakonchatkatfacebook*
 
Sejak ada library bergerak ni, mula la lupa diri. Baca novel berjam jam. Dalam train on the way pergi balik office baca novel, selagi tak habis novel tu sebab nak tahu ending cerita baca sampai ke malam sampai la nak tido. Pastu al-Quran entah kemana. Novel sanggup baca, tapi Kitab yang satu tu selak 3-4 muka jer sehari. Orang lain dah khatam berkali kali awak ramadhan dah habis, syawal dah nak sampai ke penghujung al quran baru masuk separuh. Tu harapkan khatam dengan group opis je lerr. Khatam berjemaah katanya -.-
 
Blogging ni pon boleh dikategori buang masa juga la bagi aku. Nak menaip, olah ayat lagi. Berapa jam dah habis kat sini. Tu belum kira blogwalking lagi. Diri sendiri yang mulakan, nak stop dah susah. Follower bukan ramai pon, tunggu duit iklan?sampai ke tuoo la.-.-
 
Banyak lagi la perkara yang aku rasa aku dah start buat then lepas buat aku rasa bersalah dengan diri. Masa terbuang macam tu je. Kadang kadang benda tu dah jadi rutin. Siang pergi kerja malam online, blogging, facebooking, stalking,blogwalking berjam. Mengaji ciputttt je. Malunya denganMU.-.-
 
"Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan main main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan , kalau mereka mengetahui" - (surah al-ankabut,64)
 
Perasaan betapa indahnya berada di Tanah Suci meresap ke minda terus menusuk ke hati. Bila berada di rumah Allah tak fikir lansung pasal duniawi. Masing masing sibuk merebut  cinta Ya Rabb, meraih Kasih Ya Rasulullah. Bila balik ke kehidupan biasa, dugaan dan godaan datang adakala tertewas. Tewas dengan betapa seronoknya dunia.
 
 
*malu dengan DIA -_-



Jika kau memerlukan nikmat dunia
Cukuplah islam sebagai nikmatmu
Jika kau memerlukan keasyikan
Cukuplah taat kepada allah keasyikanmu
Dan jika kau perlukan pengajaran
Cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu 
-Saidina Ali bin Abi Thalib-
 
 
Betapa sukarnya untuk menjadi lebih baik. Tetapi alangkah beruntungnya mereka yang dapat menjadi lebih baik dari semalam. Azam aku tiap tahun to be a better person. Setiap tahun, tahun dan tahun lagi. huhu. But am I a better person enough? *sigh*
 
YANG BAIK DARI ALLAH.YANG BURUK DARI KELEMAHAN SAYA SENDIRI..
 
 
May Allah bless all our time spent.
PEACE..

Wednesday, August 14, 2013

Bila budak 4 tahun tak paham cakap Melayu

Assalamualaikum wbt
 
Aku suka bila dengar orang cakap omputih, dari situ kita boleh improve English kita. Kalau nak ikutkan, aku ni bukan la dalam kategori master English setakat moderate jer.  Masa sekolah menengah selalu dapat C for English subject then after further study baru la  hidayah tu datang untuk aku belajar English dengan gigih lagi. Dari situ mula datang minat dengan bahasa omputih ni. Then, that time I realize English is very cool yo! (OME sangat!). Finally, setiap kali exam n kuiz aku dapat A or A-. :)
 
Aku bukan nak berkempen English is important or apa kan..Meh sini aku cerita..
 
Hari tu aku balik kampung, singgah jap umah mak sedara, biasa la bila time raya semua ada kat kampung. Ni la masanya pakteh makteh paklong maklong, maksu paksu dan anak berbuah buah berkumpul. Actually, aku tak berapa rapat sangat dengan makcik aku yang sorang ni. Bila jumpa agak rasa kekok la sikit. Nama jer kitorang duk KL tapi tak pernah pon singgah menyinggah umah. Tak tau la sebab apa..Maybe sebab mak memang tak rapat dengan adik dia tu sejak kecik lagi kot. Ye la jarak umur jauh kot.  
 
Aku duk main la dengan anak makcik aku ni. Puas duk ajak sembang sembang alolooooo abang main apa tu, main game lawan lawan yer. Meh akak nak pinjam boleh? (Dak zaman sekarang iPad x hinggat!) Dan otomatik time ni teringat iklan raya Maxis.
 
 
Anak makcik tu duduk diam sambil main iPad tanpa menghiraukan kakak kakak ni yang jenuh ajak beramah  mesra di hari raya yang mulia ni. Kalau kitorang buat #do know je apa kata makcik aku ye dak? tak tau la memang dia pemalu ke dengan orang baru kenal kan, cuma adik dia si kecik tu yang terlebih aktif, so kitorang main dengan dak kecik tu jer la. Orang sombong dengan kita, kita pon sombong la dengan dia.huhu.(dengan budak 4 tahun pon ko nak emo kan!.huhhh)
 
Actually, saja nak singgap kejap tapi makcik aku yang lagi sorang tu ajak tunggu makan tengahari dulu sebelum balik KL. So, lepas makan semua bersalam-salam, hulur duit raya terus balik. Dalam kereta, mula la bukak cerita.. Mak cakap anak makcik aku yang umur 4 tahun tu tak paham cakap Melayu, mama n baba dia ajar cakap omputih sejak kecik lagi. Aihhhh kakak aku mula la bersuara takkan tak tahu lansung cakap melayu, mustahil lah! Ko duk kat M'sia ok. Blablablaa. Then aku cakap, biar la anak dorang. Tapi aku setuju jugak dengan kakak aku.
 
Rugila duduk Malaysia tapi tak pandai cakap Melayu. Walaupon aku minat English, suka dengar orang cakap English tak bermakna aku sokong kalau orang melayu sendiri tak tau cakap Melayu. Nampak tak kat sini betapa nasionalis nya aku..muaheee ^.^ Bukan ke, satu kelebihan kalau kita pandai cakap pelbagai bahasa lagi lagi bahasa ibunda.
 
Psttttt makcik aku yang sorang lagi tu cakap "belagak orang kampung nak cakap omputih". Ni makcik yang rapat dengan aku yang cakap bukan aku yer.hehe.Tapi aku paham nape dia cakap macamtu, Ye lah, ni kan kat kampung tak payah la nak tunjuk sangat omputih bagai. Tak kisah nak speaking dengan anak pon.Tapi campur campur la BM BI.Tak la orang kampung terasa sangat.Ingat ko pon asal dari kampung jugak. Tak salah nak didik anak cakap omputih tapi biarlah seiring dengan bahasa kita. Kita orang Melayu wehhh. Jangan jadi melayu mudah lupa! Huwaaa nasionalis nyer awak..eheem..ehem.
 
Nasib den ni seorang kakak yang baik ati tau.. Awak tak nak cakap dengan kita, awak tak layan kita sembang tapi kita hulur jugak duit raya.  Ikut ati nak tolak singgitttttt....
 
So moral of the story bahasa jiwa bangsa, tak rugi kalau tahu banyak bahasa pon. Korang rasa, adakah entri ni macam mengumpat jer. Maap zahir batin mokcik pokcik oiiii, tak berniat pon.just wanna share how important malay language to new generation nowdays.

Nak tau tak kenapa aku minat Faizal Tahir...?

Sebab bahasa Melayu  n English dia tersangat fasih..hehe..Aihhhh sebab tu je ke???heeeee;)
 
 
Terima kasih sudi baca. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.:)xoxox
 

Friday, July 19, 2013

Bila hati merindu...Mekah Madinah

Assalamualaikum
 
Sekarang ni, sangat teruja jika ada  cerita atau perkara berkaitan Mekah n Madinah. Lagi-lagi setiap petang ada jejak Rasul TV3 episod Ramadan di Tiga Tanah Suci (Mekah, Madinah, Masjidil Aqsa). Balik dari kerja, tengok kakak dah standby depan TV. Sambil tengok jejak rasul kenangan di Mekah dan Madinah terimbas di fikiran.
"Eh kita penah pergi sini"
"Ni tempat kita beli aiskrim tu kan?"

Ya Allah, kadang-kadang rasa sayu, mengalir air mata. Pastu buat-buat cover konon selsema. Sebab aku ni bukan jenis yang mudah nak nangis, rasa segan bila orang nampak kita menangis. Saya jenis tak mudah menangis tapi cepat tersentuh..ececehh..
 

 
Dalam keadaan suasana malap, jam 12.30 malam suasana yang tenang dan sunyi, tengok video ni seorang diri terasa air mata mengalir perlahan. Cerita ustaz ni sangat sangat menyentuh perasaan.
 
Jabal rahmah tempat mustajab doa - Ya Allah aku ada titipkan doa di situ, menadah tangan sambil mengadap kiblat berdoa untuk kawan-kawan, keluarga dan diri sendiri.
Ya Allah jika doaku tidak dimakbulkan, aku takkan meraguiMu, kerana aku percaya itu adalah dari kekhilafan diriku.
 
Rukun Yamani/ Lampu Hijau -  Tempat mulanya tawaf berdekatan Hajaratul Aswad tempat mustajab doa. Ya Allah aku hanya mampu buat tawaf 3x kali itupon masa buat Umrah..Aku tak berkesempatan buat tawaf sunat, bukan tak berkesempatan tapi sebab aku terlalu memanjakan diri. Penat bukanlah alasan Percayalah sampai sekarang masih rasa menyesal sebab melepaskan peluang mendekati Kaabah. Aku datang dari jauh, menyahut panggilan Mu,tapi kenapa aku tak berusaha memegang Kaabah itu sedangkan Kaabah itu depan mata. Kenapa aku tak berusaha ke arah itu sedangkan kakak dan sepupu dapat peluang mencium Hajaratul Aswad. Ya Allah betapa beruntungnya mereka dan betapa ruginya aku:(
 
Kat Mekah namanya Multazam kat Madinah namanya Raudhah.. Ya Allah aku kerap ke Raudhah tempat mustajab doa. Dekat dengan Rasulullah saw dan para sahabat. Terlalu berharga pengalaman di Raudhah dan aku tersangat merindui Raudhah. Ya Allah aku tak berpeluang solat di Multazam dan sehingga kini ada rasa kesal kerana aku tak tahu dimana dan merasai di mana kedudukan Multazam itu.

Air zam-zam - Ya Allah , sesungguhnya daku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit. Yer, aku masih ingat doa itu sebab air zam-zam penguat semangat, memberi kekuatan dengan menyalur tenaga untuk aku terus berada di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Usai tawaf, nikmat air zam zam terasa tersangat enak yang susah aku nak ceritakan disini.

"Ya Allah, sedapnya air zam zam..tersangat sangat sedap..Aku masih ingat ayat itu aku luahkan kepada keluarga semasa mahu menuju ke kawasan Saie selepas Tawaf".. Kesedapannya memberiku kekuatan untukku meneruskan Saie menyelesaikan salah satu lagi rukun Umrah. Bagi kamu yang pernah menunaikan Umrah, saya pasti kamu tahu saat itu, kekuatan rohani dan fizikal penting untuk mendapatkan 1 umrah.

Safa dan Marwah. - Bermula di Safa dan berakhir di Marwah. - Pelbagai gelagat manusia sepanjang perjalanan dari Safa ke Marwah. Masih ingat lagi, masa umrah ku yang ketiga, sungguh badan terasa lemah tanda tanda demam mula dirasa, Aku menghitung bilangan pusingan dari Safa ke Marwah tapi kalimah mu memberi aku kekuatan untuk meneruskan ibadah itu. "Ya Allah, jadikanlah Saie ku saie yang bermakna supaya aku dapt umrah yang sempurna. Ya Allah betapa kuatnya Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah mencari air untuk anaknya Ismail. Hati mula berbisik.

Tahalul - "Kalau kita berpisah lepas Saie nanti kita jumpa kat tempat Tahalul. Yer, walaupon dipenuhi ribuan manusia, tapi kami pasti berjumpa di tempat terakhir bagi melengkapkan 1 lagi umrah. Bercukur.

"Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! segala puji-pujian yang banyak tertentu bagi Allah. Ya Allah, ya Tuhanku! Ubun-ubun kepala ini didalam kekuasaanMu. Maka jadikanlah tiap-tiap sehelai rambut itu cahaya bagiku di hari kiamat dan ampunkan dosaku wahai Tuhan yang amat luas pengampunan. Amin.

Lantas helaian buku panduan umrah bab tahalul aku selak maka terlahirlah doa ini..

"Segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadat-ibadatku, kurniakanlah satu kebajikan dengan tiap-tiap sehelai rambutku. Hapuskanlah dengannya satu kejahatan, angkatlah aku dengannya darjat, ampunilah aku serta orang yang bercukur, bergunting dan sekalian orang-orang Islam.
Ya Allah, ya Tuhanku! Tambahkanlah keimanan, keyakinan, berilah taufik dan pertolongan kepadaku dan ampunilah kami serta ibubapa kami, isteri dan anak-anak kami. Selawat dan salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian. Amin".


Alhamdulillah selesai 1 Umrah..Allahu Akbar!


nota :
 
"Aku tak mampu pergi ke Mekah dan Madinah dalam masa terdekat ni Ya Allah. Aku bukanlah dari kalangan orang berada yang mampu untuk berulang alik ke rumah mu. Ya Allah berikanlah sedikit ihsan pada hambamu ini supaya dapat kembali ke Tanah suci itu. Sesungguhnya aku amat merindui bumi Madinah, Masjid Nabawi yang tersergam indah di dalamnya ada jasad seorang Rasul dan 2 sahabat yang dijamin syurgaMu, Raudhah taman syurga, Mekah Tanah haram, Baitullah tempat tawaf yang mulia. Safa dan Marwah memberi kekuatan, bukit-bukit  dan padang pasir di Tanah Haram dan segala isinya . Jemputlah kami Ya Allah..Berilah aku sekali lagi peluang memperbaiki Umrah ku yang lalu.Aku ingin menyentuh Kaabah itu dan aku mengenali dan mengingati setiap posisi Kaabah itu . Aku ingin merasa pengalaman mendaki Gua Hira seperti saudaraku yang lain.   Aku tak mahu lalai lagi, akan ku cuba tidak memanjakan diri, Tidak akan lagi buang masa dengan perkara yang sia-sia sedangkan aku tahu masa di sana terlalu suntuk. -_-
Ya Allah..perkenankanlah.. Amin..
 
 
 
 
Entri panjangkan? Terima Kasih sudi baca:)

Sunday, July 14, 2013

Masjid Quba > Bukit al rumah > Jabal Uhud

Assalamualaikum

Hari kedua di Madinah kami dibawa ziarah masjid Quba iaitu masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah swt dimana rasulullah sendiri turut serta membina masjid Quba dengan mengangkat batu batu dan pasir bersama para sahabat.

Al-Syimus binti al-Nu’man r.ha menceritakan:
“Aku melihat Rasulullah SAW ketika membina masjid ini (Masjid Quba). Baginda memikul batu bata di atas belakang sehingga bongkok tubuhnya. Debu-debu dan pasir-pasir penuh di tubuh dan bajunya. Apabila salah seorang sahabat meminta untuk mengambil bebanan itu daripadanya, baginda enggan. Sebaliknya menyuruh mereka membawa bebanan lain sepertinya.”

Betapa mulianya hati seorang nabi Allah. Rasa terharu kerana diberi peluang untuk solat di dalamnya. Kami diberi masa oleh mutawif untuk solat tahiyatul masjid di masjid ini.
masjid Quba

mutawif dari uni Madinah..Makteh macam berkenan nak buek menantu..hehe..

stylista n unic.Jemaah dari Indon kot:)

luar masjid..


Masa mula masuk ke ruang solat wanita, pengawal wanita di pintu masuk menyuruh kami solat di tingkat atas. Aku berdua dengan sepupu solat dibahagian atas manakala saudara yang lain solat di bawah. Ingatkan kat atas jemaahnya ramai, tak sangka pulak suasana kat atas memang tersangat tenang, so kami mengambil kesempatan untuk buat solat tahiyyatul masjid, solat sunat dhuha dan solat sunat taubat. Sebaik keluar dari masjid, mereka yang lain memang tengah menunggu kami. Then sebelum menuju ke bas, sempat la kami merakam beberapa gambar untuk kenangan.  
"Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya,ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah Umrah"

tak ramai orang kat bahagian atas.


Kemudian kami di bawa ke beberapa buah masjid lain antaranya masjid Qiblatain, Masjid Tujuh,Masjid al-Jumuah, Masjid al-Musalla dan Masjid al-Syajarah. Itu pon sekadar melihat dari dalam bas sahaja. Setiap masjid ada sejarah tersendiri.

Sejarah Masjid Qiblatain menurut Ibn Saad meriwayatkan:
Apabila tiba waktu solat Zuhur Rasulullah saw bersolat di masjid di sebuah perkampungan, Sedang baginda berada di rakaat kedua solatnya, turun wahyu daripada Allah swt memerintahkannya agar menukar arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidilharam. Baginda terus berpaling mengadap ke arah Kaabah. Maka masjid itu diberi nama Masjid Qiblatain (2 kiblat) berdasarkan peristiwa tersebut.

PERANG UHUD

Mesti ramai yang dah tahu sejarah perang uhud kan? Terus terang aku cakap, aku pernah dengar kisah perang uhud tu pon belajar masa kat sekolah agama bab sirah pastu lupa akibat dimamah usia. huhu..Manusia memang mudah lupa. (aku la manusia tu.) Bila balik Malaysia aku cari buku sejarah Mekah dan Madinah. Ya Allah menitis air mata mengenang pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dalam memperjuangkan islam. Nasihat aku yang tak seberapa ni untuk kawan kawan sekalian, carilah masa untuk baca buku  sejarah Islam bagi mengenang dan menghayati pengorbanan Rasulullah , para nabi terdahulu dan para pejuang Islam. Aku yakin korang pasti merasai sesuatu. Bacalah!:(

Bukit Al-Rumah (bukit pemanah). Gambar Bukit Uhud takda sebab tak panjat..

Bukit al-Rumah ini terletak berdekatan dengan Bukit Uhud, di celah-celah di antara kedua-duanya terletak perkuburan syuhada dalam peperangan Uhud di mana mayat Saidina Hamzah r.a dan pejuang pejuang Uhud yang lain disemadikan. Ya Allah mengalir air mata bila baca sejarah peperangan uhud.
Rasulullah mengalami kecederaan di kepala dan muka di samping gigi depannya patah dan bibirnya luka. Darah membasahi wajah dan mengaburi pandangannya menyebabkan Baginda terjatuh ke dalam lubang lalu rebah dan luka di lututnya. Baginda juga jatuh pengsan beberapa kali. Namun tidak sedikit pon melemahkan semangat Baginda.

Pertempuran pertama tentera Muslimin dapat mengalahkan tentera Musyrikin yang jauh lebih ramai jumlahnya. Tetapi pada pertempuran kedua berlaku kesilapan dan kekalahan tentera Muslimin.Sedih bila baca sejarah perang Uhud ni.

Allah SWT berfirman:
"Janganlah kamu menyangka bahawa mereka yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki daripadaNya" - (Surah Ali-Imran 3:69)
perkuburan syuhada Uhud
"Salam sejahtera ke atas kamu di atas kesabaran kamu dan nikmatilah sebaik-baik tempat tinggal (syurga).

" Jika kamu melihat kami beroleh kemenangan, jangan sekali-kali turun kepada kami dan jika kamu melihat kami dibunuh pun, jangan cuba turun untuk menolong kami,. Jangan tinggalkan tempat kamu itu sekalipun kamu melihat tentera Islam dipatuk (dimakan mayatnya) oleh burung-burung."

cool tak?macam2 ada sini..





Kemudian kami singgah di satu tempat tapi tak pasti apa nama tempat ni yang lebih kurang macam pasar. Di luar ada jual pelbagai jenis perfume arab. Bila masuk dalam jer, masyaallah meriahnya suasana. Ada macam-macam jenis kurma yang boleh rasa kat situ jugak dan lambakan coklat di jual dengan harga yang murah belaka. Nampak jer coklat yang murah terus amik plastik kaut coklat dengan penuh rakus Tak silap aku beli 2 kilo dalam SR60 kot. Beli untuk family &kawan-kawan di Malaysia juga. :)

minum teh di pintu masuk.. Nak tau tak rasa teh arab tu caner?

bukan gambaran sebenar..

agaknya ni teh herba kot?

Alhamdulillah..ziarah yang penuh bermakna:)

Wednesday, June 26, 2013

Mencari Hati

Assalamualaikum..
 
"Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama, sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak ditemui, carilah ketika kamu mengerjakan solat. Jika tidak ditemui juga, carilah ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak ditemui juga, maka berdoalah kepada Allah dan pintalah hati yang baru. Kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak mempunyai hati.” Imam Al-Ghazali
 
 

Saturday, June 22, 2013

Ziarah Luar : Ladang Kurma Bani Hashim

Assalamualaikum

Madinah memang terkenal dengan pokok tamar. Tamar yang terkenal adalah tamar nabi atau tamar 'ajwah'

Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa makan tujuh biji tamar 'Ajwah pada waktu pagi, nescaya racun dan sihir tidak akan memudaratkannya pada hari itu". 

Kami dibawa oleh mutawif yang berasal dari Acheh ke Ladang Bani Hashim. Dari hotel ke Ladang Bani Hasyim tidak begitu jauh. Apa yang seronoknya, semasa di Ladang, ustaz dan juga merangkap mutawif memberi tazkirah yang panjang lebar tapi best berkenaan sejarah ladang bani hashim, sejarah kurma ajwa, dan random sampai kami boleh gelak gelak sakan. Memang sempoi la ustaz ni.





Macam-macam jenis kurma dijual disini. Memang rambang mata la bila tengok kurma-kurma yang sihat sihat belaka tu. Sebelum beli wajib la rasa dulu, before ngap tu mintak izin la dulu dari penjual. Kalau dia senyum cakap halal so dipersilakanlah makan dengan penuh sopan santun yer.Ingat kita orang Malayzia, budi bahasa budaya kita ye dak?:)
 
kurma, buah zaitun.kismis,kacang pon ada dijual disini.

terus makan tu..
  
just nak tunjuk pokok kurma jer..heee

Sebenarnya nak share apa yang ustaz sampaikan tapi aku tak reti nak susun ayat. Apa yang aku boleh share kat sini, jom lah sama-sama kita belajar mencontohi cara hidup nabi muhammad saw contohnya cara nabi makan, minum. Bila ustaz cakap baru tersedar, selama ni kalau makan nasi guna tangan, bila nak cedok lauk lain aku guna tangan kiri sebab taknak sudu lauk tu jadi kotor nanti orang tak selesa pulak nak guna. Actually ada cara lain, boleh guna tangan kiri pegang sudu tu, tapi perlu dialas dengan tangan kanan jugak. Kedudukan tangan kanan dibawah tangan kiri. Takde gambar, korang just imagine je la erk.

Bulan ramadhan nak dekat ni, nak beli Yusopp taiyoobb.muaheee. Bestnya bulan puasa di Mekah/ Madinah memang kat masjid tu kenduri kurma la jawabnya.
 
Terima kasih sudi baca.:)
 

Monday, June 3, 2013

Pengalaman pertama niat ihram di Bir Ali



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Selepas 5 hari di madinah kami bertolak ke Mekah..

Dari Madinah dah bersiap-sedia dengan pakaian ihram.. Bas dan van coaster meninggalkan kota bercahaya Madinah menuju ke tempat miqat Bir Ali.


Bir Ali tak berapa jauh dari Madinah.Tak sampai sejam perjalanan pon. Masa nak turun dari van dah rasa berdebar-debar.. ye la first time nak niat ihram..bila dah niat ihram kita dah terikat dengan perkara yang dilarang semasa ihram.

Kami ambil wuduk kemudian terus menuju ke masjid..jemaah tak la terlalu ramai sebab masih ada ruang kosong untuk kami solat tahiyattul masjid dan niat ihram..

Niat ihram..
Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya. Sekiranya aku terhalang oleh sesuatu halangan syarak yang tidak berupaya meneruskannya, maka aku bertahalullah ketika itu kerana Allah Ta`ala.”
Ya Allah..bayangkan nak niat pon rasa berdebar..Kami yang perempuan ni berkumpul dan niat ihram bersama.. Selepas semua rombongan selesai  niat ihram bermula perjalanan menuju ke tanah haram..

Memandangkan dalam van tu hanya ada keluarga kami termasuk driver iaitu seramai 12 orang, kami sepakat bertalbiah sepanjang perjalanan. Yang perempuan tak boleh la nak baca kuat-kuat sebab jaga aurat suara katanya..:)


Berbeza benar highway Malaysia dengan Arab..Sepanjang jalan padang pasir..gurun , tanah gersang..Supaya tak buang masa dengan tidur kami berkongsi cerita pasal sejarah mekah,kisah nabi ibrahim, siti sarah dan siti hajar.. Dengan highway padang pasir , bukit,gunung everything serba hitam and coklat mula la terbayang kehidupan zaman nabi nabi..pengorbanan dan penghijrahan.:, (



Bila dah takde modal nak bercerita sambung balik bertalbiah..Mata curi-curi tidur sebab sape yang tidur confirm kena candid camera tapi mana tahan 6 -7jam dalam van dengan highway yang sunyi ofcourse terlelap jugak.. Aku salute dengan dorang yang lain sebab mampu bertahan tak putus bertalbiah..Bayangkan lah dalam keadaan teramat mengantuk dengan mata terpejam tetap teruskan bertalbiah walaupon volumenya makin lama makin ciputttt.;)


Dalam van sempat bersembang pasal driver pak arab tu..Lantak la kalau dia dengar bukannya dia faham pon..hahaa..bawa van macam nak terbalik van pastu cakap dalam telefon punyalah lama..sepupu cakap dia sembang dengan girlfren la tu..Memang rock la dia bawak van. Sampai kaki naik atas dashboard. Haa! cer bayangkan rock tak rock.Nampak jer kasar tapi sebenarnya dia baik jugak orangnya..Kadang tu dia membebel sebab dia tak suka menunggu lama.. Kami ni kan tak faham bahasa arab so layan  jer dia membebel..Kitorang apalagi pecah gelak la..

Berhenti di R&R untuk untuk berehat..Tempat dia tak la mewah macam kita sebab tu kan padang pasir.. kat situ memang ramai jemaah berkumpul.. Ada nampak jemaah yang hisap rokok.. Aikk..pokcik merokok tak termasuk perkara dilarang dalam ihram ke?????..





Ni sempadan tanah haram dan tanah halal..Bila kakak sepupu bagitau jer kita dah masuk kawasan tanah haram jantung berdegup makin kencang..hati berdebar..dupdapdupdap..


Baca doa memasuki Kota Mekah.. 
"Ya Allah sesungguhnya Tanah Haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya semuanya kepunyaanMu, hambaMu ini telah datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk, daku pohonkan kepadaMu sebagai permohonan orang yang sangat berhajat kepadaMu dan takut kepada azabMu supaya Engkau terima daku dengan limpahan kemaafanMu dan masukkanlah daku ke dalam kawasan syurgaMu, Jannatun Naim,  

Ya Allah sesungguhnya ini adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulangku dari api neraka.  

Ya Allah amankan daku dari azab Engkau di hari Engkau membangkitkan hamba Engkau. Aku memohon dengan Engkau kerana Engkaulah Allah yang tiada tuhan melainkan Engkau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, kerana Engkau berselawat dan mengucapkan selamat sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda sebanyak-banyak, selama-lamanya.

Tercari cari masjidilharam..Dari jauh dah nampak menara jam itu tandanya dah dekat dengan Masjidil Haram..Jantung bergetar lagi..


Pukul 10 pm sampai hotel..check in hotel dan menunggu rombongan bas yang belum sampai lagi untuk buat umrah bersama..


Perjalanan yang panjang penuh dengan debaran.. Akhirnya sampai juga Mekah al Mukarramah..

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved