Susah nak jumpa laki yang tak merokok | Suri Raudhah

Sunday, September 22, 2013

Susah nak jumpa laki yang tak merokok

Assalamualaikum wbt

Yes, I knew this is sensitive issue  but I just want to voice out my opinion about this matter. So guy yang terasa I feel so sorry. Actually, ada satu hari tu terkeluar, isu pasal jodoh between me and my colleague. Just mention him as Mr. M. Mr. M cakap aku ni high test..! Haaa.. Laju laju aku cakap mana ada. Siapa la saya ni nak high test high test bagai. Pastu mula la, blablabla.. Mr. M cakap tak de orang yang sempurna dalam dunia ni. No! i'm no looking for perfect guy because i'm not perfect too.



Bukan mengharapkan teman setampan Yusof,
Sebab saya bukan Zulaikha
Bukan mengharapkan teman seteguh Ibrahim
Sebab saya tak sekuat Siti Hajar
Bukan mendambakan teman hidup bak Rasulullah
Sebab diri tak sehebat Siti Khadijah
Tak pernah bermimpi
Malah tak tercapai untuk digapai...
I realize about this..and I really understand it.
Pernah bersembang dengan Mr M (he's married ok) then laju je mulut ni tercakap "saya nak cari yang tak merokok!. Sejak hari tu, ada je Mr. M sakat sakat pasal calon  jodoh ni. Kat ofis dah biasa dah bab sakat menyakat ni. Layan kan jer and anggap dorang nak release tension tu la dorang rajin menyakat and selalu buat lawak sengal.

Berbalik pasal Mr. M. Statement ni keluar sendiri dari mulut dia tau. Katanya sekarang susah nak jumpa laki tak merokok. Memang ada tapi susah la nak jumpa. Dia yang cakap camtu. Dulu dia pon merokok tapi sekarang dah berhenti selagi mampu bertahan dengan godaan sebab pernah sakit dada yang teruk. So aku dengan hampanya dalam hati "Tu la saya tak kawen kawen lagi sebab tak jumpa lagi si dia yang tak merokok. huhuu.alorhhhh..-_-

Bukan aku nak melabelkan orang yang hisap rokok ni tak baik ke apa. Tapi kalau boleh, bila aku serius nak kawen nanti biarlah my husband tu jenis tak merokok sebab aku memang tak tahan bau rokok. Tak kisah la korang nak cakap aku ni kolot ke, tak urban ke hape, tapi ni pasal diri aku. Diri ni yang kena hidup dengan dia. Aku tak sanggup nak jadi isteri yang menyakiti hati suami semata nak suruh dia berhenti rokok. Aku faham nak berhenti merokok tersangat susah. I try to put myself in their shoes. Tabiat yang kita dah buat bertahun tahun pastu nak stop otomatik memang la susah kan.

Takkan hari hari nak membebel dengan laki suruh dia berhenti merokok. Merokok tak elok untuk kesihatan, cepat mati and bla blablabla..
Takkan hari hari nak cakap abang sayang, nak merokok sila merokok kat luar
Penat kot..
Silap cakap boleh jadi gaduh kot.
Pastu hati tak tenang
Relationship jadi tak seronok.
Matlamat perkahwinan yang utama adalah untuk mendapat ketenangan jiwa
Jika hati tak tenang dengan pasangan camna nak jadi rumahku syurgaku

**with serious face..

Bagi aku laki tak merokok itu tersangat cool
Sebab dorang boleh tahan godaan
Biarlah orang cakap dorang skema pon
Tapi skema tu kan unik.
Tak perlu nak nampak macho dengan merokok
Pastu bila orang lalu sebelah korang then dia tutup hidung sebab tak tahan asap korang boleh buat muka betapa annoyying nya this girl. Gedik je lebih nak tutup tutup hidung..bajek bagus la tu.
Tahu tak bau asap rokok tu busuk!

وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (2:195
2:195: And spend [freely] in God's cause, and let not your own hands throw you into destruction; and persevere in doing good: behold, God loves the doers of good.

Tak kisah la korang nak bagi alasan  hisap rokok je pon bukannya hisap dadah.
Tapi aku memang alergik dengan asap rokok
Ayah aku pernah merokok,
Tapi dia berhenti merokok lepas ada anak anak.
So aku tak pernah  tengok ayah merokok
Adik aku perokok
Tapi dia tak pernah merokok dalam rumah
Bila dia nak merokok dia keluar rumah, bila kantoi kat luar dia cepat cepat sorok.
Padahal umur dia tu dah tak kisah dah nak merokok lantak ko la.
Mungkin atas rasa segan and hormat dengan kitorang tu yang dia tak merokok depan kami.
Tapi aku harap, satu hari dia boleh jadi macam ayah.
Ayah punya hati dan semangat yang kuat
Ayah pernah cerita, dia sanggup berjoging tiap pagi kat titiwangsa sebab nak tahan merokok
Tak nak merokok
Even masa muda ayah ni bukan jenis kuat agama
Tapi semangat ayah kuat untuk berubah
Akhirnya, ayah jadi seperti ayah kami hari ini
Ayah yang sentiasa membuat kami tersentuh
Ayah yang bilamana aku teringat pengorbanannya membesarkan kami buat aku menangis
Mengalir air mata bila teringat cerita ayah mengenai pengalaman dan kesusahan masa mudanya
Kadang kadang aku tertanya tanya
Aku sayang ayah lebih ke dari mak?
Dan aku yakin mak akan faham.
Mak beruntung dapat ayah.
Tapi aku...?
Adakah si dia yang macam ayah dijadikan untuk aku
Ishhh.. ayah tetap ayah..dia tetap dia..
Mana boleh dibanding bandingkan.
Doa ku padaMu
Sudilah kiranya Kau menghadiahkan ku si dia yang tidak mendekati perkara sia sia itu
Ya Rabb
Malu sebenarnya nak meminta-_-

Bagi setengah orang maybe this is small matter. No issues here
For me yes, this is a serious issue to talk about.
Tak kisah la apa orang nak cakap
Aku tahu apa yang aku nak dalam hidup
Semua mengharap yang terbaik dalam hidup, So do I
Andai berlaku atau dapat yang sebaliknya itu ujian
Tapi masih ada harapan lagi untuk mengelak kan? (*blinking eyes*)
Yahyaa ibn Mu’aadh said:“The medicine of the heart is five things: reading Qur’aan and pondering the meaning, having an empty stomach, praying at night (qiyaam al-layl), beseeching Allah at the time of suhoor, and keeping company with righteous people.”
Para lelaki yang bijak lagi budiman,
Korang nak tahu tak
Ramai perempuan di luar sana berharap berjumpa lelaki cool yang tak merokok
Ramai isteri isteri yang menyimpan impian supaya suaminya berhenti merokok
Hasrat yang terpendam
Bila diluahkan  pada si suami hanya seperti angin lalu
Tapi percayalah, betapa bangganya seorang isteri apabila memberitahu kawan-kawannya suami dia tak merokok!
That's true. Believe me..:)



Maaf kalau ada yang terasa..and thank you for reading:)

8 comments:

  1. tak dinafikan sangatlah susah nak jumpa yang tak merokok sedangkan tunang saya sendiri pun kadang2 merokok sebab tension atau pening masa memandu. hm tu lah gayanya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeup..kwn sy yg laki pon cakap memang susah nk jumpa.Takpe kadang2 tu mana tau boleh stop terus kot lepas kawen..hehe..


      p/s:ohhh baru tau..laki yg merokok masa drive tu maknanya dorang tengah tension n pening la yer.mmm ok:)

      Delete
  2. eh, ade jer lelaki yang tak merokok, contohnya kawan seopis saya, ada tujuh orang yang tak merokok.. termasuklah saya.. kakakakka... ayah saya tak merokok, adik saya pon tak merokok..

    Mungkin kat kawasan cik Raudhah semua lelaki hisap rokok kot... hua hua hua

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba baca balik ayat yg bold kat atas tu.. 'susah nak jumpa laki tak merokok. Memang ada tapi susah la nak jumpa'..Sepatutnya sy buat tajuk entri "Susah Nak Jumpa Calon Suami Yang Tak Merokok" kot..hahaaa..Sebab yang tak merokok majoriti dh berpunya..hehee... gurau..:)


      p/s:en ojinnnn x merokok?finally jumpa jugak :)..Tp mcm pernah trbaca entri blog en ojinnn yg lepas2 sepertinya mcm ada keraguan yg munasabah la pasal pengakuan en ojin tu...ehee

      Delete
  3. dua orang adik ipar saya tak merokok untung betul adik-adik saya. almaklum la kitorang ni semua keturunan semput dan tak tahan bau asap rokok. arwah ayah saya penghisap rokok tegar. baru-baru ni pegi rumah pak cik dia pun baru berhenti merokok sebab tiba-tiba jatuh sakit. insha allah, harapnya saya pun dapat la jodoh yang beriman, rajin dan tak hisap rokok. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..amin ..hopefully dpt yg mcm tu la yer:)

      Delete
  4. Hehe kita boleh doakan yg terbaik. Lagpun mencegah lebih baik dari merawat nanti :)

    Bagi yang dh terjebak, jgn risau Vivix Shaklee mampu membantu anda mengurangkan dan stop terus dari ketagihan rokok.

    hehe sekadar perkongsian. kalau free singgah la ke blog akak ye. Banyak lagi info menarik :)

    ReplyDelete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved