Assalamualaikum.
Mesti ramai dah baca kisah detik terakhir seorang insan yang bernama Siti Hajar di Fb, blog dan akhbar kan.? Kisah beliau dimuatnaik ke blog Nur Nadia sahabat arwah. Menurut ibu arwah tidak ramai dapat menziarahinya, maka ibunya berkongsi keadaan Siti Hajar dengan Nadia melalui SMS kemudian atas permintaan arwah sendiri supaya pengalamannya menerima bantuan Allah sepanjang terlantar di hospital dikongsi bersama orang lain sebagai dakwah terakhir yang dapat disampaikan sebelum meninggal.
Ingin aku berkongsi disini supaya kisah beliau akan menjadi pengajaran dan peringatan untuk diri ini juga. Kita tak tahu apa akan jadi pada hari esok dan sekurangnya bila satu hari apabila kisah ini berlalu, rentetan ini akan terus tersimpan disini kerana ketabahan dan redha arwah menerima ujian Allah tersangat menyentuh hati. Tertanya juga dihati kecil, mampukah aku redha sepertinya dan bersediakah untuk mengadap-Nya andai telah tiba masanya nanti.?Takda jawapan!
Mesti ramai dah baca kisah detik terakhir seorang insan yang bernama Siti Hajar di Fb, blog dan akhbar kan.? Kisah beliau dimuatnaik ke blog Nur Nadia sahabat arwah. Menurut ibu arwah tidak ramai dapat menziarahinya, maka ibunya berkongsi keadaan Siti Hajar dengan Nadia melalui SMS kemudian atas permintaan arwah sendiri supaya pengalamannya menerima bantuan Allah sepanjang terlantar di hospital dikongsi bersama orang lain sebagai dakwah terakhir yang dapat disampaikan sebelum meninggal.
Ingin aku berkongsi disini supaya kisah beliau akan menjadi pengajaran dan peringatan untuk diri ini juga. Kita tak tahu apa akan jadi pada hari esok dan sekurangnya bila satu hari apabila kisah ini berlalu, rentetan ini akan terus tersimpan disini kerana ketabahan dan redha arwah menerima ujian Allah tersangat menyentuh hati. Tertanya juga dihati kecil, mampukah aku redha sepertinya dan bersediakah untuk mengadap-Nya andai telah tiba masanya nanti.?Takda jawapan!
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan
telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka.
Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad
ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan
segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak
mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma
utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1
tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik
sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun,
lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula
sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu
disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan
kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap
kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar
negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami
lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang
dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang
datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau,
ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak
tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan
bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata
sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura
kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati
dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang
mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari
Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga
RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum .
Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan
hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati,
asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan
bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam
zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia
segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan.
Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2
lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di
merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan
solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar
.
Lawatan Naib Canselor,
memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin
kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia
sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman
mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak
stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata
peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar.
Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya
oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang
menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini,
kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu
motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk
mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada
Allah.
Sebelah petangnya, Hajar
di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan
sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan
kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh,
dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan
pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas.
Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri.
Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang
dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut
perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA
itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki
segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa
meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka
ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya
sekalipun.
Takada rahsia lagi. Dia
dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf
tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik
airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya
untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha.
Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan
bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade
hikmahnya.
Malam itu, sedang saya
membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada
SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam,
bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak
dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya
naif’
14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar
demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam
semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan
belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar
menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta
bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut.
Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang
menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir
lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh
keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua
berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah
malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg
teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya.
Stabil.
Bila dah tenang, Hajar
bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah,
pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali
kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak
tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya
dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam
panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula
menurun.SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami
saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan
cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar
lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat
sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia
jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya,
“Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati
kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur
kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai.
Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya,
sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja
nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih
tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan
kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam
berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding,
bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia
sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi
kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata,
“Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan
hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang
sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa
sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat
demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol
dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang
menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya.
Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape
tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya
tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum
air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak,
Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan
ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk
saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit.
Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur
di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram
kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya
bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon
terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti
dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat
yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang
untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak
seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu
besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak,
dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak
doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh
pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula
mengambilalih.
16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya
dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan
bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak
muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar
dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak.
Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan
tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia
suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti
siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah
ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat.
Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya
dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan.
Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi
je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak
muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik
Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar.
Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula
berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang
kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak
je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak,
kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan komputer yg lebih ringan untuk
akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak
panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi,
“Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan
makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah
cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”.
Angguk.
Walaupun perbualan itu
amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata”
Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah
izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan
berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya
kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan
ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak
akak”
Untuk adik2nya, dipesankan
agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan
kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang
banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg
tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya
minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah
ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.”
“Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu
dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam
meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan
Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis
qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin
Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan
perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu
pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus
besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada
kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.
Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang
terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat
tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan.
Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut
cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa
sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan
juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang,
kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni
hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering
sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab,
“beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal
harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor
pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk
menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula
rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa
semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu
saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak
pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah.
Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu
cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan
banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya
dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam
termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
“ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali
lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola
matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse
mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula
memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya
tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU
semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan
getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih
proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas
itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air
yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor.
Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti
berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak
prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di
dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat
sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas
dibedah.
Walaupun jantung dapat
digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin
pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu
terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus
mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tebukan kecil diperut untuk
mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar
diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak
dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani.
Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta
tempoh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir
dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi,
kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tebukan dilakukan diperut. Hanya
pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai
pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang
disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat
lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau
darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2
yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak.
Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan
Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi
semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga
boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami
perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah
dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar
usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar
diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami
Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut?
Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan
jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan
dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung
terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan
berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya
jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah,
kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor
menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami
tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah
cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan
mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya
sendiri.
Selepas itu, doktor terus
mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana
Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga
telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan
bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali
terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua
khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon
bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar
melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan
restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu.
Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20
tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan
akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA
ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin..
amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat
dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat,
pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan
terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam
seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati.
Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan),
turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur
menyayanginya
Takziah buat keluarga arwah..Al-Fatihah
xhbs bace lg air mata dh nk menitis..subhanallah
ReplyDeletemuda lg tp semangat dia agak mengkagumkan..tersentuh jg mula2 bc.
Deletekt awal xtersentuh... dah suku bce dh menitis air mata...aduhai..bdk ni ade fb ker?
ReplyDeletefb?x pasti la..cerita ni klu x silap kwn arwah tulis kat blog n fb dia. mak arwah ceritakan perkembangan arwah kat nadia thru sms.then nadia tulis dlm blog n tersebarlah kat dunia fb..tp kte x jumpa blog nadia tu lg..
Delete