Suri Raudhah: June 2014

Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan Al Mubarak 1435H


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni bersamaan 1 Ramadan 1435h..Syukur kita dah melalui hari pertama di bulan Ramadhan yang mulia ni.?First ramadhan kita camne..?Alhamdulillah hari ni tak terasa penat sangat..Tengahari memang panas terik tapi petang hujan..Walaupon petang tadi aku,mak dan kakak keluar dengan keadaan hujan agak lebat tapi titisan air hujan membuatkan hati rasa bahagia sebab memang mengharapkan turunnya hujan.. Setiap hari bila rasa peritnya panas, hati sentiasa merintih.. Ya Allah turunkan lah hujan..turunkanlah ya allah..
Alhamdulillah ramadhan yang pertama...Hujan rahmat...=)


Hari khamis yang lepas 3 hari sebelum Ramadhan ustaz ada pesan masa jamuan menyambut Ramadhan di Masjid Negara.. so kita nak share sikit kat korang ni ..

Kata ustaz...

Banyakkan membaca doa ini supaya kita sampai ke Ramadhan dan berpeluang membuat amal ibadah yang ganjarannya berlipat ganda..Ramadhan bulan keampunan...

اَللّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان

“Allahumma Ballighna Ramadhan”
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
(doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah menjelang Ramadhan)


Dan lagi..
Bila dah sampai di bulan Ramadhan banyak-banyak la bersyukur..Renung dan ingat balik ada orang yang tak berpeluang merasa Ramadhan kali ini.. So kita kena banyak la bersyukur..

Kata ustaz lagi
Yang ketiganya kita kena berazam supaya Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya..Contohnya dulu kita tak buat terawih penuh sebab sibuk dengan kerja atau anak-anak atau tak sempat tapi tahun ni azamlah supaya buat solat terawih penuh kalau tak dapat buat berjemaah kat rumah pon boleh buat  sendiri..Azam untuk khatam al-Quran dan sebagainya..

Semua dalam kelas senyap sepi..Ternyata kata-kata ustaz sangat menyentuh...

Lepas tu beramai-ramai baca surah yassin dan doa selamat..
Pastu makan..
Solat isyak
Sambung makan

Menu utama satay dan Mihun Singapore

Cepat-cepat bergambar dengan ustaz sebab pukul 10 malam ustaz dah nak gerak balik putrajaya..Bila ustaz balik anak murid sambung makan sampai kenyang..hehe..

Dikesempatan ini kita nak minta maaf jika ada salah dan silap terkasar bahasa terguris rasa..Semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya..In shaa Allah..

#Terimakasihsudibaca# 

Saturday, June 28, 2014

Tergoda dengan blog dari Dapur Madiha..



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Aku ada seorang kawan..Dia ni tiap kali aku lalu kat tempat dia mesti nampak dia tengah tengok gambar makanan. Masa kerja tengok gambar makanan, masa tak kerja lagi la..Time makan pon boleh layan jugak la gambar makanan. Biasa dia tengok kat blog,fb,instagram la.

Pastu wallpaper dia besar-besar dia letak gambar asparagus cicah dengan mayonis tak silap..Full screen lagi.. Pastu aku mula pelik banyak-banyak makanan yang sedap kenapa nak letak asparagus cicah cheese.. Sayur tu memang nampak menggoda,hijau dan segar bugar..Boleh dapat rasa la kerangupan dia dari pandangan pertama..heee..


Nak jadi cerita..satu hari ni kat ofis, time tu memang tersangat lapar sampai nak buat kerja kira-kira dah rasa kepala ni keluar bintang-bintang.. *$%^&^^.Tak nampak dah segala nombor kat PC tu. Stok makanan yang ada buah cranberi kering jer pon..Nak buat air panas memang tak rajin lagipon aku ni pencinta air putih yang tegar..hehee. Disebabkan rasa kelaparan yang meluap-luap sambil buat kerja mengira tu aku pon google blog yang ada makanan sedap-sedap.. Pastu aku teringat kawan aku baru tunjuk blog sorang blogger ni kata kawan aku dia pernah beli apam polkadot dengan blogger ni.. Blogger ni pandai buat apam bentuk ladybird..=)

So aku pon terus teringat nama blogger ni then sampai la ke blog Dari Dapur Madiha..Aku jelajah semua resepi yang ada.. Yang paling bestnya ofcourse la tengok gambar semua makanan tu.. Serius hilang  semua bulan bintang kat kepala otak yang berpinar tadi.. Definitely that is one of the good therapy i guess.


Banyak-banyak resepi yang ada kat situ my favourite mestilah ayam masak merah..Lama aku tenung gambar tu sambil membayangkan kesedapan rasanya..


Disebabkan aku suka sangat dengan ayam masak merah makanya bila ada kenduri aku selalu mengharapkan ada menu ayam masak merah kalau tak de rasa macam ada 'sesuatu' yang hilang jer.


Resepi baru yang tiba-tiba rasa membuak-buak nak cuba adalah Takoyaki..Aku jenis yang suka makanan bersos dan takoyaki dari resepi blog Madiha ni sepertinya ia boleh dimakan dengan sos bersama mayonis. Aku belum pernah makan Takoyaki lagi dan agaknya bagaimana rasanya..Sedapkah? Lagi satu Takoyaki ni sama ke dengan Tako Tao yang dijual kat SOGO dan Jusco Midvalley tu?Kalau sama aku tak jadi nak cuba la resepi ni..hehee:)


Menjelang Ramadan ni sudah semestinya aku akan makin kerap berkunjung ke blog Dari Dapur Madihaa. Mesti akan ada hidangan baru yang sedap-sedap untuk menu berbuka. Kadang-kadang bukan nak cuba buat resepi tu pon just suka tengok gambar makanan yang sedap-sedap tu jer..=) 

Owh yer..Selain dari blog Madiha aku selalu jugak bukak blog my resepi..Memang blog tu tersangat sedap.. Makin lama tengok makin membuai-buai rasa betapa nikmatnya dunia..hehee.Selain dari dua blog tu ada blog lain yang bertemakan makanan sedap-sedap lagi ke?Kalau ada meh la share link kat sini..

Sekarang aku pon dah jadi macam kawan aku tu..Suka tengok gambar-gambar makanan cuma belum tukar gambar wallpaper kat pc jer almaklumlah minggu depan dah puasa nanti makruh pulak tenung lama-lama..hehee..

Alahaiii.....

#Terimakasihsudibaca# 

Sunday, June 22, 2014

Stop from doing lawak poligami please!!


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..


Agak kurang senang dengan sikap segelintir lelaki yang suka bergurau untuk berpoligami.Walau HANYA BERGURAU..=.=

Agaknya apa perasaan si isteri jika mendengar suaminya berkata begitu??...huhhh!

Tak kisah la orang nak cakap alorhhh dia bergurau jer tu..buat tak berani dia kan takut bini tapi bagi aku takde lawak lain ke nak buat selain lawak teringin nak mama baru tu erk.?Kalau sayang dan ada rasa hormat dengan isteri, tak mungkin lelaki tu boleh terfikir macam tu even niat melawak pon.Cer rasa bila si isteri tu pulak cakap bestnya kalau dapat bos hensem tu..bujang lagi..agaknya si suami apa rasa? Ke takde perasaan..hahh!! Tapi andai kata si isteri dan si suami pon takde apa perasaan dan anggap it's just joking...for fun..So, its okay go ahead..tu namanya mereka memang dah ditakdirkan hidup bersama sehati sejiwa la tu..Ok fine.!

Tapi aku memang tak senang bila dengar lelaki bergurau bab poligami ni..Maaf cakap la kadang-kadang dikalangan ustaz pon sama..Aku ada sorang kawan yang aku rasa tak pernah dengar pon dia gurau pasal nak tambah satu lagi walaupon kawan-kawan laki lain dok sibuk joking teringin nak mama baru..Walhal dia jenis haru (biru) jugak...heee. Tang tu aku respect dia.

Tapi kalau memang lelaki tu dah berpoligami tak jadi hal la..upsss..aku tak nak sentuh bab poligami aku just nak heran pasal lawak poligami yang menjengkelkan jer..:)

*frankly speaking i'm not the one who anti poligamy..*

kononnya macam situasi ni la..=)

Ustazah: "Saya tak pernah tolak hukum poligami."
Jemaah Lelaki: "Wah, hebat Ustazah!"
Ustazah: "Saya tak pernah melarang para suami nikah lagi."
Jemaah lelaki: "Wah, benar-benar top Ustazah."
Ustazah: "Yang penting........"
Jemaah lelaki : "Yang penting...adil eh Ustazah?"
Ustazah: "Bukan. Yang penting, bukan suami saya!!!
Jemaah perempuan : "Betul!!!"
Hehee..pastu ustazah pon buat peace sambil senyum kenyit mata.. ;)

Tetiba pulak terbaca beautifulnara yang memang serius takde kaitan dengan tajuk utama yer..Cuma nak bagitau semua gambar tu cantik-cantik belaka..Pasni kalau ada kenduri nak panggil THE PHOTOLICIOUS..Kalau mampu..hehe..









Gambar ni sangat klasik..Terpikat dengan kecomelan baby Sarah Ashraf..:)


Amik sikit jer dari beautifulnara..Dulu tak minat pink tapi serius combination pink and blue memang gorgeous..:)

#Terimakasihsudibaca# 


Monday, June 16, 2014

Doa dan amalan untuk pulihkan rabun mata |Part II


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Sebelum ni aku ada share petua dan doa untuk pulihkan rabun mata. Secara jujurnya pada mula-mula dapat petua tu semangat bukan main berkobar-kobar lagi nak amal tapi lama-lama dah jadi malas nak makan carrot hari-hari..Tak sempat nak beli,lupa nak beli, busy memanjanggggggggg.. Memang tak istiqamah jadinya mana nak jadinyer ye dak?

Even aku tak buat amalan makan baby carot hari-hari tapi aku still amal doa ni dengan harapan mata yang malap ni kembali cerah.. Then bila dah cerah, aku insaf pasni nak jaga mata elok-elok, nak belai dan jaga dengan penuh kasih-sayang..Bila nikmat tu dah hilang baru la sedar kenapalah dulu kita tak hargai dia...:(

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬
 
Lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat. {Surah Qaf, ayat 22.}

Dulu masa tak rabun sibuk nak try spec orang.. Pastu berangan bestnya kalau pakai spec konon pakai spec ni nampak macam budak pandai-pandai la masa sekolah dulu..Pastu suka tengok laki yang pakai spec kononnya nampak educated and smart la kan..hah!! betapa naif..

Sekarang ni bila dah kena pakai spec..baru tahu betapa lecehnya nak pakai spec..tudung mengembang.. tak suka..tak suka sambil buat muka kecewa. -_-
" Tak selesanya..
"Dushhhhh!

Pastu bila tak selesa plus tak yakin dengan muka sendiri bila pakai spec tukar la pakai contact lens.. Makaihhh lagi leceh pakai contact lens lagi-lagi mata aku jenis yang tersangat sensitif. Contact lens pon kena pilih yang jenis untuk mata sensitif. Selalu beli kat SOGO sebab kat tempat lain tak jual brand yang sama aku pakai. Dah kena spend duit nak beli contact les dengan solution bagai..Bila pakai contact lens ni kebersihan memang tak boleh abaikan. Dulu masa mula-mula pakai berapa kali dah kena infection sampai kena pergi klinik. Memang azab sangat. Tapi sekarang dah biasa but still lagi mengharap betapa beruntungnya kalau mata ni tak rabun..Dah penat nak pakai lens hari sampai satu masa tu terfikir nak buat lasik dengan Prof Muhaya pastu mengenangkan RM7k melayang pastu ngeri pulak nak operate mata terus tak jadi nak fikir..T__T


Bila aku dapat amalan ni mata terus bersinar penuh harapan. Aku baru amalkan beberapa minggu. In shaa Allah nak kena istiqamah..Syaratnya kena amal selepas solat fardhu.. Tapi kadang-kadang bila aku solat kat tempat terbuka aku segan nak buat depan orang.. So kena pandai-pandai la cari peluang..

Amalkan selepas baca doa solat fardu..
1. Genggam kedua tangan dengan kedudukan ibu jari menghadap mata
2. Selawat 3x
3.Baca lailahaillallah nurul ain muhammadurrasulullah qurotuain dengan dimulai dengan bismillah sebanyak 3x
4. Hembus kat genggaman tangan tadi. (genggam dengan kedudukan ibu jari kiri kanan menghadap mata)
5. Ambil kedua ibu jari tadi sapu ke mata 3x. 
   (seolah kedudukan kuku mengenai bahagian kening, bawah kuku diusap ke mata
6. Genggam semula tangan dengan kedudukan ibu jari menghadap mata
7. Baca  doa dibawah sebanyak 3x didahului dengan bismillah

{Surah Qaf, ayat 22}فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬ 
8. Hembus pada kedua genggaman ibu jari tadi.
9. Sapu ibu jari yang dibaca doa tadi ke mata sebanyak 3x.
10.Yakin dalam hati semoga Allah beri kesembuhan. In Shaa Allah.

Mudah jer sebenarnya, cuma rajin tak rajin amal jer..Dalam tempoh 5 atau 6 bulan cuba la tengok hasilnya..Kalau ada perubahan kita share yer..;)
    
Kalau nak tengok demo boleh tengok video ni..(muka ustaz ni macam familiar tapi tak tahu nama.anyone knows?)


Ok..silalah mencuba..Usaha tangga kejayaan;)
Petua Pulihkan Rabun Mata|Part 1

#Terimakasihsudibaca#

Sunday, June 8, 2014

Bila mata bertentang mata..kita malu..(^_^)


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Pernah dengar orang cakap kalau seseorang tu, bila bercakap mata dia tak pandang dengan mata orang di depannya maknanya orang tu lack of self confidence erk? Tapi biasa dengarkan jagalah mata dari pandangan dunia..

Ok!Aku mengaku yang aku tak boleh bertentang mata lama-lama dengan orang bila bercakap. Entah la ianya macam otomatik bila tengah bercakap dengan sesiapa dengan mata memandang straight kat mata dia then dengan secara tiba-tiba dia pon membalas pandangan tu aku terus cepat-cepat nak lari dari situasi tu.. Mula la nak pandang ke tempat lain,tak pon pandang bawah konon konon tengah berfikir tak pon pandang pemandangan alam yang terbentang luas ni ha. Benda ni otomatik tau. Nak kata malu tak jugak. Sometimes dengan perempuan aku camtu gak. Tapi kalau dengan perempuan biasanya bila bercakap dengan orang yang aku tak rapat, or dia ni 'somebody' so mula la simptom tu datang tanpa diundang. Benda ni susah nak cakap la..orang yang macam aku jer memahami. Tapi aku sendiri pon tak tahu nape boleh jadi camtu. Malu?hmmm aku ni bukan la jenis pemalu sangat orangnyer..sekadar malu-malu meow jer..hehe.. Malu tu separuh dari iman uolls..


Kalau dengan lelaki perkara biasa la tu kan. Bila bercakap pandang mata dorang means aku beri perhatian and nak dengar apa yang dorang nak cakap. Then bila dorang balas balik pandangan tu aku tahan lagi tapi bila agak berapa saat mata dia tak kalih-kalih aku mula la menggelabah. Mula la mata ni otomatik pandang bawah kiri kanan luar dalam...ishhh dalam memang tak la kan..hehe.


Tapi aku tak rasa ni satu kelemahan pon.. aku curious camne orang lain handle jika berada situasi aku ni ha.. Korang penah rasa tak apa yang aku rasa..?


#Terimakasihsudibaca#

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved