Doa dan amalan untuk pulihkan rabun mata |Part II | Suri Raudhah

Monday, June 16, 2014

Doa dan amalan untuk pulihkan rabun mata |Part II


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Sebelum ni aku ada share petua dan doa untuk pulihkan rabun mata. Secara jujurnya pada mula-mula dapat petua tu semangat bukan main berkobar-kobar lagi nak amal tapi lama-lama dah jadi malas nak makan carrot hari-hari..Tak sempat nak beli,lupa nak beli, busy memanjanggggggggg.. Memang tak istiqamah jadinya mana nak jadinyer ye dak?

Even aku tak buat amalan makan baby carot hari-hari tapi aku still amal doa ni dengan harapan mata yang malap ni kembali cerah.. Then bila dah cerah, aku insaf pasni nak jaga mata elok-elok, nak belai dan jaga dengan penuh kasih-sayang..Bila nikmat tu dah hilang baru la sedar kenapalah dulu kita tak hargai dia...:(

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬
 
Lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat. {Surah Qaf, ayat 22.}

Dulu masa tak rabun sibuk nak try spec orang.. Pastu berangan bestnya kalau pakai spec konon pakai spec ni nampak macam budak pandai-pandai la masa sekolah dulu..Pastu suka tengok laki yang pakai spec kononnya nampak educated and smart la kan..hah!! betapa naif..

Sekarang ni bila dah kena pakai spec..baru tahu betapa lecehnya nak pakai spec..tudung mengembang.. tak suka..tak suka sambil buat muka kecewa. -_-
" Tak selesanya..
"Dushhhhh!

Pastu bila tak selesa plus tak yakin dengan muka sendiri bila pakai spec tukar la pakai contact lens.. Makaihhh lagi leceh pakai contact lens lagi-lagi mata aku jenis yang tersangat sensitif. Contact lens pon kena pilih yang jenis untuk mata sensitif. Selalu beli kat SOGO sebab kat tempat lain tak jual brand yang sama aku pakai. Dah kena spend duit nak beli contact les dengan solution bagai..Bila pakai contact lens ni kebersihan memang tak boleh abaikan. Dulu masa mula-mula pakai berapa kali dah kena infection sampai kena pergi klinik. Memang azab sangat. Tapi sekarang dah biasa but still lagi mengharap betapa beruntungnya kalau mata ni tak rabun..Dah penat nak pakai lens hari sampai satu masa tu terfikir nak buat lasik dengan Prof Muhaya pastu mengenangkan RM7k melayang pastu ngeri pulak nak operate mata terus tak jadi nak fikir..T__T


Bila aku dapat amalan ni mata terus bersinar penuh harapan. Aku baru amalkan beberapa minggu. In shaa Allah nak kena istiqamah..Syaratnya kena amal selepas solat fardhu.. Tapi kadang-kadang bila aku solat kat tempat terbuka aku segan nak buat depan orang.. So kena pandai-pandai la cari peluang..

Amalkan selepas baca doa solat fardu..
1. Genggam kedua tangan dengan kedudukan ibu jari menghadap mata
2. Selawat 3x
3.Baca lailahaillallah nurul ain muhammadurrasulullah qurotuain dengan dimulai dengan bismillah sebanyak 3x
4. Hembus kat genggaman tangan tadi. (genggam dengan kedudukan ibu jari kiri kanan menghadap mata)
5. Ambil kedua ibu jari tadi sapu ke mata 3x. 
   (seolah kedudukan kuku mengenai bahagian kening, bawah kuku diusap ke mata
6. Genggam semula tangan dengan kedudukan ibu jari menghadap mata
7. Baca  doa dibawah sebanyak 3x didahului dengan bismillah

{Surah Qaf, ayat 22}فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬ 
8. Hembus pada kedua genggaman ibu jari tadi.
9. Sapu ibu jari yang dibaca doa tadi ke mata sebanyak 3x.
10.Yakin dalam hati semoga Allah beri kesembuhan. In Shaa Allah.

Mudah jer sebenarnya, cuma rajin tak rajin amal jer..Dalam tempoh 5 atau 6 bulan cuba la tengok hasilnya..Kalau ada perubahan kita share yer..;)
    
Kalau nak tengok demo boleh tengok video ni..(muka ustaz ni macam familiar tapi tak tahu nama.anyone knows?)


Ok..silalah mencuba..Usaha tangga kejayaan;)
Petua Pulihkan Rabun Mata|Part 1

#Terimakasihsudibaca#

18 comments:

  1. Boleh cuba ni, terima kasih atas perkongsian yang menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak... mcmne? ade perubahan x? kongsi la pengalaman...

      Delete
  2. Alhamdulillah. Betul tu. Ilmu & petua dah dikongsi, makanya perlu usaha dari sekarang. Rajin atau tidak.
    Pendapat awak bagaimana kalau time kita period? Tak perlu buat la kan?
    Btw, Ustaz ni memang familiar di tv3, tv9. Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin.
    Terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa kt buat lepas solat kan?..bg sy anytime bole buat just niat sbgai zikir dan kesembuhan..

      Delete
  3. Kalau tengah period baca jugak ke? Waktu bila?

    ReplyDelete
  4. Tqvm.. ats perkongsian..:)
    nk try buat...

    ReplyDelete
  5. berkesan tak? konsisten dah eh

    ReplyDelete
  6. Wah!!dpt petunjuk nk sembuhkn mata yg rabun~..Hrp2 dgn izin allah ia berhasil..

    ReplyDelete
  7. Dah 6 bulan amal, tp mcm xde ape je. Tapi jgn buruk sangka dgn amalan ni tau. Mgkn sbb sy yg kurang yakin. Kena percaya, dgn doa dan amalan ni, Allah mampu sembuhkan rabun jauh. InsyaAllah. Cuba la.. (diri sendiri masih terus mencuba, hehe)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..

    Kak, mcm mna.. Positif tak amalannya? Ada perubahan tak?

    ReplyDelete
  9. akak buat benda tu ambil masa berapa lama ? maaf bertanya :)

    ReplyDelete
  10. Kak ada progress ke mata akak setelah amalkan cara nih?

    ReplyDelete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved