سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum..
(Entri En.Hamka kereta mayat buat saya menangis even berulang kali saya membaca. As usual kena berlakon kononnya selsema bila baca kisah ini dikhalayak ramai.. :'(
Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, kerana di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang, di simbah sampah dan di baling batu serta najis..,
Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mengintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beliau menyapu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan diri demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..
Namun hati anak mana yang tahan melihat ayahnya terus menerus di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...
Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu Jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..
Hati mana yang boleh bertahan, lantas di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?
Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:
“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”
Nabi menjawab...
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”
Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu rumahmu dan pintu hatimu.., kerana mereka hakikatnya sedang menzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.
***********
Saya emosi bila saya baca kisah ini..
Ya Rasulullah...
Kenapa sanggup berkorban macam tu sekali..Sanggup dicaci,dipukul,dibaling batu..
Malah sehingga diletak najis tatkala baginda sedang sujud.. Ini penghinaan yang melampau!!
Ya Rasulullah kenapa harus bersabar dengan penghinaan itu?
Sedangkan kamu kekasih Allah...
Yer..saya marah
Marah dengan Abi Jahal dan kaumnya....
Marah dengan mereka yang memperlakukan insan yang mulia sebegitu rupa..
:'(
Betul..setiap kali saya baca kisah awal dakwah Nabi Muhammad otomatik hati merintih.. menangis..tersentuh sehingga adakala diri yang naif lagi emosi ni kerap kali terdetik di hati.."Rasulullah kenapa..kenapa..kenapa kamu sanggup bersabar untuk mereka..kenapa..!!
Be rational...
Tahu tak Rasulullah sanggup bersabar dengan penghinaan dan penderitaan ini adalah semata-mata untuk kita..umatnya..Lihatlahlah sekarang Islam tersebar luas di desa, di bandar malah seluruh dunia. Betapa besarnya pengorbanan Nabi..
Lagi tersentuh bila baca sebuah buku kisah Nabi Muhammad:-
Tatkala nabi tengah solat di hadapan Kaabah Abu Jahal dan kaum membuang najis dibadan Nabi di mana Fatimah r.a yang mengekori nabi ketika itu berlinang air mata melihat ayahnya di hina sebegitu rupa..Lantas beliau pergi ke ayahnya dan membersihkan baju baginda.
Tatkala nabi tengah solat di hadapan Kaabah Abu Jahal dan kaum membuang najis dibadan Nabi di mana Fatimah r.a yang mengekori nabi ketika itu berlinang air mata melihat ayahnya di hina sebegitu rupa..Lantas beliau pergi ke ayahnya dan membersihkan baju baginda.
Mengalir air mata bila mana saya membayangkan dialog antara Fatimah r.a dengan ayahnya..
"Ayah sudahlah ayah...baliklah ayah.... mereka takkan menerima dakwah ini ayah"..Merayu si anak pada ayahnya tatkala dah tak sanggup lagi melihat penderitaan si ayah..Tapi Nabi kita tak putus asa..
Betapa baiknya Nabi..
Saya emosi bila saya baca kisah peperangan uhud
Tahukah kita, kaum muslimin kalah dalam peperangan uhud akibat mereka melanggar perintah Nabi SAW apabila melihat banyak harta rampasan perang lantas mereka turun dari bukit pemanah.. Pada awalnya kaum muslimin hampir mendapat kemenangan akhirnya mengalami kekalahan yang teruk..Akibatnya ramai kaum muslimin syahid di bukit uhud, Nabi sendiri cedera teruk,pitam, gigi baginda patah..Yang paling menyayat hati bila bapa saudara baginda Saidina Hamzah gugur di medan perang selepas terkena rejaman lembing dari Wahsyi..Kemudian seorang wanita Quraisy Hindun namanya datang ke arah mayat Saidina Hamzah yang bergelimpangan lantas merobek badan,menyeksa jasad yang tak bernyawa itu, Mengunyah hati Saidina Hamzah akibat dendam kerana kematian ayahnya pada perang Badar dahulu..Nabi SAW mengalami kedukaan yang sangat hebat yang tak dapat digambarkan oleh kata-kata ketika itu..Sehingga hampir tidak boleh menerima kelakuan Wahsyi yang membunuh bapa saudaranya..Kemudian turun teguran dari Allah..Tapi akhirnya Nabi melepaskan Wahsyi sebaik menemui Nabi yang pada akhirnya Wahsyi dan Hindun memeluk Islam.
Betapa baiknya Nabi ..
Saya emosi bila baca kisah penduduk Taif membaling batu ke arah Nabi dan Zaid bin Harithah..
Badan Nabi berdarah sehingga Jibril tak sanggup melihat darah Nabi mengalir lantas meminta izin Nabi untuk membalas perbuatan mereka tapi Nabi menghalang sehingga Jibrail berjanji sekiranya darah Nabi jatuh ke bumi maka akan diterbalikkan gunung ke seluruh penduduk Taif..Lantas Nabi menahan darah dengan kasutnya supaya tidak menitis ke bumi sehingga berkocak kasut baginda dengan darah. (sungguh saya tak dapat bayangkan)Tahu tak tahun tu dipanggil tahun kesedihan..? Rasulullah kematian isteri tercinta kemudian disusuli bapa saudaranya Abu Talib yang selalu membela baginda..Tekanan dari penduduk Mekah yang memaksa Nabi berhijrah ke Taif tetapi malangnya penduduk Taif menolak dakwah Nabi dengan sekerasnya..Betapa dukacitanya Nabi sehingga mengadu kepada Allah..Tapi Nabi tak minta dibalas perbuatan buruk mereka.
Betapa baiknya Nabi.
***********
Bila saya dah putus asa dengan dunia, bila saya mula rasa penat untuk berbulatan gembira bila saya dah penat mencari ilmuNya. Bila kaki mula lemah untuk melangkah ke jalanNya, bilamana teringat betapa besarnya pengorbanan Nabi SAW,keluarga dan para sahabat, bilamana mengenangkan betapa banyaknya darah dan air mata yang tumpah demi agama ini dengan sendirinya kekuatan itu datang..
Datang atas rasa bersalah...
Bersalah bila menjadi manusia yang tak mengenal erti bersyukur.
Ya Rasulullah..izinkan aku mendapat syafaatmu di Masyar kelak.
;'(
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Wassalam..
Bersalah bila menjadi manusia yang tak mengenal erti bersyukur.
Ya Rasulullah..izinkan aku mendapat syafaatmu di Masyar kelak.
;'(
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Maaf andaikata entri ini berbaur riak atau emosi..Ambil dan bacalah dengan semangat untuk meraih cinta Allah dan Rasul..Bila banyak membaca dan mendengar kisah Nabi Muhammad SAW serta berusaha untuk mengenali Nabi Muhammad SAW, saya pasti hati kita juga akan tersentuh dan tanpa sedari air mata akan mengalir dengan sendirinya tatkala nama Rasulullah disebut.. Cinta dan rindu tu pasti akan hadir..Trust me..
Wassalam..
#Terimakasihsudibaca
singgah BW :) suka jgk baca entry dari Hamka kereta mayat ni. menyentuh hati
ReplyDeletetq singgah..
DeleteAppreciate the recommendation. Let me try it out.
ReplyDelete