Usrah di petang jumaat..|Puasa 9 zulhijjah | Suri Raudhah

Sunday, September 28, 2014

Usrah di petang jumaat..|Puasa 9 zulhijjah


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Seperti biasa hari jumaat ada pengajian/usrah di surau jabatan. Kalau nak diikutkan jadual minggu pertama Ustazah Normala..Minggu kedua Ustazah dr Rusni, Minggu ke tiga bacaan tahlil dan yasin, minggu keempat giliran Ustazah Sakdiyah. Pada mulanya saya hampir tertewas dengan godaan dan bisikan supaya ponteng pengajian kerana minggu ni baca tahlil dan yasin jer..Mula la planning kalau tak pergi surau aku nak buat ini nak buat itu, nak cari idea menulis la, nak blogwalking la dan membuta buat tahi mata dah tentunya...T__T

Pastu bila dapat tahu minggu ni ada ustazah tak jadilah nak memonteng.. 
huhhh..!Syaitan meraung kecewa...

Masih terngiang kata-kata Ustazah Sakdiyah di pengajian pada satu petang jumaat. "Bulan yang paling baik adalah bulan Ramadhan, hari yang paling baik adalah hari Arafah dan malam yang paling baik adalah Lailatul Qadar..Ramadhan dah terlepas begitu juga lailatulqadar dan inilah peluang terbaik untuk kita mengejar pahala dan pengampunan dari Allah SWT.. Hari Arafah..!!Time ni la doa paling mustajab. Inilah peluang yang Allah SWT beri kepada hamba-Nya yang beriman dengan peluang pengampunan dosa-dosa lepas dan akan datang bagi orang yang berpuasa dengan ikhlas dan mengikut sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pada 9 Zulhijjah..(mata bersinar-sinar)..

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Ketika puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa setahun yang lepas dan dosa-dosa setahun yang akan datang.”


dan

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : "Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah". (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

osemm bukan? 

"Ustazah..kalau kita tak abis puasa ganti lagi..boleh ke kita buat puasa 9 zulhijjah ini"..? 

Boleh!...kita niatkan puasa ganti dahulu kemudian niatkan puasa sunat 9 zulhijjah..Kalau boleh puasa, cuba la puasa dimulai puasa sunat hari khamis, jumaat dan sabtu bersamaan 9 zulhijjah...kalau tak mampu, puasalah pada satu hari 9 zulhijjah..Tapi takkan la tak tahan kot?? 3 hari jer.

senyum berjemaah..:)

Errr.. Tu la lebih baik buat puasa ganti cepat-cepat..Banyak pekdahnya sebenarnya..:)

Arafah??Setiap kali arafah disebut-sebut fikiran terus melayang nun jauh disana..Betapa luasnya padang arafah..berdekatan dengan jabal rahmah.. Tempat pertemuan semula adam dan hawa selepas terpisah 40 tahun..puncak jabal rahmah dimana doa-doa pencinta terzahir barangkali..


Kerinduan tahap bima sakti....

Hopefully kita berpeluang mengejar 9 zulhijjah dan tidak terlepas peluang keemasan ini..InshaAllah.


Senyum penuh harapan.

#Terimakasihsudibaca#

2 comments:

  1. assalam akak...sy singgah sini

    http://www.bakul2011.com/2015/04/peringkat-ketiga-review-like-fan-page.html tq :)

    ReplyDelete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved