Suri Raudhah

Tuesday, April 24, 2012

8 Gelas Air Sehari..

Assalamualaikum..ツ

Entri kali ni aku rasa nak cerita pasal air. Pesal tiba-tiba cerita pasal air ni..??Sebab ni la aku nak cerita.Tadi aku pergi KWSP sebab ada taklimat majikan kat sana. Sebenarnya malas nak  pergi, Tapi apakan daya tak dapat elak kena pergi jugak. Bukan lama pon satu setengah jam jer pon..

Ok nak dijadikan cerita selepas 1 jam dengar taklimat adalah sesi makan-minum ringan kat luar bilik taklimat tu. Kuih karipap, kuih apam + air teh. (nape air teh bukan air miloooo).eheee. Lepas makan tu, aku cari air mineral..alaaaa...minum air teh tak puass la..tak de air putih ke..nape aku macam nampak ada guest lain minum air mineral..Mana dorang dapat erk..??i want mineral water...nowww..aussss..sungguh keciwaa..
'Balik je la ko minum intan..Dengar jer taklimat tu sampai habisss'...


------------------Ok bersurai..Bole balikkkkk..Yeahhh..!!Balik Office semula ok!!------------------


Wehhhh korang betul ke kalau minum air mineral better than drinking water..??

Sepupu aku RosOja Raudhah cakap kalau minum mineral water kurang la nak pergi toilet (translate in science language is kerap buang air kecik) compare minum drinking water. Aku percaya sebab dia cakap dengan penuh perasaan sambil menunjukkan mineral water kat aku. (Time tu aku kat rumah dia tunggu kawan dia datang amik kitaorang pergi putrajaya esoknya nak pergi panjat Broga). So memang kena bawa air banyak-banyak la kan kalau nak hiking..(kat puncak broga tak de toilet ok..pandai-pandai la korang menahan bape jam kat atas tu!!). Sejak dia cakap tu, aku kalau beli air mesti pilih air mineral dan aku memang nak kurangkan air berwarna+bergas+berais ni.Yang pasti mineral water lagi sedap compare drinking water..:)


Air mineral  

☺Tutup tudungnya WAJIB warna biru atau hijau
☺ Lihat pada botol....sumber air didapati WAJIB dari sesebuah tempat (disebut lokasi di mana   tempat air itu digali dan diambil...dengan kata lain air mineral mesti datang dari bawah tanah)


Drinking water(RO water)


☺Tutup tudungnya WAJIB warna putih
☺ Lihat pada botol..sumber air didapati WAJIB dari SYABAS (atau dikenali sebagai air paip yang telah ditapis ...osmosis terbalik a.k.a reverse osmosis.


Aku nak share info kesihatan ni kat korang...

Air adalah komponen kimia badan yang secara purata merangkumi 60 peratus daripada berat badan. Setiap orang dewasa digalakkan minum air antara 8-12 gelas sehari.
☻ Air berfungsi memberi kelembapan dan kesegaran pada kulit.
☻ Membantu membuang toksin dalam badan.
☻ Membantu membakar kalori dalam badan
☻Mengekalkan tahap kesihatan dan kecerdasan
☻ Menghilangkan haus dahaga bila panas terik(sumber wikipedia intan.ehee)

Hasil kajian daripada America Collage of Sport of Medecine menunjukkan bahawa kekurangan air didalam badan boleh menyebabkan kepada keadaan berikut:

>Kekurangan air sebanyak 1% tubuh menyebabkan berasa haus.
>Kekurangan air sebanyak 2% menyebabkan wajah  menjadi pucat.
>Kekurangan air 3% akan membuatkan tidak bermaya untuk melakukan sebarang aktiviti harian.
>Kehilangan 4% air akan menyebabkan ketahanan otak menurun hingga 30% dari kemampuan optimal.
>Kekurangan 5% air akan menyebabkan fungsi mental akan terganggu pada saat tidur.
>Kehilangan 10% boleh membawa maut.
  (ayat kopi & pasta., url tak pasti google jer!+cikguluv.blogspot!)

Tips untuk amalkan meminum air tak kisahlah mineral water,drinking water or air putih.
✓ Sentiasa bawa air putih kat mana-mana korang pergi.
✓ Beli botol mineral kecil, letak dalam handbag korang.
     (masa study dulu aku selalu buat camtu pergi kelas).
✓ Letak 1 botol air kat tempat tidur/katil. So kalau malam terjaga dah tak payah pergi dapur ambil air.
     (aku letak kat tepi katil..Dah jadi habit memang kena ada air + malas nak bangun..)
✓ Kat office pon mesti ada 1 botol air khas. Yang besar punya. Elok untuk hilangkan tension.
     Bila tension keje jer minum airrr..hmmm aku la tu..ahaaa..
✓Kalau yang jenis slumber bawa je la botol air korang tu..Dah trend sekarang ni orang bawa botol air  besar -besar & colorful .Tak payah segan sangat lahh.. I notice, chinese siap bawa botol  mineral yang lagi besar tu haaa..Tersangatlah health concious..
✓ Kalau korang makan kat luar cth restoran,kedai makan,etc tak payah la order air lain. Just minum jer air yang korang bawa tu..(Kalau ada orang yang cakap kedekut nak beli air ,just ignore. Tapi confirm orang yang tak kenal korang akan cakap ehhhhh dia ni mesti tak de duit..kesiannya minum air kosong jer..biasakan laaaa..sifat manusia..pesalahnya kalau nak berjimat cermat pon kan..hahhaaa...
✓ Lastly, sentiasalah order air suam..Bagus untuk kesihatan dan suara..




Nota intan:
1.Sekarang ni cuaca kejap hujan kejap panas kejap mendung. Tapi bila malam panas bahang. So banyak-banyak la kena minum air. Musim demam kot sekarang ni. Ok la, take care..

2.Betul ke ada air mineral/drinking water yang x boleh minum..Brand ape ehhh?Kat botol air mineral ada logo halal ke..???

Sunday, April 22, 2012

Milik Siapakah Wajah Ini

Assalamualaikum




Pemilik siapakah wajah ini..?? Sungguh manis dan sepertinya ada 'sesuatu' dengan wajah ini. Yang pasti ni bukan aku si tuan punya blog..(itu memang aku pasti..:)


Adakah pemilik wajah ini wujud?
Lantas wajah yang indah ini dijadikan vektor yang sungguh sempurna..
Jika benar, betapa indahnya ciptaan Maha pencipta
Atau hanya sekadar imaginasi sang pelukis yang menzahirkan imaginasi dalam bentuk lukisan.?
Yang pasti ia sungguh sempurna..


Salahkah aku kiranya aku menggunakan wajah ini sebagai penyeri?
Mohon keizinan wahai pemilik wajah yang indah
Dengan ikhlas hati, aku tidak dapat menafikan aku kagum
Kagum dengan penciptaan
Kagum dengan lukisan
Kagum dengan hasil yang diterjemahkan.

.....................................................................................

Aku jumpa gambar ni masa aku google something. Then,ternampak gambar ni. Wahhh cantik. Rasanya gambar ini dari blog nursadiqah. Adakah ini wajah pemilik blog tersebut..? Itu aku pon tak pasti. Nak bertanya tapi segan meow meow..eheee..Apapon saya minta izin gunakan gambar ini untuk buat header blog saya yer.Hmmmm..jangan marah..Kalau marah bagitahu..Kalau senyap jer maknanya tak kisah la tu kan...:) Peace..





Nota Intan : Blog nursadiqah (Al-Mukminah As-Solehah)best. So boleh la korang singgah and follow yer..:)


Monday, April 16, 2012

Sakit Itu Penawar Dosa

Assalamualaikum..


Beberapa hari tak update blog..Hari ni tak masuk office..So ada la masa nak conteng2 kat sini. Opsss bukan cuti tapi terpaksa ambil EL sebab demam..
Dalam tahun ni rasanya dah berapa kali aku demam..(Ermm 3x kot). Selalunya aku jarang demam ni tapi kalau sekali demam memang teruk la..lagi-lagi kalau demam+selsema+batuk.







“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).




Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)

EdCoustik – Muhasabah Cinta
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi
 muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu







Nota Intan :Entah kenapa bila sakit je aku memang suka layan lagu ni..Mungkin lagu ni menenangkan kot.. Alhamdulillah...kembali senyum..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by ♥ suriraudhah ♥. 2011-2013© All Rights Reserved