Suri Raudhah

Monday, December 24, 2012

Terlanjur Cinta TV9

Emo betul aku tengok drama tu. Siap cakap dengan adik, akak malas la nak tengok cerita ni dah. Kenapa la bodoh sangat pompuan ni. grrrrr..Tak nak tengok tak payah la tengok takde sapa heran pon.!Tapi tadi aku tengok jugak.hehe..
 
Tak suka betul la aku cerita camni. Kenapa la si Nia (Siti Saleha) tu lemah sangat. Mula nak  condemn script ni.huhuu
 
Kena pukul dengan laki tak guna pon boleh sabar.
Kena tumbuk kat muka lagi tu..
Dah la laki tu tuduh dia yang perangkap dia, so that kena tangkap khalwat pastu terpaksa kawin.
 
Aku dapat agak dah ending dia, si Fareth tu mesti dah sayang kat Nia lepas tengok kesabaran isteri dia. Atlast si Nia pon terima la semula si Fareth tu. Biasa la cerita melayu kan. Kesian laki lagi sorang tu.  Apa nama entah Amran, Amrin (Nazim Othman) tu. Kita tengok je la sampai habis nanti.
 
hemohemo...
 
 
 
 
 
 
 
 
SINOPSIS
Drama 13 episod yang mengisahkan tentang cinta Nia (Siti Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati.
 
Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya. Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat. Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.
 
Setiap Isnin / Selasa - 8.30 pm TV9
 
rumah ni lagi..hehe.
 

Sunday, December 23, 2012

6 Tips Kawal Marah

Assalamulaikum.

Pernah tak korang ada perasaan marah sangat-sangat pastu korang tak mampu lepaskan perasaan marah  tu?Bila dah marah pastu jadi bengang mula la ada yang nak kena sound direct. Sekarang kalau aku rasa bengang dengan orang rasanya boleh control lagi la. Selagi boleh sabar, aku sabar je la.
Aku nak share tips. Boleh try la bila korang rasa nak marah dengan orang kan. Ingat marah tu datangnya dari syaitonnirrojim..

TIPS

1.Mengubah Posisi
Rasulullah saw bersabda maksudnya :
Apabila kamu marah, dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan. Dan jika tidak hendaklah dia berbaring.|Riwayat Muslim|

2.Berwuduk
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
Marah datangnya dari syaitan, dan ia diciptakan dari api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila kamu marah, maka hendaklah berwuduk. |Riwayat Abu Daud|.

3.Membaca Ta'awuz
ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
Maksudnya : Ya Allah, lindungi aku daripada syaitan yang direjam.

4.Berzikir
Banyak berselawat, berzikir,istighfar 1,00000000x

5.Diam
Jangan banyak cakap bila marah, so bila marah banyak benda yang tak sepatutnyal boleh terlepas. Terlajak perahu boleh undur, terlajar kata..padan muka!Nak sedapkan hati, anggap je la setiap yang berlaku ada hikmah. cliche but it works.:)

6.Minum Air
Minum air pastu selawat.serius berkesan!Tak kisah la air milo ke, fresh oren ke..espresso ke yang penting korang bahagia.Air putih je la senang.express n safe..hehe


senyumlah.senyumlah..ahai cekmek molek...
senyum macam ni..

Selamat Beramal..
Sharing is Caring♥

Wednesday, December 19, 2012

Cucu Opah.


Dak kecik ni..orang ajar 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10...semuanya dia sebut enam

1...enam
2...enam
3...enam
4...enam
5...enam
6...enam
7...enam
8...enam
9...enam
10.ENAM

Puas dah ajar..entah nape berkenan bona dengan nombor enam tu pon den tak paham...berkoba-koba tau maklang nak ajar nih.!


Anak buah aku tu..cucu kesayangan mak. Sayang-sayang pon kalau nakal kena babab jugak dengan maklang dia ni. Kalau biar nanti lagi banyak songeh!hehe..

Budak zaman sekarang tak sama dengan kita zaman dulu. Dulu main panjat-panjat pokok,main galah panjang, main baling tin,baling selipar, main getah tu biasa la kan..Dak sekarang main PSP, IPAD,ipod bagai. Dak kecik tu, sampai tido boyan pon nak bawak ipad tau. Siap ajar aku main game kereta lagi..hEY..!BUDAK 2 TAHUN ajar main game..Try ur guy imagine that.2 years old OK!

Aku penah la citer-citer dengan Oja Raudhah pasal ni masa tu kitorang tengah makan kat sogo. Si oja raudhah siap cakap kalau anak dia nanti jangan harap la main sangat benda tu..Duk umah dengar usrah,mengaji.Lantak lah.! Aku gelak je la kan..kijam kamu!...hahaa..Memang kena la intan, terlampau dunia sangat budak-budak sekarang ni. Aku rasa ayat emo je tu kot. Aku tau Oja Rodah tu penyayang orangnya..hahaaha

Tapi betul jugak cakap dia. Jangan didik anak dengan hal dunia sangat..Zaman sekarang budak-budak makin advanced. blablabla...aku dah masuk bab keibubapaan dah ni..hehe.

Tak nak cakap lelebih la..nanti orang cakap memandai la pulak..Ko tak ada anak boleh la cakap macam tu..!Yelah..ilmu keibubapaan aku tak pass lagi..sebab aku belum beranak lagi..haha..
 
 
Thank you for reading..x0x0x0..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved