Emo betul aku tengok drama tu. Siap cakap dengan adik, akak malas la nak tengok cerita ni dah. Kenapa la bodoh sangat pompuan ni. grrrrr..Tak nak tengok tak payah la tengok takde sapa heran pon.!Tapi tadi aku tengok jugak.hehe..
Tak suka betul la aku cerita camni. Kenapa la si Nia (Siti Saleha) tu lemah sangat. Mula nak condemn script ni.huhuu
Kena pukul dengan laki tak guna pon boleh sabar.
Kena tumbuk kat muka lagi tu..
Dah la laki tu tuduh dia yang perangkap dia, so that kena tangkap khalwat pastu terpaksa kawin.
Aku dapat agak dah ending dia, si Fareth tu mesti dah sayang kat Nia lepas tengok kesabaran isteri dia. Atlast si Nia pon terima la semula si Fareth tu. Biasa la cerita melayu kan. Kesian laki lagi sorang tu. Apa nama entah Amran, Amrin (Nazim Othman) tu. Kita tengok je la sampai habis nanti.
hemohemo...
SINOPSIS
Drama 13 episod yang mengisahkan tentang cinta Nia (Siti Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang
kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Fareth sering mengambil
kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu
hanya dipendamkan di dalam hati.
Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di
syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali
tidak berjaya. Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth
terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat.
Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan
Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.
Setiap Isnin / Selasa - 8.30 pm TV9
rumah ni lagi..hehe. |
hahahaa...kuat pengaruh tb....
ReplyDeleterumah kg baruuuuu
hahaa..layan jugak la kdg2..
Deletecite melayu mmg xlarik jln ceritanye...hehe...
ReplyDeletetau x pe..typical malay drama..hee
DeleteRumah ni memang famous hehe
ReplyDeletetau x pe..blakang klcc.:)
Delete