Istanbul Aku Datang | Suri Raudhah

Monday, December 3, 2012

Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum.

Hari ni cuti pergi renew insurans, road tax.Huhhh 1000++ melayang.~

Malas nak pikir pasal money.money.money..Duit boleh dicari tu ayat Oja Raudhah..

Balik terus sambung layan Istanbul Aku Datang. Malam tadi tengok separuh je. Sebab mata dah rabak pekena durian tak hingat. Selsema +Demam suam-suam kuku sebagai habuan. Astaghfirullahal adzim. Muhasabah..muhasabah intan oi..

Aik bila cari ..

This video has been removed because its content violated Youtube's terms of service.

Kecewa..~ 2, 3 bulan ada la balik tu kat Youtube. Tunggu je la nanti..

Ofismate cakap cerita tu best. Aku bukan la nak poyo n prejudis kan.(betul ke ayat nih!). Tapi aku memang takkan beli CD filem melayu. Yang selalu beli CD pon kakak n adik laki aku..yg lanun punya.RM 5-10 kot (kena small nanti pihak berkuasa nampak:). Aku tak sanggup beli yang 'lanun'  or ori sebab tak berbaloi kot. Bukan tak minat filem melayu, tapi bagi aku cerita melayu malaysia ni jenis yang tengok sekali pastu dah..Tak rasa nak pasang CD balik. Kalau beli yang original rasa tak berbaloi jer. Promo filem gempak tapi bila tengok..hampeh..kecewa..~

Filem melayu sekarang yang aku rasa ok la boleh layan, filem CUN, n Soal Hati (beli CD ori tau nih). Merong Mahawangsa pon ok la sebab  aku minat cerita epic eventhou ada sikit2 part tak kemas. Aku tengok kat wayang jer ni. Ombak Rindu.??huhhhh tak payah cakap lah..nanti aaronator n maya karinsss fans condem aku..!!

Tapi bila aku tengok Istanbul Aku Datang memang tak rugi la tengok. Best lagi-lagi tengok Lisa yang comel! Pemandangan pon cantik. Tengok senibina Islam memang mempesonakan even ada la jugak flat2 agak buruk but normal la tu..Realiti kat Malaysia pon camtu.

scene mcm cite jepun...oh hideaki takizawa..hee
Beto Kusyairy superb natural ok.
Arahan Bernard Chauly patutla..Filem ni aku kategorikan as urban film. Memang ada la jugak part yang terlalu bebas.Bila tengok rasa macam kureng jer.. (hmmm kadang2 otomatik aku boleh jadi skema n konservatif). Those yang tak boleh terima just ignore this!

Kesimpulan memang berbaloi la cerita ni walaupun aku tak sempat habis tengok lagi.


nota:nak kurangkan tengok tv..cuci mata yg semakin ****. tapi agak susah..huhh~
xoxoxxo

6 comments:

  1. belom tengok lagi.. tak pasti laa nak tengok ke tidak.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. best la jugak movie ni..tngok x pe, x tngok pon x rugi:)

      Delete
  2. saya sudah tengok 2 hari lepas... ok la...best.. :) youtube fullmovie ade jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 hr lepas mmg ada.hr isnin vid tu dh kena tarik..kena tnggu dia keluar blk la mcm assalamualaikum cinta tu..

      owhh lupa nak ckp..dh tngok assalamualaikum cinta. biasa jer:)

      Delete
  3. ko ni assalamualaikum cinta ke salam cinta? cite tu mmg biase, tp ade unsur lucu yg buat die best la jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh..silap..salam cinta..
      assalamualaikum cinta tu dialog movie tu..heee
      best lagi ketika cinta bertasbih kot..:)

      Delete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved