Suri Raudhah

Friday, May 2, 2014

Automatically smiling when people asked me 'bila nak kahwin?:)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

Aku suke bila siapa2 bertanya aku soal jodoh... otomatik akan senyum..:)

Dengan persoalan tersebut fikiran ini terus memikirkn tentang ALLAH yang Maha Adil menguruskan takdir seseorang . Lebih rasa Allah itu ...ADA.! Dengan pertanyaan seseorang kita boleh tahu bagaimana cara pemikiran seseorang tersebut. 

Dua(2) cara pertanyaan.!

1) Bila nk kawen? Cepat-cepat la kawen.. Kalau orang perempuan tahu nikmat jadi isteri..berapa banyak pahala yang mereka dapat mesti esok jugak dorang nak kawen...Tak boleh jugak hidup sorang-sorang *seloroh gurauan bersahaja . Ok fine..Terima kasih soalan dan nasihat. 

2) Bila nak kawen? Saya doakan awak dipertemukan jodoh yg baik 1 hari nanti.. *pertanyaan dari mata hati yang bantu mendoakn dan tahu Allah memberikan mudahnya jodoh pada hamba-hamba yg Dia kehendaki .

 Jawapan dalam hati..

Sahabatku sayang, 
Sape yang tidak tahu tentang gandaan pahala seorang isteri? Menjadi seorang ibu yang dimuliakan, betapa nikmatnya perkahwinan.. Penyambung keturunan supaya sentiasa tidak putus mendapat doa anak cucu di dalam solat mereka... Itu kelebihan orang-orang yang berkeluarga..Ladang pahala.. Matlamat berkeluarga itu besar, bukan nafsu semata-mata. Tujuannya menggapai Redha Allah...:)

Benar! saya mencemburui seandai sebuah keluarga itu terbina dengan sakinah dan mawaddah..Sebuah keluarga yang saling berusaha dengan mencintai Allah..Sebuah keluarga yang berlumba-lumba merebut Redha Allah.. yang rumahnya menghidupkn hadis Rasulullah saw, disinari solat dan bacaan Al-Quran bersama-sama..Benar! saya cemburu untuk yang hanya pada sesiapa yang peroleh sebuah keluarga yang seperti itu... Ketepikan berapa besarnya rumah dan sebuah kereta...ketepikan betapa besar jawatan dan pangkat kedua ibu bapa dan anak tidak menjamin keberkatan umur...:)

Dengan tidak menafikan perkahwinan itu sunnah, dan Rasulullah saw suka pada umatnya yang berkahwin.. Beruntung pada yang telah sempurnakan dalam perkahwinan.. tahniah kamu terpilih  tetapi seandai seseorang itu belum diizin berjodoh, jangan gelisah dengan insan tersebut kerana kami sendiri tidak gelisah dengan hal nya jodoh.. Hari ni kami sorang, Allah yang mahukan dan seandai hari ini kami ada suami, Allah yang mahukan dan seandai hari ini kami bercerai, juga Allah yang mahukan. Natijah dihadapan tiada siapa tahu.
Setiap takdir ada kebaikan yang Allah mahu beri..Yakin pada Allah takkan ada kamus gelisah...:) 

Tahu kan di mahsyar kelak mak akan tinggalkan anak..suami akan tinggalkan isteri..dan seterusnya kerana masing-masing memikirkan hubungan diri sendiri dengan Allah waktu hidupnya di dunia...Sape yang mampu menyelamatkan diri ketika itu.. Allah dan syafaat rasulullah.:) 

Dahulukan kerisauan berapa jauh hubungan kita dengan Allah tanpa menafikan perkahwinan itu tetap penuh dengan rahmat dan kebaikan. :)


Sekian...
Peace...
Senyum..
Entri ni memang kena banyak senyum..:)

Thursday, May 1, 2014

1 rejab..hari pekerja..pesta buku PWTC..n gst


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Hari ni 1 rejab..rasanya selama umur ni ini baru pertama kali aku berpuasa bulan rejab.. huhu..thank you to ayah, ofismate, kawan fb dan member group yang mengingatkan tentang kebaikan bulan rejab ni. Aku ni kalau bukan bulan ramadhan bab berpuasa sunat ni memang liat sikit..tak tahan..gastrik katanya..huhu..itu semua alasan!Yeup..ko memang kena latih diri untuk berlapar sikit setelah puas kenyang..huhh!

Hari ni kakak ajak pergi PWTC pesta buku..soalan pertama dia..ko larat ke ni nak kuar bila puasa ni? Nampak tak kat sini apa maknanya tu.. Larat la..huhu..

Huwaaa..terkejut woo..kat lrt putra ramainya orang.. lagi-lagi bila dah sampai ke stesen masjid jamek. Wehh..hari ni hari sabtu ke! Ini hari khamisss..macam tak percaya punyalah ramai orang..rupanya bila tukar train, then naik lrt star ke pwtc nampak ramainya orang berkumpul.. Lorrr..ada perhimpunan bantah GST rupanya..punyalah ramai orang..Jalan ke dataran merdeka pon tutup..Polis dok sana-sini kawal demo.

Memang ramai giler baju merah..tak kena mengena tiba-tiba teringat time tawaf..huhu

Sampai je kat stesen PWTC makaihhh ramainya orang.kakak cakap dulu pesta buku takde la ramai camni. Huwaa orang Malaysia dah suka membaca rupanya.. Kat dalam PWTC lagi la ramai..

Booth galeri ilmu

Masuk jer terus nampak booth Kaki Novel.. Novel kat situ memang giler-giler murah la..RM7-10 je weh.. Memang macam pisang goreng panas.. Rak ada yang kosong habis licin lepas disapu oleh pencinta-pencinta novel..Opss aku memang suka baca novel tapi tak suka beli. Hampeh kan? Pinjam je kat orang or library jabatan..hehee..Dulu yer la, sekarang ni rasa sayang pulak nak habiskan duit beli novel sebab sekarang genre buku dah beralih arah..faktor umur la kot..;)

Pastu nak cerita, bila jalan  menuju ke tingkat atas nampak ramai orang berkumpul kat tengah hall..Memang rezeki betul la hari ni dapat jumpa Prof Kamil Ibrahim. Orang ramai yang berkumpul dok dengar ceramah dari Prof..Isteri Prof, Puan Roza pon ada jugak..Semangat sungguh Prof Kamil bagi ceramah. Sempat la dengar sikit sambil cepat-cepat tangkap gambar beliau.. Prof dan isteri datang dari Madinah ke PWTC mungkin atas jemputan dari Galeri Ilmu untuk promosi buku 'Rumah Kecil Di Jabal Uhud' dan 'Bersamamu Di Firdaus'..Aku memang dah ada beberapa koleksi buku prof kamil..tapi yang edisi baru ni tak beli lagi..

Jatuh cinta pertama kali baca buku Prof.. Anekdot Madinah, Bersyukur Saat Diuji..

Nak dekat pukul 4 pm baru sampai rumah.. Alhamdulillah, sampai rumah baru hujan turun dan inilah hasil dari menjala tadi..:)

Kamus English - Malay RM27.50
Kamus Arab-Malay RM13.75
Tafsir Pelangi - RM70.00
Ingin Ku Balas Cintamu Ya Rasulullah -RM32.00
Ahlul Bait keluarga Rasulullah SAW & Ulama Umarak di Alam Melayu -RM45.60
Kadar Iman Kasih kepada Nabi - RM12.60
Dialah Allah - RM 15.30
Syaitan - Free

Rasa macam esok-esok nak pergi lagi..hehee..Tak tahan tengok buku yang best-best belaka ni..Bila dah beli buku banyak-banyak ni mula la pening nak susun kat mana..Koleksi buku aku and kakak dah cukup banyak kat rumah..Seronoknya kalau ada bilik buku khas..bilik konsep library gitu..Boleh lepak-lepak bila stress..

Pesta buku sampai 4 Mei 2014 tau..Ulat-ulat buku boleh la datang beramai ramai ke PWTC.. Gerenti berbaloi-baloi.;)

Lastly, selamat hari pekerja..Selamat menanan benih di bulan rejab..selamat membaca buku..hehe..Tahun lepas 1.5.2013 kami di Madinah..Tiba-tiba rindu..-_-


Jap jap..nak share lagi sikit..
Ni first time aku betul-betul menghayati doa bulan rejab..Sangat tersentuh bila dengar ustaz abdul karim (mudarris@masjid negara) baca doa ni beserta maknanya..


"Sampaikan kami ke bulan Ramadhan" ..aamin..

Touching..

#Terimakasihsudibaca#

Sunday, April 20, 2014

Ya Lublu tibya :)


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

gambar dr sheikh muszaphar masa kecil
27 Julai 1972 - hari saya di lahiran.."Zaman kanak-kanak adalah saat-saat yang terbaik buat saya. Ingin sekali untuk menjadi kanak-kanak semula.

gambar dr sheikh muszaphar

Mimpikan bintang-bintang di masa usia 10 tahun


Pelajar perubatan di Manipal India


Dia lah angkasawan pertama Malaysia - Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie

kembara ke angkasa lepas


Actually,baru selesai baca buku "Kembara ke angkasa"- catatan memoir angkasawan Malaysia pertama. Mengisahkan catatan beliau dari permulaan pemilihan program angkasawan sehingga beliau dikenali seluruh Malaysia sebagai Angkasawan Malaysia pertama. 

Ya lublu tibya bahasa Rusia  maknanya aku cintakan kamu..
"ayat yang paling saya gemari - Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor"

Dato Sheikh memang bercita-cita untuk menjadi Angkasawan sejak dari kecil. Then, beliau berusaha mencapai ke arah itu dengan mencapai peluang yang ada untuk merealisasikan impian beliau.. Dan akhirnya beliau berjaya..Based on my reading, latihan untuk menjadi angkasawan memang very very very tough dan beliau berjaya mengatasi semua halangan dan saat getir.

Bercerita pasal cita-cita..Hari tu dengar ceramah zuhur, kata ustaz cuba tanya anak-anak sekarang apa cita-cita mereka?mesti majoriti nak jadi doktor, saintis,polis,pilot...opsss pilot maybe tak kot buat masa ni..-.- Agaknya ada tak anak-anak yang cakap saya nak jadi penghafaz al-Quran,saya nak jadi ustaz ustazah,saya nak jadi ulama'..

huhhh..hermm tersedak..

sepetang bersama Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor @IPPTAR Angkasapuri


k la. bye..the next book "Kisah Ahmad Ammar " tunggu turn nak baca :)

#Terimakasihsudibaca# 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved