Automatically smiling when people asked me 'bila nak kahwin?:) | Suri Raudhah

Friday, May 2, 2014

Automatically smiling when people asked me 'bila nak kahwin?:)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

Aku suke bila siapa2 bertanya aku soal jodoh... otomatik akan senyum..:)

Dengan persoalan tersebut fikiran ini terus memikirkn tentang ALLAH yang Maha Adil menguruskan takdir seseorang . Lebih rasa Allah itu ...ADA.! Dengan pertanyaan seseorang kita boleh tahu bagaimana cara pemikiran seseorang tersebut. 

Dua(2) cara pertanyaan.!

1) Bila nk kawen? Cepat-cepat la kawen.. Kalau orang perempuan tahu nikmat jadi isteri..berapa banyak pahala yang mereka dapat mesti esok jugak dorang nak kawen...Tak boleh jugak hidup sorang-sorang *seloroh gurauan bersahaja . Ok fine..Terima kasih soalan dan nasihat. 

2) Bila nak kawen? Saya doakan awak dipertemukan jodoh yg baik 1 hari nanti.. *pertanyaan dari mata hati yang bantu mendoakn dan tahu Allah memberikan mudahnya jodoh pada hamba-hamba yg Dia kehendaki .

 Jawapan dalam hati..

Sahabatku sayang, 
Sape yang tidak tahu tentang gandaan pahala seorang isteri? Menjadi seorang ibu yang dimuliakan, betapa nikmatnya perkahwinan.. Penyambung keturunan supaya sentiasa tidak putus mendapat doa anak cucu di dalam solat mereka... Itu kelebihan orang-orang yang berkeluarga..Ladang pahala.. Matlamat berkeluarga itu besar, bukan nafsu semata-mata. Tujuannya menggapai Redha Allah...:)

Benar! saya mencemburui seandai sebuah keluarga itu terbina dengan sakinah dan mawaddah..Sebuah keluarga yang saling berusaha dengan mencintai Allah..Sebuah keluarga yang berlumba-lumba merebut Redha Allah.. yang rumahnya menghidupkn hadis Rasulullah saw, disinari solat dan bacaan Al-Quran bersama-sama..Benar! saya cemburu untuk yang hanya pada sesiapa yang peroleh sebuah keluarga yang seperti itu... Ketepikan berapa besarnya rumah dan sebuah kereta...ketepikan betapa besar jawatan dan pangkat kedua ibu bapa dan anak tidak menjamin keberkatan umur...:)

Dengan tidak menafikan perkahwinan itu sunnah, dan Rasulullah saw suka pada umatnya yang berkahwin.. Beruntung pada yang telah sempurnakan dalam perkahwinan.. tahniah kamu terpilih  tetapi seandai seseorang itu belum diizin berjodoh, jangan gelisah dengan insan tersebut kerana kami sendiri tidak gelisah dengan hal nya jodoh.. Hari ni kami sorang, Allah yang mahukan dan seandai hari ini kami ada suami, Allah yang mahukan dan seandai hari ini kami bercerai, juga Allah yang mahukan. Natijah dihadapan tiada siapa tahu.
Setiap takdir ada kebaikan yang Allah mahu beri..Yakin pada Allah takkan ada kamus gelisah...:) 

Tahu kan di mahsyar kelak mak akan tinggalkan anak..suami akan tinggalkan isteri..dan seterusnya kerana masing-masing memikirkan hubungan diri sendiri dengan Allah waktu hidupnya di dunia...Sape yang mampu menyelamatkan diri ketika itu.. Allah dan syafaat rasulullah.:) 

Dahulukan kerisauan berapa jauh hubungan kita dengan Allah tanpa menafikan perkahwinan itu tetap penuh dengan rahmat dan kebaikan. :)


Sekian...
Peace...
Senyum..
Entri ni memang kena banyak senyum..:)

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved