Family gathering @ restoran nasi arab al amin food corner (AFC) | Suri Raudhah

Sunday, May 4, 2014

Family gathering @ restoran nasi arab al amin food corner (AFC)


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

Hari minggu yang lepas dapat jemputan dari sepupu nak buat family gathering untuk majlis tahlil dan doa selamat..Bersungguh dijemput semua keluarga terdekat untuk join. Siap ada group whatsapp lagi.."FAMILY GATHERING"..hahaa.

Sepatutnya weekend ada kelas belajar alip ba ta tapi keluarga punya pasal takpe la ponteng sekali sekala.. heee..


Perjumpaan diadakan di Restoran Nasi Arab AFC Al Amin yang terletak di Taman Greenwood,Batu Caves Selangor..Tempatnya agak selesa dan tenang.. Tapi bila semua jemputan dah sampai terus jadi tak tenang..Sungguh riuh sekampung. Wohaa..

Keluarga yang terdekat je datang..hampir semua adik beradik ayah, sepupu dan anak-beranak berkumpul.


Sementara nak tunggu penganjur datang boleh la mencuba desert dulu yer..Korang mesti ingat ni dadih kan? Sebenarnya bukan..Aku pon tak tau pe nama ni eh. Yang pasni ia campuran susu dan nasi dan rasanya manis. Desert arab kot.


Ni bila hampir sejam menunggu..haha..spoon and fork..pon jadi laa..

Menu utama nasi arab.. Kiranya termasuk ni dah tiga kali aku makan nasi arab..first masa kat arab second masa jamuan kelas bahasa arab third kat restoran nasi arab Afc ni..hahaa.

Actually, tak minat sangat nasi arab sebab aku tekak melayu kot..hee..Kalau dapat nasi minyak ke nasi tomato campur + ayam masak merah fuhh lagi sedap sambil menjilat jari..Tapi dah tuan penganjur yang bermurah hati nak belanja nasi arab so makan je la..Pilihan makanan tolak ketepi, motif utama nak eratkan sillaturrahim yer dak?.;)


Sebenarnya banyak lagi menu disediakan di restoran ni. Ada jugak masakan melayu seperti nasi kerabu, nasi ayam, nasi daging dan macam-macam nasi lagi..Kalau teringin nak makan nasi arab meh la datang sini..Harga aku tak tahu sebab orang yang bayor..Kita tolong makan jer.hee..


Restoran Nasi Arab Al Amin Food Corner (AFC)
Alamat : No 13, Jalan 6, Taman Batu off Greenwood Park, 68100 Batu Caves, Selangor(Belakang Shell Taman Greenwood)

Untuk penganjur. .
Syukran syukran..Memang meriah tadi..tapi next time mohon datang awal yer..hehee..inshaallah kalau ada rezeki lebih,turn keluarga kami pulak jadi tuan rumah..;)


#Terimakasihsudibaca#

1 comment:

  1. Lokasi terbaru Restoran Nasi Arab AFC berada di susur simpang keluar Duta Ulu Kelang ( DUKE ) di Pusat Perdagangan Selaseh 2 , Fasa 2.: Terletak berhampiran Surau Darul Muhajirin. Lokasi terletak di bangunan lama 2 tingkat di Alamat No. 6 Jalan Selaseh 18, Taman Selaseh Fasa 2 . Sekiranya ternampak 99 speedmart di situ pandang ke arah lorong belakang akan nampak bangunan lama 2 tingkat . Restoran Nasi Arab berada bersebelahan kedai runcit. Itu adalah lokasi terbaru nasi arab AFC. untuk sebarang tempahan meja, tempahan bungkus dan lain-lain maklumat lanjut boleh hubungi. no telefon 011-63327027 AFC atau 0193211911 Pn. Hasnah.

    ReplyDelete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved