Usah risau tentang hal jodohnya kami :) | Suri Raudhah

Friday, May 16, 2014

Usah risau tentang hal jodohnya kami :)


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

Dah biasa dah dengar "Jodoh tu tak datang bergolek..ko kena la usaha dulu"..
Wohaaa..
Usaha yang macamne tu sayang?
Perlu ke nak dating kat SOGO atau KLCC dengan alasan kena berkenal-kenalan dulu?
Perlu ke nak selalu calling-calling,mesej,whatsapp bagai?
Perlu ke nak stalk fb then usha mr secret admirer pastu private message dia?
Itukah maksud kamu dengan usaha?

Yer, saya faham..kamu risau tentang saya..
Saya tersangat menghargai
Siapa tak mahu berkahwin?
Punya keluarga sendiri suami,anak-anak
Syurga isteri terletak pada suami.
Anak-anak saham akhirat pada ibubapa
Bukan saya menolak perkahwinan
Betapa indahnya sebuah keluarga yang di dalamnya disinari cahaya agama
Untungnya pada kamu yang sudah memiliki itu semua.


**fuhhhhh...hembus nafas..

Yer..saya juga sedang berusaha.
Usaha yang bagaimana?
Tak perlu nak cerita..saya pasti akan ada yang cakap 'how cliche u're'..
Ouchhh..whatever...

Sayangku...
Lebih indah lagi mulia sekiranya kamu mendoakan kami yang belum bertemu jodoh ini supaya dipermudahkan dari urusan jodoh.. Usahlah terlalu risau dengan halnya kami yang belum berjodoh ni..Allah dah tetapkan jodoh hambaNya sejak azali lagi..Kami berpegang dengan itu..

Sayangku..
Ingin sekali saya menceritakan kamu kisah Rabiatul Adawiyah
Seorang wanita hebat..hebat dari segi agama, tingkah laku,rupa parasnya..
Kalau tidak masakan seorang pemerintah boleh terpesona lantas menghantar pinangan kepada wanita itu.
Tapi apa kesudahannya..
Wanita itu menolak dengan hemahnya..
Kenapa?
Kerana dia bimbang sekiranya dia berkahwin dengan pemerintah itu cintanya pada Allah akan berkurang..
Menangis beliau kerana takut..takut akan jauhnya cintanya kepada Pencinta yang hakiki.
Keseorangan wanita ini sehingga hembusan nafas terakhir.
Keseorangan pada yang melihat pada mata kasar tapi pada dirinya cinta Allah mengatasi segalanya.
Hatinya sarat dengan rindu dan cinta kepadaNya.
Menangis bila membaca kisah wanita hebat ini.
Terasa kerdil.
Pastinya bidadara menanti wanita ini di jannah.
Bukankah cinta seperti wanita ini lebih patut dibanggakan?

Sayangku..
Betul..Perkahwinan itu sunnah Rasullullah saw.
Saya juga ingin pahala dengan menyempurnakan perkahwinan.
Saya juga impikan keluarga yang terbina dengan sakinah dan mawaddah
Di dalamnya disinari cahaya agama dengan adanya tiang yang kukuh.
Bukankah semua itu ada harga yang perlu dibayar?
Oleh itu..tak wajar ada istilah berdating dating..
Calling-calling
Message -messaging
Like-Liking
Atas nama usaha ke arah perkahwinan.


Sayangku..
Percayalah..diri ini sedang berusaha menyiapkan diri ke arah menyahut sunnah itu.
Sangat risau jika ikatan yang suci itu dicemari dengan perkara yang mencacatkan kesucian perkahwinan pada awalnya.
Hekkk..Elehhh orang lain tu bahagia jer..
Cinta dari zaman sekolah..cinta zaman U 
Anak lahir elok jer pandai-pandai..
Hmmmm..
Terpulang..
Tak perlu nak bertekak hujah.. 
Masing-masing bertanggungjawab dengan keputusan sendiri.

Sayangku..
Doakan kami...:)

Sekian,Wassalam....

#Terimakasihsudibaca#

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved