Kenapa nak kerja kerajaan? | Suri Raudhah

Saturday, May 3, 2014

Kenapa nak kerja kerajaan?


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

Disebabkan sekarang musim interview so meh la kita kongsi-kongsi cerita sikit.. Mana tahu kot dapat membantu mereka yang tengah berdebar nak pergi interview tu kan..:) 

Kalau sape yang pernah pergi interview SPA mesti biasa ditanya kenapa awak nak kerja kerajaan kan ?
Pastu korang jawab apa?

Aku biasa kena soalan tu..
So aku jawab, saya pernah kerja kerajaan dan swasta tetapi saya prefer kerja kerajaan kerana kerja kerajaan ni lebih terjamin. Kalau berlaku keadaan seperti ekonomi tak stabil dari situ penjawat awam lebih terbela..

Pastu.
Aku jawab bila dapat tawaran untuk datang interview ni saya tak boleh lepaskan peluang ni. Saya yang memohon untuk jawatan ni..Beribu-ribu permohonan yang dihantar saya antara yang terpilih dipanggil untuk temuduga. Saya apply sebab saya nak dengan jawatan tu..Saya minat dan jawatan tu sesuai dengan kelayakan akademik so this a chance to enter in the goverment sector. Ini sebagai langkah pertama. Tak boleh lepaskan peluang yang ada.

Pastu.
Saya memang minat kerja kerajaan. Saya suka tengok persekitaran kerja goverment sector. At least saya dapat menyumbang sesuatu kepada kerajaan. Kalau majoriti syarikat swasta pekerjanya bertungkus-lumus berkerja untuk mencapai keuntungan syarikat. Tetapi sektor kerajaan lebih kepada memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Cuba untuk membantu dan memenuhi kepuasan pelanggan iaitu rakyat melalui perkhidmatan yang terbaik. 

Pastu..
Dengan kebolehan dan kelayakan akedemik saya, saya rasa saya layak untuk kerja dalam sektor kerajaan. 

Ayat memang macam poyo kan?Ingat lagi interviewer pernah cakap dengan aku.. You should sell yourself.. Maksudnya dia nak kita pamerkan kebolehan kita. Jangan malu-malu..Be confident! Pastu sesi interview terus berubah.. We're comunicate in English until the interview session ends..:) Hasil dari interview tu, dapat la sebagai calon simpanan. So sekarang aku tak tau apa status. Takde la berharap sangat sebab aku dah ada kerja tetap kerajaan just nak upgrade jer. So just go with the flow..

Agaknya dah takdir, hari tu aku tertinggal segala salinan sijil-sijil. Cuma yang ada salinan ic dan sijil original je la.. Aku memang yakin dah letak dalam folder tapi bila dah nak bagi kat kaunter pendaftaran, makaihhh menggelabah cari. Dengan itu, mesti markah penilaian interview dah kurang kan? Benda dah nak jadikan..Redha je la. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik Allah nak beri..So Dia tangguhkan dulu..

Interviewer aku sorang jer..Bila dah nak habis sesi interview dia cakap. For me you deserved to this job. But my advice is..keep pray to Allah. Bukan saya yang menentukan keputusan ni but Allah..Time tu aku rasa touching..Kata-kata dia tersangat menyentuh..

Tu la antara pengalaman interview dengan SPA. Beberapa kali gagal then finally berjaya jugak.. Alhamdulillah..
Selamat pergi interview and good luck!:)



#Terimakasihsudibaca#

2 comments:

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved