Suri Raudhah

Wednesday, August 6, 2014

CPUV REVIEW: AIR ASIA GO - KOREA SALE!


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

First time nak review CPUV Nuffnang yang menari-menari zapin kat blog suri raudhah ni..Bertambah excited lagi bila ternampak jer kat banner tu Korea On Sale - Return flight+Hotel+Tax from RM999. Bila sebut jer Korea terus nak jerit Wow woha Korea tu...Saranghae!! 
korea on sale air asia

Upss..Aku bukan peminat tegar K-Pop yer cuma bila cerita pasal Korea otomotik teringat artis Korea yang comel-comel tu..Dulu aku layan jugak drama Korea antara drama faveret Jewel in the palace, Autumn in my heart dan All about Eve...Okehhh.. Sekarang Air AsiaGo.com ada buat promotion ke Korea. Tempahan tiket boleh buat sekarang dan akan berakhir pada 10 Ogos 2014. Travel mulai Ogos ni sehingga 28 Februari 2015. So bagi sesape yang duit tengah berkepuk-kepuk tu boleh la cepat-cepat tempah tiket sekarang..!!!Grab now..Aku nak pergi tapi ermmm tahun ni nak travel tempat lain maybe some other time..Korea wait for mee..I'll see you!!:)

Bila cerita pasal Korea mesti akan teringatkan pemandangan tempat yang cantik..Memang tersangat alam semulajadilah..Dan tetiba pulak aku teringat si Fatin Liyana ni ha..

fatin liyana korea trip
Jeles la tengok gambar ni...

Huwaa..Korea sangat. dikk..!

fatin liyana korea trip
Fatin..you 're beautiful..Seriyess tak tipu..(^_^)
Ape petua nak bagi kulit gebu macam awak?..Some more tips please!!!

korea trip fatin liyana
Serius ini comel!!

korea trip

Dahh...dah..Aku just nak tunjukkan betapa cool nyer Korea ni...
bukan suh tengok lama-lama dak Fatin Liyana yang cun melecun tu...hehe
Tapi aku pon suka tengok dia...
Fatin, sis mintak izin guna gambar Korea awak yer..
Boleh la...Boleh la sambil buat muka Gwiyomi
Peace..!!:)


Korang boleh la usha blog Fatin Liyana kalau nak tengok gambar lain yang membuatkan korang lebih excited nak ke Korea lagi-lagi Air Asia Go.com tengah ada promotion sekarang ni..!!Mesti pasni aku stalk blog korang pulak..hehe..

cpuv nuffnang - air asia

Lastly..Love u much Nuff...Pasni sudi-sudikan singgah blog suri raudhah lagi yer..:)

#Terimakasihsudibaca

Saturday, August 2, 2014

Salam perantauan..Jauh dimata dekat di hati.:)


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Korang pon mesti pernah belek-belek berita harian atau kosmo pastu terpampang dua muka surat ucapan raya pelajar Malaysia yang belajar di perantauan. Selalunya sebulan nak raya dah ada terpampang kat situ.. Seronok tengok gambar student Malaysia and warga Malaysia yang menetap nun seberang laut sana..

salam perantauan pelajar mara

Aku pon sama..
Memang dari zaman dulu kala bila bulan ramadhan konfirm ada ucapan raya atau salam perantauan bermuka-muka surat. Time tu confirm adik-beradik  kena tunggu lama la turn nak baca surat khabar tu kan.. Dulu berangan bestnya la study kat oversea tapi setakat berangan je la. Hajat tak kesampaian sebab dulu belajar suam-suam kuku jer..-_- Tapi study kat Malaysia pon ok what.. Senang sikit nak berkepit dengan famili..Kalau aku belajar kat oversea agaknya tahun pertama tu homesick memanjang pastu tahun kedua lupa daratan...hehe..Agaknya sebab tu aku tak ditakdirkan merantau nun jauh di sana.hahaa..

salam perantauan pelajar mara

Aku paling suka tengok gambar di atas ni..No..no..no bukan sebab jejaka-jejaka malaya tu yer tapi sebab gambar ni ada makna tersendiri...Apa maknanya..??susah nak explain la...Ermm..maybe sebab aku rasa selalunya pompuan yang sepatutnya posing camtu tapi ni sebaliknya pulak..hehe..

salam perantauan pelajar mara

Attention!! To anak-anak yang comels nanti bila dah balik Malaysia jangan lupa cakap Melayu yer... Ayah-ayah, ibu-ibu,daddy mummy jangan lupa bahasa jiwa bangsa. Biasakan anak-anak  campur cakap melayu or english..Jauh mana pon kita pergi jangan lupakan bahasa dan bangsa.. Jangan sampai anak kita tak pandai lansung bahasa ibunda kita.. Seriyes cakap, ia sangat merugikan!! Tengok tak Kajol dalam Kabhi Kushi Kabhi Gam..see betapa nampak dia sayangkan negara and bahasa dia..Semangat tu yang kita nak!!  

salam perantauan pelajar mara

5 Sebab kenapa aku suka baca salam perantauan?

1) Sebab aku suka tengok pemandangan. Even tak dapat pergi tengok gambar pon jadi la..
2) Aku suka tengok gambar student Malaysia kat oversea pastu mula la my mind automatically say 'dorang ni mesti budak pandai-pandai'. Untung la..
3) Bila ada salam perantauan baru lebih terasa suasana raya..Ye lah kat paper keluar bermuka surat berhari-hari tau..
4) Sebab aku suka membaca
5) Refer balik semua di atas..

Sorry, i amik gambar uolls publish kat sini..Actually aku amik senyap-senyap kat FB Mara..Semua ni student tajaan Mara.. Dulu kan aku pernah kerja kat Mara..Tapi nak dapat tajaan tu jangan mengharap ler..huhhh.. Apapon MARA tetap dihati..Ececehhh..drama queen sangat!..=)

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari suriraudhah ..peace!!

#Terimakasihsudibaca#

Friday, August 1, 2014

Mufti Menk berbaju Melayu


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Tak payah nak kenalkan lah siapa Mufti Menk ni bcoz rasanya ramai yang kenal kan? Err ada ke yang tak kenal ni?T___T

mufti menk

Nak kena story sikit pasal Mufti Menk ni..
Beliau adalah imam dari Masjid terbesar di Harare, Zimbabwe.Mufti Ismail Musa Menk lebih dikenali sebagai Mufti Menk. Beliau aktif memberi ceramah di Malaysia especially  di bulan Ramadhan baru-baru beliau menjadi imam solat tarawikh di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.


Saya rasa korang mesti pernah dengar kisah penghijrahan Neelofa kan? Dalam proses penghijrahan, Neelofa katanya banyak mendengar ceramah Mufti Menk melalui video-video di Youtube. Bukan Neelofa jer rasanya ramai artis lagi antaranya Natasha Hudson, Fara Fauzana dan Ummi Nazeera yang ikut datang sendiri ke Masjid Sultan Zainal Abidin untuk solat tarawikh dah mendengar tazkirah dari Mufti Menk

Bila saya mula mengenali Mufti Menk?
Mulanya saya dapat video ceramah mufti menk dari group whatsapp tapi masa tu saya tak kenal siapakah beliau..Just dengar then lama kelamaan saya dah terbiasa dengar nama Mufti Menk.Mufti Menk.Mufti Menk, then masa ramadhan yang lepas saya mula dengar video-video beliau di Youtube..Mashaallah tazkirahnya sangat menyentuh ke dalam hati....Till now i still listen and download her videos..Seriously, some video touched deepest in my heart..

He's awesome!!

Selain Mufti Menk saya juga mengkagumi ilmuwan agama yang saya suka anggap mereka ni sebagai guru atau murabbi yang mendidik hati dan jiwa. Ye lah saya ni manusia biasa yang ada silap salahnya, sometime moody, sometimes stressed pastu rasa jiwa kacau so bila halwa telinga menyerap kata-kata mereka saya mula cool down seperti ais salju di kutub utara.. Pastu saya mula muhasabah Ooo 'aku dah buat salah..tak patut buat macam ni, kenapa aku buat camtu.menyesalnya..arghhhhhh.!!! Nak konsisten iman ni susah lagi-lagi dengan dunia yang penuh pancaroba beronak duri ni. So hati kita kena sentiasa dijentik supaya tak terus terlena makanya carilah guru atau murabbi yang dapat mengisi kekosongan hati...Wait..wait..bukan kekosongan hati single mingle ok.yang tu ubatnya kawen je lah..!!What i mean is cari sesuatu yang boleh drive you heart dari terus tersesat jauh.....you get it??Please say yess...:) 

I follow and heard them..They're awesome!!:)
Habib Ali Zainal Abidin
Ustaz Pahrol Juoi
Ustaz Iqbal Zain
Ebit Lew
Prof Muhaya
hanya sekadar beberapa nama..

Ehhh..you all nak tengok Mufti Menk berbaju Melayu..??

gambar mufti menk berbaju melayu

Haaa...Agak berbeza kan? Selalunya beliau biasa berjubah dan letak kain di kepala.. Kali ni tampil dengan baju melayu dan songkok sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia..Sekarang Mufti Menk dah pon pulang ke negara asalnya Zimbabwe..So sesiapa yang nak tahu updates dari beliau boleh LIKE FB Mufti Menk.



#Terimakasihsudibaca#
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by ♥ suriraudhah ♥. 2011-2013© All Rights Reserved