سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum..
Sekarang ni ramai artis yang berhijrah dengan mengenakan hijab.Yang dahulunya imej ya ampun tersangat seksa akhirnya kini berpenampilan sejak mata memandang.Alhamdulillah perubahan yang baik. Masih ingat lagi korang dengan Ummi Nazeera yang berlakon nur kasih tu? Tak pon Embok dalam hikayat Merong Mahawangsa satu ketika dulu.? Recall your mind..but you just forget about Remy Ishak ok!
Tengok la penampilan beliau yang terbaru..Telah lama menyepi kerana melanjutkan pelajaran di Australia dan kini kembali dengan imej baru..Sape sangka hidayah yang dianugerahkan kepada hambaNya yang terpilih ini?
Secara jujurnya, saya dulu tidak meminati lakonan Ummi Nazeera walaupon saya akui lakokan beliau sangat berkesan walaupon ketika itu usia beliau tersangat muda berbanding pelakon senior yang lain. Maka tak mustahil la dia dipilih memegang watak utama dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Masa tu agak kecewa kenapa la heroin filem tu Ummi Nazeera takde orang lain ke..?Hahh sampai macam tu sekali..hmmm..Sorry ummi for that kind of feeling..
Tapi sejak beliau mengenakan hijab dengan imej sejuk mata memandang ni, persepsi saya terhadap Ummi Nazeera automatically changed.!Kini bagi saya dia nampak cantik dengan senyuman yang manis. Kata-kata beliau mengingatkan saya dengan Wardina. Lagi saya kagum bila Ummi Nazeera mengacarakan rancangan Nona bersama Fara Fauzana pada hari ahad lepas. Bukan kagum dengan pengacaraannya tapi kagum mendengar kisah disebalik penghijrahannya..
Korang tengok ke Nona ahad lepas?
"Saya berubah kerana saya ada seorang kawan semasa belajar di Australia..Saya rasa dia ni sangat baik..sangat sangat baik..Baik dari akhlaknya, baik budi bahasanya sampai saya terpesona..Sejak tu saya rasa ingin berubah..ingin menjadi sepertinya.." (kata-kata ummi nazeera yang telah di edit oleh suri raudhah:)
Masyaallah..Masa saya dengar kata-kata Ummi Nazeera tu terus fikiran saya tergambarkan Rasulullah SAW..Bagaimana disebabkan akhlak nabi saw ramai yang tertarik dengan islam. Itulah kehebatan akhlak yang menjadi contoh untuk umatnya. Dalam kisah Ummi Nazeera ni beliau juga begitu terpesona dengan akhlak sahabatnya yang saya pasti sahabatnya itu seorang muslimah bunga agama.
Ya Allah..bagaimana dakwah itu boleh disebarkan melalui akhlak yang terpuji..Kagum..sangat kagum dengan sahabat ummi nazeera tu..Kekaguman saya lebih lagi bilanya penghijrahan Ummi Nazeera ini adalah pada masa dia berada di negara orang..Australia..negara barat..Seorang artis,hidup dalam keluarga berada,mewah kemudian menyambung pelajaran di Australia dan tiba-tiba muncul dengan imej islamik? dan bukankah itu satu keajaiban..
Sekarang ni Ummi Nazeera telah menamatkan pengajiannya dan kembali ke Malaysia dengan imej baru.. Ummi juga katanya giat belajar agama dengan ilmuwan agama.
Memetik kata-kata Ummi Nazeera dalam rancangan Nona "bila kita berada bersama orang yang sama keinginan dengan kita iaitu mencapai syurga jannah kita akan lebih semangat untuk berubah dan lebih terasa dekat untuk mendalami agama.(yeupp!kata-kata telah di-edit oleh suri raudhah lagi:)
Jujurnya, saya bukan nak terlalu membanggakan Ummi Nazeera cuma ingin berkongsi rasa kekaguman melihat perubahan beliau..Berubah kerana dipertemukan dengan seorang sahabat yang mendekatkan dia dengan islam,berubah kerana melihat akhlak seorang sahabat di bumi asing iaitu Australia..Berubah kerana hidayah Allah..
Jujur lagi, bila saya mula rasa penat makanya dengan membaca kisah-kisah seperti ini membuatkan saya bangun dari lena. Berhenti dari mengeluh dalam mencari tujuan sebenar hidup..Terasa ingin sekali menjadi seorang yang menjadi penyebab seseorang yang lain berubah..Sama-sama berubah mencari keredhaan-Nya..Sama-sama penat di jalan Allah..
:)
Ya Allah berikanlah kekuatan..berikanlah hidayahMu..tetapkan iman hambaMu supaya ia tidak berbolak balik..ampunkanlah..Aminn Ya Rabb..
#Terimakasihsudibaca#
ya Allah syahdu baca post ni.. thanks kak sbb share..
ReplyDeletetq for u too for drop by here:)
Deletemoga diberi ketetapan iman ummi nazeera . blog yg membina !
ReplyDeletemudah2an...aaminn..
Delete