Susunan sijil temuduga kerajaan | Suri Raudhah

Tuesday, May 27, 2014

Susunan sijil temuduga kerajaan


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Sebenarnya nampak je mudah hal nak susun fail temuduga ni tapi sebenarnya cara susun fail pun mempengaruhi penilaian panel temuduga.

Meh nak cerita..
Masa first time saya pergi temuduga SPA beberapa tahun yang lepas masa tu tak tau lagi asam garam rempah ratus temuduga kerajaan ni.. Main susun je la segala sijil-sijil padahal dalam surat tawaran dah tulis susunan sijil..Bila pergi meja pendaftaran isi borang dan urusetia periksa ic dan segala sijil-sijil yang berkenaan.

Kemudian bila urusetia bagi borang checklist kita pon cari tempat duduk yang strategik sebab nak susun sijil-sijil tu..Haaa menggelabah lagi-lagi nombor giliran dah nak dekat..

susunan sijil temuduga
Ini folder saya warna grey..Bertahun dah pakai since graduate..Banyak berjasa ni ;)

Ok! ni susunan fail original dan salinan yang paling depan sampai helaian belakang folder.

1. Salinan ic (standby ic asal)
2. Sijil kelahiran
3. Sijil berhenti sekolah
4. Sijil PMR/SPM
5. Diploma
6.Transkrip diploma
7. Sijil kepujian dekan
8. Degree
9. Transkrip ijazah
10. Sijil kepujian dekan
11. Sijil akademik yang berkaitan
12. Sijil aktiviti luar/koko
13. Dokumen lain yang berkaitan
14. Bagi calon awam atau kpsl perlu bawak surat pengesahan majikan dan laporan prestasi.

cara susun sijil temuduga
Surat tawaran temuduga..Masih simpan buat kenangan.. (print online)

So dah nampak cara nak susun ikut turutan kan..Dah nampak beza temuduga kerajaan dan swasta? Kalau swasta susunannya dari sijil akademik tinggi  seterusnya baru SPM ke bawah.

Amik perhatian!!!Ni penting..
1. Mesti bawa ic asal
2. Wajib bawa sijil asal dan salinan
3. Dokumen asal mesti susun dalam folder. Jangan hanya sumbat dalam envelop sahaja!
4.Dokumen salinan boleh selit dalam folder.. Letak dalam envolep saiz A4.
5. Dokumen sokongan (fotostat) mesti disahkan.
6. Resume boleh diselitkan dibahagian belakang sekali. (Resume dengan gambar berwarna)

Buat persediaan awal..First impression kena jaga..;)




Nak lebih tips rahsia lulus kerajaan?


#Terimakasihsudibaca#

6 comments:

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved