Telekung lycra vs telekung cotton | Suri Raudhah

Sunday, May 18, 2014

Telekung lycra vs telekung cotton


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

Aku tengok sekarang ni telekung jenis kain lycra memang tengah hangat di pasaran. Semua kaler ada yang tak tahan tu warna shocking pink..huwahhh..Girlishhhh sesangat uolls..

Dulu  pakai telekung jenis cotton pastu disebabkan terpengaruh dengan keadaan semasa terus aku beralih arah ke telekung lycra. So beli la lycra 1 warna grey.. Banyak-banyak kaler yang cantik ko pilih warna grey..?Ishhh tu warna orang tua la..Takde taste la ko ni cik suriraudhah oi..

Oittt..sayangku..
Warna grey ni tak jarang takkan aku nak pilih warna hijau emerald tu or that shocking pink..Confirm orang lain terganggu..termasuk aku sekali tak kusyuk nak solat.hahaa..
Pssssttt...tapi aku memang suka kaler- kaler orang tua kot..coklat,grey,hijau,putih memang jiwa aku la.. So tak perlu orang lain kisah kot.:)

Hajatnya nak basuh dulu telekung lycra yang baru beli tu..tapi sampai sekarang tak basuh-basuh lagi..Kiranya dah pernah la sekali dua aku bawak ke masjid..Yang kali ke dua tu aku ingat masa solat isyak jemaah kat masjid negara.. Kain dia melurut paras lutut sebab terpijak kain. Nasib la time tu dah rakaat akhir..Tapi getah dia cengkam kuat kat kepala lutut  so dapat bertahan dari terus jatuh ke bawah..Jadi, takdelah aku malu sangat incase tercabut terus...haha.Lepas habis solat tunjuk kat jiran sebelah merangkap cousin terus dia gelak besar..Memang kena sound la buat bising lepas habis solat..Padan muka kite..kihkih..Kurang dah pahala kat situ.. Astaghfirullahalazim...-.-

Tapi kan..
Selesa lagi pakai telekung kain cotton kot..Ni bagi aku la..Lain orang lain tahap keselesaannya ye dok? Aku tengah nak cari telekung cotton yang tak jarang..Alaa yang ada lining sampai dada tu pastu cover dagu..pastu bila pakai muka terbentuk pastu rambut tak terkeluar dari landasan tue..Susah nak cari kot.. Ada gak usha online..Tapi belum sempat lagi nak menjala yang mana satu..Any suggestion?Kakak cakap telekung Siti Khadijah selesa..Memang tengah cari yang menepati piawai.;)
Ni telekung lycra hitam.. Just bawak dua telekung putih dan sehelai telekung hitam. Masa kat Madinah ada seorang makcik from Egypt tegur kami katanya lebih baik pakai telekung putih dari hitam.. Sebenarnya sepatah haram pon aku tak faham dia cakap..Kita bersembang macam ayah dengan itik.. Tapi aku dapat agak apa maksud dia.. Makcik tu pon tak tahu English lansung..Kesian dia sebab dia bersungguh nak bagitahu..Nampak la muka dia kecewa sebab kami tak faham semua yang dia cakap.. Aku tahu Rasulullah saw suka warna putih..As a lesson, when we came back to Malaysia i decided to learnt Arabic..  

Sekarang still pakai telekung lama cuma aku matchkan dengan kain yang bercorak-corak. Aku suka yang bercorak sebab tak jarang. 


Sebenarnya tersangat rindu tu yang letak gambar ni..=.=

#Terimakasihsudibaca#

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved