Bila kamu sedar kamu suka/cinta dia dalam diam.. | Suri Raudhah

Saturday, August 16, 2014

Bila kamu sedar kamu suka/cinta dia dalam diam..


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..


Kamu sedar kamu suka/cinta dia dalam diam bila..

♥ Saat kamu tahu kamu tak berapa rapat dengannya tapi kamu ada perasaan sayang/suka padanya..

cinta dalam diam

♥ Kamu terpandang dia, mata saling bertentang dan secara tiba-tiba ada getaran..Dup dap dup dap. Pastu kamu paksa diri kamu berlagak seperti takde apa berlaku..

♥ Bila dia yang selama ni tak pernah saling bertegur sape datang dekat  kamu, kamu rasa macam nak pandang dia balik tapi malu kalau dia perasan kamu pandang dia.


my secret admirer

♥ Bila satu hari kamu tak nampak dia, kamu tertanya mana dia erk..Rasa macam tak bestnya tak nampak dia hari tu seperti 'something missing'..Rindu tak keruan jadinya..

♥ Kamu stalk everything pasal dia sebab nak tau dia jenis camne orangnya, nak tahu dengan sape dia berkawan..dah berpunya atau sebaliknya.. apa dia suka apa dia tak suka, and almost everything pastu berlakon as if kamu tak tahu anything about him/her..

♥ Kamu rasa happy kalau dia beri perhatian pada kamu..

♥ Kamu tetiba suka tengok muka, gaya dan senyuman dia..Bila sekali dia senyum pada kamu, kamu tetiba merindui senyuman dia sampai kamu tersenyum sorang-sorang bila mengingatkannya. Betapa kamu suka tengok senyuman dan gelak tawanya yang ceria..:)

♥ Bila kamu nampak dia bercakap dengan kawan lelaki/perempuan dengan mesra kamu mula kecewa..Mungkinkah cemburu atau patah hati..erk?

♥ Dalam diam kamu berdoa semoga dia adalah jodoh kamu..Tak pon kamu buat istikharah dalam senyap nak pastikan samaada patutkah kamu teruskan perasaan terhadap si dia..Tapi depan dia or dengan kawan-kawan kamu buat macam tak kisah jer pasal dia..

♥ Kamu risau jika kamu meluahkan perasaan pada si dia nanti kamu pulak akan kecewa dengan jawapannya..

♥ Kamu risau tidak layak untuk bersamanya..Mula la rasa alaa dia 'somebody' aku biasa-biasa jer..Kamu malu takut dicop hidung tak mancung pipi tersorong-sorong..grrr..

♥ Kamu perasaan setiap perubahan dia contohnya selalunya si dia pakai shawl hari ni tetiba pulak dia pakai tudung bawal..walau apa pon dia tetap comel..pujaan hati la katakan..Kalau kamu perempuan pulak bila si dia buat new haircut dalam hati tu nak cakap dia nampak lain la bila gunting rambut.. Even dia rambut botak sekalipon kamu tetap mengkagumi dia..hehee

And lastly..

♥ Kamu tahu kamu jatuh cinta dalam diam bila membaca entri ini, ada seseorang yang terlintas difikiran kamu..:)Ehemm..ehemmm siapakah??

*********
Kadang-kadang kita tak sedar orang yang kita cinta dalam diam tu juga sebenarnya mencintai kita.:lol:



nota: Buat lelaki if korang dah stabil dari segi kewangan,dan rasa mampu galas tanggungjawab kalau ada si dia yang berkenan di hati  yang korang dah pastikan dia tu single and available pastu hati korang pon rasa dia bagi hint 'positif' dengan korang  why not korang mulakan satu langkah ke hadapan.. Try approch si dia dengan penuh gentleman and smart..Mana tahu, memang dia lah jodoh korang kan..:) Tapi kalau korang saja suka-suka nak try test aku rasa better tak payah la buat kerja sia-sia yer..

Ermm.. Kalau perempuan pulak i have no idea much..Aku pon tak tahu nak buat camne..Nak berterus terang malu nanti kena cop perigi cari timba pulak an..Just korang berdoa je la kalau memang dia ditakdirkan untuk korang moga Allah satukan hati korang.. Moga ada jalan ke arah ikatan yang suci..

Korang boleh baca kisah cinta dalam diam ni juga :) :



#Terimakasihsudibaca

27 comments:

  1. yang last sekali tu WALLAHI betul... tapi aku dah berkahwin. tapi aku ter-syok pulak. ah kacau betul lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya tu ter-syok..Sila kembali ke pangkal jalan yer;)

      Delete
    2. halal je nak kahwin lg..ada kuota lg kan

      Delete
  2. Nice entri.. bila baca terus teringt dia.

    ReplyDelete
  3. Memang betol pon,sume tu ade ciri kat saye
    . . Nice entry

    ReplyDelete
  4. if kita rasa someone suka2 kita dlm diam tpi takut tekaan silp?

    ReplyDelete
  5. rindu pulak bila baca...haha:)

    ReplyDelete
  6. rindu pulak bila baca..haha:')

    ReplyDelete
  7. Baca ni terus ingat sidia senyuman dia bt sy jatuh cinta ..rindu nya ngan dia smoga dia juga ingat sy

    ReplyDelete
  8. Semua ade ciri crinya

    ReplyDelete
  9. Salam. Tak elok guna istilah perigi cari timba. Saidatina Khadijah melamar Nabi Muhammad.

    ReplyDelete
  10. Sy risau klu sy berpisah skolah dgn die tp sy mrh die skrg nie tp kdng2 syg pulak die tu.tp sy ade boyfriend dh name nye kai idol star,universe star,blaallaa sbb die dn sy suka same ssuka tp yg kt skolah tu selalu kacau ingatan sy lg2 klu bc artikel♥♡

    ReplyDelete
  11. Ada jugak tersuka seseorang masalahnya orang yang saya suka tu kawan sendiri. Last2 saya jauhkan diri. Sebab takut takut tersuka dia dan kecewa lagi. Masalahnya dia yang datang kat saya. Saya pernah halau dia tapi dia pergi sekejab lepas tu datang balik.

    ReplyDelete
  12. Mmg apa yg akak tulis tu saya selalu alami

    ReplyDelete
  13. Bagaimana agaknya jika pendam rasa ni sampai bila-bila? Sakitnya tuh disini!!!! Sy yakin telah jatuh cinta dengan kawan lelaki ni..tp, takut dia dh bpunya..ramai ckp dia tu lelaki lembut...tp, sy
    tidakkan...dia hny lembut luaran ..penampilan, gaya bercakap tp, sy tahu itu sikapnya..sy cuma bosan bila setiap kali kluar bersama dia seakan mnyimpn perasaa yg sm. .mgkn kmi x berani utk luahkn....sy jd kecewa akhirnya...nmun masih bharap cinta ni bblas n ada phujungnya... :)

    ReplyDelete
  14. macam mna pula kalau dulu dia suka malu malukan sye..tp slalu msj sye scra snyap..tp bila sya TERmengaku sy suka pda dia..dia hebohkan dlm smua group yg dia ada.bila sy dh xlayankan dia..dia asyik tgk sye aje smpailah sy dh ad boyfriend skrg.skrg dia dh ada girlfriend..tapi dia asyik lah pandang sy smacam.knapa ya?

    ReplyDelete
  15. Bila kita suka dia...tp rupa rupanya dia dah berpunya n dah mendirikan rumah tangga..tp kita susah untuk move on sbb dah terlanjur cinta..

    ReplyDelete
  16. betul ckp akak,sebab saya ada suka seorang lelaki yang pendiam,then,friend dia cakap yang lelaki pendiam ni suka kat saya.

    ReplyDelete
  17. btl ckp akak,Kadang-kadang kita tak sedar orang yang kita cinta dalam diam tu juga sebenarnya mencintai kita

    ReplyDelete
  18. Nak tnya sesuatu pasai mimpi bleh dak?

    ReplyDelete
  19. terbaek!! Betullah orang yg aku suka tu suka kat akulah tapi aku msih 16 aku adalah seorang yg sngat pemalu dan sentiasa berdoa supaya dia terus tertarik dlm diam

    ReplyDelete
  20. Suka dia.tapi takut kecewa. Hanya mampu berdoa yang terbaik sahaja. 😊

    ReplyDelete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved