Suri Raudhah

Thursday, September 27, 2012

Ustazah Asni Mansor Al-Hafizah

As-Salam
 
 
Terpegun aku sebaik sahaja ustazah naik ke atas pentas dan mengalunkan bacaan dari ayat al-Quran. Kemudian barulah ustazah memberi salam pengenalan.Serius aku tak tipu..meremang aku dengar bacaan ustazah Asni Al-Hafizah. Seisi dewan semua senyap seperti terpukau dengan alunan ayat al-Quran. Kagum..
 
Hari ini aku meringankan kaki dan perut menghadiri wacana ilmu di IPPTAR angkasapuri. Tajuk wacana "keseronokan bekerja dalam mencari keberkatan rezeki."Memang rugi kalau tak pergi, lagi-lagi majlis ilmu macamni. Kita ni manusia biasa, kadangkala kita terleka , so dengan menghadiri majlis ilmu ni sekurang-kurangnya ada pengisian dalam diri daripada dibiarkan berkarat.
 
Pertama kali aku terpukau mendengar secara live alunan al-Quran dengan bacaan yang indah yang dialunkan oleh Ustazah Asni Mansor Al-Hafizah. Ya Allah, kalau suara ustazah Asni semerdu macamni, bagaimana pula suara Bilal bin Rabah mengalunkan azan..Subhanallah.
 
Apa pengisian yang aku dapat hari ni?
 
Kalau nak rezeki kita berkat..perkara basic yang perlu kita jaga adalah "hubungan kita dengan ibu bapa". Kemudian bagi kaum isteri adalah redha suami. Insyaallah rezeki kita akan berkat. Berkat tu faham la macammana kan. Aku taknak eleborate nanti aku jadi ustazah blog pulak kat sini..peace:)
 
Bila keluar bekerja bacalah doa dan niatkan dalam hati " Ya Allah aku keluar mencari rezeki Ya Allah. Lindungilah aku dari fitnah dan peliharalah imanku. Kemudian melangkah lah dengan kaki kanan keluar dari rumah untuk bekerja.
 
Last sekali aku tekankan kat sini..Sedekah..Bersedekahlah kamu walau sedikit. Insyaallah rezeki kita berkat. Janganlah terlalu berkira-kira dengan ibubapa. Itulah ayat ustazah yang bermain difikiran aku sekarang.
 
 Video tak ada kaitan dengan ceramah wacana pagi tadi. Awak layankan jelah..:)
 
 
I Care I Share, Sekian. wassalam.

Wednesday, September 26, 2012

Kalau tak baca awak rugi

As-Salam

mencari konklusi..

aku suka baca buku
aku suka baca novel
aku tenang bila baca al-quran
aku suka baca majalah
aku suka baca forum
aku suka baca komik
aku suka baca blog orang
aku suka semua diatas
memang aku dilahirkan untuk suka membaca
tapi satu jer pasal aku
 
aku tak suka baca pekeliling
serius..aku pening
mata dah naik juling
kepala berpusing-pusing
aku tak mampu teruskan..
bahasa macam kap lam ya nga...
 
 
Cukup..cukup sudah..sampai disini saja..Sekian wassalam..
 
 
 
nota: Just nak ingatkan awak, hari jumaat ni pembentangan bajet 2013. 

Thursday, September 20, 2012

Suri Raudhah

As-Salam

Aku tukar url blog lagi.hehe.Banyak kali dah tukar url blog. Hopefully yang ni akan berkekalan la.  Bukan blog Lisa Surihani, atau suri rumah tangga atau blog kaum kerabat mahsuri, ni blog SuriRaudhah ok. Nama ini ilham dari langit:)


Masa cari ilham nama blog, terjumpa gambar ni..
Suka tengok lesung pipit (lesung pipit or lesung pipi?)dia yang comel tu. Dah la ada dua butir lesung yang kedalamannya tak dapat diukur dengan pembaris tu. Indah ciptaan Allah ni kan. Ramai cakap "orang cantik dan orang comel ni banyak dugaan dan godaan"?.Dah cantik pastu glamer pulak tu.Memang la iman tu kena kuat. Tapi orang biasa-biasa macam kita ni kena la bersyukur dan redha jer. Beauty is not about pain, beauty is effort:)





 
 
 
 
Dia adalah Wawa Zainal.. 
 
Sekian,wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved