As-Salam
Terpegun aku sebaik sahaja ustazah naik ke atas pentas dan mengalunkan bacaan dari ayat al-Quran. Kemudian barulah ustazah memberi salam pengenalan.Serius aku tak tipu..meremang aku dengar bacaan ustazah Asni Al-Hafizah. Seisi dewan semua senyap seperti terpukau dengan alunan ayat al-Quran. Kagum..
Hari ini aku meringankan kaki dan perut menghadiri wacana ilmu di IPPTAR angkasapuri. Tajuk wacana "keseronokan bekerja dalam mencari keberkatan rezeki."Memang rugi kalau tak pergi, lagi-lagi majlis ilmu macamni. Kita ni manusia biasa, kadangkala kita terleka , so dengan menghadiri majlis ilmu ni sekurang-kurangnya ada pengisian dalam diri daripada dibiarkan berkarat.
Pertama kali aku terpukau mendengar secara live alunan al-Quran dengan bacaan yang indah yang dialunkan oleh Ustazah Asni Mansor Al-Hafizah. Ya Allah, kalau suara ustazah Asni semerdu macamni, bagaimana pula suara Bilal bin Rabah mengalunkan azan..Subhanallah.
Apa pengisian yang aku dapat hari ni?
Kalau nak rezeki kita berkat..perkara basic yang perlu kita jaga adalah "hubungan kita dengan ibu bapa". Kemudian bagi kaum isteri adalah redha suami. Insyaallah rezeki kita akan berkat. Berkat tu faham la macammana kan. Aku taknak eleborate nanti aku jadi ustazah blog pulak kat sini..peace:)
Bila keluar bekerja bacalah doa dan niatkan dalam hati " Ya Allah aku keluar mencari rezeki Ya Allah. Lindungilah aku dari fitnah dan peliharalah imanku. Kemudian melangkah lah dengan kaki kanan keluar dari rumah untuk bekerja.
Last sekali aku tekankan kat sini..Sedekah..Bersedekahlah kamu walau sedikit. Insyaallah rezeki kita berkat. Janganlah terlalu berkira-kira dengan ibubapa. Itulah ayat ustazah yang bermain difikiran aku sekarang.
Video tak ada kaitan dengan ceramah wacana pagi tadi. Awak layankan jelah..:)
I Care I Share, Sekian. wassalam.
Allh ckp seseorg tu xkan miskin dgn menginfakkn harta ke jalan Allah
ReplyDeleteno doubt:)
Deleteassalam.. awak,, macam mane nak contact ustazah asni ye.. sbb nak invite ustazah sbg penceramah.. puas cari contact num xdapat2..
ReplyDeletewaalaikumussalam.sory yer sy pon x dpt cr cntc num dia. ustzh x de fb pulak..no fon suami ustzh ade la. tu pon google..
DeleteUSTAZ MOHD NASIR RUSTAM 019-695 5930.