Assalamualaikum ツ
Yer..memang saya akan bercerita pasal rancangan Nona kat TV3 tu.Tengok tak? Dah lama tak tengok Nona tapi hari ni aku tertengok la pulak.
Segmen khas bersama Datin Sharifah Syawati - Imej Anda,Aset Anda. Memang dah ada lama ke segmen ni kat Nona tu.Aku baru tahu sebab aku bukan lagi penonton setia Nona sejak Farah Fauzana & Neelofa jadi pengacara. Ada part yang aku rasa macam mencabar otak aku untuk berfikir 2x.heee. Kenapa? Korang fikir la sendiri..
1)Etika semasa berpakaian baju kurung dan seangkatan dengannya (berpakaian.?betul ke ayat aku nih)
Tak dibenarkan memakai jaket semasa kita memakai baju kurung. Tak sesuai. Alasannya baju kurung ada elemen tradisional, jaket adalah material moden maka merosakkan nilai bagi baju kurung tersebut.
{Pastu aku mula nak menyampuk.."Habis tu kalau kat office sejuk melampau macammana tu.? Dah la opis aku tu dah pasang aircond baru. Time sembahyang pon boleh menggigil lutut dan aku sememangnya kat opis pakai jaket bagi mengelakkan terkena kancing gigi akibat kesejukan melampau.}
Dan tiba-tiba...Bagi menggantikan jaket, Datin menyarankan memakai Pashmina.
beliau yang tak belajar etika dan protokol! |
2) Jangan memakai selipar @ kasut(sport shoes) apabila mengenakan baju kurung.
Ada lagi ke orang sekarang pakai sport shoes dengan baju kurung?Dulu memang ada. Aku la orang tu. Tapi aku tak rasa bersalah pon sebab rasanya sesuai apa. Bukan la sport sangat lebih kepada sneakers.
Nota:Aku memang pakai slipper kat office. Bila kat office mesti la pakai baju kurung dan seangkatan dengannya kan dan aku lebih banyak pakai slipper berbanding grey wedges atau kasut tumit 3 inci aku tu. Rasa lebih selesa untuk aku yang kena banyak bergerak ni. Berjalan nak pergi ke mesin fotostat, berjalan ke bilik stor laju-laju sambil bawak fail konon-konon macam tengah sibuk sangat, berjalan jumpa orang, dan kegunaan utamanya semasa nak pergi ke toilet banyak-banyak kali. Pakai wedges atau kasut tumit 2 or 3 inci kan susah tu.
ni memang macam selipar aku.tapi bukan sebenarnya.! |
Nota: Aku buat masa zaman sekolah dan zaman study dulu. Pakai baju kurung dengan beg galas. Kalau macam tu tak ikut etika jugak ke.?? Sekarang aku dah tak buat dah!!. Mereka pakai beg galas mungkin sebab nak letak laptop ke, proposal yang tebal-tebal ke, payung ke & macam-macam lagi boleh letak kalau pakai besar ni. Handbag limited. Bagi aku tak ada masalah pon perempuan berbaju kurung bergalaskan beg galas. Cool apa..baru la hippies..hehee..
Kata Datin, kalau buat 3 perkara di atas seolah-olah tak respect dengan pakaian tradisional kita dan orang luar akan keliru tentang budaya pakaian kita rakyat Malaysia ni. Pendapat korang yang arif lagi bijaksana ?
Aku.?
a) Aku rasa selagi nampak sopan tak apa kot.
b) Aku belum dapat hidayah lagi nak pakai pashmina, aku lebih selesa pakai jaket. Terus melekat kat badan tak la terjatuh-jatuh macam pashmina tu.
c) Pakai blazer/jaket nampak profesional kot!(aku rasa la)
d) Hidup aku tak lengkap tanpa slipper.
e) Tak kena tindakan disiplin pon kalau tak ikut etika tu. Yang penting tak jatuh hukum berdosa.
f) Aku malas nak belajar etika dan protokol sangat sebab aku tak nak kawin dengan anak raja dan anak raja pon tak nak kawin dengan aku!
e) Ini tak bermakna aku tak respect pakaian tradisional ke apa. Tapi aku yakin respect etika dalam islam tu lebih perlu dan wajib.
p/s : Ni just pendapat aku yang kurang ilmu ketrampilan&kefesyenan dan aku bukan seorang fashionista buktinya orang lain sibuk pakai tudung bawal 3 ton ada renda bunga kat tepi tudung tu yang macam corak kat atas cupcakes tu dan lagi bergaya dengan shawl style ala-ala HT wannabe, tapi aku masih setia dengan tudung thai silk lycra dan syria aku yang murah tu.!
p/s : Ye la, Datin kan seorang perunding imej yang pro, mestilah dia kena ajar semua benda-benda ni. Kalau tak, sia-sia la dia habiskan duit belajar imej kat luar negara tu. Cantik mata Datin. Bulat macam orang arab. Memang la mix arab nama pon Sharifah kan..
p/s : Aku tag kat diri aku sendiri!!
Sekian. Wassalam..
kt rase kt kenal datin syarifah ni...femeskn? dn seorg datin yg sgt lucu...btl?
ReplyDeleteoittt..dia dulu pengacara tv3 la.skrg dah jadi image consultant.
Deletelucu..?dia bukan datin jasmin hamid..dia datin bini kpd datuk la..profesenel punyer datin nih..hahaa.
eh betul laa....syarifah... dlm fb kt de yg kt post 'kenvensyen bidadari' dlm tu datin tu ade yg dalam utube wardina
ReplyDeleteJanji tutup aurat n jgn ketat sudah
ReplyDeleteyeup...:)
Delete