Suri Raudhah

Sunday, August 24, 2014

Gambar pilu anak mangsa nahas MH17: Sayang..kalian kena kuat!.


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Jumaat 22 Ogos 2014 akhirnya seramai 20 jenazah mangsa tragedi MH17 selamat dibawa pulang dari Belanda ke tanah air. Negara mengisytiharkan hari berkabung sebagai tanda penghormatan dan turut merasai kesedihan ke atas tragedi yang menyayat hati itu.


Sape sangka pesawat komersil negara yang berlepas dari Belanda untuk kembali ke tanahair pada 17 julai 2014 menjadi sasaran tembakan dari pihak yang sangat tak bertanggungjawab. Apatah lagi umat islam sedang menyambut bulan Ramadhan..Secara jujurnya, aku menerima berita pesawat MAS ditembak di Ukraine masa waktu nak bersahur. Masa tu memang satu rumah terkejut mana taknya misteri MH370 pon masih belum terungkai dan sekarang pesawat MH17 pulak menjadi mangsa..Agak memilukan bila kesemua penumpang maut dan takde seorang pon yang terselamat untuk kita mengetahui apa sebenarnya yang terjadi..

Terfikir bagaimana detik terakhir sebelum kapal terbang ditembak dan terhempas. Betapa kuat hempasannya ke bumi..sape pihak yang bertanggungjawab sehingga adakala mulalah datang idea teori konspirasi..Secara jujur semasa kehilangan pesawat MH370 lebih mengundang perasaan sedih yang mendalam sehingga beberapa kali mengalir air mata bila tengok liputan tv,mendengar doa,tazkirah di masjid mengenai tragedi MH370.. Masa tu emosi bercampur sehingga letih fikir untuk tahu jawapan apa sebenarnya terjadi. Kalau terhempas mana bangkai pesawat?..berbagai persoalan yang kadang-kadang mengundang kesedihan..Lagipon itu peristiwa besar pertama membabitkan pesawat MAS .

Di saat menerima berita pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine air mata seolah kering.. Tak mampu menangis bila mana pada masa itu penuh dengan berita dan liputan perang di Gaza.. Berita pencerobohan di Gaza oleh Israel lebih memilukan apatah lagi angka korban yang semakin meningkat saban hari..

Tapi hari jumaat 20 ogos 2014 air mata mengalir juga...Sape yang mampu menahan air mata bila melihat gambar pilu anak-anak ini.?

Abderrahman 9 bulan anak kepada co-pilot Ahmad Hakimi Hanapi di dukung oleh sahabat baik arwah bapanya semasa doa solat jenazah di masjid putrajaya.

Berbeza sekali riak muka abderrahman seolah mengerti kesedihan pada hari itu.. :'(

Muhriz Marzaidi 10 tahun anak pramugari Mastura Mustafa tak dapat menahan kesedihan..


Muhriz menabur bunga dipusara ibu tercinta..


Alif Hazim 2 tahun anak kepada pramugari Hamfazlin Sham Muhammad Ariffin memeluk keranda ibunya

Alif Haiqal 8 tahun anak kepada pramugari Hamfazlin Sham Muhammad Ariffin 


Aqil Raqif Mohd Raflis 6 tahun anak sulung ketua pramugari Azrina Yaakob. Lebih memilukan anak ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang juga merupakan hari pengebumian ibu tercinta.

Sayang..semoga kalian membesar menjadi anak yang soleh..anak yang akan teruskan mendoakan ibu dan ayah yang telah pergi mengadap ilahi..Satu hari nanti pastu kalian akan mengerti..

Al- Fatihah..
Takziah

Saturday, August 16, 2014

Bila kamu sedar kamu suka/cinta dia dalam diam..


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..


Kamu sedar kamu suka/cinta dia dalam diam bila..

♥ Saat kamu tahu kamu tak berapa rapat dengannya tapi kamu ada perasaan sayang/suka padanya..


♥ Kamu terpandang dia, mata saling bertentang dan secara tiba-tiba ada getaran..Dup dap dup dap. Pastu kamu paksa diri kamu berlagak seperti takde apa berlaku..

♥ Bila dia yang selama ni tak pernah saling bertegur sape datang dekat  kamu, kamu rasa macam nak pandang dia balik tapi malu kalau dia perasan kamu pandang dia.



♥ Bila satu hari kamu tak nampak dia, kamu tertanya mana dia erk..Rasa macam tak bestnya tak nampak dia hari tu seperti 'something missing'..Rindu tak keruan jadinya..

♥ Kamu stalk everything pasal dia sebab nak tau dia jenis camne orangnya, nak tahu dengan sape dia berkawan..dah berpunya atau sebaliknya.. apa dia suka apa dia tak suka, and almost everything pastu berlakon as if kamu tak tahu anything about him/her..

♥ Kamu rasa happy kalau dia beri perhatian pada kamu..

♥ Kamu tetiba suka tengok muka, gaya dan senyuman dia..Bila sekali dia senyum pada kamu, kamu tetiba merindui senyuman dia sampai kamu tersenyum sorang-sorang bila mengingatkannya. Betapa kamu suka tengok senyuman dan gelak tawanya yang ceria..:)



♥ Bila kamu nampak dia bercakap dengan kawan lelaki/perempuan dengan mesra kamu mula kecewa..Mungkinkah cemburu atau patah hati..erk?

♥ Dalam diam kamu berdoa semoga dia adalah jodoh kamu..Tak pon kamu buat istikharah dalam senyap nak pastikan samaada patutkah kamu teruskan perasaan terhadap si dia..Tapi depan dia or dengan kawan-kawan kamu buat macam tak kisah jer pasal dia..

♥ Kamu risau jika kamu meluahkan perasaan pada si dia nanti kamu pulak akan kecewa dengan jawapannya..

♥ Kamu risau tidak layak untuk bersamanya..Mula la rasa alaa dia 'somebody' aku biasa-biasa jer..Kamu malu takut dicop hidung tak mancung pipi tersorong-sorong..grrr..

♥ Kamu perasaan setiap perubahan dia contohnya selalunya si dia pakai shawl hari ni tetiba pulak dia pakai tudung bawal..walau apa pon dia tetap comel..pujaan hati la katakan..Kalau kamu perempuan pulak bila si dia buat new haircut dalam hati tu nak cakap dia nampak lain la bila gunting rambut.. Even dia rambut botak sekalipon kamu tetap mengkagumi dia..hehee

And lastly..

♥ Kamu tahu kamu jatuh cinta dalam diam bila membaca entri ini, ada seseorang yang terlintas difikiran kamu..:)Ehemm..ehemmm siapakah??

*********
Kadang-kadang kita tak sedar orang yang kita cinta dalam diam tu juga sebenarnya mencintai kita.:lol:



nota: Buat lelaki if korang dah stabil dari segi kewangan,dan rasa mampu galas tanggungjawab kalau ada si dia yang berkenan di hati  yang korang dah pastikan dia tu single and available pastu hati korang pon rasa dia bagi hint 'positif' dengan korang  why not korang mulakan satu langkah ke hadapan.. Try approch si dia dengan penuh gentleman and smart..Mana tahu, memang dia lah jodoh korang kan..:) Tapi kalau korang saja suka-suka nak try test aku rasa better tak payah la buat kerja sia-sia yer..

Ermm.. Kalau perempuan pulak i have no idea much..Aku pon tak tahu nak buat camne..Nak berterus terang malu nanti kena cop perigi cari timba pulak an..Just korang berdoa je la kalau memang dia ditakdirkan untuk korang moga Allah satukan hati korang.. Moga ada jalan ke arah ikatan yang suci..

Korang boleh baca kisah cinta dalam diam ni juga :) :




#Terimakasihsudibaca

Saturday, August 9, 2014

Entri en.hamka kereta mayat buat saya menangis..


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

(Entri En.Hamka kereta mayat buat saya menangis even berulang kali saya membaca. As usual kena berlakon kononnya selsema bila baca kisah ini dikhalayak ramai.. :'(
Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, kerana di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang, di simbah sampah dan di baling batu serta najis..,
Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mengintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beliau menyapu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan diri demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..
Namun hati anak mana yang tahan melihat ayahnya terus menerus di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...
Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu Jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..
Hati mana yang boleh bertahan, lantas di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?
Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:
Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu..,
Nabi menjawab...
Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…
Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu rumahmu dan pintu hatimu.., kerana mereka hakikatnya sedang menzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW. 
***********
Saya emosi bila saya baca kisah ini..
Ya Rasulullah...
Kenapa sanggup berkorban macam tu sekali..Sanggup dicaci,dipukul,dibaling batu..
Malah sehingga diletak najis tatkala baginda sedang sujud.. Ini penghinaan yang melampau!!
Ya Rasulullah kenapa harus bersabar dengan penghinaan itu?
Sedangkan kamu kekasih Allah...
Yer..saya marah
Marah dengan Abi Jahal dan kaumnya....
Marah dengan mereka yang memperlakukan insan yang mulia sebegitu rupa..
:'(
Betul..setiap kali saya baca kisah awal dakwah Nabi Muhammad otomatik hati merintih.. menangis..tersentuh sehingga adakala diri yang naif lagi emosi ni kerap kali terdetik di hati.."Rasulullah kenapa..kenapa..kenapa kamu sanggup bersabar untuk mereka..kenapa..!!

Be rational...
Tahu tak Rasulullah sanggup bersabar dengan penghinaan dan penderitaan ini adalah semata-mata untuk kita..umatnya..Lihatlahlah sekarang Islam tersebar luas di desa, di bandar malah seluruh dunia. Betapa besarnya pengorbanan Nabi..


Lagi tersentuh bila baca sebuah buku kisah Nabi Muhammad:-
Tatkala nabi tengah solat di hadapan Kaabah Abu Jahal dan kaum membuang najis dibadan Nabi di mana Fatimah r.a yang mengekori nabi ketika itu berlinang air mata melihat ayahnya di hina sebegitu rupa..Lantas beliau pergi ke ayahnya dan membersihkan baju baginda.

Mengalir air mata bila mana saya membayangkan dialog antara Fatimah r.a dengan ayahnya..
"Ayah sudahlah ayah...baliklah ayah.... mereka takkan menerima dakwah ini ayah"..Merayu si anak pada ayahnya tatkala dah tak sanggup lagi melihat penderitaan si  ayah..Tapi Nabi kita tak putus asa..
Betapa baiknya Nabi..


Saya emosi bila saya baca kisah peperangan uhud
Tahukah kita, kaum muslimin kalah dalam peperangan uhud akibat mereka melanggar perintah Nabi SAW apabila melihat banyak harta rampasan perang lantas mereka turun dari bukit pemanah.. Pada awalnya kaum muslimin hampir mendapat kemenangan akhirnya mengalami kekalahan yang teruk..Akibatnya ramai kaum muslimin syahid di bukit uhud, Nabi sendiri cedera teruk,pitam, gigi baginda patah..Yang paling menyayat hati bila bapa saudara baginda Saidina Hamzah gugur di medan perang selepas terkena rejaman lembing dari Wahsyi..Kemudian seorang wanita Quraisy Hindun namanya datang ke arah mayat Saidina Hamzah yang bergelimpangan lantas merobek badan,menyeksa jasad yang tak bernyawa itu, Mengunyah hati Saidina Hamzah akibat dendam kerana kematian ayahnya pada perang Badar dahulu..Nabi SAW mengalami kedukaan yang sangat hebat yang tak dapat digambarkan oleh kata-kata ketika itu..Sehingga hampir tidak boleh menerima kelakuan Wahsyi yang membunuh bapa saudaranya..Kemudian turun teguran dari Allah..Tapi akhirnya Nabi melepaskan Wahsyi sebaik menemui Nabi yang pada akhirnya Wahsyi dan Hindun memeluk Islam.
Betapa baiknya Nabi ..

Saya emosi bila baca kisah penduduk Taif membaling batu ke arah Nabi dan Zaid bin Harithah..
Badan Nabi berdarah sehingga Jibril tak sanggup melihat darah Nabi mengalir lantas meminta izin Nabi untuk membalas perbuatan mereka tapi Nabi menghalang sehingga Jibrail berjanji sekiranya darah Nabi jatuh ke bumi maka akan diterbalikkan gunung ke seluruh penduduk Taif..Lantas Nabi menahan darah dengan kasutnya supaya tidak menitis ke bumi sehingga berkocak kasut baginda dengan darah. (sungguh saya tak dapat bayangkan)Tahu tak tahun tu dipanggil tahun kesedihan..? Rasulullah kematian isteri tercinta kemudian disusuli bapa saudaranya Abu Talib yang selalu membela baginda..Tekanan dari penduduk Mekah yang memaksa Nabi berhijrah ke Taif tetapi malangnya penduduk Taif menolak dakwah Nabi dengan sekerasnya..Betapa dukacitanya Nabi sehingga mengadu kepada Allah..Tapi Nabi tak minta dibalas perbuatan buruk mereka.
Betapa baiknya Nabi.
***********
Bila saya dah putus asa dengan dunia, bila saya mula rasa penat untuk berbulatan gembira bila saya dah penat mencari ilmuNya. Bila kaki mula lemah untuk melangkah ke jalanNya, bilamana teringat betapa besarnya pengorbanan Nabi SAW,keluarga dan para sahabat, bilamana mengenangkan betapa banyaknya darah dan air mata yang tumpah demi agama ini dengan sendirinya kekuatan itu datang..
Datang atas rasa bersalah...
Bersalah bila menjadi manusia yang tak mengenal erti bersyukur.
Ya Rasulullah..izinkan aku mendapat syafaatmu di Masyar kelak.
;'(

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Maaf andaikata entri ini berbaur riak atau emosi..Ambil dan bacalah dengan semangat untuk meraih cinta Allah dan Rasul..Bila banyak membaca dan mendengar kisah Nabi Muhammad SAW serta berusaha untuk mengenali Nabi Muhammad SAW, saya pasti hati kita juga akan tersentuh dan tanpa sedari air mata akan mengalir dengan sendirinya tatkala nama Rasulullah disebut.. Cinta dan rindu tu pasti akan hadir..Trust me..



Wassalam..
#Terimakasihsudibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved